Bab 2
TASNIM
Something told me I'm gonna love you forever
"Tak boleh!" Hisyam menjerkah.Faridah terkejut apabila terdengar suara Hisyam yang tiba-tiba.Dia cepat melangkah ke ruang tamu.
Aidan diam di hadapan pak su nya.Tasnim sedari tadi mengintai dari pintu bilik.
"Tasnim tu anak aku.Tak payah kamu nak sibuk jaga.Pandai la aku jaga dia." Hisyam bercekak pinggang.Panas betul hatinya.Permintaan Aidan untuk menjaga Tasnim betul-betul menjatuhkan maruahnya sebagai seorang bapa.
"Tasnim bukan tinggal dengan Aidan.Dia tinggal dengan ibu.Lagipun dekat Kuala Lumpur banyak sekolah bagus-bagus untuk Tasnim." Aidan berkata.Matanya kejap mengerling kepada Tasnim.
"Aku kata tak boleh! Kau jangan nak buat aku naik angin." Hisyam sudah maju kepada Aidan.
"Tapi - "
"Aidan.." Faridah menegur dari jauh.Fakhrul cuma diam memerhatikan suasana tersebut.Tak mahu masuk campur urusan keluarga ini.
Aidan senyap menurut.Dia menghela nafas berat.Hisyam mendengus kuat sebelum dia berlalu dari ruang tamu tersebut.Matanya tertancap pada Tasnim yang berada di muka pintu bilik.
"Yang kau ni dok tengok apa?! Dah kebulur sangat dah nak duduk dengan Aidan?! Gedik..!" Sembur Hisyam.Tasnim cepat-cepat masuk ke dalam bilik.
Aidan memandang ibunya dengan wajah kecewa.Faridah cuma tersenyum sikit.
×××
Aidan di tingkap biliknya melihat Tasnim yang bersila di atas pangkin luar rumah.Sekarang dah pun pukul 1 pagi.Berani betul Tasnim sendirian di luar rumah waktu-waktu gini.
Aidan keluar dari bilik lalu menuju ke pintu utama.Disarung seliparnya lalu dia melangkah menghampiri Tasnim.
"Tak takut ke sorang-sorang?" Aidan menegur apabila dia sampai di sebelah Tasnim.
Tasnim yang sedang mengelamun itu terenjat sikit bahunya.Dia mendongak ke kanan.
"Abang.." Tasnim mengesat air mata yang bertakung lalu menarik tudungnya yang agak ke hadapan.
Aidan yang hanya mengenakan baju melayu dan kain pelekat itu duduk di penjuru pangkin yang diduduki Tasnim.
Tasnim berinjak sedikit memberi ruang.
"Nangis lagi?" Aidan berpaling mengendap muka Tasnim yang agak menunduk.
Tasnim menggeleng."Mana ada.Adik termenung je."
Aidan tergelak.Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket baju melayu.Dia menghembus sikit nafas melalui mulut.
"Abang ni dari adik lahir lagi abang dah jaga adik.Abang mandikan adik,abang suap makan,bila adik lapar,bila adik mengantuk,bila sedih,bila gembira..semua abang dah tahu.Abang dah arif semua pasal adik.Tak yah tipu abang la.."
Tasnim senyap.Dia dengar cuma malas menjawab.Lambat kelopak matanya mengelip sambil dia memandang kepekatan malam.
"Adik nak duduk dengan abang."
Aidan menoleh memandang Tasnim.Gadis itu tak menangis tapi raut mukanya sedih sungguh.Senyuman langsung tiada menghiasi wajah itu.
"Tapi paksu ----"
"Kalau adik lari ikut abang?" Tasnim memotong pintas.Dia memandang anak mata Aidan.
"Uish.." terbelakang tubuh Aidan."..tak boleh adik.Walau macam mana pun,paksu tu ayah adik.Paksu mungkin sedih lagi sebab maksu meninggal.Nanti lama-lama ok la"
"Tapi ayah tak sayang adik dah." Tasnim menunduk."..dulu pun bukan ayah yang jaga.Abang je selalu jaga adik."
"Ayah mana tak sayang anak dia.Beri masa sikit dekat paksu.Nanti dia baik la.Sebelum ni dia tak pernah layan adik buruk pun kan?"
Tasnim senyap.Kaki yang tadinya bersila diangkat naik memeluk.Dagu diletak atas lutut.
"Abang pulak tak sayang adik" Tasnim menggumam.Aidan tergelak kecil.Dia mengepitkan tangannya kerana kesejukan dinihari.
"Tak pernah sesaat pun abang tak sayang adik.Sampai adik-adik abang pun jealous dengan adik.Itupun adik boleh kata abang tak sayang." Aidan berkata sambil tergelak.Tangannya menampar nyamuk yang hinggap di batang lehernya.
"Jangan kata macam tu lagi.Abang kalau boleh,memang abang angkut adik pergi Siam dah" sambung Aidan.Tasnim terangkat kening.Dia meletak tepi kepala atas lutut dengan wajah mengadap Aidan.
"Kenapa nak pergi Siam? Adik nak ikut abang pergi KL je" terkebil mata Tasnim bertanya.Aidan pandang sebentar wajah Tasnim sebelum dia ketawa.Tertahan tawanya.Kemudian Aidan meraup wajah dan menghembus nafas kecil.
"Tak da apalah.Abang tersasul." jawab Aidan.Cakap dengan budak bawah umur bukan dia faham pun.
"Tak nak tidur lagi ke?"
Tasnim menggeleng.Aidan menggaru telinga yang dah merah akibat sejuk.
"Habis tu nak duduk sini sampai bila?"
"Sampai bila bila"
Aidan mengecil mata.Dia mengangguk perlahan.Dia bangun dari duduknya dan menyapu sikit belakangnya.
"Duduk la sini.Teman jin-jin,jembalang semua yang menetap kat atas pokok tu." Aidan berkata sebelum dia menapak.
"Abang!" Tasnim mula kelam kabut bangun dari duduknya.Dia menyarung selipar sebelum mengikut belakang Aidan.
"Benci betul" gumam Tasnim sewaktu dia sampai di sebelah Aidan.Aidan cuma ketawa.
"Jaga-jaga adik sebelah tu." Aidan menunjuk tepi Tasnim.
Tasnim cepat merapat kepada Aidan."Abang jangan la!" Sebuah tamparan hinggap di lengan Aidan.
Mengekek Aidan ketawa.Tamparan Tasnim rasa macam belaian je.Nak rasa apa tangan kecil tu menampar.
"Jangan nangis lagi tahu." pesan Aidan di muka pintu.Tasnim mengangguk sikit.
"Good night.Jangan cakap abang tak sayang adik.Adik pun tahu kan banyak mana abang sayang."
Tasnim mengemam bibir lalu mengangguk lagi.
"Good night abang." ucap Tasnim kepada Aidan.Mereka berdua kemudian membawa haluan ke bilik masing-masing.
Buka saja pintu,nasib Tasnim tak terjerit dengan kelibat kakaknya yang tiba-tiba muncul.
"Kak Su" tegur Tasnim.
"Pergi mana?"
"Adik keluar kejap." Tasnim masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.Summayyah segera memeluk Tasnim yang sedang mengunci pintu itu.
"Jangan sedih lagi.Ibu meninggal bukan salah adik.Tapi jangan buat macam tu lagi.Kalau ayah tahu adik dengan abang Aidan tadi,teruk adik kena dengan ayah."
Tasnim tercengang."Macam mana---"
"Akak pergi tandas tadi.Nampak adik dengan abang Aidan.Jangan buat lagi ya.Tak elok." pesan Sumayyah seraya dia melepaskan pelukan.Tasnim senyap.
"Tapikan Abang Aidan abang adik." Hal ini yang dia tak suka,apabila orang mula mengait hubungan dia dengan Aidan.Aidan abangnya dan sampai bila-bila akan jadi abang dia.Jadi kenapa semua macam membantah?
"Abang sepupu je.Dengan sepupu pun kita ada batas juga.Mahram kita,kita boleh kahwin" terang Sumayyah.Dia menarik tangan Tasnim ke katil.Zulaikha dah pun enak di buai mimpi.
"Tidur,jangan fikir apa lagi.Esok kita dah nak balik rumah.Nanti adik bangun lambat pulak." Sumayyah menyelimut tubuh Tasnim.
"Akak" panggil Tasnim lagi.
Sumayyah yang dah berbaring itu menoleh memandang Tasnim.
"Kenapa ayah tak bagi adik tinggal dengan abang Aidan?"
"Sebab tak boleh la..adik dengan abang Aidan kan ada batas jugak.Takkan nak tinggal berdua." Sumayyah mengalih rambut yang menutupi muka Tasnim.Kemudian kepala itu diusap.
"Kalau adik kahwin dengan abang baru tak da batas kan akak?"
Sumayyah mengangguk.Dia membetulkan kepalanya atas bantal.
"Adik nak kahwin dengan abang Aidan boleh tak akak?" Tasnim bertanya lagi.Sumayyah dah tergelak perlahan.
"Boleh je.Siapa kata tak boleh?"
"Bila adik kahwin nanti,adik boleh duduk dengan abang Aidan selama-lamanya la?"
Sumayyah mengangguk lagi.Layankan saja anak dara 15 tahun ni.Dia bukan tahu pun dia kata apa.
"Boleh..dah jom tidur.Adik kecil lagi nak bincang hal-hal kahwin ni." Sumayyah menarik selimut Tasnim sehingga paras dada Tasnim.
"ok" Tasnim berinjak merapat dengan kakak sulungnya.Pinggang Sumayyah dipeluk.Antara Zulaikha dengan Sumayyah,Tasnim lebih rapat dengan Sumayyah.Mungkin kerana kakaknya itu lebih memahami dia.
"Akak.." panggil Tasnim lagi.
"Hmm.." jawab Sumayyah dengan mata terpejam.
"Nanti akak tolong adik kahwin dengan abang tau." Tasnim bersuara kecil,lebih kepada berbisik.
"Ok ok..now sleep."
Tasnim menurut.Dia tersenyum senang.
"Terima kasih akak"
9 Januari 2018
Lama benar tinggal Tasnim..
Sory for waiting..
Mungkin lepas ni akan diupdate lebih kerap bersama Mrs.Uwais.
🤗
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top