Bab 19
"Isk isk.."
Tasnim mengiring menghadap dinding. Air mata dari tadi mengalir tak henti-henti dari kolam mata. Esakan ditahan dari terkeluar sehingga menyebabkan bahunya terhinjut.
Rania menggaru kening di katil sebelah. Bubur yang diletakkan di meja belajar Tasnim dipandang dengan keluhan kecil di bibir.
"Makan la Tasnim, kau dah la demam. Nanti lagi tak larat."
"Tak nakk.." Tasnim merengek. Selimut ditarik menyelubungi kepala. Sejak semalam tubuhnya terasa lemah. Kebas kaki dan tangan. Kepala semacam ditimpa batu.
"Nak makan roti, aku ambilkan.." Baru Rania mahu bangun, Tasnim menguatkan esakan. Kakinya menendang selimut perlahan.
"Kita tak nak..jangan la paksa."
Rania menggenggam rambut. Tuhan, tolonglah aku menghadap manusia sakit yang berbaring di atas katil aku tu.
"Suka hati la, nak apa-apa, nak kencing ke berak ke kau panggil aku. Jangan pergi sorang" Rania mengambil laptopnya lalu keluar ke ruang hadapan. Nanti bising-bising dalam bilik, mengamuk pula si Tasnim tu. Sudah la dia tidur bilik aku, bilik sendiri terbiar kosong.
Tasnim mengerekot.
Nak abang Aidan..
***
Signal diberi sebelum dia membelok memasuk pintu gerbang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia itu. Setelah mendapat panggilan dari rakan bilik Tasnim, Aidan segera menyiapkan tugasnya di hospital dan memecut ke sini.
Kereta diberhentikan di hadapan bangunan mahallah Talhah itu. Melihat Tasnim yang dipapah rakannya, Aidan segera mendekat.
"Takpe, bagi saya" Aidan tersenyum sikit kepada Rania sebelum dia mendapatkan tubuh Tasnim. Terasa bahang yang datang dari tubuh Tasnim.
"Ingat nak pergi hospital pagi tadi, tapi Tasnim tak larat nak bangun. Itu saya telefon abang." Rania turut menyerahkan beg pakaian Tasnim yang sudah dikemasnya.
"Ok, terima kasih jaga Tasnim."
Rania mengangguk. Sempat dia melambai kepada Tasnim walaupun kuyu mata gadis itu melihatnya.
"Rindu sangat ke sampai demam-demam ni sayang?" Aidan senyum nipis. Dahi Tasnim dicium sekejap.
Tubuh kecil yang lemah itu dimasukkan ke dalam kereta. Bila Aidan membuka pintu belakang, Tasnim merengek mahu duduk di depan. Terpaksalah Aidan mendudukkan Tasnim di kerusi hadapan. Manja kemain.
"Nah plastik, kalau nak muntah, muntah je dalam ni." Plastik hitam diletakkan di atas riba Tasnim. Wajah pucat itu direnung sekejap. Shawl yang longgar berbalut di kepala Tasnim dibetulkan.
Tasnim mengangguk. Plastik digenggem rapat ke riba. Aidan macam tahu-tahu saja dia memang tengah mual sekarang ni.
Aidan menutup pintu kereta lalu bergerak ke sebelah. Beberapa saat, kereta mula bergerak meninggalkan perkarangan bangunan asrama tersebut.
Sepanjang perjalanan, tangan kiri Aidan sentiasa dalam pegangan Tasnim. Tubuh kecil itu mengerekot kecil di sebelah dengan bibir sedikit terketar. Udara malam memang betul menusuk ke tulang walaupun Aidan cuma membuka sedikit sahaja tingkap.
"Tasnim ok tak ni?"
Kepala Tasnim lemah mengangguk. Isi dalam perut bergelodak ingin keluar. Peluh sejuk bermanik di dahi. Mata berpinar-pinar.
Aidan membelok ke bahu jalan apabila nafas Tasnim kedengaran laju. Dia keluar dari kereta dan cepat-cepat dia mengeluarkan Tasnim.
"Uwerrrkk..uhuk uhuk.."
Pijak sahaja kaki ke tanah, Tasnim terus meluah isi perut.
"Allah.." Aidan mengusap belakang Tasnim. Muntah Tasnim yang terkena di baju turut tercalit ke lengannya.
"Uwerrkk..isk iskk.." Sempat Aidan menangkap air mata lesu dari kelopak mata Tasnim. Aidan mencium kepala Tasnim sebelum dibawa ke bahunya.
"Maaf..iskk.." Tasnim menyapu muntahnya yang terlekat di lengan Aidan. Air mata turun berjurai. Hormon demam memang tak boleh pakai. Kerja nak menangis je.
"Shh..takda apalah. Tak yah sapu, kotor tangan tu.."
Aidan mendudukkan Tasnim di kerusi sebelum dia bergerak ke tempat duduk belakang. Tisu ditarik beberapa helai dari kotak.
"Uhukk..hermm.." Tasnim membuka jemarinya untuk memudahkan kerja Aidan. Bibir dan tudungnya yang terkena muntah semua dilap oleh Aidan.
"Dekat tangan abang.." Tasnim turut menarik tisu dan mengelap kesan muntah di tangan Aidan.
"Better?"
"Hmm.." Tasnim menyandar tepi tubuhnya ke seat. Kepalanya masih berat dan berdenyut.
Aidan menghela nafas berat. Dia duduk mencangkung di hadapan Tasnim. Kuku Tasnim dibelek. Tiba-tiba dadanya berdebar.
Tak mungkin..
"Tasnim tak.." Aidan mengangkat kepala. Jemari Tasnim dipegang erat. "Tasnim tak mengandung kan abang?" Dalam getar, Tasnim menghabiskan ayat itu. Matanya bergerak gerak mencari jawapan di dalam kedua anak mata Aidan
Aidan terpana. Kepalanya menunduk sambil dia menggeleng kecil. Tangan kecil Tasnim dicium nipis.
"Let's pray.."
Dan kalau benar, dia sendiri tak tahu apa yang harus dia lakukan.
***
"Demam rindu je ni.."
Aidan tersengih nipis sambil menarik kerusi. Tangan mengacau bubur yang dibeli di kantin hospital. Bersyukur sangat apabila ujian air kencing menunjukkan keputusan negatif.
"Abang 2 bulan tak tengok Tasnim, mestilah Tasnim rindu." Tasnim menjawab dengan mulut mengunyah bubur. Aidan gelak.
"Abang sibuk sikit. Tak boleh tinggal hospital selalu. Tambah abang pulak newbie, kena buli la selalu.." Sesudu bubur disuap ke mulut sendiri. Tasnim senyum. Kepalanya disenget manja sambil dia merenung Aidan.
"Kesian abang Tasnim ni.."
"Ab—"
"Suami..suami Tasnim.." Tasnim membetul semula perkataannya bila melihat kerutan di dahi Aidan.
Aidan gelak perlahan.
"Abang ni seksi la.." Tasnim mengucup hujung mata Aidan yang berkedut apabila tersenyum. Geram betul dok usyar tadi.
"Tayah nak seksi sangat, nah makan." Aidan menghulur mangkuk bubur. Tasnim geleng laju. Nak abang suap!
"Abang nak mandi, jap lagi abang nak kena pergi hospital balik. Makan cepat, nanti abang mandikan." Suara Aidan berbisik di hujung ayat. Mata Tasnim membulat dengan bibir tersenyum gatal.
"Ok!" pantas dia merebut mangkuk bubur.
Aidan tergelak. Kemeja hitamnya ditarik keluar sebelum dia mencapai tuala. Tasnim melirik belakang tubuh Aidan yang tak berbaju.
Hencem!
***
Aku menunduk memandang inai di jari. Detak jantung menjadi halwa telinga. Sejuk dan tenang. Suasana putih dan bersih.
Lafaz akad menjadi latar belakang. Spontan tangan menadah merafa' syukur. Dia masih tercengang. Apa yang berlaku?
"Assalamualaiki, Ya Zaujati.." tatkala itu, seorang lelaki bertubuh lampai menghampiri. Tinggi segak berjubah putih.
"Iskk.."
Kemudian piluan tangis wanita mengisi ruang telinga. Semakin lama semakin sayu, semakin hiba.
Semakin sakit.
"Astaghfirullahadzhim.." Aisyah mencelik mata. Badan yang terbaring cepat naik bersandar di kepala katil.
Jam menunjukkan pukul 4 pagi. Lagi sejam lebih sebelum masuk waktu Subuh. Sehari dua ini, tidurnya tak lena.
"Allah.."
Siapa lelaki itu? Aisyah mencengkam dada.
Tuhan, kenapa semakin sakit?
***
"Aidan! Jangan lupa belanja" Ammar menjerit dari belakang. Aidan yang berlari itu mengangkat tangan tanda berjanji.
Nasib baik malam ni Ammar baik hati mengantikan shif tengah malamnya. Tak tenang memikir Tasnim yang sakit di rumah. Memang la ada ibunya untuk menjaga Tasnim tapi bukan tak faham perangai Tasnim yang hanya mahu diri dia saja.
Sesampai di rumah, Aidan segera mengetuk pintu rumah. Jam sudah berganjak 10 malam apabila dia sampai di rumah.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam, haa..Aidan. Baguslah kamu balik. Tasnim tu tersedu-sedu dah duk cari kamh tak jumpa"
"Ok ibu." Sempat dia menyalami Puan Faridah sebelum kakinya laju menaiki tangga.
"Sayang.." Aidan mendekati Tasnim yang berselubung selimut itu.
"Abang.." Tasnim menyelak selimut sedikit dan menarik Aidan untuk tidur dengannya. Pinggang Aidan dipeluk seeratnya.
"Abang balik dah ni. Jangan nangis.." Tangan Aidan menongkat kepalanya. Selimut ditarik sehingga ke leher Tasnim. Tapak tangan mengusap rambut lembut Tasnim.
Tasnim menggenggam baju kemeja Aidan. Mimpi tadi sangat ngeri. Dia tak rela kehilangan Aidan walaupun hanya dalam mimpi. Abang Aidan akan sentiasa jadi milik dia.
Selama-lamanya.
***
A bit boring.
Sorry, tengah mengumpul vibes untuk menulis setelah sekian lama bercuti.
TRAILER MRS AIDAN DAH RELEASED!
Do support me. Saja cuba-cuba nak buat.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top