Bab 18

"Tengok ada barang yang tertinggal tak?" Puan Faridah memberi pesan terakhir sebelum mereka berangkat. Beg besar dah bersusun di ruang tamu. Aidan sibuk mengangkut buah rambutan dan durian yang diberi oleh tok babah ke dalam bonet kereta.

"Abang lapik dulu bonet" Tasnim datang dari pintu dapur membawa surat khabar. Aidan mengangkat kening melihat isterinya itu, masih berkain batik dan berbaju t-shirt lengan panjang.

"Tak nak ikut balik ke?" Tanya Aidan sambil menyambut huluran surat khabar tersebut. Surat khabar itu dibuka dan dihampar di dalam bonet.

"Nak la, Tasnim ni sibuk tahu tak? Nak kemas beg sendiri lagi, beg abang lagi.."

Aidan hanya tergelar mendengar Tasnim menekankan perkataan abang. Dengan tubuh masih menunduk ke bonet, Aidan menoleh memandang Tasnim di tepi. Geram je tengok budak ni mengomel.

"Abang angkut masuk bonet ni kang" Aidan mengacah mahu menarik tubuh Tasnim. Tasnim pantas menjauhkan diri. Sempat dia memukul lengan Aidan dengan surat khabar sebelum mencecet lari ke dalam rumah.

Aidan menggeleng perlahan. Tangan kiri mencengkak pinggang dengan tangan kanan menutup bonet kereta. Dia ingat dia boleh lari? Huh!

"Bawak kereta molek-molek. Ni mana budak Tasnim ni? Orang nak gi dah dia tak keluar lagi. Tasnim!" Bila si anak mahu pulang, tok chik la yang paling bising. Kalau boleh, semua dia nak perfect, semua cukup ada depan mata dia.

"Iyer chik, dah siap dah.." Tasnim kalut-kalut keluar dari bilik. Selendang hitam yang masih belum sempat dililit diselempang ke belakang. Tangan kirinya memegang kasut.

"Haa, tu la! Mandi lambat. Buat apa la berejam sangat dekat bilik air tu?" Sambil tangannya disalam Tasnim, sempat lagi orang tua itu membebel.

Aidan ketawa terkekek di anjung rumah. Semuanya sebab dia yang malas mengemas beg, jadi dia angkut semua baju dan beg dan diserahkan kepada Tasnim untuk gadis itu kemaskan untuknya. Eh silap, Tasnim bukan gadis. Wanita, errrr..tua untuk Tasnim. Perempuan..aaaaa..apa-apa jelah!

"Tok babah mana abang?" Sambil tangan menyarung kasut ke kaki, Tasnim mendongak sikit bertanya kepada Aidan.

"Tu dekat pangkin, tengah asah parang." Aidan membongkok badan mengambil handbag Tasnim. "Gi salam dengan tok babah, abang masuk bag"

"Jap"

"Yang babah nye pun. Anak cucu nak pergi dah ni, boleh pulak dia duduk kat situ."

Tasnim hanya tergelak nipis mendengar laungan tok chik di muka pintu.

"Haa..yalah.." Tok babah yang berada di pangkin itu memberhentikan kerjanya. Dia bangun mendekati Tasnim sambil mengelap tangannya yang basah ke kain tuala kecil yang diikat di pinggang.

"Tasnim gerak dulu tok babah" Tasnim menunduk menyalami tok babah. Tok babah hanya mengangguk. Tangannya menepuk perlahan bahu Tasnim.

"Jaga diri dekat tempat orang."

Tasnim kemudiannya masuk semula bertemu dengan ayahnya. Hisyam yang sedang duduk di sofa ruang tamu itu yang memandang Tasnim mendekatinya.

"Tasnim pergi dulu, ayah" Tasnim menunduk kepala. Selama ini kalau Tasnim menghulur tangan, tak pernah Hisyam menyambutnya. Jadi langkah terbaik Tasnim hanya menundukkan kepala. Kakak-kakak dan adiknya senyap mengurung diri dalam bilik.

"Jaga diri. Jangan orang lain mati pulak kerana kamu"

Baru Tasnim mahu tersenyum tapi ayat belakang Hisyam mematikan hasratnya. Teragak-agak dia mengangguk. Tok chik menggeleng perlahan. Afina dan Aina buat tak endah walaupun mereka mendengarnya. Payah bila ada orang tak open minded dan susah terima takdir, macam ni la jadinya. Dah Allah bagi sakit tu, tak mau insaf lagi.

"Yelah, kalau pak su mati pun jangan salahkan Tasnim jugak. Salahkan anak dara paksu yang berkeruk dalam bilik tu." Mulut Afina memang tak reti duduk diam. Tanpa rasa bersalah dia mengangkat beg keluar. Semasa melintasi Aidan, sempat Aidan memberi renungan tajam kepada Afina.

Melihat suasana janggal di dalam rumah itu, Aidan pantas bersuara "Ibu, jom. Nanti lewat sampai rumh"

"Ya, jom. Tasnim meh.." Puan Faridah menarik Tasnim dari terus tertegak di hadapan bapanya itu. Puan Faridah tersenyum nipis kepada tok chik. Aina pula mengikut ibunya dari belakang. Bila Hisyam bersuara automatik suasana menjadi janggal,lagi-lagi kalau berkaitan dengan Tasnim.

"Hati-hati Aidan bawak kereta." Pesan Puan Faridah. Tubuh Tasnim sempat dibawa ke pelukan. Mereka terpisah dari Aidan dan Tasnim kerana Aidan akan terus menghantar Tasnim pulang ke Kuantan manakala mereka pulang ke rumah di Kuala Lumpur.

"Bye Tasnim" Afina memeluk Tasnim. Diikuti pula dengan Aina. Tasnim hanya tersenyum nipis. Tingkap bilik yang terbuka itu diperhatinya. Alangkah bagusnya kalau adik beradiknya menghantar dia. Ini, dia terpaksa mengemis kasih dari keluarga lain. 4 tahun yang betul-betul mengubah segalanya.

"Balik U boleh ke pakai macam ni?" Aidan menahan dagu di pintu kereta yang dibuka kepada Tasnim. Dia memandang Tasnim yang Cuma mengenakan baju lengan panjang pink lembut dan kain bercorak.

"Abang ingat asrama ke?" bidas Tasnim sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Aidan menjuih lalu menutup pintu kereta dan berlari anak ke tempat pemandu. Tasnim melambai perlahan kepada Tok chik yang berada di muka pintu dan tok babah yang memandang di pangkin.

Hon dibunyikan tanda mereka sudah mahu memulakan perjalanan. Tasnim duduk tegak membetulkan shawlnya. Ikutkan hati, dia malas mahu membuat apa-apa. Hatinya terlalu pedih mendengar sinisan ayahnya sebentar tadi. Tapi itulah, ikut hati, mati. Jadi dia hanya mampu bertahan secekal yang boleh.

"You have me"

Tasnim menoleh kepada Aidan. Kedua belah keningnya berkerut halus. Aidan bagai tahu apa yang bermain di dalam hati dan fikirannya.

Aidan tergelak nipis. Hidung Tasnim ditarik geram. Dah lama dia mengidam nak tarik hidung mancung yang kecik itu. "Abang saja cakap je. Kalau Tasnim rasa tak ada sesiapa, Tasnim masih ada abang. Abang akan ada dengan Tasnim, sampai bila-bila"

Tasnim mengecil mata dan tergelak perlahan. Tangan tak jadi membetul shawl sebalik dia memeluk tangan Aidan dan bibir pink itu melekap pantas bahu Aidan. "Dah, tanda terima kasih"

Aidan senyum nakal. Tangannya naik mengusap lengan kiri, tepat di bekas ciuman Tasnim. Aishh..lain pulak rasa hati ni.

"Kalau singgah hotel dulu sempat tak?"

Tasnim mengerling tajam. Gatal! "

TOK BABAH menyarung baju putih kemudian dilapisi dengan kemeja yang juga turut berwarna putih dan butang dibiar lepas. Kopiah lusuh diambil dan disarungkan ke kepalanya.

"Yah, aku nak keluar gi kedai sat" Tok babah melaung kepada Tok Chik yang sedang menyapu sampah di luar rumah. Petang-petang macam ni, berjalan la tok babah. Pergi kedai bukan nak beli barang tapi nak meyeembang sambil baca surat khabar. Untung-untung dapat kopi secawan.

Yana dan Yati yang berehat di pangkin luar rumah itu memandang tok babah mereka yang sedang menyarung kasut itu. "Tok babah nak pergi mana?'

"nak pergi kedai"

"Nak ikut!" Kembar itu tergesa menyarung kasut dan berlari kepada tok babah. Tok babah kerut dahi memandang tingkah cucunya itu.

"Mana boleh! Orang perempuan kena duduk rumah. Petang-petang macam ni nak gi jalan, tak malu ka orang tengok?"

Terkaku dua orang itu mendengar tok babah menjerkah. Mak lang yang sedamg dudk di ruang tamu itu tergesa ke muka pintu apabila terdenganar babahnya menjerkah.

"Payah betul. Perempuan lani semua tak serupa dulu. Terkinja-kinja nak keluar. Tasnim duk dengan aku tak pernah dia nak menggedik keluar" Tok babah mendengus. Tanpa menghiraukan Yana dan Yati, dia mengorak langkah ke jalan.

"Yana, Yati," Mak lang mengisyarat kepada kembarnya itu untuk naik keatas rumah. Dia menjeling babahnya yang sudah berjalan agak jauh itu. Kalau anaknya semua salah, kalau Tasnim, semua betul. Kalau satu hari Tasnim tu malukan dia, barulah dia tahu rasa.

"Bayong!' Awang dari jauh dah melaung Tok Babah. Dia segera menegeluarkan surat khabar untuk tok babah dan diletakkan di meja bulat sebelah kedainya. Faham dah tok babah selalu duduk di situ.

"Yaa.." Tok Babah mengangkat tangan. Kerusi batu meja bulat itu diduduki.

"Lama tak mari sini, Bayong" Awang duduk menongkat tangan di paha.

Tok babah tergelak. Dia mengangkat Surat khabar Metro itu dihadaoan mukanya. "Cucu balik. Saja nak duduk kat rumah" Jawabnya sambil membaca satu-satu perkataan yang yang menjadi tajuk utama surat khabar itu.

"Ouh patutlah, cucu yang Bayong yang nama pa tu? Yang mengaji kat luar negara tu, dia balik dah kan?'

"Aidan?"

"Haa, haaa yang tu"

"Dia balik dah. Tumggu nak masuk kerja ja. "

"Ouh..dua tiga hari lepas dia mari kedai. Duk rasa macam kenal, nak tegur takut salah orang. Besar panjang dah lani. Bakal doktor kan?'

Tok babah mengangguk.

"Ouh, uishh.. mahal la cucu Bayong sorang tu. Kerja hebat---Cik Kiah! Nak beli barang ka?" Tak sempat habis cakap, Awang dah menegur yang lain. Dia bangun lalu masuk ke dalam kedai.

"Ha laa, mari kedai runcit takkan nak amri makan pulak" Cik Kiah turun dari motornya.

"Cik Kiah bawak nyorok mana anak tu? Tak pernah Nampak pun." Awag menyakat menunjuk kepada anak dara yang datang bersama Cik Kiah. Nampak lembut orangnya.

"Mana ada, ni cucu akulah. Baru habis mengaji kat Mesir." Gadis tersebnut terkial-kial tak tahu nak buat apa apabila odirinya menjadi topic perbincangan. Cik Kiah masih belum masuk ke dalam kedai. Bila datang kedai macam nila, sembang dulu.

"ouh, sama la dengan cucu Bayong tu, baru habis mengaji jugak" Awang menunjuk kepada Tok babah yang membaca surat khabar di meja bulat itu. Cik Kiah memandang.

"Ouh, Aiman ka pa nama dia?'

"Aidan, eh jom-jom, nak sembang sampai bila tak habis" Awang menghentikan perbualan mereka lalu menjemput Cik Kiah memilih barang di dalam kedai runcitnya.

***

"Jaga diri, jaga hati" Aidan memegang tepi kepala Tasnim lalu dicium di situ. Pipi Tasnim diusap perlahan sebelum dia menjatuhkan tangannya. Tasnim mengangguk. Tubuh Aidan dipeluk sekajap, buat bekal rindu. Kalau boleh, nak saja dia suruh Aidan duduk di sini bersamanya. Kerja di IIUM Medical Centre depan tu. Senang sikit dia nak melepas rindu.

"I love you" sebek Tasnim mengucap itu.

Aidan tergelak. Kepala Tasnim digosok " I love you too"

Aidan menghantar Tasnim dengan lambaian tangan. Dia Cuma mampu melihat dari bawah. Kesian melihat tangan kurus Tasnim mengangkut bag ke tingkat 4. Nak tolong, itu bangunan asrama perempuan, lelaki dilarang naik.

Aidan tersenyum nipis. Hatinya resah memikir kesudahan hubungannya dengan Tasnim. Satu hari, dia tahu pasti Tok Babah akan tahu jugak. Sama ada tok babah menentang atau tidak, dia perlu buat persiapan. Tasnim akan sentiasa jadi milik dia.

***

guna wp kt pc teringat zaman newbie dulu..

terkial-kial..ahhaahaahah

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top