Bab 17

"Makkk.." Afina menjerit apabila ibu ayam membuka sayap sambil laju mengejar Afina yang berlari lintang pukang itu. Aina terloncat-loncat di luar kandang ayam itu.

"Akak! Lepas anak dia.."

Afina menggeleng-geleng sambil menjerit. Anak ayam berbunyi riuh di dalam genggamannya. Habis ayam di dalam kandang itu dirempuhnya. Binatang berkaki dua itu sama naik riuh apabila Afina berlari-lari di dalam kandang itu. Ada yang dipijak sayap, tak kurang ada yang ditendang.

"Apa yang riuh tu?" Tok Chik melaung dari ruang tamu. Kepalanya terjengul-jengul melihat ke pintu dapur.

Aidan gelak dari jauh. Dia melempar kulit rambutan ke dalam bakul sebelah pintu dapur itu. Sambil ketawa, sedap dia menguyah isi rambutan.

"Abang! Meh la tolong kak ngah!" Aina terloncat melambai memanggil alongnya.

Aidan menjuih. Selamba dia mengambil sebiji lagi rambutan lalu dikupas. "Hah! Rasakanlah! Angah nak main sangat kan dengan ayam. Hah mainlah.."

"Alonggg.." Riuh kawasan rumah itu dengan jeritan Afina. Keliling kandang ayam itu dia berlari. Ibu ayam mengepak sayap tinggi mengejar Afina. Anak ayam di genggaman Afina bersusah mengeluarkan diri.

"Ab---" dengan sekali rentapan, Afina ditarik keluar dari kandang tersebut. Sebelah tangan saja Haris mengangkat Afina keluar. Afina telan liur. Segera dia beralih dari Haŕis yang memegang pinggangnya.

"Te-terima kasih abang Haris."

Haris menatap sunyi. Anak ayam di tangan Afina diambil lalu dilempar ke dalam kandang. Lemah anak ayam itu terhempap tanah.

"Lain kali jangan buat lagi."

"Baik" Afina menunduk. Haris, sepupu paling tergarang abad ini. Mukanya memang tegang setegang-tegangnya. Susah nak nampak senyum. Afina hanya memerhati kaki tegap yang cuma bersarung seluar pendek bawah lutut. Kaki Haris tercalit tanah dan lumpur. Mungkin baru lepas memancing.

Haris melangkah ke telaga untuk membasuh kaki. Sempat dipandang Aidan yang tak sudah mengekek. Suka betul mengusik.

Afina lembik lutut. Haris sangat menyeramkan.

"Akak ok tak?" Aina menghampiri Afina. Diam tak berkutik dia melihat Haris mengangkat Afina keluar dari kandang ayam tersebut. Mudah betul. Sebelah tangan je.

"Best main dengan ayam?" Perli Aidan apabila Afina melepasinya untuk masuk ke dalam rumah. Afina menjeling. Sempat disiku perut abang. Along jahat! Abang paling terjahat di dunia.

"Hey nak pergi mana tu?" Aidan menarik hujung tudung Afina sehingga gadis itu terdongak ke belakang.

"Nak mandi la, bau tahi ayam dah melekat nih!" Afina mencebik. Serabai betul dirinya sekarang. Entah apa bau yang Haris hidu dekat dia tadi.

Baru selangkah dia melangkah, Aidan kembali menarik tudungnya. "Ehh! Giliran abang lepas ni tau!"

"Abang!" Dengus Afina. Tudungnya yang tertarik ke belakang dibetulkan. Lengan Aidan sempat dipukul laju. Arghh..stress betul dapat abang macam ni!

"Nak mandi sangat pergi la mandi! Orang boleh mandi bilik air luar!" Afina berkata geram. Sungguh sakit hati Aidan mentertawakan dia tadi masih tak habis. Kembang kempis hidungnya.

"Ok..Thank. You." Sekali dia muka jengkel tambah muka minta penampar dia hidangkan di hadapan muka Afina. Menyirap betul sungguh darah gadis itu. Dia menjeling sebelum kembali melangkah naik ke bilik.

Baru dua tapak, Afina kembali. Abang nya yang baru menarik kerusi untuk duduk itu didekati. Tanpa amaran, Afina menarik kerusi Aidan. Belum apa-apa punggung Aidan mencecah lantai.

Buk!

Aidan terjatuh menghempap lantai. Badannya tertarik jatuh ke lantai. Afina gelak berdekah. Macam buah durian jatuh.

"Afina!"

"Padan muka!" Afina menjelir kepada Aidan. Kakinya mengelak dari tangan Aidan yang menerawang hendak menangkapnya. Berlari tubuh genit itu ke atas.

Aidan mendecit sebelum bangun. Sengal seluruh badan. "Tak guna betul. Sakit bontot aku." Sambil Aidan mengusap punggungnya, pintu bilik air terbuka. Tasnim keluar dengan lengkap berbaju dan bertudung.

"Abang, kenapa?"

Aidan menjuih. Kain tuala yang disangkut di kepala kerusi diambil lalu dia mendekati Tasnim di muka pintu bilik air.

"Afina..abang nak duduk atas kerusi tu, lepas tu dia tarik."

Tasnim simpul senyum. Eleh..yang tu pun nak mengadu. Manja je.

"Kesiannya abang. Mana sakit?"

"Ni.." Aidan pusing tayang punggungnya. Baru dia mahu menarik turun seluarnya, Tasnim menahan. Lengan Aidan dipukul perlahan.

"Ish abang ni! Orang nampak nanti.."

Aidan sengih sumbing. Tuala dililit ke lehernya. Tasnim di hadapan pintu ditahannya.

"Abang.." Tasnim terkujat. Berani Aidan pegangnya di sini. Di dapur. Dengan keluarga mereka yang bila-bila boleh muncul di dapur ini.

"Malam ni, boleh?" Aidan memegang pinggang Tasnim. Tubuh Tasnim dibawah merapat ke tubuhnya. Melentok tubuh Tasnim ke belakang. Tangannya ditahan ke dada Aidan dengan kening berkerut halus.

"A-abang ni merepek la. Dah la..lepas, nanti orang turun." Dia menolak perlahan tubuh Aidan. Muka gatal Aidan makin menjadi-jadi.

"Alah..pukul 1 pagi abang ambil Tasnim dekat bilik, pukul 3 pagi abang hantar la balik."

"Abang jangan mengarutlah. Abang Hafiz kan tidur dengan abang." Tasnim memukul perlahan dada Aidan. Rontaannya yang tak sekuat mana dihentikan. Tak ada makna meronta bila dengan Aidan. Buat habis tenaga je.

"Abang suruh la Hafiz tidur dengan Haris."

Tasnim gigit bibir. "Abang sabar eh. Nanti kita balik sana bolehlah..kat sini bahaya." Kening diangkat dengan senyum dibibir tanda memujuk. Dada Aidan ditepuk manja.

"Alahh, seminggu lagi sayang. Jenuh la abang menahan.."

"Seminggu je.. " Tasnim cuba menolak lagi tapi Aidan tetap berdegil. Tasnim dah mula tak tentu arah. Kepala dipusing keliling. Abang Aidan memang tak makan saman. Dia bukan hirau ada orang ke tak. Main langgar je.

"Seminggu, 7 hari, 168 jam, 10 ribu---" Tasnim menekup mulut Aidan.

"Malam ni, Tasnim datang bilik abang."

Dalam tekupan tangan kecil Tasnim di mulutnya, mata Aidan bulat bersinar. Dia pantas menarik tangan Tasnim. "Malam ni?!"

"Ye malam ni.."

"Janji?!"

"Janji..abang..orang datang nanti.."

Aidan senyum tak turun-turun. Pinggang Tasnim dilepaskan dengan senyuman senakal-nakalnya. Kalau boleh, dalam bilik air jugak dia nak heret Tasnim. Gaya macam baru bernikah.

"Ok, thank you. Jumpa malam ni."

Tasnim mengangguk. Belum sempat dia melangkah, Aidan cepat menghadiahkan satu ciuman di pipinya yang memerah segar.

"Pakai seksi-seksi"

Tasnim mengangguk melihat Aidan yang sudah memboloskan diri ke dalam bilik air. Aidan senyum. Satu kenyitan berkelajuan cahaya diberi sebelum dia menutup pintu.

Aidan meloncat kemenangan. Baju dibuka dengan siulan ceria. Malam ni nak ulit isteri!

Haris yang berada di telaga tercegat sepi. Kedudukan telaga betul-betul dihadapan pintu dapur. Walaupun agak jauh, Haris dapat melihat dengan jelas apa yang berlaku.

Aidan dan Tasnim?

***

"Bismillahi Allahuakbar" bermula kalimah itu, Aidan mengelar leher ayam kampung yang ditangkap bersama Haris dan Hafiz. Menggelepar ayam itu dengan darah yang memancut keluar dari urat leher.

Hari ini hari terakhir mereka berada di kampung. Cuti sekolah telah pun habis, nasib baik cuti kali ini ramai yang berkesempatan balik. Tunggu bulan Ramadhan pulak la nak balik semula.

Setelah 2 ekor ayam yang disembelihnya, Aidan bertukar tugas dengan Hafiz. Aidan bergegas ke telaga untuk mencuci darah ayam yang penuh di tangannya. Ada jugak yang terpancut di mukanya.

Sengaja dia nak basuh dekat telaga sebab...

"Tasnim tolong curah air dekat muka abang sat."

Tasnim ada di situ membasuh belanga. Yippi yooo!

"Dekat sikit abang.." Tasnim yang sedang duduk di atas kerusi pendek itu menyuruh Aidan merendahkan wajahnya. Aidan duduk bercangkung di hadapan Tasnim. Muka dihala kepada Tasnim.

Tasnim bangun menceduk air, lalu dicurah ke muka Aidan. Akibat terlalu biasa dekat dengan Aidan, tanpa sedar jari Tasnim naik menyapu darah di wajah Aidan.

"Tasnim.." tangan Aidan cepat menangkap tangan Tasnim. Matanya mengisyarat supaya Tasnim memandang sekeliling. Hampir semua ahli keluarga mereka bertungkus lumus memasak di dapur lama tok babah.

"Aww.." Tasnim gigit hujung jari. "Sorry.."

Aidan tersenyum. Hidungnya dikerutkan. Geram dia nak picit bibir Tasnim yang berwarna pink pucat itu.

"Tak pa. Jirus air, biar abang lap sendiri."

Haris mengerut kening memandang dari tempat menyembelih ayam. Sebelah tangan memegang ayam manakala sebelah lagi menggenggam pisau. Dia tahu Aidan dan Tasnim rapat sedari kecil tapi..kenapa mereka terlalu mesra?

***

Acara dinanti sudah tiba. Mereka sekeluarga berkumpul di tepi sungai. Aidan dan Hafiz membentang tikar dibawah sebatang pokok yang agak rendang. Yana dan Yati menjerit keriangan melihat suasana sungai tersebut. Pokok merimbun di sekeliling menyebabkan cahaya matahari hanya tertembus sedikit di tempat mereka.

"Meh, Tasnim letak nasi kat sini." Tasnim pantas menghampiri Puan Faridah dihujung tikar. Bekas nasi itu diletak di penjuru tikar tersebut. Afina dan Aina pun turut membawa bekas-bekas makanan.

"Anak-anak, meh makan dulu. Kejap lagi la mandi tu." Mak Lang memanggil Yana dan Yati yang sudah masuk ke dalam air.

"Abang Haris nak ni ke?" Afina menunjuk masak lemak tempoyak kepada Haris apabila melihat Haris yang sedari tadi asyik memandang ke arahnya.

Renungan Haris tepat ke matanya membuatkan Afina telan liur kelat. Haris kemudiannya menggeleng dan kembali tunduk menggaul nasi. Afina menghela nafas. Argh..macam nak putus nyawa!

"Nak, Fina!" Hafiz menunjukkan pinggannya menandakan dia mahu lauk berkenaan. Afina tersenyum lalu menceduk lauk masak lemak tempoyak tersebut ke dalam pinggan Hafiz.

"Thank you"

Afina senyum. Belum sempat Afina meletakkan bekas lauk, Haris menghulur pinggan. Afina memandang sejenak sebelum dia cepat-cepat menceduk lauk tersebut.

Aidan yang sedang menyuap nasi itu tersenyum simpul. Dalam dia mengunyah, senyumnya masih kelihatan. Dia menjentak nasi dari tangannya. Tasnim yang duduk bersimpuh di hadapannya dipandang.

Alala..comeinyee dia tuuu..

Di sungai, Tasnim cuma berada di tempat yang cetek. Membiarkan air menyapu kakinya. Tangan mengambil batu lalu disusun membuat kolam. Sekali sekala matanya singgah kepada Aidan yang seronok bermandi-manda di hujung.

"Akak mari la mandi.." Aina yang berada di dalam air separas pinggang itu melambai ke arah Tasnim. Tasnim hanya menggeleng. Dia suka air, tapi tidak lah sampai bermain di tempat yang dalam. Dia bukan pandai berenang.

"Tasnim takkan duduk je?" Yati dan Yana keluar dari air. Pakaian yang melekap penuh ke tubuh dibiarkan terpampang. Yana dan Yati memang seksi sikit daripada mereka semua.

Tasnim hanya tersenyum mengangguk. "Haah.."

Yana menjuih mengangguk. Kembar itu kemudian berlari menuju ke tikar di bawah pokok. Riuh suara mereka di sungai itu. Tasnim kembali menunduk, membina kolam kecilnya.

"Adikku manis..cantik bergaya~ bolehkah abang duduk bersama?"

Tasnim mendongak. Cahaya matahari menyuluh membuatkan dia terpaksa mengenyit mata. Senyumnya terukir.

"Duduk lah abang, nak bernyanyi segala.."

Aidan tersengih. Bukan dia duduk, tubuhnya dibaring di tempat cetek itu. Tangan kanan menahan kepala dengan tubuh diiring menghadap Tasnim.

"Balik cuti ni, Tasnim kena balik U dah ke?" Aidan bertanya. Tangannya turut mengutip batu dan diletakkan menjadi dinding kolam Tasnim.

"Haah la, Tasnim cuti dua minggu je"

"Lepas tu, Tasnim balik Gombak kan?"

"Haah.."

Aidan mengangguk kecil. Tangannya kembali menggagau batu.

"Kenapa abang?" Tasnim memandang Aidan yang sibuk menyusun batu itu.

"Tak da apa la, abang tengah fikir sesuatu. Nanti abang bagitahu Tasnim"

Tasnim hanya mengangguk. Mereka berdua sibuk membina kolam. Dari kecil sehinggalah kolam itu mula merebak besar. Semuanya kerana Aidan. Sibuk dia membesarkan kolam tersebut sambil menyanyi.

"Abang suka kaki Tasnim"

Tasnim mengangkat kening. Kepalanya menunduk melihat kakinya dibawah air yang sangat cetek. Hanya cukup untuk menenggelamkan kakinya separas buku lali.

"Kenapa suka kaki Tasnim?"

"Saja. Merah, putih, cantik, macam orang dia"

Tasnim kulum senyum. Walaupun dia duduk, tapi dia masih boleh nampak Aidan dari tadi merenung kakinya.

"Nanti abang beli gelang kaki. Tasnim pakai eh?"

Tasnim mengangguk. Ketawanya kecil. "Baik abang sayang." Bisiknya. Hanya dia dan Aidan yang mendengar.

***

Promote!

Lelaki Idamanku : Jejaka Itali
NSFSHN

Impian Si Dia
prettyqaes

The King of Aarayan
MissAeygo___

***

Rancangnya nak update semalam tapi sis sibuk berperang. Konflik masih belum bermula.

Bila nak start?

Around chap 26 macam tu la..hehe..

Takpe..nanti kita meraung sama-sama eh..😎

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top