Bab 15

Aidan keluar dari bilik air sambil mengelap rambut. Dia menggunakan bilik air di dapur disebabkan Hafiz berkeras mahu menggunakan bilik air di bilik. Orang nak mandi baru sibuk nak mandi.

Sambil mengelap rambut, dia terpandang kelibat Tasnim yang sedang membongkok mengambil sandal di pintu belakang.

Melihat tudung bawal yang tersarung kemas bersama baju labuh berwarna cream di tubuh Tasnim, Aidan mengerutkan kening. Pakai cantik-cantik nak pergi mana? Selalu di rumah dia hanya mengenakan t-shirt dan kain batik, ni dengan palazo segala.

Tasnim berpusing, tangan memegang tali sandal.

"Abang!" Tasnim terjerit melihat Aidan yang berdiri di belakang sambil merenung ke arahnya dengan hanya bertuala dan dada bogel yang sangat kacak!

"Adik nak pergi mana?" Aidan yang selalunya tak kisah, memaut pinggang Tasnim. Terkujat Tasnim dibuatnya. Dada Aidan ditahan dengan tangan kirinya sementara tangan kanan memegang sandal.

"Na--nak pergi pekan kejap, ada barang nak beli"

Bersinar bola mata Aidan, dia tersengih.

"Nak ikut"

Tasnim terkebil.

"Err..aabang nak ikut nak buat apa? Lagipun adik nak pergi dengan kak Yana. Kak Yati sekali." Terang Tasnim. Pelik apabila Aidan bersungguh mahu mengikut. Tak malukah dia?

Aidan menjuih mulut. "Apa masalahnya kalau abang ikut?"

"Nanti abang sorang lelaki, kesian abang. Abang nak jalan dengan sapa?"

"Hmm"

Aidan menunduk sambil mencebik mulut. Pegangan dipinggang Tasnim dilepaskan. Dia berpusing dan berlalu. Tasnim tersengih melihat bahu Aidan yang jatuh dan tubuh mengendur. Merajuk konon. Babap kang!

Malas melayan, Tasnim melangkah ke ruang tamu. Selipar diletakkan di rak kasut khasnya di tepi pintu. Sandal bersarung diambil dan diletakkan di bendul pintu.

Yana dan Yati di cari. Dia melangkah ke bilik mereka. Dijengukkan kepala sedikit untuk melihat didalam bilik.

"Akak" panggil Tasnim.

Yana berpusing. Yati masih melilit shawl di hadapan cermin.

"Eh,Tasnim. Kejap ya. Ni kak Diana lambat sangat. Nak berbelit-belit" Kak Yana menjeling kepada Yati.

Yati hanya tersengih sambil membuka jari telunjuk dan jari tengahnya. Peace!

Tasnim mengangguk.

"Tak pa akak.Take your time, Tasnim tunggu dalam kereta ok?" Yana mengangguk.

"Sorry Tasnim" Yati membuat muka kesian. Shawl masih lagi tergantung sebelah pendek sebelah panjang.

"It's okey" Tasnim tersenyum.Ni kalau tok babah tahu kami bertutur dalam bahasa Inggeris, mau disemburnya dengan minyak petrol. Pantang betul dia mendengar orang bercakap dalam bahasa penjajah itu.

Oleh itu, tok babah menetapkan undang-undang didalam rumah ini seorang pun tidak dibenarkan bercakap dalam bahasa Inggeris. Sangatlah tak open minded. Tapi, disebabkan hampir kebanyakan cucunya belajar di luar negara, bahasa Inggeris seperti menjadi bahasa kedua.

Cuma dihadapan tok babah, tiada seorang pun yang berani, sekalipun abang Aidan.

Baru saja Tasnim mahu bergerak, Yana menahan.

"Eh ni Tasnim. Kita tak naik kereta abang Hafiz . Kita naik kereta abang Aidan. Honda City warna hitam tu. Tasnim tahu kan?"

Tasnim mengangguk. Tahu sangat ler kereta suami dia. Ehehehe..tapi macam curiga je bila naik kereta abang Aidan. Kenapa tak kereta Mak Ngah? Kereta abang Hafiz?

"Tahu akak. Kereta tu kunci tak?"

"Haa..kunci. Kejap eh"

Yana berpusing ke arah Yati. "Acik ambil kunci kereta atas tu kejap." Pintanya.

Yati menghulurkan kunci. Tasnim bergerak merapati. Kunci bertukar tangan.

"Tasnim tunggu kat bawah ok." Beritahu Tasnim sebelum keluar dari bilik.

"Adik duduk seat depan tau." Julia melaung dari muka pintu bilik. Tasnim yang menyarung kasut senyum lalu mengangguk.

Tasnim menekan punat hijau, klik! Dia masuk ke tempat duduk disebelah pemandu. Pintu tidak ditutup, sengaja ingin mengambil angin luar. Aircond tak boleh pasang sebab enjin tak buka.

Dia hanya menunggu sambil mengadap luar. Dia merenung ke bawah, debu-debu di kasut disapu. Tudung dibetul yang agak terkelepet akibat angin yang bertiup. Biasalah, rumah di kawasan bendang. Memang agak berangin.

Dengar bunyi pintu bahagian pemandu dibuka, Tasnim mengalih badannya.

"Akak, ni kun.." Tasnim terhenti.Tubuh Aidan yang melangkah duduk ke dalam kereta menyapa pandangan.Abang?

"Abang, buat apa kat sini?"

Aidan pura-pura sibuk membetulkan rambutnya dicermin hadapan.

"Buat apa? Nak pergi pekan la.Tak boleh? Ni kan kereta abang" Mata masih di cermin. Kali ini hidung pula dibelek. Dalam hatinya bersorak riang. Nasib baik dia bijak jugak menyuruh Yana menggunakan keretanya.

"Tapi.."

Dum!

Pintu disebelah Tasnim ditutup. Tasnim terkejut. Tangan yang memegang tempat menutup pintu itu dipandang. Nafas Aidan hangat dibelakang telinganya.

Aidan mengundur sedikit. Sebelah tangan di dashboard manakala sebelah lagi dikerusi Tasnim. Tasnim mengalih badan setelah mendapat ruang. Wajah Aidan ditepi bahunya dipandang. Dia mengesot ke pintu sedikit.

"Tapi?" tanya Aidan sambil mengangkat kedua keningnya.

"Abangkan seorang ja lelaki,kesian abang.Nanti abang nak jalan dengan sapa?" Aidan meniru balik percakapan Tasnim tadi. Aidan tergelak kecil.

Tasnim mengetap bibir.

"Seriously Tasnim? Tasnim risau abang tak da teman nak jalan-jalan?"

Tasnim diam.Matanya memandang bawah.Dia bermain dengan jarinya.

"Look at me" suruh Aidan separa berbisik. Tasnim mengangkat muka. Memandang muka Aidan yang berkulit tanned dan janggut jemput yang menjadi kegemarannya.

"Just to remind you, I'm 27 years old darl. I'm a man, not a boy" Aidan merenung mata Tasnim. Sekejap ke kiri sekejap ke kanan. Tasnim tertunduk semula. "I'm a husband and soon a father. I'm old enough"

Tasnim menyandar badannya ke tingkap. Dari bawah, tangannya mengelus tangan Aidan. "Soon tu bila?"

Aidan meliarkan matanya sesaat, memastikan tiada siapa memastikan adegan menggoda tergoda di antara mereka.

"Bila-bila Tasnim dah bersedia."

"Tasnim selalu bersedia. Abang je belum claim."

Aidan kembali ke tempat asal. Kepala disandar ke tempat duduk.

"Jangan goda abang. Abang tak tahu sampai bila abang boleh tahan" Aidan menoleh. Tasnim memandang, serentak dengan itu Aidan mengenyit mata sambil tersengih lebar.

Mata Tasnim terkelip sesaat. Air liurnya ditelan, kesat. Baru tadi dia mahu menggoda Aidan, tahu-tahu dia yang tergoda sendiri.

"Nak." Aidan menghulur tangan.

"Nak apa?" Tanya Tasnim. Keningnya terangkat melihat tangan Aidan.

"Nak adik" bisik Aidan. Dia senyum mengusik.

"Adik kan memang yang abang punya."    

Aidan senyum mengangguk. "Iye lar, tapi sebelum masuk, kena minta izin dulu."

Tasnim terkelip-kelip. Nak masuk mana kena minta izin segala. 5 saat dia terdiam, baru dia tersedar sesuatu. Pantas tangannya menyilang didada dengan tubuh kebelakang.

"Abang nak buat dalam ni ke?"

Aidan tergelak. Hidung Tasnim ditarik. "Kenapa la sayang abang ni berfikiran macam ni?"

"Abang la..cakap la jelas-jelas." Tasnim merungut. Jari mengusap hidungnya yang mula kemerahan.

"Abang gurau je.Nak kunci keretalah.Panas ni tak buka aircond"

Tasnim menghulur. Cakap la betul-betul lain kali. Suka sangat bergurau.

Sempat Aidan tersenyum sinis. Tasnim gatal. Dah ada angan-angan nak buat dalam kereta. Ganas jugak isteri muda dia ni.

Enjin dibuka, aircond dipasang. Begitu juga dengan radio. Masing-masing senyap.

Aidan mengerling ke arah Tasnim yang sedang bermain jari. Jari beruas merah di hujung dan nampak gebu itu direnungnya. Cincin platinum tersemat manis di jari Tasnim.

"Boleh abang claim adik petang ni?"

Tasnim mengangkat kepala. "Hah?"

Baru Aidan mahu membuka mulut, kedengaran suara Julia dan Yati di luar kereta.

"Ye ka ateh? Sampai hati betul dia"

"Ye acik,akak nampak sendiri.Gila budak tu."

Aidan menoleh ke belakang.

"Ready my twins?"

"Ready abang." Kata Yati sambil membuat muka teruja. Mata dikenyitkan. Sengaja mahu beramah mesra dengan abang sepupu sulungnya yang handsome lagi pandai. Bakal doktor kau!

Aidan tersengih lalu mengenyit mata sekali.

"Awww..abang!" Kembar itu menjerit teruja.

"Abang handsomenya! One more one more."

Aidan berpaling lagi sambil mengerakkan jari telunjuknya ke kiri dan ke kanan sebelum sebuah kenyitan lagi dihadiahkan. Kali ini senyumannya menampakkan barisan giginya yang tersusun. Berkat braces selama 2 tahun.

"Abang Aidan!"

Aidan gelak. Suka betul.

Tasnim mengerut dahi. Dia menoleh ke belakang untuk melihat reaksi teruja si kembar mak lang itu. Kak Yana menekup kedua pipinya manakala Kak Yati mengibas muka menahan jerit. Merah padam mukanya. Teruk sangat ni. Suami aku tu..

Tasnim segera mengalih badan ke depan. Pandangan bertemu dengan Aidan sebelum lelaki itu mengenyit mata kepadanya. Laju.

Tasnim menjeling tajam. Abang Aidan yang gatal gelenyar.

***

" Yana dengan Yati nak pergi sana" beritahu Yana sebelum mereka hilang di celah orang ramai.

Tasnim dan Aidan membatu ditepi kereta. Aidan menyandar dipintu kereta manakala Tasnim menunduk di tepi Aidan.

Setelah agak lama berkeadaan begitu, Aidan mengajak Tasnim.

"Jom! Tasnim nak beli apa?"

Aidan memulakan langkah. Tasnim terkial mengikut kaki panjang suaminya itu.

"Tasnim nak beli barang. Shower cream, syampu semua dah habis."

Aidan mengangguk. Dan dialah salah seorang manusia yang tolong mempercepatkan proses penghabisan shower cream Tasnim. Wangi kut. Lembut je kulit bila pakai.

Aidan memperlahankan langkah, kesian melihat kaki pendek Tasnim mengejar langkahnya. Apabila Tasnim tiba disebelahnya barulah Aidan berjalan beriring dengan gadis itu. Tangan Tasnim yang terhayun perlahan itu dipegangnya.

"Abang.."

"Shh..tak pe. Diorang dah pergi jauh."

Tasnim tersenyum nipis. Tangannya juga menggenggam tangan Aidan dengan tubuhnya dirapat ke tubuh Aidan. Kan bagus kalau mereka tak perlu sembunyi.

"Welcome to Watson" sapa pekerja yang memakai pakaian rasmi Watson itu. Tasnim tersenyum lalu mengangguk manakala Aidan hanya mengangguk. Muka masih macho.

Sambil melihat Tasnim memilih barang, Aidan menjengah ke tempat barangan untuk lelaki. Tester Perfume Romano diambil dan disembur di pergelangan tangan lalu dibawa ke hidung. Hmm..wangi.

Aidan tersengih kecil melihat lambang TESTER berwarna glitter gold yang melekat di perfume tersebut. Antara tarikan orang datang ke sini.

Macamlah Aidan tak tahu, sewaktu dia tingkatan 5, kawan-kawan perempuan kelasnya sebelum tusyen mesti singgah Watson. Masuk Watson muka macam Mak Limah keluar, fuhhh..macam model nak photoshoot. Kegilaan apakah ini?!

"Sayang" panggil Aidan.

"Hmm.." Tasnim dirak bertentangan yang mengumam. Mata masih terlekat dirak.

Tasnim dihampiri.

"Wangi tak?" Tanya Aidan sambil membawa pergelangan tangannya ke hidung Tasnim.

Wajah Tasnim terkebelakang.Hampir tersentuh pucuk hidungnya. Dia mengambil bau. Hidungnya dan nadi Aidan dijarakkan sedikit.

"Wangi!" Tasnim menjawab teruja.Berekot bibir Aidan menahan senyum.

"Betul?" Aidan meminta kepastian. Tasnim mengangguk.

"Betul. Bau dia soft, tak kuat sangat"

Aidan kembali ke tempat lelaki tadi. Satu set Romano diambil sekali deodoran, bedak dan segalanya. Dihampiri Tasnim sebelum dia meletakkan satu set barangnya itu ke dalam bakul yang dipegang Tasnim lalu dia mencapai tangkai bakul itu.

Tasnim tersentak. Dia memandang Aidan.

"Biar abang pegang"

Tasnim hanya membiarkan. Dilepaskan tangkai tersebut. Dah la berat. Pegang la nak pegang sangat.

"Pilih apa lama sangat?" Tanya Aidan sambil memandang rak.Bersusun losyen dengan pelbagai jenama.

"Losyen. Tasnim tak tau nak pilih yang mana."

"Selama ni sayang pakai jenama apa?"

Tasnim menggaru kepala.

"Tasnim pakai Johnson Baby" kata Tasnim sambil tersengih.

Aidan senyum.

"Patut kulit gebu macam baby. Tu baru tengok, tak kunyah lagi." Usik Aidan tersengih sambil melirik ke tangan Tasnim.

Tasnim perasan mata itu. Diambil satu botol losyen dirak lalu memukul bahu Aidan.

Aidan mengaduh sambil tergelak.

"Abang!"

"Sorry-sorry"

Tasnim menjeling. Gatal!

Sibuk memilih losyen, tiba-tiba Aidan menghulurkan sebotol losyen berwarna pink jenama Vaseline.

Tasnim mengangkat kening.

"Pakai yang ni, abang tengok kawan perempuan abang suka beli losyen ni."

"Wangi ke?"

Aidan membuka penutup losyen itu lalu dibawa ke hidung Tasnim.

"Hmm..ok.Ambil yang ni lah"

Aidan tersenyum sumbing.Pandai betul aku pilih barang.

Tiba di kauter, Aidan membayar. Puas bertempik dengan Tasnim. Akhir sekali, Aidan menggunakn kuasa vetonya sebagai suami.

"Tak sayang abang bayarlah."

Tasnim senyap. Dia memuncung mulut sambil terkedek mengikuti Aidan. Tak aci!

Tiba di dalam kereta, Aidan duduk melepas nafas seketika.

"Lepas ni nak pergi mana?"

Tasnim menggeleng. Niatnya ke pekan cuma mahu membeli barang.

Aidan mengangguk. Tangannya meramas-ramas perlahan stereng kereta. Tasnim melirik melihat Aidan yang kelihatannya resah semacam.

Aidan mengeluarkan telefonnya. Jari pantas menekan screen telefon sebelum dibawa ke telinga. Beberapa saat kemudian.

"Yati, abang dengan Tasnim lambat sikit. Korang makan je la kat mana-mana. Nanti kitorang sampai."

"Ok baik."

Tasnim memandang Aidan dengan keningnya berkerut halus. Abang Aidan nak bawa pergi mana-mana ke?

"Tasnim?"

"Ya, abang.."

Aidan menoleh. "Abang nak. Boleh?"

****

H

aaa..Aidan nak apa tu?

Ini hanya filler chapter..huhuhu

Chap ini adalah petikan old version punya. Cuma old version diorang tak kahwin lagi, so part yang sweet2 masam tu takde.

New version punya diorang dah kahwin, senang nak buat diorang sentuh2😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top