Bab 13

"Tasnim jangan risau. Kitorang sentiasa akan temankan Tasnim.." Afina dengan semangat yang jitu memujuk Tasnim yang sedang memeluk Aidan itu.

"Betul tu kak Tasnim. Aina ada je belakang akak. Aina suka akak. Akak cantik!" Aina turut menambah.

Aidan senyum mengangguk. Tasnim yang mengiring memeluknya itu dipandang. Ibu jari dan jari telunjuk mengepit dagu Tasnim. "Dengar tak tu?" Sambil dimainkan dagu isterinya itu sehingga menyebabkan mulut Tasnim terbuka dan tertutup berulang kali.

"Dengar.." Tasnim mengangguk perlahan. Jari runcingnya masih lagi menggenggam baju Aidan. Nyaman terasa bila Aidan memujuknya. Menepuk pinggang dan mengusap kepalanya.

"Abang teman adik tidur, boleh?"

Melihat mata bercahaya dan kening berkerut Tasnim, Aidan tak betah nak menjawab tidak. Kecomelan Tasnim boleh membuatkan otaknya tak waras untuk 5 saat.

"Abang teman adik. Tidur tidur.." Aidan mengusap pipi Tasnim sebelum tangan itu turun menepuk di pinggang. Tasnim mendekatkan tubuhnya dan wajah disorok ke ketiak Aidan. Suka!

Dua pasang mata terkelip-kelip memandang Aidan yang menidurkan Tasnim di katil sebelah. Afina mengiring sambil menongkat tangan di belakang Aina yang turut mengiring dengan tangan mengalas kepala.

Dua katil bujang itu diisi mereka berempat. Satu katil buat Aina dan Afina, satu lagi buat Tasnim dan Aidan. Terpaksa Aidan menemani Tasnim yang enggan melepaskannya tadi.

"Aina.." Afina memanggil perlahan dengan mata masih lagi memandang pasangan itu.

"Hmmm.." Aina pun turut memandang tak lepas. Comel sangat kak Tasnim!

"Asu tahu tak, dulu-dulu Tasnim macam tu la. Dia gaduh sikit je dengan kakak dia, mesti dia datang mengadu dengan along. Lepas tu suruh along tidur dengan dia. Macam ni la, sebijik!"

Aina turut tersengih. Dia masih ingat. "Yer..sampai kita dua pun cemburu sebab along suka lebihkan kak Tasnim.." pandangan tak terlepas lagi.

"Angah rasa..kenapa Kak Su dengan Kak Aikha buat macam tu eh? Kak Tasnim kan adik diorang." Aina menoleh memandang sebentar Afina dibelakangnya.

Afina meletak tangannya di pinggang Aina. Nafasnya dihela berat. "Angah tak pasti. Selama ni tengok ok je. Mungkin Paksu ada cerita apa-apa kut dekat diorang.."

Aina mengangguk. Dia turut berfikir hal yang sama. Jika dilihat dari sudut yang lain, ada hikmahnya juga Allah gerakkan hati abangnya untuk membuat keputusan sebesar ini 4 tahun lalu. Tasnim, tak ubah seperti dibuang keluarga sendiri.

Aidan cuma tersenyum nipis mendengar dua adiknya itu berbisik sesama sendiri. Tasnim yang tertidur di dakapannya diperhati sambil pipi sembab itu diusap. Ada lagi kesan air mata yang mengering di batang hidung dan tubir mata.

Jam tangannya ditilik. Dah pukul 3 pagi. Patutlah mata dia rasa berat semacam.

"Afina, Aina.."

"Ye along.." jawab keduanya serentak.

"Along nak balik bilik dah. Korang jaga Tasnim ya." Aidan bangun menyerong akibat kepala Tasnim masih di lengan kirinya. Tangan kanan menyeluk bawah kepala Tasnim sebelum perlahan dia angkat dan letak di atas katil.

"Abangg.." terpisat-pisat Tasnim membuka mata. Pergerakan di atas katil menggangu tidurnya. Lagipula, dia terasa ada yang kurang dalam lenanya.

"Abang kena balik bilik dah. Nanti tok babah terjaga ke, susah.."

Tasnim senyap seketika. Agak berat nak melepaskan Aidan. Namun setelah itu, tangannya perlahan dialih dari mencengkam baju Aidan.

"Selamat malam, abang.."

"Selamat malam, adik"

Aidan mengerling melihat dua orang adiknya yang kelihatan agak teruja memerhati mereka. Dia senyum bermakna. "Pejam mata kejap boleh?"  Sempat dibuat muka nakal kepada si adik.

Afina tersengih memejam mata. Tangan dibawa menutup mata Aina. Budak bawah umur tak boleh tengok! Aksi 18sx!

Aidan merendah tubuh semula. "Good night baby.." Tangannya menurun dari membelai rambut Tasnim ke pipi gebu yang sering digigitnya dulu. Ibu jari menekan dagu Tasnim sebelum dia melekapkan bibir mereka.

Tasnim yang masih tak terbiasa meramas lembut baju Aidan, tercungap-cungap dia mencari nafas sekaligus cuba mengikut rentak Aidan.

Aidan melepas ciuman. Mata Tasnim yang terkebil dipandang dengan senyuman halus. Bibirnya terbuka dan sedikit terketar.

"Good night kiss.." bisik Aidan dan ibu jarinya mengelap air liurnya yang terlekat di bibir Tasnim.

Tasnim senyum melihat Aidan yang sudah bangun dari pembaringan. Bibir bawahnya digigit kecil.

"Korang dah boleh buka mata."

Afina dan Aina membuka mata melihat Aidan yang berada di muka pintu. Tasnim berbaring membelakangi. Malu mungkin..

Afina menjuih melihat si abang tersenyum kemenangan keluar dari bilik. Afina mendecit. Abang aku ke yang gatal tu?

***

Tok chik tersenyum lebar melihat empat buah kereta bergerak memenuhi halamannya.Bunyi hon bertalu-talu.

"Woi, bising woi!" Jerit Aidan yang baru tiba di muka pintu.

"Assalamualaikum ya usrati!"

Seorang lelaki lingkungan 20-an keluar dari tempat duduk pemandu, melaung sambil mengangkat tangan. Hafiz, anak mak ngah yang kedua, sama masuk air macam Aidan.

Dia orang pertama tergesa-gesa mendapatkan tok babah dan tok chik yang sudah pun berada di laman.Kelihatan yang lain turut menghampiri.

"My lovely granny.."

"Rindunya.." Tok chik memeluk Hafiz kuat. Hafiz membalas. Pipi neneknya dicium gembira.

Pelukan dilepaskan.Tangan tok babah disebelah dicapai dan dicium. Tok babah hanya tersengih sambil menepuk perlahan bahu Hafiz.

Mendengar bunyi tikus dari muka pintu, Hafiz mendongak. Mata dikecilkan. Aidan sedap bersandar di muka pintu sambil menyilang tangan didada.

"Wow, look at that. Orang Glosgow pun ada. Sengkuang tercinta! Bila balik?" Hafiz berlari ke tangga dengan tangan didepa ke angin. Feeling sungguh.

Aidan menunjuk penumbuk sebelum mereka bersalam dan berpelukan gaya brotherhood. Tergelak dibuatnya. Teman sepermainan sejak kecil cuma bezanya Aidan lagi nakal!

"Aidan bila balik?" Mak Ngah membawa beg besar menaiki tangga sambil mendongak melihat Aidan. Lama sungguh tak lihat anak saudaranya ini. Makin lelaki!

"3 hari lepas" Aidan menjawab lalu mengambil beg yang dibawa Mak Ngah. Tangannya menyalam Haris, anak sulung Mak Ngah yang muda dua hari daripadanya.

Rumah tok babah riuh dengan anak dan cucunya yang berhimpun serentak di rumah itu. Ada yang suara tertelan mikrofon, ada yang cakap macam machine gun. Aidan tak larat nak gelak mendengar celoteh sepupunya. Walaupun semuanya dah besar panjang, perangai semua macam budak kecik. Riuh!

Tak lupa, Aida dari tadi mencari kelibat Tasnim. Kepalanya berpusing sana sini mencari isteri mudanya itu. Telefon di dalam poketnya dikeluarkan. Dia buat-buat ketawa apabila yang lainnya ketawa mendengar cerita tok babah.

Mesej ditaip kepada Afina. Adik dia tu confirm 24 jam bersama telefon. Matanya naik memerhati Afina yang sedang bersembang dengan Anisa, anak kedua Mak Lang. Dijenguk ke tangan Afina. Tak de telefon pulak.

Aidan menggaru kepalanya.

"Kan Aidan?"

Aidan terkebil mendengar Hafiz yang tiba-tiba menepuk bahunya. Dia terkebil memandang Hafiz yang tersengih meramas bahunya seakan memberi isyarat.

"Ha betul-betul.." Aidan tersengih kekok mengiyakan sesuatu yang dia sendiri tak tahu. Ketawa kuat dia bersama lelaki yang lain. Apa yang kelakar sangat tak tahu.

"Kalau nak tidur dalam kandang, berani kau buka telefon depan tok babah" Hafiz membisik memberi amaran. Dia masih meramas bahu Aidan.

"Yelah.." Aidan buat-buat sandar ke bahu Hafiz. Sengaja. Walaupun Hafiz muda 2 tahun darinya tapi dia lebih masuk dengan Hafiz berbanding Haris. Mungkin sebab Hafiz teman nakalnya dulu. Haris matang sikit, garang je muka.

"Aidan nak ke tandas kejap." Aidan meminta diri. Membongkok tubuhnya bila dia keluar dari sekumpulan lelaki itu. Sempat dia menjenguk di tempat berkumpul perempuan. Mana la Tasnim ni membawa diri.

Aidan turun ke tangga. Di ruangan bawah itu sunyi saja. Ada tempat berkumpul, surau kecil dan dua bilik. Dapur pula di sebelah ruang makan. Hasratnya untuk ke tandas dimatikan bila terdengar bunyi air di dapur. Dia mengubah langkah ke dapur.

Tubuh genit yang berada di sinki itu didekatinya. Bagus jugak tak ada orang kat bawah ni, boleh nak bercinta kejap. Hew hew hew..

"Sorang je?" Aidan menahan tangan mengepung tubuh kecil Tasnim. Terhinjut bahu gadis itu.

"Abang..kenapa turun?" Tasnim menoleh memandang Aidan sesaat sebelum kembali membasuh pinggan.

"Saja..bosan kat atas." Aidan mengeram manja lalu melentok kepala ke bahu Tasnim. Wanginya kak oi bini aku ni!

Tasnim tergelak. "Kat atas kan ramai orang, bosan apanya? Kat bawah ni lagi bosan, sunyi." Pinggan yang dibilas ditoskan di raga sebelah. Tasnim menjentak tangan menghilangkan sisa air lalu tangannya dilap ke tuala dapur.

"Bosan sebab tak de bini kat atas." Aidan mengangkat kepala. "Sunyi la best.." belum sempat dia membenam wajah ke leher Tasnim, gadis itu sudah bergerak menutup cerek air.

"Abang mengada." Komen Tasnim sambil menuang air ke dalam jug plastik. Gula dan senduk diambil. Terkocoh Aidan mengikut Tasnim yang bergerak ke sana ke sini.

"Mengada pun dengan isteri sendiri. Takpe, Allah suka suami isteri bergurau senda." Menempel dia di sebelah Tasnim. Aidan senyum lebar. Isterinya sudah tak segan. Dah boleh diajak bergurau.

"Macam mana abang tahu Tasnim ada dekat bawah?"

"Tadi abang nak pergi tandas, lepas tu abang nampak Tasnim kat sini. Abang tak jadi nak buang hajat sebab hajat kat sini lagi besar."

Tasnim mengangguk. Jawapan Aidan membuat hujung bibir Tasnim ternaik. Dia senyap membancuh air teh untuk keluarga. Aidan menahan tubuh ditepi meja sambil memerhatikan Tasnim.

"Abang pergilah naik atas. Nanti ada orang turun, pelik pulak kita duduk macam ni. Tasnim tak pe la, abang tu kena jaga nama baik abang sebaik cucu kesayangan tok babah. Nanti kalau kita tertangkap, yang lain mesti pandang abang buruk. Abang kena jaga---"

Pap!

Aidan menampar kuat punggung Tasnim. Tersekat nafas Tasnim yang sedang mengacau air itu. Jantungnya bagai terhenti dua saat. Kaku segala saraf.

Tasnim memandang Aidan terkelip-kelip.

"Shhh..jangan ganggu konsentrasi abang." Aidan meletak jari telunjuk di bibir. Muka langsung tak bersalah malah hujung bibirnya ternaik, senyum senget.

"Abang tepuk punggung saya." Perlahan Tasnim memberitahu perkara yang mereka berdua sudah maklum. Tangan kiri mengusap perlahan punggungnya. Pedih..

Bahu Aidan terhinggut tanda dia menahan gelak yang amat sangat. Saya? Tasnim benar-benar malu!

"Sakit? Nak abang buat lagi?"

"Sakit. Tak nak dah.."

Sungguh dia rasa nak angkut Tasnim ke bilik. Polos sangat! Pipi tu geram nak gigit!

"Saya nak bawak air" Tasnim meminta diri untuk bawa air ke atas. Aidan mengangguk sambil tersenyum nakal. Tanganya menahan tubuh di meja sambil mata memerhati Tasnim yang keluar dari dapur itu atau lebih tepat, punggung Tasnim.

Geram je dia nak buat drum. Pap! Pap! Pap!

***

I can't stop my hands 😌

Salahkan tangan saya.

Soalan mudah!

Benda apa masuk lurus, keluar bengkok?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top