Bab 12

Sekali lagi, suasana di dalam kereta itu sunyi. Aidan sekali sekala memandang Tasnim yang sedang asyik merenung ke hadapan.

"Tolong bukakan keropok tu. Abang nakk.." Aidan menunjuk keropok Twisties yang berada di atas riba Tasnim. Peel dia, bawak Twisties naik kereta tapi tak makan pun. Nak bagi ada benda nak pegang je.

"Kejap." Tasnim membetulkan duduknya lalu jari runcing itu mengoyak bahagian tajam plastik keropok itu. Berhati-hati sekali. Tasnim memang cermat.

"Nah abang" Tasnim menghulur plastik keropok tersebut.

Aidan bergilir melihat keropok dan muka Tasnim yang kelihatannya langsung tak bersalah. Dia tak mengambil plastik keropok tersebut sebaliknya senyum mengharap sesuatu.

"Kena--- oh! Maaf.." Tasnim menarik semula keropok ke ribanya. Tangan kiri menggaru belakang kepala. Adui..Tasnim!

Aidan tersenyum nipis melihat tingkah Tasnim di sebelah sebelum kembali meluruskan pandangan ke jalan.

"Abangg.." Tasnim memanggil dengan tangan menghulur keropok.

"Ha..ni baru betul." Aidan mengusap sebentar kepala Tasnim sebelum menggigit keropok di tangan Tasnim. Tasnim tunduk segan. Suap abang!

"Abang nak lagi ke?" Tasnim bertanya perlahan. Aidan senyum segaris. "Nak!"

Aidan memandu ditemani Tasnim yang menyuap keropok ke mulutnya. Kadang-kadang sengaja dia menggigit hujung jari Tasnim. Bergurau. Tasnim nampak terlalu segan dengan dia, suaminya sendiri.

"Tasnim makan la sekali" kata Aidan apabila Tasnim dari tadi menyuapnya. Tangan Tasnim yang menghulur ditolak kepada Tasnim semula.

"Tasnim tak makan keropok"

Dengar itu, terus dia mengambil semula tangan Tasnim dan menggigit keropok. Jaga kesihatan betul bini dia ni.

Baru saja Tasnim mahu mengambil keropok, Aidan menahan tangan Tasnim lalu menggeleng kecil. Tangan yang menyuapnya tadi dibawa ke mulut dan dijilat menghilangkan sisa.

Selesai, Tasnim menunduk dan menjilat kembali jarinya, membersihkan untuk kali kedua. Wajahnya bagai disimbah air panas. Tasnim berdebar tak tahu nak cakap.

"Jangan malu dengan abang dah.."

Tasnim yang masih menunduk menoleh sedikit kepada Aidan. Dua saat dia memandang wajah itu sebelum kepalanya ditunduk semula.

"Tasnim masih tak biasa.." Tasnim bermain jari "..untuk hidup berdua. Abang pergi terlalu lama."

Aidan mengangguk sedikit. Lama. Sehinggakan Tasnim yang masih kecil dulu kini sudah menjadi dara sunti. Percakapannya halus dan tingkah cermat. Berbeza dengan dulu. Tok chik betul-betul men'dara'kan Tasnim.

"Abang minta maaf 'ikat' Tasnim terlalu cepat." Tiba-tiba saja Aidan membuka hal itu. Sedar yang keputusannya dulu telah meragut zaman remaja Tasnim. Zaman untuknya bersuka dan bercinta.

"Takpe, Tasnim suka.." Tasnim senyum melihat Aidan. "Melihat kawan lain yang berbicara soal jodoh, Tasnim habiskan masa dengan belajar. Bila orang sibuk fikir soal bakal pemilik rusuk, Tasnim sudah ada abang."

Aidan tergelak perlahan dan mengangguk.

"Terima seadanya perkara yang lepas.  Kita cuma perlu hadapi yang akan datang.." Tasnim melirik Aidan.

Aidan tak boleh tidak, dia senyum lebar. Kepala Tasnim diusap perlahan. Pelam muda yang sudah ranum. Enak dimakan. Nyum!

"Nak lagi keropok, boleh? Tiba-tiba rasa lapar.." Aidan menayang giginya. Tasnim cuma tersenyum nipis sebelum kembali menyuap Aidan.

"Abang nanti kita pergi hospital ye.."

Aidan mengangkat kening. "Kenapa?"

"Cuci buah pinggang abang"

Gulp!

***

Bising hon dari dua kereta itu memenuhi laman rumah tok babah. Tok chik dan tok babah dah sedia menunggu di hadapan pintu menunggu anak menantu.

"Dekat sini abang panggil Tasnim 'adik' " Aidan mengingatkan setelah dia menutup enjin. Tasnim yang mengemas plastik keropok itu mengangguk.

Baru Tasnim mahu keluar, terasa hangat lembap di pipinya. Tasnim menoleh kepada Aidan dan tok babah di luar. Nasib baik tok babah sibuk melayan Afina yang kepoh tak sudah itu. Tangan naik memegang pipi.

"A-abang.."

Aidan mengenyit mata sambil tangan membuka pintu kereta. Tasnim mengemam bibir tahan senyum. Tangannya membuka kereta. Bila terlihat Aidan membuka bonet, Tasnim ke belakang mahu mengambil begnya.

"Terima kasih" Tasnim mengambil begnya yang sudah pun dikeluarkan Aidan. Sekali lagi pipinya jadi habuan Aidan.

"Abang.."

Aidan tersengih tak bersalah. "Buat bekal." Lelaki itu terus berlalu meninggalkannya terkebil di belakang.

"Tasnim.." Tok Chik turun dari tangga dan terus memeluk cucunya itu. Habis pipi Tasnim diciumnya.

"Sihat ye, cu? Ni makin kurus ni--- Aidan!" Belum sempat dia habis bicara, Aidan sudah muncul di belakang. Tok Chik menjerit lain macam.

"Aaaaa...cucuku!"

Tasnim senyum nipis. Abang Aidan cucu kesayangan. Cucu sulung dan boleh dikatakan yang terpandai antara mereka semua. Kalau tak, tak ke luar negara la.

"Sihat Tasnim?" suara garau Tok Babah kedengaran. Tasnim berpaling dan menyalami Tok Babah.

"Sihat..Alhamdulillah"

Tok Babah mengusap bahu Tasnim dan membawa gadis itu ke atas. Tok Chik masih lagi sibuk melayan Aidan di belakang.

"Awal kamu semua sampai.." Tok Babah menyelit kain pelikat ke pahanya sebelum duduk di atas kusyen kayu di ruang tamu.

"Jalan tak jem lagi babah. Orang tak mula balik kampung lagi." Encik Fakhrul menjawab. Tok Babah mengangguk.

"Ni kamu sampai bila Aidan?" Melihat Aidan yang masuk ke rumah itu, Tok Babah terus bertanya soalan. Lama sangat tak tengok cucu sulungnya ini.

"2 hari lepas tok.." Aidan menyalami tangan Tok Babah.

"Seronoknya chik! Esok mak ngah kamu dengan mak lang balik.." Tok Chik seronok bercerita sambil menepuk tangan teruja. Tok Chik memang begini. Cepat excited. Dah la totet; bahasa halus untuk 'pendek', comel pulak.

"Paksu?"

"Entah la dia tu.." tak melayan, Tok Chik terus bergerak ke dapur.

Aidan melihat Tasnim. Tak beriak. Tapi Aidan tahu dia terluka. Sampai bila paksu nak berhenti daripada menyalahkan Tasnim.

Tasnim yang terperasan Aidan merenungnya itu terus mengukir senyum nipis sebelum masuk ke dalam bilik.

"Pergi angkut beg semua masuk bilik. Rehat, mandi. Chik kamu dah siap bilik masing-masing."

Rumah Tok Babah besar cukup bilik untuk keluarga besar mereka. Asalnya kecil saja. Tapi sejak Tasnim tinggal di sini, Tok Babah sedaya membesarkan rumah itu menggunakan duit pencennya untuk keselesaan Tasnim.

Tasnim membuka pintu bilik dia. Masih lagi kemas teratur, persis sewaktu dia tinggalkan dua bulan lalu. Tasnim meletakkan beg atas katil. Bilik ini ada dua katil bersaiz queen. Bila keluarga balik, adik beradik Tasnim akan tidur di sini.

Mendengar sesuatu, Tasnim terus berpaling ke muka pintu. Aidan berada di situ sambil memegang beg. "Abang?" Terangkat kening Tasnim melihat Aidan yang memasuki biliknya.

"Eh silap bilik. Maaf ya.." Aidan dengan muka tak bersalahnya berpatah balik keluar dari bilik. Tasnim tersengih. Silap konon. Padahal gatal!

***

Malamnya, Tasnim mengemas bajunya ke dalam almari. Berkat bebelan dan ajaran Tok Chik, baju di dalam almari tersusun kemas mengikut warna dan saiz.

Tiba-tiba telinganya menangkap bunyi kereta.

"Aikha, Su!"

Mata Tasnim segar mendengar nama kakaknya disebut di luar. Dia cepat-cepat bangun dari bersila dan berjalan cepat ke ruang tamu.

"Kak Su, Kak Ika.." Tasnim memanggil lalu menyalami tangan kedua kakaknya.

"Kak Tasnim.." Farah, adik bongsu Tasnim menyalami tangannya. Tasnim senyum lebar melihat adik beradiknya. Lama sangat tak jumpa.

Senyumnya mengendur bila terlihat Hisyam yang menaiki tangga. Perlahan kakinya merapati.

"Ayah.." Tangan di hulur mahu menyalam tapi lelaki itu buat tak endah dan terus masuk ke dalam rumah. Tasnim mengambil nafas dan terus mengukir senyum paksa.

"Kenapa kaki kamu tu?"

"Gout chik..2 minggu dah.." Hisyam duduk di atas kerusi. Buku lalinya bengkak keunguan. 

"Jom akak ke bilik.." Tasnim menolong membawa beg adik beradiknya ke bilik. Sumayyah, Zulaikha dan Farah mengikut di belakang.

"Tasnim boleh tolong kemas beg tak? Kitorang penat lah.." Sumayyah merehatkan tubuh di atas katil.

"Boleh tak?" Zulaikha pula bertanya.

Tasnim mengangguk lalu tersenyum. "Boleh..kenapa tak boleh pulak?" Dia meletakkan beg mereka bertiga di tepi almari dan mula mengemas.

Tasnim cuma mendengar keletah tiga beradik itu di atas katil. Hatinya agak tercalar. Mereka kelihatan sempurna walaupun tanpa dia. Tak mahu buruk sangka, cepat diusir perasaan tersebut. Haruslah mereka begitu, mereka tinggal sebumbung. Dia berasingan.

"Tasnim.."

"Ye kak.." Tasnim menoleh kepada Zulaikha yang memanggilnya.

"Boleh tidur luar tak malam ni? Kak Aikha tidur buas la. Tak cukup katil ni akak sorang.." Zulaikha di atas katil membuat wajah kasihan. Sumayyah dan Farah juga mengangguk.

"Takpe..Tasnim boleh tidur dengan Kak Su dengan Farah--"

"Ehhh..takk..kitorang pun tidur buas jugak." Sumayyah cepat menghalang. Tubuhnya dibiar selambak di atas katil. Farah juga begitu.

"Ta-tapi takkan Tasnim nak tidur dekat luar?" Tasnim senyum serba salah .

"Takpe..boleh je.."

Tasnim mengangguk perlahan. "Baik"

"Thanks Tasnim!" Zulaikha melambai Tasnim.

Baru Tasnim mahu mengambil bantal dan selimut, ketiga mereka sudah mengaut awal.

"Selamat malam.." sehelai sepinggang dia keluar dari bilik itu. Mereka bertiga berbual sesama sendiri tanpa melihat Tasnim yang keluar.

Tasnim menunduk. Tutup saja pintu, kedengaran mereka bertiga ketawa kuat. Seperti ketawa menganjing dirinya yang sangat lemah.

"A-abang.." Tasnim terkejut melihat Aidan yang berdiri menyendeng sambil menyilang tangan di tepi dinding.

Aidan mencerlung mata bundar itu. Sinar luka berkelip sayu. Tasnim mengukir senyum nipis.

"Tidur dengan abang?" Aidan bisik bertanya. Keningnya terangkat sedikit.

Tasnim menggeleng.

"Jom.." Aidan memegang tangan Tasnim dan menariknya ke bilik. Tasnim diam mengikut, langsung tak membantah. Fikirannya kosong.

"Afina, Aina" Aidan mengetuk bilik adiknya.

Dua anak dara yang sedang meniarap melihat movie di laptop itu melihat ke arah pintu. Apahal ketuk bilik orang tengah-tengah malam?

Aina bangun mengalih bantal dan menuju membuka pintu. "Abang..kak Tasnim?"

Afina menjenguk dari balik laptop apabila nama Tasnim disebut.

"Kak Tasnim tidur sini boleh malam ni?" Aidan memeluk bahu Tasnim yang menunduk dari tadi itu. Bila-bila masa saja gadis itu bakal mengalir air mata.

Aina mengangguk cepat. "Boleh-boleh!"

"Masuk.." Aidan menolak tubuh perlahan tubuh Tasnim.

Tangan kecil itu menggenggam lengan baju Aidan. Tak semena Tasnim memeluk pinggang Aidan dan menangis di dada lelaki itu. "A-abangg.."

Afina bangun duduk manakala Aina cuma tercengang melihat.

"Shhh..abang ada.."

***

Suram gilerr siaaaa😂😂

Guys..tell me your sweet memories.

Me:
15.2.2018, i fall in love❤

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top