Bab 11

Aidan menghempas badan ke atas katil. Kedua tangan menampung kepala di atas bantal. Terkebil-kebil matanya memandang siling. Dia mengangkat sedikit kepalanya sebelum mengeluarkan tangan kanannya.

Dibelek-belek ke udara. Tangan yang disalami Tasnim. Cincin yang tersarung di tangan diperhati lama. Aidan memejam mata. Tak tahu apa yang mendorongnya untuk membuat keputusan sebenar ini.

Terasa tak selesa, Aidan kembali bangun. Tuala diambil dan dia melangkah untuk mandi. Buka saja pintu, baru dia tersedar bahawa paip bilik airnya telah rosak. Mahu tak mahu Aidan membuka baju dan menyalin kepada tuala sebelum dia turun mandi di tingkat bawah.

Dari sebelum mandi sehinggalah dia siap, fikirannya menerawang merata. Puan Faridah yang sejak tadi duduk menikmati air halia pelik dengan sikap Aidan. Dia yang tercongok dekat sini boleh diendahkan.

"Aidan!"

Aidan yang menutup pintu bilik air itu tersentak. Dia berpaling menghadap Puan Faridah yang entah bila duduk di meja makan itu.

"Ibu, bila lagi duk kat sini?"

Puan Faridah mengangguk-angguk. Sah! Aidan ni berangan.

"Ibu dekat sini dari sebelum kamu masuk tandas lagi.."

"Ohh..." Aidan menggaru kepalanya. "..tak perasan.."

"Nak perasan macam mana kalau dok berangsn tak ingat dunia. Ingat siapa tu? Tak sabar dah nak balik sana?" Puan Faridah jeling memerhati. Namun Aidan cuma tersenyum nipis.

Puan Faridah menghela nafas. Selalu Aidan bergurau dengannya tapi malam ni nampaknya mood anaknya ini tak baik.

"Nak share sesuatu dengan ibu?" Puan Faridah mengangkat kening sedikit.

Aidan cuma tersenyum menggeleng. "Aidan naik atas dulu."

Puan Faridah memandang Aidan yang melepasinya. Belum sempat lelaki itu keluar dari dapur, Puan Faridah menahan. "Ibu ni ibu. Sorang ibu tahu hati anaknya, Aidan.." Puan Faridah menoleh memandang belakang Aidan. "Betul tak de apa-apa?"

Aidan senyap. Matanya dipejam, sekadar untuk mencari kekuatan. Dia lambat menoleh ke arah ibunya. Kerusi di sebelah Puan Faridah ditarik.

Aidan duduk menahan siku di atas paha. Tangan Puan Faridah diambil lalu digenggam.

"Ibu?" Aidan memanggil dengan mata merenung ke bawah.

"Ya, sayang.."

Aidan mengangkat kepala memandang mata bening itu. "Kalau suatu hari nanti, Aidan buat keputusan yang terbesar dalam hidup Aidan tapi Aidan membelakangkan ibu. Ibu kecewa tak?"

Lama juga Puan Faridah mencerna ayat Aidan. Dia kemudiannya tersenyum nipis. "Kalau keputusan itu baik untuk Aidan dan agama, apa ibu boleh buat."

Aidan mengukir senyum tipis. Lega sedikit dengan jawapan ibunya.

"Kenapa ni, nak? Resah je.." Puan Faridah memegang kedua pipi Aidan. Rambut basah itu dilurut cermat. Aidan senyap. Mencari kata yang sebetulnya untuk diungkap.

"Aidan dah kahwin.." Automatik kening Puan Faridah terangkat. "..dengan Tasnim, sepupu Aidan.."

Aidan memegang tangan ibunya. "Aidan minta maaf. Aidan pun tak tahu kenapa Aidan boleh buat keputusan sebesar ni. Tapi Aidan..Aidan..sayang Tasnim ibu. Aidan tahu dia baru 15 tapi---"

"Shhh.." Puan Faridah menutup bibir Aidan dengan ibu jarinya.

"Aidan dah besar untuk buat keputusan sendiri. Cuma ibu minta Aidan jangan tarik balik keputusan Aidan. Kasihan Tasnim.."

Aidan mengangguk laju. Tubuh Puan Faridah didakap kuat. "Terima kasih ibu.."

Puan Faridah mengangguk. Belakang Aidan diusap perlahan. Anakku dah besar. Suami orang!

"Siapa lagi dah tahu?" Tanya Puan Faridah setelah Aidan melepaskan pelukan. Aidan menggeleng.

"Ibu je tahu. Ibu jangan bagitahu tok babah ya.."

"Iye Aidan. Dah, pergi tidur dengan tenang. Bila Aidan pergi sana, ibu jaga dia untuk kamu.."

***

"Ibu dah tahu sebelum abang pergi lagi?" Tasnim menoleh kepala memandang Aidan di sebelah.

"Yup.."

Tasnim mengangguk. Jadi selama ni, Puan Faridah dah tahu. Patutlah kerap betul mak longnya itu menjenguknya di kampung. Segala belanja, Puan Faridah senang untuk menghulurkan duit. Bukan seperti ayahnya, kadang 6 bulan sekali baru pulang. Itupun mukanya pun tak mahu dipandang.

"Tasnim marah?" Aidan bertanya melihat Tasnim yang senyap seolah memikir sesuatu.

"Takk.." pantas dia menggeleng. Tangan Aidan di perutnya disentuh sikit-sikit. "Baguslah ibu dah tahu.."

Aidan senyum. Tasnim di sebelah dipeluk lagi rapat sehingga kepalanya sudah singgah di bantal Tasnim.

Tasnim menelan liur, kekok. Tangan dipaksa untuk memegang lengan Aidan. Nafas Aidan di tepi terasa hangat di lehernya. Matanya masih terkebil cerah. Malam yang janggal.

"Kenapa tak diberitahu kepada keluarga kita, abang?"

Aidan mencium belakang telinga Tasnim. Menghadirkan rasa gemuruh yang menghentak dada Tasnim.

"Tok babah takkan terima. Silap hari bulan, kita akan dibuang dari keluarga tu.." jawab Aidan berbisik. Tasnim diam merenung siling.

"Tapi suatu hari, orang akan tahu."

"Biar masa tentukan segalanya.."

Tasnim senyum. Dia mengerekot geli bila hidung Aidan menggesel lehernya. Rasa itu lama-lama bertukar bila geselan tadi bertukar menjadi kucupan. Bibir Aidan bermain-main di lehernya.

"A-abang.."

"Tidurlah..abang tak buat apa-apa pun. Abang nak cium leher sikit je.." Aidan menaikkan kepalanya sehingga hidung bertemu pusar kepala Tasnim. Terpejam matanya menghirup bau.

"Good night, adik.."

Ternaik hujung bibir Tasnim. "Selamat malam abang.."

***

"Afina dengan Aina tu buat apa lama sangat?" Puan Faridah melaung dari bawah. Geram betul dengan anak dara dua orang itu. Ni mesti Afina yang lambat tapi tahan Aina tu dari keluar.

"Ye ibu..siap dah.." Afina dan Aina turun dengan bag bagasi yang sebesar alam. Mengekek Aidan melihat dua orang adiknya. Macam nak pindah rumah!

"Nak pergi rumah tok je pun, kau nak tinggal sana terus ke?"

"Diam arhh" Afina menyekeh bahu Aidan.

"Jom Tasnim, tinggal abang.." Afina mengheret tangan kakak iparnya yang secara zahirnya muda dua tahun dari dirinya. Serba salah juga dia panggil Tasnim je.

Aidan menjuih. Dia membawa beg Tasnim dan begnya keluar dari rumah. Di hadapan pintu, dia melihat Tasnim terkocoh-kocoh mendekatinya.

"Maaf abang..beg saya berat." Tasnim cuba mengambil begnya dari tangan Aidan namun lelaki itu menggenggam kuat. Lucu betul. Dia ingat suaminya ini keding sangat nak mengangkat kedua beg ni.

"Takpelah..abang boleh. Pergi masuk kereta." Aidan masih memegang beg dan menghalau Tasnim dari membantunya. Serba salah Tasnim meninggalkannya.

"Takde lupa barang apa ni?" Tanya Puan Faridah kali terakhir sebelum menutup pintu. Aina dan Afina menggeleng.

"Betul?" Bukan boleh percaya dua orang ni, setiap kali balik, ada je yang mereka lupa. Aina dan Afina  mengangguk serentak.

"Kalau ada apa-apa, siap ya! Ibu tak nak buka dah pintu." Ugut Puan Faridah sebelum dia mengunci pintu. 

Aidan memasukkan begnya dan beg Tasnim ke dalam bonet kereta Honda City hitam miliknya. Ini je mampu, uhuk! Lepas kerja nanti baru nak tukar kereta baru.

"Amboi..nak bawak lari mana bini aku?" Cekak pinggang Aidan melihat Afina mengheret Tasnim masuk ke kereta ayahnya.

Dia mengambil Tasnim lalu di bawa ke keretanya. "Tasnim naik dengan abang ye.." Pintu dibuka dan dia menolak perlahan Tasnim masuk ke tempat penumpang. Siap tali pinggang keledar dipakaikan.

"Gerak dulu ibu.." Aidan melaung sebelum dia masuk ke dalam kereta. Puan Faridah mengangguk.

"Balik nanti, ibu tak nak siapa pun tersasul pasal abang Aidan dengan Tasnim, boleh?" Kata Puan Faridah setelah masuk ke dalam kereta.

"Baik ibu!" Sekali Encik Fakhrul bersuara. Puan Faridah menjeling, mengada.

Baru kereta mahu berjalan, Afina mencelah. "Ibu, telefon angah tertinggal.." Afina membuat suara kasihan.

"Haaa..tak da! Duduk la kampung tanpa gangguan telefon.."

"Ibu! Tak nakkkkkk.. "

***

Siapa pernah balik kampung terlupa telefon?

Masa tu baru tahu nikmat masa😌

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top