Bab 10

T A S N I M
Something told me I'm gonna love you forever

Tasnim melihat diri di cermin. Berdebar sungguh hatinya. Abang Aidan memang gila. Selalu buat jantungnya mahu terloncat keluar. Kalau dia mati, Aidan harus dipersalahkan.

"A-abang..Tasnim tak nak.." Tasnim mengalihkan wajahnya ke tepi sambil dia menahan dada Aidan yang menindihnya. Pangkal lehernya terasa geli dengan bibir dan janggut sejemput Aidan yang bermain di situ.

Aidan mengangkat kepala, melihat gadis dibawahnya. Tangan Tasnim sejuk mengena dadanya walaupun berlapik baju. Mata itu terpejam dengan kening sedikit kerut.

Aidan menghela nafas. Tulang pipi isterinya dicium nipis. "Abang tak paksa" Aidan bangun dari menindih Tasnim. Baju kurung Tasnim yang terselak ke perut dibetulkan. "Mandi sini. Abang mandi bawah.."

Tasnim menjatuhkan kepalanya. Siku ditongkat ke sinki sambil tapak tangan memukul dahi tanda kesal.

"Abang marah tak?"

"Kalau dia marah macam mana?"

"Aku dah jadi isteri derhaka ke?"

Pelbagai persoalan diutarakan tanpa jawapan. Tasnim menampar perlahan pipinya. Gila. Gila. Gila. Mesti abang marah. Isteri tak boleh tolak kemahuan suami. Tapi...

"Tasnim..dah siap ke? Ibu dah balik" suara Aidan bergema di luar dengan bunyi ketukan di pintu.

Tasnim yang mula hendak melorot jatuh itu terus tegak badannya. Kain tuala yang sudah melonggar dipegang dengan tangan kiri. Dia tersentak. Ibu balik? Tapi dia ada dalam bilik Aidan. Macam mana kalau ibu tahu? Kenapa Aidan boleh tenang?

"Tasnim.." Aidan memanggil lagi. Tasnim kalut tak tahu hendak buat apa. Rambutnya diramas. Mundar-mandir dia di situ. Apa nak buat? Apa nak buat?

"Tasnim dengar abang tak?" Suara Aidan kuat. Tasnim tergopoh keluar dengan kain tuala longgarnya yang masih belum terselit. Pintu dibuka luas.

"Abang..shhhh" Tasnim menekup mulut Aidan. Satu tangan memegang bahu Aidan dengan kaki terjengket. Matanya dijegil kepada Aidan. Jangan cakap kuat, nanti ibu tahu. Aidan mengerut kening kenapa awak ni?

"Aidan.." Faridah memanggil dari luar. Tasnim memejam mata apabila suara itu mendekat. Tubuhnya spontan merapat ke tubuh Aidan. Seolah mahu masuk terus ke tubuh lelaki itu.

"Ai---" Faridah terhenti. Dia terkelip melihat Aidan dan Tasnim yang 'bersatu'. Dengan dua-dua hanya bertuala.

Aidan menggerakkan anak mata melihat Puan Faridah di pintu. Tasnim masih kaku di hadapannya. Takut terkantoi.

Tasnim keras. Dalam otaknya mula mencari pelbagai alasan. Dia tak sanggup dikatakan menggoda Aidan. Dia pula tak sanggup dikatakan berbuat tak senonoh bersama Aidan. Macam mana ni? Bagaimana? How? Andweeee..

Tasnim resah bila tualanya mula dirasakan melonggar. Sedikit demi sedikit menyapu kulit tubuhnya. Tasnim mengigit bibir. Bahagian hadapan melurut jatuh.

Tangan dia lepaskan dari mulut Aidan. Baru dia mahu menahan, Aidan terlebih dahulu memaut tubuhnya. Memegang tuala daripada terjatuh. Tubuh Tasnim dibawa merapat ke tubuh. Dia membuat isyarat mata kepada Puan Faridah, menyuruh wanita itu keluar.

Lama begitu, Tasnim mencelikkan mata melihat Aidan dihadapan. "Mak abang mana?"

"Ibu tak masuk pun"

Baru dua saat, Tasnim kembali menunduk kepala. Dia tak mahu bergerak ke mana-mana. Bahagian hadapan tubuhnya menyentuh dada Aidan tanpa lapik.

"Nak abang lepas?"

Tasnim menggeleng. Dia malu. Bila Aidan lepas, automatik tualanya jatuh ke bawah, meninggalkan dia tanpa pakaian. Dalam hati menyumpah diri, Cuai, reckless, gila. Tasnim sangat tak betul.

"Dah tu nak abang buat macam ni?" Aidan menarik tubuh Tasnim lagi rapat. Tubuh mereka bergesel.

"Ta-tak nak." Tasnim meletak tangan di dada Aidan. Wajahnya dipendam ke situ. Meremang segala bulu romanya.

Aidan tergelak nipis.

"Abang pejam mata, lepas tu abang lepas. Boleh?"

Tasnim mengangguk laju. Dia memang tak boleh berfikir apa sekarang.

"Ok abang pejam" Aidan menutup matanya serentak dengan tangan melepas pelukan. Tasnim segera menunduk mengambil tualanya dan dibalut ke badan.

Dia berlari masuk ke bilik air. Tubuhnya disandar ke pintu bilik air. Aidan di luar sengih lebar. Kepalanya digeleng perlahan sebelum dia melangkah ke almari.

Tasnim mengusap belakang tengkuknya. Lengan kiri disilang ke dada. Tidak! Kehormatanku tercabul..

***

"Abang tak keluar lagi?" Tasnim keluar dari bilik air. Tuala disangkut ke kepalanya sambil melihat Aidan yang duduk di birai katil.

"Kita keluar sama la.." Aidan bangun tersenyum.

Tasnim melihat pelik. "Ta-tak pe ke kita keluar bilik sekali? Kalau mak long nampak macam mana? "

Aidan gelak. Tangan Tasnim dipegangnya. "Takpe, jom"

"Eh abang.." Tasnim menarik tangannya. "Tasnim nak pakai tudung kejap."

"Sppp.." Aidan menarik sekali lagi tangan Tasnim. Rambut basah Tasnim dibetulkan. Sepit rambut yang dikepit ke tudung diambil lalu disepit rambut Tasnim yang basah.

"Tak pakai tudung takpe."

Tasnim terpinga mengikut langkah Aidan ke bawah. Tangan kirinya meramas tepi baju. Jantungnya berdebar usah kata. Aidan pula selamba saja turun tangga.

"Abang takpe ke?"

"Takpe.."

Aidan memimpin membawa Tasnim ke dapur. Puan Faridah dan Encik Fakhrul dah bersedia duduk di meja makan. Dua adik Aidan juga berada di situ. Tasnim telan air liur, pertama kali dia tak memakai tudung depan Encik Fakhrul.

"Tasnim, Aidan..mari duduk." Puan Faridah menjemput mereka berdua. Aidan membawa tubuh Tasnim duduk di atas kerusi. Kalau tak dibuat begitu, jenuh keras Tasnim di situ.

"Tasnim makan ketam kan?"

"Dia alergi bu.." Aidan menjawab tanpa Tasnim sempat membalas.

"Oh betul. Ibu lupa.. takpe Tasnim makan ayam masak merah ni. Nasib ibu beli lauk lebih." Puan Faridah meletak ayam masak merah di hadapan pinggan Tasnim. Terpinga Tasnim dibuatnya. Bila dia menoleh ke arah Aidan, lelaki itu cuma tersenyum.

"Terima kasih..." Tasnim senyap seketika. "I-ibu.."

Puan Faridah tersenyum. "Makan-makan."

Suasana makan malam itu agak sunyi. Masing-masing berselera menumpu kepada masak lemak ketam itu. Bunyi kulit ketam memenuhi ruang. Hanya Tasnim menunduk memakan ayam.

Aidan senyum sumbing melihat tangan kecil Tasnim dari awal makan tadi menggenggam bajunya. Sambil mengunyah, bibirnya tersenyum kecil.

"Biar Tasnim basuh ibu.." Tasnim mendatangi Puan Faridah yang berada di sinki itu. Segan pulak dia melihat ibu mertuanya membuat kerja sedangkan dia tak berbuat apa.

"Eh takpe la..Tasnim duduk je. Biar ibu buat."

"Takpe ibu..biar Tasnim buat." Tasnim menyelit juga mengambil pinggan. Puan Faridah tersenyum. Degil betul menantu dia ni.

"Haa, buatlah. Ibu tunggu kat depan" Puan Faridah mengalah. Tangannya dikesat dengan tuala dapur sebelum dia berlalu ke ruang tamu.

"Macam mana? Jadi ke?" Puan Faridah menyenggol bahu Aidan yang khusyuk menonton bola itu.

"Jadi apa ibu?" Aidan bertanya pelik. Dia memandang ibunya sekejap sebelum kembali menonton perlawanan bola.

"Alah jadi tu la.." Puan Faridah merapatkan kedua jari telunjuknya.

Aidan tergelak. "Tak..ibu balik awal.."

"Lahh..nak ibu tinggal kamu berdua lagi ke esok?" Puan Faridah menginjak kepada Aidan lagi. Kelihatan bersungguh-sungguh.

Kepalanya ditoleh melihat Tasnim yang mencuci pinggan di dapur. Dia memandang ibunya dengan gelengan dan senyuman nipis.

"Dia tak sedia lagi."

***

Tersasul tulis Tasnim jadi Hasya..
😂😂

Sorry kalau hambar, tengah ambil feel.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top