Bab3
HAFIZAN mengerling Irfan di tempat duduk sebelah sekilas. Terlepas sengihannya tatkala terpandangkan wajah mencuka Irfan saat itu.
"Mu ni, teruk sungguh muka mu tu. Dah la tu tayang muka taik beruk tu. Tak elok. Hudoh. Cer sengih sikit. Ngeee..." ujar Hafizan seronok dapat menyakat Irfan membuatkan lelaki itu bertambah bengang.
"Diamlah mu! Dah la kelentong aku. Uh!" Irfan berpeluk tubuh, sebal dengan sikap Hafizan yang tak habis-habis kaki kitai sejak dulu.
"Mana ada aku kelentong mu," nafi Hafizan.
"Mana ada konon. Habis tu, yang Mercedez kepala kasut yang mu banggakan sangat tu menatang apa?" marah Irfan apabila terasa dirinya tertipu. Walhal, dia sudah tahu sikap Hafizan memang begitu sejak dulu lagi. Tetapi, entah kenapa bila meningkat dewasa hati dan perasaannya turut berubah mengikut peredaran masa. Difikirnya lelaki itu sudah berubah. Ternyata masih sama. Yang sering terkena, dialah orangnya.
"Betullah aku cakap Mercedez berkepala kasut. Cer mu pikir, lori ni jenis apa? Brand apa?"
"Mercedez," jawab Irfan dingin.
"Dah tu, kepala lori ni bentuk apa?"
"Entah."
"Mu ni, aku cakap bodoh mu marah. Takkan la mu tak tahu, nama lori ni apa? Cer mu g search google. Apa yang mu dapat? Kepala kasut la. Jadi, tang mana salahnya apa aku cakap tadi?" soal Hafizan sungguh menduga hati tisu Irfan.
Irfan hanya membalas dengan rengusan sahaja. Tidak berani hendak melawan lebih. Nanti karang, tak pasal-pasal kena tendang keluar dari lori melayan pongos Hafizan.
Akhirnya, kedua-dua mereka terdiam di situ. Hanya melayankan perasaan masing-masing.
Elok sahaja hendak sampai ke destinasi, Hafizan menerima satu panggilan masuk. Dari seseorang.
"Hello, ha ya. Aku tahu la. Nak sampai dah ni. Mu ni belleh guh. Ni sent location kat whatsapp aku. Sat gi aku gi cari. Ha, mu bagi nombor tauke tu sekali. Ha la. Ha kejap aku nak type nombor dia. Sabar la. Yang mu laju-laju nak g mana? Aku dube mu sat gi! Ha dak aih. Bukan marah. Aku tengah suka. Mu tak nampak ke tengah sengih sampai ke telinga ni ha? Tak nampak? Alamatnya pendek umur la tu. Ha tahu-tahu. Sabar. Nak melawak pun tak boleh dah. Mu ni aku debik baru tahu. Ha, sat aku nak type. Apa nombor?" Tengah bercakap dalam telefon, Irfan terlihat Hafizan terkial-kial mencari sesuatu.
"Ijan, mu cari apa?" soal Irfan hairan.
"Aku cari telefon aku mana? Mu ambik ke? Mu bukan boleh harap sangat. Nak marah kat aku pasal aku tipu mu tadi, telefon aku mu sembunyi. Baik bagi cepat!" tuduh Hafizan melulu tanpa usul periksa membuatkan Irfan membulatkan matanya.
"Oh aku curi telefon mu? Habis tu kat telingamu tu, apa? Pisang?" bidas Irfan membuatkan Hafizan terkedu.
Dia baru teringat telefonnya di telinganya. Segera Hafizan mengawal perasaan malu kerana tersalah tuduh.
"Pergh dasar pelupa! Dia yang tengah guna telefon dia sendiri, kita pulak yang disalahkan? Haisy, Pishang pishang." Irfan berdecit sendiri.
"Alah, jangan la maroh. Nanti cepat tue," sakat Hafizan sengaja digunakan loghat orang Bota, Perak.
Irfan hanya mengendahkan Hafizan dengan mulutnya dimuncungkan.
Hafizan hanya menjuihkan bibirnya.
Dan terus menyambung bercakap dengan orang di dalam telefonnya.
"Ha, sorry lambat. Cari telefon tak jumpa. Ha, berapa nombor? Ha? Apa? Telefon nenek aku? Nenek jangan main. Nenek aku kat kubur. Mu ni nak perli aku agak-agaklah. Aku teyy mu sat gi hapa pun tak dapat! Ha bagi nombor. Banyak cakap pulak!" bebel Hafizan berjela entah dengan siapa dia sedang bercakap membuatkan Irfan menjulingkan mata ke atas sudah masak dengan perangai Hafizan yang pongos itu.
Dan akhirnya mereka tiba di lokasi.
Irfan turun dari lori Mercedez kepala kasut kebanggaan Hafizan.
"Kita kat mana ni, Ijan?" tanya Irfan ingin tahu.
"Restoran. Jom!" balas Hafizan selamba.
Irfan membuntuti Hafizan. Matanya bersinar indah melihat keunikan rekabentuk restoran di situ. Cantik.
Mulutnya mula terlohong tanpa sedar. Kelihatan begitu jakun.
"Huyoh! Pergh! Hebat KL boh. Legend. Pergh. Aku tak pernah menjangka KL sehebat ni. Yuhoooo!" Irfan buat jakun teruk siap terjerit suka membuatkan sesetengah orang yang lalu memandang ke arahnya.
Hafizan yang terperasan mereka menjadi perhatian terus menghentikan langkah dan memandang ke arah Irfan di belakangnya. Bahu Irfan di tepuk membuatkan Irfan tersentak.
"Wei, Papan. Mu janganlah tunjuk perak sangat bila tengok KL Lupo ni sebab malu la aku mu duk buat seronok serupo berok! Aku ni dahlah femes dekat KL Lupo ni, kang aku tinggai mu sini seorang diri baru mu tahu!" tegur Hafizan.
Irfan terus menghentikan perbuatannya apabila ditegur oleh Hafizan. Dia baru perasan dirinya yang jakun itu menjadi perhatian orang yang lalu lalang. Irfan terus kembali beriak normal dan berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Hafizan tergeleng kepalanya mengenangkan telingkah Irfan.
"Dahlah. Jom, aku bawak mu gi jumpa adik aku." Hafizan memaut bahu Irfan dibawa masuk ke dalam restoran.
Irfan hanya mengikut sahaja.
Masuk sahaja ke dalam restoran itu, mereka ternampak Nawawi sedang bercakap dengan seorang gadis seraya membawa sebuah beg. Siap pakej ada sticker pada beg kain itu yang tertera 'minyak pengikat hati'.
Berkerut seribu dahi Irfan tatkala melihatkan adegan itu hingga senget kepalanya kerana tidak mengerti apa yang Nawawi sedang lakukan sebenarnya. Lalu dia terus bertanya kepada Hafizan.
"Awie tu buat apa? Tengah dating ke?" tanya Irfan yang kehairanan.
"Dating apanya, dia tengah niaga tu," jawab Hafizan santai membuatkan Irfan bertambah pelik hingga tergaru kepalanya yang tidak gatal itu.
"Niaga apa? Tak nampak apa-apa barang pun yang dia niaga." Persoalan Irfan itu membuatkan Hafizan tersengih.
"Wei Papan, mu try gi tanya makcik kat restoran tu, budak yang tengah bercakap dengan perempuan tu dok buat apa? Pergilah tanya," arah Hafizan terhadap Irfan.
Irfan dengan dungunya berlalu pergi menuruti arahan sahabatnya itu tanpa sebarang bantahan.
"Assalammualaikum, mak cik. Maaf mengganggu."
"Waalaikumussalam, nak. Ada apa ya?"
"Boleh saya tanya, mak cik tahu tak apa lelaki yang berbaju kemeja pink belacan tu tengah buat dengan perempuan tu?"
Wanita itu menjengahkan kepalanya ke arah yang ditunjukkan oleh Irfan tadi. Kemudian kepalanya digeleng-gelengkan bersama keluhan.
"Tu? Kamu jangan di layan budak gamat tu. Tak betul agaknya. Mak cik dah cakap sebelum ni yang dia jual minyak gamat bukan minyak pengasih. Nama komersial Gamat tu pun sejak dia duk jual minyak gamat yang dianggap minyak pengasih tu la terkenal sampai ke harini. Sebut aje Gamat, satu kawasan ni kenal dengan nama komersial Plus familiar dia tu. Tapi, kalau sebut aje nama Nawawi, majoriti orang sini tak kenal. Mak cik ni pun tahu nama sebenar dia sebab dia sendiri bagitahu nama dia haritu masa dia jual minyak pengasih klon dia tu la," terang wanita itu panjang lebar telah mencetuskan tawa dari Irfan hingga tak ingat dunia.
"Bodoh punya Awie. Hahahahaha! Dah bagitahu tu gamat pun masih lagi tak percaya? Masih tetap dengan pendirian dia bahawa minyak gamat tu adalah minyak pengasih? Ini lawak! Hahaha!" Irfan menyambung ketawanya seakan tak mahu reda. Begitu lucu dengan kisah Nawawi dari apa yang dia dengar tadi.
Hafizan hanya tersengih dari jauh. Dia sudah mengagak, pasti Irfan akan ketawakan Nawawi jika tahu apa yang telah terjadi pada adiknya itu. Ya, dia akui. Perkara itu kedengaran tidak masuk akal. Tetapi, itulah kenyataannya yang perlu dia terima. Terima bahawa adiknya yang obses dengan minyak pengasih cap gamat. Kelakar bukan? Tergeleng kepala Hafizan mengenangkannya. Sungguh melucukan.
Irfan tidak menunggu lagi, terus mendekati Nawawi yang sedang menjual minyak terhadap si gadis.
Tanpa diduga, Irfan telah menampar belakang kepala Nawawi membuatkan lelaki itu terkejut lalu berpaling ke belakang dalam keadaan riak bengis. Marahlah tu.
"Mak bapak ko tak ajar ke? Gampang tiba-tiba tampar kepala aku! Sakitlah, bingai!" marah Nawawi, berang kerana dia cukup pantang orang main kepalanya.
"Mu la bingai, jual minyak gamat. Dok kelentong orang sana-sini cakap tu minyak pengasih," bidas Irfan membuatkan Nawawi membulat biji matanya benar-benar angin satu badan.
Lantas kolar baju Irfan dicekaknya lagak seperti mahu mencetuskan pergaduhan di situ.
Hafizan yang melihatnya terus mendapatkan mereka mahu meleraikan situasi yang mula tegang itu.
"Wo! Wo! Dah la. Jangan bergaduh. Malu sikit. Muma dah besar panjang. Dulu tak pernah bergaduh pun. Takkan sekarang baru berjumpa semula dah nak bertumbuk? Belleh sungguh..." tegah Hafizan membuatkan kedua-duanya terhenti di situ.
Namun, Nawawi tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan abangnya itu?
"Krenggo? Apa maksud mu?" tanya Nawawi.
"Ya, ini kawan kita. Tak ingat?" Hafizan terus duduk santai di atas kerusi meja makan itu.
Nawawi merenung ke arah Irfan atas bawah lama.
"Ko? Ko, Papan?" Nawawi mahukan kepastian. Seakan tidak percaya dengan perubahan pada lelaki itu yang jauh lebih sasa dari dulu yang kurus keding.
"Ya, ini aku. Tak ingat aku ke Gamat?" Sengaja Irfan menyindir Nawawi dengan menekankan pada nama Gamat itu membuatkan Nawawi tersengih.
"Pergh! Dahsyat mu! Nama femes aku pun mu tahu? Ini baru Papan aku! Yeah my friend!" Nawawi terus mendakap tubuh Irfan erat bagi melepaskan rindunya setelah 10 tahun tidak bertemu. Dia tidak tahu, bahawa Hafizan pernah menemui Irfan 5 tahun yang lalu.
Hafizan hanya tersengih sahaja di situ. Irfan turut tergelak suka dapat berkumpul kembali dengan rakan baiknya dulu.

Pada waktu yang sama lagu Bon Tokyo 2020 kedengaran menjerit lantang dari telefon pintar Hafizan membuatkan Irfan tercengang mendengarnya. Nawawi tidak merasa apa-apa kerana sudah biasa dengar. Tapi, tidak pada Irfan. Rasa nak gelak guling sambil terkentut-kentut di situ mendengar lagu berunsur komedi itu yang sangat jarang didengari. Dari mana Hafizan mendapatnya?
Hafizan yang melihat Irfan cuba menahan ketawa dari terletus terus bergegas keluar seraya membawa telefon pintarnya mahu menjawab panggilan di luar restoran memandangkan pelanggan yang hadir sudah tergelak-gelak mendengar ringtone' dari telefonnya. Malulah tu.
Keluar sahaja Hafizan dari situ, tercetus terus tawa dari mereka yang mendengarnya. Terutama Irfan. Hingga keras perut dia gelak di situ tak tengok kiri kanan dah. Nawawi pula hanya tersengih.
"Aduhai, muka gengster layan lagu Jepun. Hahahah!" Terkekeh-kekeh Irfan menghabiskan sisa tawanya.
Namun, dalam diam sempat dia menjual minyak gamat dekat Irfan.
"Wei, nak beli minyak pengasih tak? Aku gerenti, menjadi. Sekali calit je, awek mana yang mu nak confirm dapat! Tak tipu. Ini dijamin seratus peratus diperbuat dari zimbabwe tengah. Mu tak caya? Meh aku calit kat mu. Sat gi mu tengok, mu dok teringat kat aku je. Try la dulu," pujuk Nawawi membuatkan Irfan mengherotkan bibirnya dengan mempamerkan muka tak relanya.
Dalam tengah Nawawi memujuk Irfan membeli minyak gamatnya itu, Hafizan datang mengejut.
Mereka berdua memanggung kepala menatap seraut wajah tegang Hafizan.
"Apahal muka bengis je ni?" Irfan pelik dengan perubahan pada riak Hafizan.
"Kita ada tugasan penting, Gamat. Ikut aku! Papan? Mu pun ikut aku!" perintah Hafizan tegas dan terus berlalu meninggalkan mereka berdua di situ.
Irfan terkulat-kulat di situ tidak mengerti maksud Hafizan yang mahu mereka mengikutnya. Mahu ke mana?
Dilihatnya Nawawi sudah mengusung beg minyak gamatnya itu pergi dari situ seraya menggamit tangan pada Irfan, tanda mahu Irfan mengikuti mereka bersama untuk menjalankan misi mereka. Tugasan apa?
"Tugasan apa? Cuci kereta ke?" Tergaru-garu kepala Irfan memikirkannya. Namun, dibuntuti jua mereka dua beradik itu.
Ke mana mereka mahu pergi? Tugasan apa? Sungguh menjadi tanda tanya.
Terima kasih baca n vote. 😍Maaf lambat update. Ktandusan idea. Hehe Ni idea dtg balik. Trma ksh yg mnunggu... Sy hargai SGT2♥️
mochi_berduri
sayang_manja78
happyvine
annecayunk
bukanorghave2
nrwhda167
Zac220778
hudakhasha
999cellclown
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top