BAB 5
HAFIZAN, Nawawi, dan konco-konco Patum menyerang sebuah gedung lama.
Irfan yang tak tahu apa-apa hanya membuntuti mereka dalam keadaan terpinga-pinga. Ya, dia dibebaskan dari kurungan bilik kebal a.k.a bilik pemanasan berwap itu setelah puas Patum dipujuk dan dikitai oleh Hafizan.
Hafizan mengarahkan konco-konco membuat kerja mereka. Dia dan Nawawi hanya perhatikan mereka sahaja.
Melihatkan pergaduhan besar itu membuatkan Irfan gerun dan pelik.
"Wei, Ijan. Apa yang berlaku sekarang ni?"
"Just wait and see!" ujar Hafizan dengan santai sambil menyandar pada dinding kereta. Dengan rokok gudang garam melekat elok pada bibirnya.
"Pergh speaking!" Irfan berbangga dengan Hafizan yang sudah tahu bertutur dalam bahasa inggeris.
Bang bang bang bang!
Tembakan berdas-das itu mengejutkan Irfan hingga terlompat ke atas Hafizan. Menggigil ketakutan.
Kesan tembakan itu menyebabkan mangsa yang terkena tembakan tadi bergelimpangan mati. Dan orang-orang Patum mendekati Hafizan setelah melunaskan kerja mereka.
Tercengang mereka melihat Irfan di dalam dukungan Hafizan a.k.a Krenggo.
Hafizan yang baru perasan, terus menolak Irfan jatuh ke bawah. Nasib baik Irfan sempat menahan dengan kedua kakinya yang berjaya menjejak lantai sebelum terhenyak ke atas jalan tanah.
"Kerja settle, Krenggo!" beritahu Vidit dengan nada tegas.
"Bagus. Jom blah!" Hafizan memberi arahan tegas dan mereka membuntutinya pulang ke markas.
Irfan yang masih menggigil resah fobia dengan apa yang dilihatnya tadi, sempat mengerling ke arah tubu-tubuh mayat yang mati terdampar di hadapannya.
Nawawi yang menyedari kekakuan Irfan kembali dan memaut bahu sahabat abangnya itu dan dibawa pergi dari situ sebelum polis tiba.
"Awie Awie... Awie... Apa tadi tu? A... Aku tak faham apa yang aku tengok tadi. Duni... Dunia apa yang muma ceburi ni? A... Apa jadi?" Terketar-ketar suaranya di saat dia menyoalkan Nawawi tentang apa yang dilihatnya. Sungguh dia tidak mahu mempercayai apa yang disaksikannya sebentar tadi. Tetapi lagi dia menolak ingatannya tentang itu, lebih kuat ia datang terus menghantui dirinya.
"Rileks la. Baru-baru memanglah mu menggigil macam ni sebab terkejut. Sama macam aku dulu-dulu masa baru masuk dunia mafia ni. Suatu hari nanti mu juga akan lakukan perkara yang sama macam konco-konco Patum. Dah, jom blah!" ajak Nawawi setelah menenangkan Irfan.
Irfan yang masih menggigil resah hanya menurut kata Nawawi. Mereka bergegas memboloskan diri ke dalam kereta mewah masing-masing. Irfan dan Nawawi naik kereta bersama Hafizan, iaitu Audi mafia style.
Sepanjang dalam perjalanan pulang ke markas, Irfan hanya menyepi. Masih terkejut agaknya dengan apa yang terjadi tadi.
Hafizan yang duduk di sebelah pemandu tersengih tatkala terlihat wajah kecut Irfan.
Nawawi turut dalam keadaan yang sama. Pemandu mereka iaitu Lions killers hanya serius dan fokus dengan pemanduannya. Ya, Lions Killers memang sukar untuk melihat dia tersenyum. Disebabkan itu dia mendapat gelaran Lions Killers. Hanya bercakap bila perlu. Sejak Hafizan dan Nawawi mengenalinya, tak pernah lagi mereka terlihat atau terserempak dia tengah tersenyum. Uish kalah ais salji di lautan atlantik dia punya beku tu.
Irfan hanya membuang pandang keluar cermin tingkap yang sememangnya digelapkan dari luar. Hanya orang dalam sahaja boleh melihat di luar.
"Wei, mu ni... Lek la. Parah guh. Yang kecut màcam asam katak tu dah kenapa?" tegur Hafizan bersama sengihan terbias pada wajahnya.
Irfan hanya mematungkan diri. Tidak menjawab sepatah.
Respon Irfan itu menimbulkan satu idea nakal Hafizan yang mahu ceriakan kembali sahabatnya itu. Apa pula idea dia kali ini?
"Wei papan! Mu tahu dak kat KL ni selain dari gelaran Krenggo gelaran apa lagi yang aku dapat?" tanya Hafizan mula menjalankan misinya.
"Tak tahu!" balas Irfan acuh tak acuh.
Tergelak Nawawi dengan respon Irfan.
"Teruk guh mu ni papan. Tenang. Mu baru tengok sikit je tadi tu. Mu tak tengok lagi cara Patum. Lagi kejam dari tu. Mu kena biasakan diri dengan semua ni," ujar Nawawi.
"Dak. Muma masuk dunia ni apa yang muma dapat? Muma tahu dak semua ni merbahayakan diri muma? Kalau polis dapat tahu, habis muma semua ke dalam tahu dak? Semua ni melibatkan nyawa. Nyawa! Tahu dak!" bentak Irfan sungguh dia tidak suka dengan dunia yang diceburi oleh kedua-dua beradik itu.
"Kalau mu tak bukak mulut, polis takkan tahu. Jadi, baik mu diam. Dan ikut je rentak kami kalau mu nak selamat dari Patum. Lagipun, kami bukan saja-saja masuk ke dalam dunia ni, Papan. Ada sebab. Mu tak tahu apa jadi dulu pada kami. Kalau tak da Patum tu tentu-tentu kami berdua dah merempat. Banyak jasa Patum pada kami. Dia nampak muda tapi kami dah anggap dia macam ayahanda kami," balas Nawawi masih dalam nada santai.
"Dan lagi, tujuan aku dan Gamat masuk ke dunia ni untuk membalas dendam. Dendam yang masih belum dilunaskan. Hanya dunia mafia mampu menjadikan aku dan Gamat berkuasa. Bila adanya kuasa, apa saja yang kita inginkan kita akan dapat. Jadi, aku harap mu faham dan takkan menyoal tentang ni lagi. Faham?" Hafizan mencelah. Namun tidaklah dalam nada serius atau sendu. Hanya santai. Tak semestinya mafia perlu serius 24 jam. Perlu ada masa untuk bersantai juga.
Irfan mengetap gigi. Marah.
"Dahlah. Mu toksah dok marah gitu la. Ni aku nak bagitahu mu, sejak aku masuk dunia mafia ni semua gadis-gadis dekat KL Lupo ni tergilakan aku. Mu tahu pasal apa?" Hafizan bersuara lagi.
Persoalan Hafizan itu hanya dibalas jelingan oleh Irfan sahaja.
"Wei, aku tanya mu ni? Boleh buat muka toya pulak. Aku debik sekali baru tahu!"
"Ya ya apa dia?" Irfan terpaksa akur. Risau juga jika datang pongoih Hafizan itu, mahunya dia kena tendang keluar dari perut kereta itu.
Tersengih Hafizan di situ.
"Awek-awek KL Lupo ni panggil aku Lee Min Ho. Ha mu tak tahu betapa hensemnya abang mafia ni. Heheh..." Hafizan mendabik dada, menunjukkan betapa dia bangga dengan dirinya yang digelar Lee Min Ho. Entah ya entah tidak.
Kata-kata pengakuan Hafizan sebentar tadi membuatkan Irfan hendak termuntah hijau di situ. Bukan sahaja Irfan, malah Lions Killers dan Nawawi juga dalam keadaan yang sama.
Terkedu Hafizan di situ melihat respon mereka.
"Oi oi! Apehal muma ni? Kemain nak termuntah hijau. Tahu la muma dengki sebab dalam ramai-ramai ni, aku paling kacak. Màcam Lee Min Ho la katakan hahahahah!" Hampeh punya Hafizan punya masuk bakul angkat bakul sendiri.
"Perghhh! Lee Min Ho konon. Lee Min Ho tang mana? Macam menggali taik ayam adalah!" bidas Irfan.
Tergelak Nawawi mendengarnya. Hafizan mengetap bibir geram dia ditertawakan.
"Eh, bukan menggali taik ayam. Dia ni kembar babun taik beruk. Tu baru sesuai dengan dia. Lee Min Ho konon hahahaha! Lee Min Ho sendiri pun termuntah hijau dengar mu samakan dirimu dengan dia. Hahahaha!" Nawawi menyambung dan menyokong dengan kata-kata bidasan Irfan tadi.
Tercetus tawa Irfan di situ. Hilang habis rasa takutnya.
"Hahahaha kembar babun hahahaha!" Keras perut dia gelak siap menekan-nekan perutnya.
Lions Killers pula hanya menahan rasa hendak ketawa sahaja di situ. Bibirnya dikemam. Takut terlepas tawa dengan jenakan dua mafia di tempat duduk belakang itu.
Dush!
Dengan tidak semena-mena sepi. Satu tumbukan telah hinggap ke muka Irfan dan Nawawi. Hafizan tersengih.
"Ha menggali taik ayam ya? Babun taik beruk ya? Ha tu dia aku bagi dua-dua muka sama màcam cipunzi. Ambik muma!" Tergelak puas Hafizan di situ.
Nawawi dan Irfan hanya kaku di tempat duduk belakang.
***
"BAGUS! Ini yang teman nak dengornya ha. Ate keme keme semue ngape duduk senyap je dekat situ. Tak nak raikan kejayaan kite ke? Ni ha kite dah berjaya merampas harta dan barang deme. Dan akhirnya kite berjaya jatuhkan deme. Ate mike yang monyok je tu dah kenape?" Menceceh Patum di situ dek kerana gembira kerana kerjanya berhasil atas jasa orang-orangnya itu. Namun dia menjadi hairan apabila Nawawi dan Irfan hanya masam muka di situ.
Irfan berpandangan dengan Nawawi.
"Tak ada apalah," jawab mereka berdua serentak.
"Kalau tak ada apa-apa, tak ngape ler. Malam ni teman belanja keme keme semue ni makan besor," umum Patum sambil merangkul bahu sweetcandynya si Erin itu.
"Wah makan besar bos! Cantik bos cantik!" Semua bersorak suka termasuk Hafizan.
Hanya Nawawi dan Irfan masih menyepi.
"Hey, keme ni... Teman dah kabor, kite makan besor malam ni. Ate keme masih juge diam je gitu. Dah ngape? Cer kabor cer kabor," tanya Patum lagi terhadap Irfan dan Nawawi setelah melihat mereka masih menyepi.
Hafizan yang melihat keadaan itu tersengih.
"Ala, bos. Diaorang tu merajuk dengan aku sebab aku debik diaorang tadi,"beritahu Hafizan jujur.
"Lah, dah ngape kamu debik budak dua orang tu ha?" soal Patum ingin tahu .
"Diaorang ketawakan aku bila aku cakap muka aku màcam Lee Min Ho, siap ejek aku cakap aku sama màcam menggali taik ayam la babun la bagai. Memang mendapatkan," jelas Hafizan .
Hahahahahahaha
Tanpa di duga habis satu dewan perbincangan itu dipenuhi gelak tawa Patum dan orang-orangnya. Terkejung Hafizan di situ bila dirinya ditertawakan. Geram tahap gaban.
"Mane gayenye Lee Min Ho? Lee Chong Wei pun belum tentu ada Krenggo oi! Hahahahahaah!" gelak Patum tiada henti. Sweetcandynya turut tergelak lucu dengan pengakuan Hafizan.
Irfan dan Nawawi akhirnya tercetus tawa meledak di situ.
Hafizan merengus geram di situ. Asalnya dia mahu sakat Irfan. Alih-alih dia pula yang sakit hati apabila dirinya dibahankan.
"Hahaha... Dah dah la keme oi. Jom kita lepak club . Kite enjoy puas-puas malam ni demi meraih kemenangan puak kite!" arah Patum setelah puas tertawakan Hafizan.
Kemudian, mereka semua bergerak ke kelab tempat yang dimana mereka selalu lepak.
***
ZOUK CLUB VVIP KL.
TERKINJA-KINJA pengunjung kelab itu menari mengikut rentak muzik yang dipasangkan.
Irfan yang baru pertama kali masuk ke situ benar-benar jakun dan pening kepala apabila menyelusuri lampu warna warni di dalam kelab itu. Rasa loya hendak termuntah dengan situasi bingit sebegitu.
Dilihatnya Hafizan bersama Patum sudah duduk di atas sofa empuk VVIP. Nawawi pula memaut bahu Irfan. Terangguk-angguk suka melayan lagu Mafia dari kumpulan V.I.P itu.
"Oi mu okay dak?" tanya Nawawi dalam nada separuh jerit untuk melawan arus muzik yang membingitkan itu.
"Aku pening wei. Nak muntah!" beritahu Irfan turut dalam nada yang sama.
"Ha memang mula-mula gitu. Lama-lama mu dah biasa mu okey la," kata Nawawi sebelum menarik Irfan menyertai ketua mereka.
Irfan hanya menurut tanpa membantah. Orang-orang Patum yang lain sudah sibukkan diri dengan menari dalam kelab itu bersama pelayan-pelayan kelab itu. Hanya Lions Killers yang tidak menyertai mereka. Masih kekal dengan wajah bekunya itu.
"Ha, keme keme ni tak nak join deme menari ke? Ramai GRO cantik-cantik ni boleh melayan keme. Pergi ler." Patum bersuara mahu Nawawi dan Hafizan membawa Irfan menari di situ dengan pelayan-pelayan wanita atau pendek kata GRO.
"GRO tu menatang apa?" Kebingungan Irfan di situ. Almaklumlah datangnya dari kampung. Dia tidak tahu soal GRO bagai.
Hafizan dan yang lain tergelak dengan kedunguan Irfan di situ.
"GRO tu awek la. Awek," terang Budek. Orang suruhan Patum yang turut ada di situ.
"Awek? Aku tak naklah!" tolak Irfan pelawaan mereka. Dia bukan jenis kaki perempuan sebegitu.
"Mana boleh tak nak. Jangan risau. Teman bayor deme ni semua. Keme keme jangan bazirkan duit teman. Pergi! Pergi! Girl! Come here baby!" tegas Patum.
Irfan kecut perut di situ. Khuatir di kerabukan oleh gadis-gadis kelab itu.
Tiga orang gadis cantik. Mungkin datangnya dari Thailand. Mereka datang menempel pada Irfan, Nawawi dan Hafizan.
Menarik mereka bertiga menyertai mereka menari bersama lagu Thailand club song.
Jenuh Irfan menolak. Lagi menggedik gadis-gadis itu. Terhuyung-hayang dia di situ dek kerana pening.
Lions Killers mendekati Patum.
"Bos, aku rasa budak tu tak pernah masuk kelab. Dan aku rasa kau patut bagi dia masa. Aku tak nak dia lari dari gang ni nanti," ujar Lions Killers serius.
"Tenang saje. Keme jangan riso. Lame-lame dia akan biase juge dengan gaya kite. Mike tak nak join deme ke?" balas Patum santai.
Lions Killers hanya menggelengkan kepalanya sahaja. Tanda tidak berminat untuk menyertai mereka. Itu bukan gayanya.
"Lantak keme ler. Teman nak menari dengan sweetcandy teman ni. Keme duduklah sini. Bye!" ujar Patum seraya menarik tangan sweetcandynya dibawa ke tengah ruang orang menari.
"Deme pasang lagu hip-hop keme oi. Pasang ler lagu ngap tengap tengap tengap tu ke. Best ler juge nak melayannya ye idak sayang?" Dalam tengah menari dengan sweetcandy dia itu , sempat lagi membebel komen pasang lagu yang diputarkan di dalam kelab itu si Patum ini. Minat sangat dengan lagu Thailand dia itu. Kalau lagu itu berjenis tak apalah juga.
(Ni lagu tengap tengap tu. Lawak kan? Citarasa Patum memang pelik plus kelakor)
"Uh! Okey lagi lagu ni. Lagu yang baby suka tu semua lagu spesis orang tua versi komedi tu tau tak. Eloklah dengan baby yang kelakar campur pengotor ni!" bidas sweetcandy Erin.
Menjuih bibir Patum mendengarnya. Dan akhirnya mereka melayan malam itu hingga ke pagi.
(Watak LIONS KILLERS sis bayangkan dia. Serius dan kacak)
mochi_berduri
nurdayinizarifah
annecayunk
RohanahDandai
CHantuNovel
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top