BAB 4
"IJAN, mu nak bawak kami gi mana?" tanya Irfan yang sejak tadi terpinga-pinga di ajak pergi melakukan satu tugas oleh mereka berdua. Tugas apa?
"Mu jangan banyak tanya boleh dak? Ikut aje ke mana kami nak bawak mu pergi!" balas Hafizan dengan seriusnya.
"Yelah. Tanya pun marah. Teruk sungguh mu punya pongoh!" bebel Irfan sendirian.
"Kejap lagi mu tahu ler," ujar Nawawi seraya menepuk bahu sahabatnya itu.
Dan mereka bertiga menyepi di dalam mercedez berkepala kasut itu hingga tiba ke destinasi sambil melayan lagu kocok-kocok nyanyian Inul Daratista. Aduhai Hafizan ini memang tak boleh blah dia punya stylo. Muka bengis, tapi layan dangdut teruk.
Irfan dan Nawawi hanya perhatikan sahaja Hafizan yang menggocangkan bahunya melayan dangdut dengan riak yang tidak dapat dimengertikan maksudnya bila mereka terpaksa melayan lagu yang di pilih oleh Hafizan itu.
Kini mereka tiba ke destinasi. Iaitu sebuah markas lama yang terletak di bawah tanah di dalam sebuah gedung lama.
Irfan yang tidak pernah menjejak kaki ke tempat seperti itu agak jakun. Matanya meliar ke kiri ke kanan.
"Wah kat luar buruk macam bangunan nak roboh. Kat dalam ni, pergh mewah gila bapak ah!" Dia buat dah dia punya jakun teruk.
"Haduh la, dia buat dah jakun tahap teruk dia. Wei, Papan! Mu jangan bagi malu aku la. Sekali aku back hand baru tahu!" tegur Hafizan dalam nada keras.
Teguran keras itu membuatkan Irfan terhenti perlakuannya dan mengherotkan bibirnya ke atas.
"Garang nau mu ni, Ijan. Dulu elok ja. Sekarang ni, kenapa garang macam singa? Macam tak suka kawan dengan aku je," kata Irfan dalam nada rajuk.
Kata-kata Irfan itu membuatkan Hafizan melepaskan keluhan kecil.
'Aduhai, merajuk pulak mat bunga seorang ni...' desis hati kecilnya.
"Aku bukan garang. Aku tegas sikit je. Maklumlah dah ramai orang kenal aku sebagai Krenggo. Kalau mu nak tahu, aku popular kat sini. Hehe..." Menyeringai Hafizan tersengih hingga menampakkan barisan giginya.
Irfan yang mendengarnya buat muka riak nak termuntah hijau di situ.
"Uh, poyo mu tu dari dulu sampai sekarang, sama je..." kata Irfan.
Nawawi pula hanya beriak santai. Dia jenis cool punya orang. Tapi kadang-kadang dia dengan Irfan sama-sama biul juga tu. Mari fius gila mereka berdua, musnah dunia. Berbeza dengan Hafizan. Bijak. Bijak kenakan orang.
"Dah-dah. Dekat dalam ni tak boleh buat bising. Nanti kena denda makan sepapan petai tiap kali bersuara tanpa di soal," kata Hafizan cuba menghentikan mereka dari terus berbual kosong di situ.
"Oh mak aih petai? Aku tak makan petai. Dan tak suka petai. Hewyerk!" kata Irfan.
"Hok aloh, tak makan petai konon. Datang dari kampung sungai petai tapi tak makan petai. Jangan buat parah mu..." Tergeleng-geleng kepala Nawawi seraya bercekak pinggangnya.
Irfan hanya mempamerkan sengihan seumpama kerang busuknya di situ.
Setelah itu, Hafizan dan Nawawi berjalan penuh dengan gaya taiko mendahului Irfan.
Irfan yang melihat gaya mereka berdua, turut membuat gaya sama dengan membuntuti belakang mereka berdua.
Tiba di hadapan bilik kawalan ketat, ada beberapa orang bonzer mengawal di muka pintu besi kebal dengan berwajah serius nak matey. Kecut perut Irfan melihatnya. Namun tidak pada Hafizan dan Nawawi. Mereka hanya beriak tenang.
Mereka memandang Irfan lain macam. Hafizan yang perasan terus membisikkan sesuatu kepada mereka.
"Dia Papan, ketua taiko terbesar puak papua di Afrika tengah, ada urusniaga terbesar dengan Patum!" bisik Hafizan membuatkan bonzer yang berbadan sasa itu tersentak.
Lalu dia memberi arahan kepada mereka yang lain agar memberi laluan kepada Hafizan, Nawawi dan Irfan untuk masuk ke dalam pintu kebal itu.
Suis pintu besi kebal berwarna putih semua itu di tekan guna high five sensor pada cermin kaca di sisi pintu besi itu.
Dan automatik pintu terbuka dengan luas. Terlohong mulut Irfan melihatnya. Hafizan yang menyedarinya menampar bahu Irfan tanda mahu sahabatnya itu mengawal kejakunannya itu.
Irfan yang perasan dan memahami maksud lelaki itu segera mengawal riak jakunnya di situ.
Kini mereka bertiga melangkah masuk ke dalam dengan penuh gaya.
Kedengaran lagu love tott nyanyian Nick Kunatip bergema satu ruangan serba mewah itu.
Tiba di satu ruangan khas untuk ketua-ketua VVIP, Hafizan dan Nawawi terhenti melangkah tatkala melihat seseorang sedang rancak menari dengan sweet candynya. Terlopong mereka berdua melihat Patum menari hudoh sebegitu. Itu kali pertama mereka melihatnya.
Sebelum ini Patum sangat serius dan tegas. Garang pun dia. Tapi, sekarang di hadapan mereka ini, macam dah lari dari watak mafia sahaja gaya Patum.
Lama mereka termangu di situ melayan lagu Thailand yang berunsur komedi itu. Dengan kepala tergeleng-geleng sekali tanpa sedar.
Nawawi yang baru perasan Irfan tiada di sebelahnya, mula tercari-cari kelibat sahabatnya itu.
Tiba-tiba bebola matanya tertancap ke arah satu sudut yang di mana Irfan tengah seronok menari dengan punggung tertonggek-tonggek dengan pembantu peribadi ketua mafia di situ. Nawawi menepuk dahinya.
"Hah! Punah!" Tergeleng kepala Nawawi melihat mereka yang seakan terlupa tujuan utama mereka ke situ.
"Stop!" jerkah Nawawi membuatkan semua tersentak dan muzik dimatikan.
Patum yang terkejut beruk terlompat atas sweetcandynya akibat di jerkah Nawawi tadi. Sudah serupa mak dukung anak sahaja gayanya.
Semua terlopong mulut melihat keadaan Patum dalam dukungan sweetcandynya.
Saat itu, dengan tidak semena-mena sweetcandy Patum yang malu mereka berdua menjadi tontonan orang-orang Patum terus melepaskan Patum hingga jatuh terhenyak ke atas permaidani yang di import dari Dubai.
Semua yang melihat Patum sudah terdampar di atas permaidani terus menutup mata masing-masing. Ada yang pura-pura tak nampak. Tak berani hendak ketawa. Kalau tidak, kena denda dengan lelaki itu nanti. Dia punya tahap kemarahan boleh membunuh walau kesalahannya kecil sebesar zarah.
"Aduh! Sayang... Tergamak mike hempas teman macam gini. Lama-lama boleh mangko buntut teman... Aduh la..." Patum menggosok punggungnya laju-laju dek kerana terasa sengal pada tulang punggungnya.
Sweetcandy Patum itu segera membangunkan sugar daddynya semula.
"Sorry, my darling..." Gadis itu memaut lengan Patum manja.
"Patum, kau okey ke?" tanya Hafizan setelah berjaya mengawal perasaan ingin ketawanya.
Dia membuat gaya ala-ala watak Dwayne Johnson.
Patum yang sudah pun berdiri membetulkan pinggangnya yang turut terasa sengal.
"Adeh... Yang mengkeme tibe-tibe datang ke sini jumpe teman mengejut ni kenape? Jatuh le maruah teman mike bawak orang luor masuk ke sini, nampak pulok teman terkinja-kinja dengan sweet candy teman. Mike ni... Jangan sampai teman dende mike berdue. He... Mike tahu kan teman macam mane?" bebel Patum berjela kerana malu terkantoi dia layan lagu komedi Thailand dengan perempuan simpanannya itu.
"Maaf. Tapi, bukan ke orang kau yang call aku tadi arahkan aku dengan Gamat untuk ke sini sebab ada tugasan baru? Sebab tu aku datang ke sini," beritahu Hafizan mengapa mereka boleh sampai ke situ.
"Oh yeke? Teman lupe. Ha yele ade tugasan penting untuk mengkeme lakukan sekarang tapi sebelum tu sape tu yang ikut mike tu?" Patum sudah melabuhkan duduknya di atas sofa empuk.
Manakala Hafizan dan yang lain-lain masih berdiri tercegat di hadapannya.
Menanti arahan selanjutnya.
"Oh ini, Papan. Kawan aku dari kampung. Aku terpaksa bawak dia sekali sebab dia ada dengan aku dan Gamat tadi masa orang kau call aku tadi." Hafizan memanggil Irfan menghadap lelaki itu mahu memperkenalkan Irfan pada Patum.
Irfan yang tadinya berdiri di sebelah pembantu peribadi Patum, berlalu dan berdiri di sebelah Hafizan.
Terkulat-kulat dia di situ tidak mengerti apa-apa dengan situasi dan siapa orang di sekelilingnya itu. Dia hanya mempamerkan sengihan kerang busuknya di hadapan lelaki itu apabila lelaki itu merenung tajam ke arahnya atas bawah.
"Oh, Papan? Name rare. Papan... Papan..." ujar Patum lalu menyandar pada sofa dengan gaya santainya. Kaki disilangkan. Seakan memikirkan sesuatu setelah mengenali Irfan.
Kemudian muncul 6 bodyguardnya berdiri di belakang sofa empuk menjaga ketua mereka. Ada yang sediakan cerut besar pada Patum. Ada pula yang sediakan pemetik api berbentuk singa dan di cucuh pada cerut yang sudah berada di mulut Patum.
Sweetcandy Patum pula sudah duduk menempel di sisi Patum dengan berpakaian seksinya.
Irfan yang melihat, terkedu. Tidak berkelip matanya. Sempat dia berbisik ke telinga Hafizan.
"Siapa dia ni? Macam brutal je," bisik Irfan membuatkan Hafizan memandang ke arahnya.
"Ni la ketua mafia kat KL Lupo ni," jawab Hafizan turut berbisik pada Irfan.
Terlohong lagi besar mulut Irfan tatkala mendapat tahu tentang siapa lelaki di hadapannya itu.
Nawawi pula memandang mereka berdua dengan riak pelik. Tertanya-tanya mereka berbisik tentang apa?
Irfan tersengih lebar di hadapan Patum dan orang-orangnya.
"La yeke? Terujanya. Patutlah ada bonzer kat luar tu. Pergh! Mantap toq!" Gelak Irfan suka plus teruja dapat bertemu dengan ketua mafia.
"Ya, teman ketua mafia di KL ni. Panggil je teman Patum." Patum perkenalkan dirinya sebagai Patum membuatkan Irfan tercengang mendengarnya.
"Patum? Kenapa pelik sangat nama tu?" Si dungu sudah bawa dungunya ke situ.
Nawawi sekali lagi menepuk dahinya.
"Mampos!" Hanya itu yang meluncur dari mulutnya.
"Wei, Papan... Tu bukan nama betul dia. Tu nama komersial dia. Singkatan nya. Faham?" terang Nawawi.
"Oh jadi nama betul dia apa?" Irfan sudah mematikan tawanya.
"Parang tumpul." Jawapan Nawawi itu membuatkan Irfan terlepas tawanya hingga menekan-nekan perut menahan senak ketawa.
"Muka dah macam Khairul fahmi Che'mad. Gaya ala-ala k-pop. Sekali nama, Parang Tumpul? Kihkihkih... Parang Tumpul? Kihkihkih mafia parang Tumpul, hahahahaha... Lawan pakai Parang yang tumpul ke? Sesuai dengan nama, kikihkih..." Irfan tertawa mengikik di situ tanpa pedulikan dirinya yang menjadi perhatian.
Saat itu semua merenungnya dengan riak serius. Hanya dia ketawa sendirian. Yang lain langsung tidak berkutik kerana mereka sudah tahu akibatnya.
Patum bengang dirinya ditertawakan. Berani mati betul budak Papan ni. Memang nak kena kerat 444 papan ni.
"Ah punah! Dah kenape dengan die? Krenggo? Mike bawak beruk dari mane ni?" soal Patum menahan amarah dengan sikap tidak sopan Irfan dalam loghat orang bota.
Hafizan menampar lengan Irfan tanda mahu dia hentikan ketawanya.
Irfan yang mendengar dirinya digelar beruk terus termati ketawanya serta-merta. Dia baru sedar dirinya menjadi perhatian.
"Sorry..." ucap Irfan setelah menyedari silapnya.
Patum mengetap gigi marah. Lalu dia menekan loceng memanggil bonzernya dari luar.
Tidak lama kemudian, masuk dua orang bonzer menemuinya.
Patum memberi isyarat dengan kepalanya disengetkan sedikit, tanda mahu mereka membawa Irfan pergi ke satu ruangan untuk di denda kerana menghina namanya.
Mereka menurut arahan, dan terus mengheret Irfan dibawa pergi.
Irfan apa lagi? Meronta-ronta minta dilepaskan.
"Tuan! Apa ni? Jan? Awie? Tolong wei! Lepaslah!"
Hafizan cuba memujuk Patum.
"Patum, dia budak baru Patum. Jangan hukum dia. Dia tak tahu apa-apa. Lagipun kan Patum, dia boleh jadi orang kuat kau. Mungkin dia berguna pada kau dengan tubuh tegap dia tu dan wajah kacak dia tu lagi. Kau boleh buat duit," saran Hafizan berniat untuk membuatkan lelaki itu menghentikan arahannya yang mahu Irfan di hukum makan petai sebesen besar seorang diri. Mahu cirit hijau dengan muntah hijau mamat tu nanti dibuatnya.
"Biarkan die. Teman cume letak die dalam ruangan pemanasan. Biar die rase. Lepas ni die tak berani nak mengutuk teman lagi. Berani betul budak tu he. Dia tertawakan teman ni he. Jangan sampai teman kerat dia jadi papan 444. Baru die tahu teman ni sape!" bicara lelaki itu dalam riak tegang.
Hafizan terdiam. Malas berbalas kata lagi dengan lelaki itu lagi.
Patum yang melihatkan kesenyapan Hafizan, membuka mulut lagi.
"Betul kata mike. Teman memang terfikir untuk jadikan budak Papan tu orang kuat teman. Kiranya die di bawah jagaan mike ler, Krenggo."
"Aku dah kata, dia memang berguna untuk kau. Dia boleh dipercayai. Aku kenal dia. So, apa tugasan kami?" tanya Hafizan serius.
Patum terdiam seketika sambil jari telunjuknya mengorek lubang hidung dan mengeluarkan bijih timah berwarna hijau. Digentel-gentelkan menjadi bulat kecil sebesar biji saga.
Hafizan dan yang lain melihatnya nak termuntah hijau di situ.
"Budek? Meh sini!" Patum memanggil orang suruhannya.
Lelaki itu tidak membantah. Dia mendekati tuannya seperti yang tuannya mahu.
"Tadah tangan," arah Patum tegas.
Lelaki itu hanya menurut.
Kemudian Patum mencalit tahi hidungnya ke atas tangan lelaki itu dan disuruhnya orang suruhannya itu buangkannya.
Kelihatan Budek merasa geli. Namun, disebabkan dia hanya kuli diturutkan sahaja arahan Patum berwajah apek itu. Lelaki itu akhirnya berlalu keluar.
Sweetcandy yang menempel di sisinya itu menghempas tangan Patum.
"Baby... Pengotorlah! Ish nak termuntah tahu tak. You jangan sentuh I selagi you tak basuh tangan you tu. Najis tahu tak? Najis! Hew!" bentak sweetcandy yang bernama Anne itu. Kemudian bingkas pergi dari situ. Geli.
"Alah, taik hidung je pun. Geli-geli pun teman juge yang mike cari. Teman cari sweet candy lain baru mike tahu. Menangis tak berlagu. Hek eh!" omel Patum yang mampu mencetuskan sengihan dari kalangan orang-orangnya termasuk Hafizan.
"Dahla tu, apek. Kau tu pengotor dari dulu lagi. Mula-mula kita jumpa, kau buat macam tu jugak dekat aku," celah Hafizan.
Hafizan nak melugai menyaksikannya.
"Itu ujian untuk keme dengan... Aik, Gamat mana?" tanya Patum pelik apabila mendapati Nawawi tiada di situ.
Hafizan berkerut kening memandang ke sisi, pelik juga. Nawawi menghilang? Takkan dia ikut bonzer-bonzer yang mengheret Irfan tadi kot.
Melilau dia mencari kelibat Nawawi.
Dan pada masa yang sama, matanya tertumpu ke arah sesuatu.
Terbuntang biji matanya melihat adegan itu.
Patum dan orang-orangnya turut memandang ke arah yang sama.
Apa yang mereka lihat?
"Betul ni awak. Saya tak tipu. Kalau awak nak pikat bos-bos pakai minyak pengikat kasih ni la. Ini diperbuat dari Zimbabwe tengah. Betul ni. Sekali calit je, confirm dia tersungkur di kaki awak." Nawawi memujuk sweetcandy membeli minyak gamatnya.
"Bau macam minyak gamat je. Betul ke ni, Gamat? Macam tak yakin je." Sweetcandy tidak yakin dengannya.
"Kalau tak yakin, meh saya calit kat awak, nanti awak balik teringat kat saya. Saya tak tanggung eh. Saya boleh bagi diskaun. Amacam? Nak?" pujuk Nawawi lagi.
Tergeleng kepala Hafizan melihatnya.
"Ish dia buat pulak..." dengus Hafizan geram adiknya itu boleh pula menjual minyak gamatnya di situ dengan membongak sweetcandy bos mereka pula tu.
Patum mengetap gigi menahan amarah.
"He eh eh, dengan sweetcandy aku pun die nak meniage? Mantul! Mantul! Oi, Gamat! Keme datang sini nak jalankan tugas ke atau nak meniage? Mike ingat markas teman ni tempat niage ke? Amboi-amboi mike... Suka hati mike nak merenyam dengan sweetcandy teman ya? Kejap lagi teman kurung mike dalam bilik pemanasan sekali dengan si papan tu mahu kamu?" marah lelaki itu. Keluar dah wajah garangnya.
Nawawi yang tersentak di tegur sebegitu tersengih kantoi. Lalu dia terus menghampiri mereka.
Hafizan mencepuk kepala Nawawi.
"Mu jangan malukan aku boleh dak?"
"Ala, aku bukan apa pun. Niaga je. Salah ke?" balas Nawawi dengan muka tak puas hatinya.
"Dah-dah! Jangan bising. Teman nak kite mulekan meeting sekarang." Patum meleraikan perbalahan dua beradik itu dengan nada keras.
Kedua beradik tadi terdiam. Dan memberi tumpuan pada lelaki itu.
Patum memetik jarinya. Dalam masa beberapa saat, muncul orang-orangnya yang lain dengan membawa briefcase di letakkan di atas meja.
Patum membukanya dan mengambil segulung kertas. Dan dia memulakan perbentangannya untuk tugasan mereka nanti.
Serius lagak mereka. Tugasan apa agaknya. Seperti merancang sebuah sindiket sahaja. Tetapi gaya bukan dia. Tapi entahlah.
Manakala Irfan pula, di dalam ruangan pemanasan.
"Woi, panaslah! Berkuwap! Bukak pintu ni oi! Bonzai! Benzoi! Wei apa nama? Benzei! Bukak pintu! Sung baek-chul! Bukak pintu! Yoyonde! Bukak pintu! Aku nak keluarlah mangkuk!" pekik Irfan terloncat-loncat sana sini. Kejap-kejap menendang pintu kebal itu.
Malangnya, tak siapa peduli. Aduhai nasib kaulah Irfan. Siapa suruh kau kutuk nama ketua mafia si apek tu. Kan dah mendapat. Itu nasib baik dia baik hati hari itu. Kalau angin dia tak baik, dah wajib Irfan kena paksa makan petai sebesen besar.
"Parang Tumpul, tak guna kau setan!" jerit Irfan benar-benar baran. Dendam dengan si apek itu.
mochi_berduri
annecayunk
hudakhasha
Zac220778
lihfhni
nrwhda167
_uzmaaa
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top