BAB 2
10 TAHUN 1 BULAN 1 HARI KEMUDIAN
SEAWAL jam 9:00 pagi, Irfan telah tiba di Stesen Bas Duta, KL. Dengan semangat membara mahu bertemu sahabat baiknya iaitu Hafizan dan Nawawi, dia terus membuka dompet dan mengambil secebis kertas yang diberi oleh Hafizan lima tahun yang lalu. Tercatat lokasi terkini di mana Hafizan dan Nawawi menetap.
Dengan yakinnya, dia mengatur langkah menahan teksi dan menuju ke destinasi.
Tiba ke destinasi seperti alamat yang tertera, Irfan terus melangkah berdiri di hadapan pintu masuk rumah papan itu setelah membayar tambang teksi yang dinaiki sebentar tadi.
"Assalamualaikum, Ijan? Awie? Assalamualaikum?" Irfan memberi salam dua kali seraya menyeru nama kedua sahabatnya itu.
Beberapa minit menunggu di situ, masih tiada sahutan dari tuan rumah
Irfan mula berkira-kira untuk berlalu dari situ mencari tempat penginapan lain. Pada perkiraannya, mungkin Hafizan dan Nawawi sudah berpindah rumah. Yalah, sudah sepuluh tahun mereka tidak bertemu, pelbagai kemungkinan boleh terjadi pada waktu itu.
Lima tahun lalu pun bertemu secara tidak sengaja dengan Hafizan dalam sebuah restoran di Kuala Lumpur selepas dia dan ayahnya menghantar adik-adiknya ke kolej di bandar.
Untuk kepastian kali terakhir, dia meninjau ke kawasan belakang rumah itu pula. Siapa tahu, mereka ada di belakang rumah itu dan tidak mendengar dia memberi salam tadi.
Ketika kakinya menapak menuju ke situ, Irfan terlihat seorang lelaki berusia lebih kurang 60-an sedang mengusahakan kebun kecilnya tidak jauh dari jarak belakang rumah itu.
Tanpa menunggu lagi Irfan terus menyapa lelaki itu.
"Assalamualaikum, pak cik?" Irfan memberi salam tanda hormat telah mengejutkan lelaki tua itu yang sedang mendongak ke atas tengah mencantas daun pisang yang kekeringan dengan pisau sabit berbatang panjang.
"Eh, mak kau terkejut! Eh waalaikumussalam," latah lelaki tua itu tadi. Tercampak habis pisau sabit di tangan. Nyaris terkena Irfan. Nasib baik Irfan sempat mengelak. Jika tidak, memang nahas dia mati kering sia-sia di situ akibat tertebas di pisau sabit yang tercampak tadi itu.
"Maaf, Pak cik! Saya tak sengaja telah terbuat Pak cik terkejut pulak." Irfan memohon maaf di atas kesilapannya tadi.
"Eh, tak apalah. Anak ni siapa?" soal lelaki 60-an itu sambil menggosok dadanya sendiri bagi menenangkan debaran jantungnya akibat terkejut tadi.
"Saya, Irfan. Saya datang ni nak cari kawan saya, Hafizan dan Nawawi. Mengikut alamat yang di beri, inilah alamatnya," beritahu Irfan kepada lelaki itu sambil menunjukkan secebis kertas yang tertera alamat Hafizan dan Nawawi.
"Oh, begitu. Betullah tu alamat tu. Tapi, waktu begini... mereka tiada di rumah," jawab lelaki itu.
"Oh, jadi betullah ini rumah Hafizan dan Nawawi?" Irfan mahukan kepastian.
"Ya, betul. Ini rumah Hafizan dan Nawawi. Tetapi, waktu sebegini... nereka memang tiada di rumah. Mereka bekerja," beritahu lelaki itu lagi untuk meyakinkan pemuda yang bernama Irfan itu.
"Bekerja di mana? Bagaimana dengan kehidupan mereka berdua di sini, Pak Cik?" soal Irfan tidak sabar benar ingin tahu keadaan sebenar kehidupan kedua beradik di bandar itu. Adakah hidup mereka lebih mewah atau hanya cukup-cukup makan? Ataupun, lebih teruk dari itu? Pelbagai perkara bermain di minda Irfan.
"Kehidupan mereka? Humm..." Lelaki 60-an itu berjeda seketika. Tergeleng kepalanya sejenak sebelum memulakan bicara, menceritakan kisah kehidupan sebenar kedua beradik itu.
Irfan agak kekagetan mendengarnya setelah lelaki agak berumur itu menceritakan seluruh kisah hidup yang sebenar Hafizan dan Nawawi sepanjang berada di KL dan menjadi jirannya. Tidak lama kemudian, Irfan meminta diri untuk mencari Hafizan sahabat baiknya itu di tempat kerja yang di beritahu lelaki 60-an tadi. Iaitu jiran kepada Hafizan. Lelaki 60-an itu dikenali sebagai Wak Segan. Nasib baiklah, dia bukan jenis yang penyegan sangat orangnya. Kalau tidak, tak jadi ceritalah jawabnya bila dia asyik segan sahaja hendak bercakap dengan orang lain.
********
CAR WASH
IRFAN berjalan masuk sambil mata meliar tercari-cari kelibat Hafizan.
Kedai itu dipenuhi dengan pelbagai jenis kereta untuk di cuci. Kereta mewah. Kereta kodot. Kereta katak pun ada. Hebat, bukan? Yalah, nama tempat itu pun Car Wash. Sudah tentulah tempat cuci kereta. Takkan tempat cuci pinggan mangkuk pula. Ya tak? Fikir secara logik ya.
Irfan mendekati salah seorang pekerja di situ.
"Assalamualaikum, bang?" sapa Irfan.
"Waalaikumussalam. Ya, Encik? Ada apa-apa yang boleh saya bantu?" Pemuda yang bekerja di situ terhenti melakukan kerjanya apabila dia di sapa oleh seseorang yang tidak dikenali.
Dia berpaling menghadap pemuda yang menyapanya tadi. Terbuntang matanya saat melihatkan pemuda yang sedang berdiri di hadapannya kini. Irfan pula sudah mempamerkan senyuman lega.
"Irfan a.k.a Papan? Wei! Mu... mu ni, Papan?"
"Yeah, ni aku. Akhirnya..." Irfan terus memeluk sahabat baiknya melepaskan rindu.
Hafizan pada mulanya tercengang terkejut semua ada. Namun, dia kembali normal dan mula melemparkan riak gembira kerana dapat bertemu sahabat sepermainannya itu semula setelah lima tahun terpisah.
"Papan! Aku rindu mu la, Papan! Waduh! Sudah lain mu lo ni!" Hafizan meleraikan pelukan sambil membelek-belek tubuh sahabatnya yang semakin tough itu.
"Kalau dulu, perghhh belleh guh mu. Jangan sekarang ni pun mu serupa tu jugak dahlah, deh..." sambung Hafizan lagi seraya menampar bahu Irfan mesra kawan.
"Ceh! Itu dulu. Sekarang aku bukan lagi belleh macam dulu. Mu dulu lagi teruk, gellut guh! Sampai budak sekolah gelar kita geng belleh gellut hahaha." Irfan tergelak lucu bila terimbau zaman persekolahan mereka dulu. Turut disambut tawa oleh Hafizan bila mengenangkan zaman itu.
"Haih, semua tu hanya tinggal kenangan. Memang tak boleh dilupakan. Hah, dah alang-alang mu datang sini... moh le kita!" ajak Hafizan.
"Eh, Ijan! Nanti sekejap. Mu cakap kehidupan mu di sini mewah. Jadi, tang mana mewahnya?" soal Irfan yang sejak tadi tertanya-tanya kebenaran ceritera yang disampaikan oleh Hafizan lima tahun yang lalu.
"Haip! Jangan panggil aku Ijan dekat sini. Malu orang dengar nanti," larang Hafizan terhadap Irfan untuk menggelarnya Ijan.
Berkerut kening Irfan mendengarkan larangan Hafizan untuk memanggil nama gelarannya itu, Ijan. Habis itu, nak panggil dia apa?
"Aik! Apesal tak boleh pulak? Kat kampung tu, aku panggil mu Ijan okey ja. Tak dak masalah pun. Awat la ni ada larangan pulak? Habis tu, aku nak panggil mu apa? Mat Jan? Jan jan jala itik jala ayam, berapa lubang kancil, seratus lima puluh, singgah makan sireh mulut merah! Hahahaa..." Ceh! Irfan boleh buat lawak antarabangsa majalah ujang dekat situ pula di hadapan Hafizan.
Hafizan mengetap bibir geram kerana namanya dijadikan lagu Jan jala itik. Lagu zaman kanak-kanak ribena pula itu.
'Memang nak makan kasut mamat sepapan ni! Aku kerat jadi papan empat belas karang, apa pun tak dapat!' desis Hafizan seraya merenung Irfan tidak puas hati.
Irfan yang menyedari dirinya jadi perhatian dengan renungan tidak puas hati terus kembali serius. Tidak jadi hendak bergurau lebih-lebih. Takut balik nanti makan nasi guna straw sebulan kalau main dengan pongoih Hafizan. Kes naya.
"Okey, sorry," ucap Irfan.
" Sebelum mu nak tanya apa-apa dengan aku, mu kena ikut aku apa yang aku sebut dulu. Dan setiap apa yang aku sebut mu kena ikut sebijik-sebijik. Boleh ke idak?" tanya Hafizan terhadap Irfan.
" Okey. Apa dia?" soal Irfan pula.
"Aku nak mu sebut yak wei lah... Dengan gaya cam ni." Hafizan membuat gaya jari mini love di tayang pada Irfan seiring dengan senyuman sawit.
"Wei, yak wei lehh ... yak... le wehhh tu menatang apa?" Tergagap-gagap Irfan bertanyakan maksud Yak Wei lahhh yang disebut Hafizan tadi.
Hafizan tersenyum sinis. Dari situ dia sudah boleh baca yang Irfan tak boleh menyebut perkataan yang orang lain sebut. Bermakna dia tak boleh hendak ikut balik sebutan ayat dari sesiapa pun. Dan tercetuslah idea dia untuk kitai si Irfan yang dungu, dan otak loading bagi Hafizan yang bermaksud otak lembab.
Hafizan mendekatkan wajahnya ke telinga Irfan. Irfan pelik.
"Okey la. Aku bagitahu mu la. Sebenarnya, nama aku kat sini bukan Ijan. Tapi, Krenggo!" bisik Hafizan tidak mahu orang di sekeliling mendengar perbualan mereka.
"Apehal Krenggo? Jauh perginya tu." Irfan tergaru kepalanya yang tidak gatal kerana pelik dengan perubahan pada nama gelaran Hafizan yang dari nama sebenarnya. Kenapa Krenggo? Apa kaitannya?
"Sebab kerengga!"
"Ha? Kerengga? Aku tak fahamlah!"
"Nanti aku bagitahu mu. Jom kita pergi makan dulu," ajak Hafizan sambil memaut bahu Irfan.
"Eh, jap! Ni mu tak beritahu bosmu dulu yang mu nak keluar ke?" tanya Irfan.
"Eh, mu ni... ni kan car wash aku. Mestilah aku bos. Jadi, takkan aku nak marah diri aku sendiri? Dah! Jom keluar." Dengan berlagaknya Hafizan memaut bahu Irfan mahu dibawa keluar dari situ.
Irfan mengerutkan keningnya tertanya-tanya. Benarkah begitu? Haiss! Irfan akhirnya akur dengan ajakan Hafizan dan bolayankan sahaja dengan apa yang di beritahu Hafizan.
"Oi, Pijan! Kau nak pergi mana? Kerja tak siap lagi nih!" Tiba-tiba sahaja ada suara datang menyergah Hafizan.
Hafizan dan Irfan berpaling serentak. Mata Hafizan membulat.
"Eh, tu bos mu ke?" tanya Irfan.
"Dak aih! Tu share partner aku. Dia memang kelam sikit. Mu tunggu sini. Aku nak gi settle dia kejap," ujar Hafizan dan kemudian terus berlalu menuju ke arah lelaki yang menyergah dirinya tadi.
"Hello boskurr! Lek lu... jangan gabra over. Saya nak keluar sekejap sebab kawan saya tu, nenek dia nak beranak. Saya kena cepat ni, bos! Kalau lambat, buatnya dia terberanak kat tengah jalan, kes naya bos. Jadi, bos tolong jaga pekerja baik-baik ya, bos. Jangan biar dia orang menular. Pergi dulu boskurr! Trimas bos trimas!" Belum sempat majikannya bersuara, Hafizan sudahpun berlalu dari situ siap melambai tangan pada majikannya itu.
"Oi! Pijan! Aku tak cakap apa-apa lagi, oi! Siapa suruh kau keluar? Budak ni! Ni siapa yang bos ni? Aku ke dia? Siap arah aku suruh jaga pekerja pulak? Haiss pening-pening!" Tergeleng kepala majikan Hafizan melayan kerenah Hafizan. Kaki bodek kaki kitai memang dialah orangnya. Majikannya pun tak boleh nak buat apa.
"Bereh! Jom!" Hafizan mengajak Irfan pergi.
"Nak naik apa ni?" Irfan terjengah-jengah mencari kereta mewah seperti yang digembar-gemburkan oleh Hafizan tempohari.
"Naik kereta akulah. Soalan apa mu tanya ni, Papan? Belleh guh!" balas Hafizan seraya tergelak kecil.
"Wah, mu dah ada kereta dah. Kereta apa?" Irfan teruja mahu tahu kereta apa yang Hafizan pakai.
"Ehem! Ehem! Kereta sorong. Aku naik, mu tolak. Amacam?"
"Kereta sorong? Mu biar betul?" Irfan seakan tak percaya mendengar jawapan Hafizan.
"Mu ni... aku kata bodoh karang mu marah. Tapi, memang bodoh pun! Naik kereta mewah la... takkan nak naik kereta sorong tu. Apa punya soalan la!"
"Eheheh... jangan marah deh. Aku tanya ja. Mu ni baran dari dulu tak berubah sampai lo ni." Irfan menumbuk bahu Hafizan sekadar gurauan.
Hafizan akhirnya tersengih sambil berdiri di sebelah kereta new Mustang. Hafizan menyandar elok sahaja di situ dengan riak bangganya dipamerkan pada Irfan.
"Eh, ni kereta mu?"
"Halah, ni kereta aku la. Kan aku dah kata, aku kaya. Takkan nak pakai kereta sorong. Ni kereta aku la ni."
"Wah, hebat mu! Boleh aku naik dak?" Irfan membelek seraya mengelilingi kereta itu dengan bibirnya tidak habis tersungging senyum.
"Tak boleh. Kereta ni aku beli untuk letak kat muzium. Untuk mu tengok dari jauh je."
"La... Rugilah beli mahal-mahal nak buat letak kat muzium je?"
"Mu ni baral sungguh! Aku teyyyy mu sekali baru tahu. Dah beli mahal-mahal, tentu untuk dinaiki bukan untuk diperhati."
"Oh, sorry . Tanya pun tak boleh?"
"Bukan dak leh. Mu tu suka tanya soalan bodoh. Dah! Mari naik! Silakan! Silakan!" Hafizan mempelawa Irfan menaiki kereta mewah di hadapannya.
Irfan tidak menunggu lama, terus laju sahaja tangannya cuba membuka pintu kereta. Tetapi... kenapa tidak boleh? Berkerut keningnya. Hafizan menyimpan senyum.
"Eh, apahal tak boleh bukak? Mu tak bukak lock kereta ke?" Terkial-kial Irfan cuba membuka pintu kereta yang sememangnya tidak boleh dibuka dengan mudah begitu sahaja.
"Kereta ni ada password. Sebab tu mu tak boleh bukak," beritahu Hafizan.
"Wah! Password? Hebat gila mu. Ni memang betul-betul kaya. Ha, sekarang apa tunggu lagi? Bukak la passwordnya?"
"Err... aku lupa. Heheh...," Hafizan tersengih serupa kerang busuk.
"Pffft!" Irfan bengang. Hampeh betul Hafizan.
Piut piut!
Bunyi suis lock kereta dibuka membuatkan Irfan dan Hafizan tersentak.
" Excuse me? How my car?" sapa seorang lelaki berbangsa Italy.
Irfan terlongo tidak memahami bahasa yang di tuturkan lelaki itu. Hafizan pula hanya beriak biasa.
"Wei, Ijan? Menatang apa dia kata?"
"Dia kata, bila aku nak alihkan kereta aku ni... dia nak parking kereta dia pulak," kata Hafizan membuatkan Irfan terangguk faham.
" Sorry sir. This car aku punya. Kejap lagi aku bawak keluar. Mu parkinglah kereta mu!"
"What did you say sir? I don't understood." Lelaki Italy itu terlongo mulut tidak memahami apa yang diperkatakan Hafizan sebentar tadi.
Hafizan dengan Irfan berpandangan sesama sendiri. Hafizan yang ketandusan idea untuk menjawab mula mencari akal lain.
"Nothing, Sir. Sorry." Hafizan menarik Irfan pergi dari situ.
Irfan terpinga-pinga diheret keluar dari situ.
"Wei Ijan! Mu ni dah kenapa? Kenapa tak naik kereta mu? Mat Saleh tu siapa? Mu kenal dia ke?"
"Dia tu drebar aku. Dia kata dia nak pinjam kereta aku kejap jumpa dengan bocah dia. Aku pun kesian so, aku bagi ajelah dia pakai kereta aku," terang Hafizan mengapa dia bawa Irfan pergi dari situ.
"Baiknya mu? Senang macam tu aje mu bagi dia pakai?" Irfan tak puas hati dengan penerangan Hafizan. Takkan semudah itu dia biarkan pekerja dia yang pakai kereta mahal dia itu? Buatnya rosak calar balar, macam mana? Hish, banyak fulus kena keluar. Lari bajet tu! Pelbagai persoalan bermain di ruang minda Irfan.
"Well, ini KL aku legend. Sebut saja bos Krenggo, siapa tak kenal? Krenggo, bos paling awesome, it's me!" Hafizan menayangkan mini love dengan muka cute ditayangkan di hadapan Irfan membuatkan Irfan rasa loya.
"Poyo betul mu ni. Aku rasa nak muntah hijau dah ni." Irfan buat muka toya.
"Mu toksah dok buat muka toya gitu. Aku tabuh sekali baru tahu!" Hafizan menayangkan siku besarnya itu ke muka Irfan membuatkan Irfan terundur ke belakang.
"Sorry... sekarang macam mana? Kereta mu dah tak ada. Kita nak naik apa ni?" Irfan yang sudah kebingungan, menyoal Hafizan.
"Mu ni... takkan tu pun tak boleh nak fikir? Kita naik mercedez la, mercedez berkepala kasut!" jawab Hafizan dengan muka bangganya.
"Mercedez? Perghh kaya mu. Mercedez pun ada. Mana? Mana? Mana?" Irfan teruja ingin melihat mercedez yang dimaksudkan Hafizan sebentar tadi.
Hafizan tersengih sambil mulutnya memuncung ke arah sesuatu.
"Tu!" kata Hafizan.
Irfan memandang ke arah yang dimucungkan Hafizan tadi. Terbuntang matanya tatkala mercedez yang dimaksudkannya.
"Hah?" Hanya itu yang mampu keluar dari bibirnya.
Boleh bayangkan tak apa perasaan Irfan bila tengok mercedez berbentuk kepala kasut yang dibanggakan Hafizan seperti gambar di atas tu? Hahaha...
Maaflah kalau kurang best. Jemput baca vote n Komen ... Maaf Bab Ni suam2 kuku sebab belum mula misi dorg lagi. Nanti Bab akan dtg. Saya akan terapkan lebih bnyk aksi n kelucuan yang akan terselit bagi memeriahkan lagi cerita ini.
sayang_manja78
Humaira_husna
hadyra_
RohanahDandai
darwinaaljamin_
NurulainNurulain5
zarinliana
jambaru
annecayunk
XimenaZaira_
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top