TEaser MKY 5
teaser MKY
ASSALAMUALAIKUM my sayang... Taufik! Morning!"
Yamyali terjaga sebaik mendengar suara perempuan. Hari sudah kesiangan, sepasang mata letihnya dibuka luas-luas.
Dia berada di atas padang rumput yang menghijau. Keluar dari surau sertai jemaah subuh pagi tadi, dia tertidur dalam ladang beralaskan rumput hijau. Betul-betul di sebelah kerbau.
Dia hairan, mengapa sesetengah manusia yang terlihat dia solat jemaah, lari bertempiaran? Dia bukannya berniat hendak mengganggu mereka. Sekadar tumpang solat, salah ke? Pelik betul manusia.
"Taufik? Yara datang ni!" Suara itu kedengaran lagi. Tuannya tak kelihatan jua di situ buat Putera Yamyali menjengah-jengah kepala.
Dari jauh terlihat susuk manusia masuk ke dalam pagar dengan menjinjing sesuatu di tangan sambil bernyanyi riang.
Cheri, cheri lady
Goin' through a motion
Love is where you find it
Listen to your heart
Cheri, cheri lady
Living in devotion
It's always like the first time
Let me take a part
Cheri, cheri lady
To know you is to love you
If you call me baby
I'll be always yours
La la la la la
Semakin dekat pula suara yang berselang-seli dengan siulan itu membuat susuk itu tak tentu arah. Pilihan terakhir, dia memasuki tubuh kerbau di sebelahnya.
"Ah, tak kisahlah. Kerbau pun kerbaulah. Asalkan dia tak nampak aku sudah." Putera Yamyali duduk diam-diam dalam tubuh haiwan itu sehingga manusia perempuan tadi mendekati dan berdiri terpacak di hadapannya.
"Selamat pagi Taufik Rosyam Elbaq! Yara datang ni." Yara memeluk kerbau kesayangan lalu dikucup segenap wajah Taufik bertalu-talu.
"Hmph!" Yara tersentak mendengar dengusan kasar si Taufik.
Kebiasaannya Taufik akan bermanja dengannya. Mengapa hari ini lain?
"Kenapa ni, sayang? Marah-marah macam ni? Lapar ya? Selalu Taufik manja je dengan Yara. Kenapa hari ni macam tak suka Yara datang jumpa Taufik?
Yara ada buat salah ke kat Taufik? Oh atau sebab semalam Yara tak datang jenguk Taufik?"
"Hmph!" Kerbau itu mengundur dan mengelak dari didekati Yara.
Yara garu kepala, kebingungan. "Atau Taufik nak makan? Yara ada bawak nasi lemak. Nak tak? Kita makan berdua, ya?"
Yara yang baru hendak membuka bungkusan nasi lemak, dengan tidak semena-mena ditanduk bungkusan itu oleh Taufik. Habis jatuh berselerakan membuat gadis itu merengus marah. Disebabkan Taufik haiwan kesayangan, dia sabarkan hati.
"Sampai hati Taufik buang nasi lemak yang Yara bawakan. Taufik benci Yara, ke? Yara kecewa dengan Taufik! Taufik tak pernah layan Yara kasar macam ni. Yara merajuk dengan Taufik!" Yara berlalu pergi dengan diinjak-injak rumput dalam keadaan merajuk dilayan dingin dengan si Taufik.
"Kak, kau dah kenapa hentak-hentak kaki macam tu? Nak berlatih kawad ke?" Elmina yang baru tiba di situ dengan Honda Dash hitam oren, menyapa.
Melihatkan muka masam kakaknya buat dia tertanya-tanya.
"Taufik buat hal. Habis tumpah semua nasi lemak yang aku beli tadi dikerjakannya. Betul-betul buat aku badmood!"
"Alamak! Kalau mak tahu, matilanak! Macam mana ni, kak?"
"Balik nanti goreng jelah nasi yang lebih semalam tu. Cepatlah bawak aku balik! Kang aku wheely motor, kau terjerit-jerit macam bapok!"
"Okey-okey kak, aku bawak!"
Memang taklah dia hendak menyerahkan Honda Dash pada kakaknya ini. Mahu tunggang terbalik atas jalan nanti.
Bukan dia tak tahu sikap agresif gila wheely motor atau basikal kakaknya. Tak rela balik luka-luka lagi! Laju dia pecut balik ke rumah.
Putera Yamyali keluar dari tubuh kerbau sambil memandang makanan yang tumpah dengan rasa bersalah.
"Maafkan aku nasi. Aku takde niat nak jatuhkan kau tapi... manusia tu terlalu rakus mencium aku. Aku geli dan rimas. Aku tak sangka pulak tepisan aku buat kau jatuh bertaburan macam ni.
Hm... wahai kerbau yang baik, kau makanlah nasi tu sampai habis. Semoga kau sihat dan jangan ganas-ganas macam tuan kau tu, ya?"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top