Teaser MKY 4

YARA pula sedaya upaya menyaingi langkah panjang si Yali yang memasuki hutan.

"Yali, tunggu!"

Putera Yamyali pusing badan sekilas memandang Yara yang berlari-lari anak mendekatinya.

"Kenapa?" soalnya dan meneruskan langkahnya.

Yara berjalan seiringan dengan Yali. "Kenapa awak tak tolong saya tadi? Kenapa awak biarkan saya kena lanyak dengan perempuan-perempuan gila tu?"

"Kau tu yang gila sebab biar manusia lain pijak kepala kau. Aku cakap apa semalam?"

"Apa?"

Buk!

"Auch!" Laju Yara menggosok kepalanya yang terasa sengal disekeh si Yali.

"Kau ni banyak makan semut. Cepat lupa. Aku cakap... kadang kala kita perlu jadi kejam pada manusia yang aniaya kita.

Dan tadi aku tak tolong kau sebab nak bagi ruang supaya kau sendiri yang balas balik apa yang dorang buat kat kau supaya dorang beringat.

Lain kali dorang tak buli atau kutuk kau lagi, faham?" Berangkai Putera Yamyali memberi penerangan demi tidak mahu manusia di hadapannya ini lemah semangat bila berhadapan dengan musuh.

Apa yang diterangkan lelaki itu buat Yara leka hingga menyenget kepalanya.

'Oh my little monster.' Gelaran itu bermain dalam kotak fikiran Yara tika ini.

Pap!

Terhapus habis semua yang berlegar dalam kepala Yara dek terasa perit pipinya ditampar sesuatu.

"Hoi! Aku bercakap berjela kau boleh mengelamun?" Muka susuk itu betul-betul di hadapan muka Yara mengejutkannya.

"Hoi, my little monster!" Terkeluar latah gelaran yang sudah sebati dengan jiwanya itu.

Tatkala tersedar keterlanjurannya, pantas tangan naik menekup mulut sendiri. Terkedip-kedip matanya bertentang dengan Yali.

Lelaki itu dekatkan lagi mukanya pada Yara dengan membulat mata sampai terbengkok ke belakang badan Yara. Cuba mengelak dari tercium.

"My little monster tu, apa?" soal Putera Yamyali.

Yara menggeleng tidak mahu menjawabnya. Matilah dia kena amuk dengan susuk itu andai tahu apa itu monster.

Kaki Yara yang mula mengundur setapak demi setapak ke belakang, terpijak batu membuat tubuhnya tidak seimbang dan hampir terlentang.

"Argh!" Yara menjerit sekali tertarik baju susuk itu hingga mereka terpeluk.

Jeritan Yara lenyap serta-merta.

Terkejung kedua-duanya di situ.

'Hangatnya renungan matamu menyentuh lembut ke dasar hatiku.

Kaulah yang membuat aku melihat sekuntum bunga mekar di rimba menghijau ini.

Kaulah yang membuat duniaku menjadi merah jambu.

Matamu telah mengesahkan rasa dalam kalbu.

Adakah ini cinta? Bukankah cinta tak mengenal siapa seperti rasa degupan tiap kali mengukir nama Puteri Nayra Hadeera.

Mengapa dengan Yara aku merasa lebih luar biasa?'

"Aku rasa... aku rasa..."

"Awak rasa, apa?"

Yara pula berasakan hembusan nafas yang dihirup bagaikan bersalju.

Melihat dia di sisi tenang dibuai mimpi. Tiba-tiba gadis itu terfikir begitu. Pernah dia hilang yang tersayang.

Andai esok Yali tiada, mungkinkah rasa indah ini juga bakal hilang? Adakah ini rasanya cinta yang sebenar di saat terpejamnya mata?

"Hnh!" Terasa sesak nafas saat dihembus memikirkan segala. Bimbang dia bakal dikecewakan seperti hancurnya hati dipermainkan Ziyad.

Kelepap!

Setempek tangan Yara melekat ke muka Yali sampai tubuh lelaki itu terdorong ke belakang.

"Aduh! Apesal kau tampar muka aku?" Putera Yamyali tak puas hati mukanya jadi mangsa jari lima.

"Dah awak tu nak cium saya! Memang mendapatlah!" Yara menjeling Yali sekilas.

Putera Yamyali menggertap gigi dan melontar tenungan tajam pada segenap roman muka Yara.

"Bila masa aku nak cium kau? Yang kau tu tarik baju aku, kenapa?"

"Dah saya nak terjatuh tadi, saya tariklah awak."

"Tulah siapa suruh pendek sangat. Jalan panjat bukit sikit dah nak tumbang. Nyaris kita nak bercium tadi. Kau ingat aku nak sangat ke cium mulut busuk kau tu? Ptuih! Hancing!"

Putera Yamyali membuat gaya meludah seiring dengan mimik muka geli dituduh hendak mencium Yara menaikkan suhu kepanasan di setiap penjuru liang hati si gadis.

"Ish, monster ni, kan! Mulut awak tu lagi busuk dari bangkai tahu tak! Mulut puaka!" Laju tangan Yara menampar dan menumbuk Yali. Sepantas itu juga lelaki itu mengelak dan terus mengelak.

"Oi! Korang kat sini rupanya?"

Terperanjat kedua-dua mereka hingga jatuh terlentang apabila belakang baju Putera Yamyali ditarik Yara.

"Aduh sakitlah! Eeii!" Yara bangkit duduk sambil merungut-rungut sakit buntut.

"Engkau yang tarik belakang baju aku sampai kita terlentang macam ni. Sekarang nak marah-marah aku pulak?" Putera Yamyali menjegil mata pada Yara.

Yara memutarkan mata hitamnya ke atas.

"Bukan marah awak. Saya marah kat suara yang sergah kita tadi tu! Tak guna betul!" Dia menoleh ke belakang melihat Ain dan Zayden sedang tersengih. Siap tayang dua jari lambang 'peace yo!'

"Korang ni, kan..." Berasap hidung dan mulut Yara.

Bengang punca mereka dia dan Yali tersadai atas lalang hutan.

Putera Yamyali turut pusing ke belakang. Sengihan kerang mati kedua sahabat Yara ditayangkan padanya.

"Orang lain sibuk dengan aktiviti dan nak makan tengah hari, kau sedap bercintan-cintun kat sini dengan encik jin kau tu, eh?" Ain mencekak pinggang.

"Ha Mr. Jin dan Miss Yara, tu ha Miss Nadine panggil ajak makan. Nanti lapar, pengsan pulak. Nak buat aktiviti lasak pun dah tak larat," beritahu Zayden. Sempat menyelit ayat sindiran.

Yara dan susuk Yali berpandangan sebelum bangkit menyertai Ain dan Zayden sambil membersihkan kekotoran yang melekat pada baju mereka.

Sebaik mereka beredar dari situ, Adelia dan rakan-rakan keluar dari sebalik pokok.

"Oo... patutlah aku rasa semacam je dengan mamat tu. Rupanya..." Eyya kawan Adelia bersuara.

"Rupanya dia bukan manusia," sambut Reena.

"Takpe. Aku tahu apa nak buat untuk pisahkan dorang berdua. Hm... Reena? Eyya?"

"Ha?" Reena dan Eyya berpandangan.

Adelia terus berlalu setelah membisikkan sesuatu pada Eyya dan Reena.

"Mana nak cari?" Reena bertanya pada Eyya.

"Manalah aku tahu. Kita search pak cik gugel jelah."

Kedua mereka membuntuti Adelia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top