Teaser MKY 3
MALAM seterusnya, Yara membawa rakan-rakannya ke sebuah bangunan lama berdasarkan deria bauannya.
“Hai korang. Okey sekarang ni kitorang dah ada dalam bangunan lama. Dipercayai di sini ada terdapat aura-aura negatif.
Dan Yara ketua team mendapat deria bau bahawa ada sesuatu dalam bangunan ni. Jom kita jelajahi dan jangan lupa stay tuned!” Zayden merakam secara langsung video untuk tontonan umum di youtube melalui Channel mereka sendiri.
Mereka memasuki bangunan usang itu tanpa menyedari setiap gerak-geri mereka diperhatikan Putera Yamyali dari setiap sudut yang mereka lalui.
Awal-awal dia telah menyediakan perangkap dengan menjebak mereka ke dalam ruangan bawah tanah yang di mana pintu bilik itu dibuka dan ditutup beberapa kali. Semata-mata mahu menarik perhatian manusia-manusia itu dengan memetik jari.
Ketiga-tiga manusia itu bergegas ke situ seraya merakam secara langsung apa saja yang berlaku.
“Beb, tengok beb, dia main pintu beb. Tapi, takde sesiapa dalam tu beb! Yara, kau dapat rasa aura tak?” Ain bersuara mempunyai minat yang kuat dengan suasana seramistik begitu.
“Ada sikit.” Yara terus berjalan masuk ke dalam bilik itu. Diikuti Zayden dan Ain.
Sebaik ketiga manusia gila itu masuk ke situ, mereka dikunci dari luar.
Tangan dan kaki mereka tiba-tiba berikat dengan sendiri menggemaskan suasana dengan hingar yang dibuat tiga sahabat itu.
“Hmph, duduklah berkurung kat situ sampai bila-bila. Aman dunia aku.” Putera Yamyali tersengih menyeringai dan berubah menjadi kucing hitam.
Mendongak kepala naik ke bumbung bangunan meninggalkan manusia memekik di bilik bawah tanah.
Sementara Yara dan rakan-rakan jenuh mencari cara mahu membebaskan diri. Berjam-jam juga mereka terkurung di situ.
“Weh, aku ada idea. Kau percaya tak dengan teknik Mr. Bean?” soal Zayden .
“Teknik Mr. Bean? Macam mana tu?” Ain mengerutkan kening.
“Kau pergi dekat pintu. Kau rapatkan bibir tebal kau tu dekat lubang kunci. Kemudian pujuk dia keluar kalau dia degil jugak, kau bersiul panjang-panjang, bila dia rimas, auto dia terbukak sendiri.” Zayden mula membuat statement merepek.
“Biar betul kau ni nak buat macam tu?”
“Ah, betullah tapi bukan aku, kaulah yang buat.”
“Aku rasa cara kau ni lapuk la. Apa kata kita nyanyi sama-sama lagu nyiat inson mateq kaji samarengseng? Aku tengok P Ramli buat, huih, memang terbuka pintu tu.”
Kedua gadis itu menaikkan mata hitam ke atas.
“Mana satu kita nak try ni? Kalau kita guna cara P Ramli tu, ada Mr. Bean nak jeles?”
“Tak kut sebab P. Ramlee tahu, Mr. Bean ni bukan cerdik sangat pun.”
“Kalau macam tu first, kita kena melutut!”
Kelepap!
Zayden melutut. Automatik kedua gadis itu terjatuh melutut sama. Kedua mereka menayang muka bengang.
“Kau memang gilalah Den!” bentak Yara sambil mendecit-decit. Mana taknya, sakit lutut dibuat lelaki itu.
“Semua ni kerja jin gila tulah! Kaulah ni Yara sibuk nak buat content dan eksperimen bagai pasal jin pelik tu.
Last last dia perangkap kita semua dalam bilik bawah tanah ni. Semua ni salah kau!” Ain menyalah Yara sebagai ketua kumpulan mereka yang beria nak tangkap si jin jantan agresif dan pelik.
“Dalam keadaan genting macam ni, kau nak salahkan aku pulak, Ain? Bukan ke kau pun sama gila content? Kau yang merungut content suram bagai.
Sekarang ni kau sedar tak content-content kita buat dengan merakam si jin pelik tu, kita dah makin femes. Rating kita makin naik mendadak. Duit kita makin masyuk. So, sekarang siapa yang untung?” balas Yara senada.
“Diamlah korang! Aku nak fokus ni! Korang nak keluar ke tak nak?” lantang Zayden menempik, mendiamkan kedua si gadis.
Zayden mula membunyikan siulan betul-betul pada lubang pintu senafas panjang dan sepi dek kehabisan nafas. Tersemput seketika.
“Woi, apesal senyap je?” Yara bersuara setelah bosan menunggu. Tiada apa-apa tindak balas. Pintu pun tak terbuka. Boleh percaya ke dengan statement si Zayden?
“Kejap, macam mana boleh tak jadi ni? Mungkin ultrasound dia rosak ni. ”
Zayden pelik, siulannya itu tak menjadi. “Kejap, aku bersiul lagi sekali.”
“Dahlah tu beb. Terimalah kenyataan yang idea kau tu memang tak boleh pakai. Dungu!” Ain membantai lelaki itu dek bengang. Pintu tak terbuka dan boleh pula percayakan taktik Mr. Bean.
“Alah bagi aku peluang lagi sekali. Kali ni mesti jadi.” Baru saja Zayden mengintai celah lubang kunci dan mahu meniup lubang itu, tiba-tiba…
Klak!
Bulat mata mereka bertiga dan berpandangan. Zayden tergelak suka.
“Kan aku dah cakap, taktik ni mesti jadi punya. Tengok kekunci pintu dah terbukak dari luar.”
“Bukaklah pintu tu cepat!” arah Yara dek lenguh tangan dalam keadaan berikat di belakang sudah berjam-jam di situ.
“Kejap aku kuis dengan kaki.” Zayden berpusing semula ke hadapan pintu dengan lidah terjelir mahu membuka pintu guna kaki kerana pintu itu sudah terbuka sedikit dan…
Tang!
Tak sempat kuis pintu dengan kaki, pintu ditolak kuat dari luar menghentam kepala Zayden menyebabkan dia jatuh terlentang menghempap Yara dan Ain yang berikat tangan di belakangnya.
“Adoi!”
“Weh korang?” Terjengul kepala Minah Gal Gal depan pintu yang hanya menampakkan kepala saja buat Ain dan Zayden terkena strok sampai pengsan.
Ikatan mereka terlerai begitu saja.
“Eh eh kita dah tolong, dorang pengsan pulak?” Minah Gal Gal menggoyangkan kepala ke kiri dan kanan.
“Mau tak pengsan. Tengok kepala kau je keluar celah pintu! Tapi… baguslah kau ni Minah Gal! Selalu kau rembat seluar aku masa aku tengah mandilah tengah yak yak ke… tapi hari ni kau dah tolong bebaskan kitorang.
Thank you. Lepas ni, aku bagi kau free seluar seluar lama aku tu. Boleh kau buat sarung buah nangka kesayangan kau tu.” Yara bangkit dari terlentang berterima kasih pada Minah Gal Gal buat susuk itu mengilai suka.
Meremang si Yara mendengarnya dan segera pergi dari situ mengheret kedua sahabatnya keluar dari situ.
Minah Gal Gal menghilangkan diri entah ke mana, Yara tak peduli. Yang penting misi mencari si pelik itu.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top