teaser 1

“BEB, kalau gini matilah beb. Content content content tapi hantu pun takde! Haprak betul!” 

Ain merungut dek jemu menunggu di tengah ruang bangunan lama. Tiada apa-apa yang boleh menaikkan rating content mereka.

“Aku selalu nampak dorang. Yang hairannya time buat content dorang tak muncul pulak. Bengkak pulak hati kita ni wak!” Zayden mencelah.

“Entah la. Aku nak pergi membuang dululah.”

Yara berlalu ke tandas meninggalkan rakan-rakan menunggu di ruang tengah bangunan lama sekolah.

Beberapa minit membuang dan siap mencuci, dia tercengang seluarnya yang disangkut ke atas pintu tandas sudah hilang. Dia buka pintu jengul kepala dan ternampak lintasan sesuatu buat dia mendecit bengang.

“Hoi! Mana seluar aku? Kenapa kau rembat seluar aku?” Hanya hilaian tawa kedengaran. Tahulah dia siapa punya kerja. Tentu yang bertenggek di belakang rumah dia.

Pakaian lebihan yang dibawa dari rumah dalam beg sandang diambil dan disarung ke kaki.

“Tak guna punya hantu! Ajenya gampang seluar aku dirembat! Nasib baik aku bawak pakaian spare. Kalau tidak, berspender je aku hari ni. Mahu tak keluar jamban sehari! Ish geram betul aku dengan Minah Gal Gal ni!”

“Engkau lupa ke yang kau tu kaki pun takde? Dah tu, ada hati nak rembat seluar aku? Nak sarung buah nangka tempat pokok kau bertenggek tu ke, hah!” Yara berjalan keluar dari tandas dengan mulut mengomel itu ini mengalahkan peluru bertih jagung tanpa memandang ke kiri dan kanannya.

Tanpa sengaja dia terlanggar seseorang mematikan langkahnya dan menoleh serta-merta.

Seorang lelaki sedang berdiri membelakanginya. Lantas dia menegur, “Eh, buta ke? Dah langgar orang tak reti nak mintak maaf?”

Dia sangkakan itu Zayden. Hanya lelaki itu yang suka buat perangai sebegitu.

Lelaki itu berpaling dan hampir terjojol keluar anak mata Yara saat bertentangan dengan wajah pucat juga terdapat lingkaran hitam di matanya.

 Bukan Zayden tetapi… “Eh,  awak ni bukan manusia ke?”

“Kau... boleh nampak aku? Kau tak takut?” Lelaki itu bersuara garau seperti ada dua lapisan dan menunjukkan gigi siung tajamnya bersama sinar mata merah keperangan memenuhi ruang mata putih.

“Awak ni, spesis apa?” soal Yara.

Mendengar suara pelik itu, Yara telah mengesahkan memang susuk ini bukanlah manusia. Tetapi, spesis apa? Jin ke? Wajah serupa dengan manusia biasa. 

Bezanya mata dan telinga sedikit bentuk condong tertarik ke atas. Bukanlah sepet. Lebih ke arah mata rusa.

Hidung tak mancung. Berkulit kuning langsat. Tubuh tinggi berdada bidang.

“Awak ni takdelah buruk mana macam yang saya pernah jumpa sebelum sebelum ni. Boleh saya ambil gambar? Bukan senang nak jumpa rupa helok macam ni.” Gadis itu sudah keluarkan telefon pintarnya.

Terjegil mata lelaki itu bila si gadis langsung tidak menunjukkan rasa takut padanya seperti manusia lain, lihat saja muka dia, sampai ada yang pitam.

Melihatkan perempuan yang tengah belek entah binatang apa yang dipegang dengan muka terujanya, dia mengambil peluang itu dengan bertukar rupa menjadi seekor kucing hitam.

Terkedek-kedek dia lari meninggalkan tempat itu. Lalu ghaibkan diri.

Kalau Ayahanda Samsamaail~nya nampak dia bersama manusia perempuan,  habislah dia punah disebabkan terpaksa menjalani denda paling dahsyat dan tak akan dapat balik ke istana lagi selama 100 tahun. 

Fuh, lama tu! Tentu rindu tahap gila dekat bonda Balqisnya nanti dan tempat beradunya Yang maha empuk itu.

Apa yang perlu difokuskan tika ini adalah misinya. Dia akan pastikan ia berjalan dengan lancar.

Dia munculkan diri semula atas bumbung bangunan lama dan berehat di situ sambil menyaksikan seluruh bandar. Terkenangkan syarat-syarat yang dikenakan ayahanda, berjayakah dia tempuhinya?

Yara pula tercengang-cengang apabila menyedari lelaki pelik tadi sudah hilang. Merata dia mencari siap hubungi ahli kumpulan paranormalnya beritahu apa yang dia temui.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top