CHAPTER 6 🌹
HELENA JEON'S POV
"Jungkook, cakaplah dengan saya.Kenapa awak diam ? " Badan Jungkook aku goncang perlahan lahan. Jungkook masih lagi tayang muka mintak penampar.Sungguhpun, aku tak tahu apa masalah dia ni.Wajah kacak yang masam dihadapanku disentuh.
"Tengok saya." Dirinya cuba mengalihkan pandangan.
"Saya cakap tengok saya."Aku paksa jugak dia tengok aku macam mana sekalipun. Mata kami bertentangan.Kenapa aku dapat rasa aura sesuatu duh ?
"Kenapa dengan awak ni ? Lepas kita pergi mall , muka awak asyik macam ni jer. Are you okay ?" soalku. Tangan Jungkook aku pegang erat.Cuba memahami dirinya.Jungkook mengetap bibir erat.
"Macam mana nak okey kalau isteri sendiri hiraukan saya semata mata nak cakap dengan jantan lain."balasnya. Lalu dia bangun dan beredar meninggalkan diriku.Aku terpinga pinga.
Aku dapat kesan aura cemburu.
Aku tersenyum.Jungkook cemburu ? Itu adalah berita baik untuk kami ! Aku segera bangun lalu pergi mengejar Jungkook.Langkah aku terhenti di bilik kami.Susuk tubuh Jungkook yang membelakangkan aku didekati.
Aku memeluk dirinya dari belakang. Susuk tubuhnya kekal kaku di dalam dakapan hangatku.
"Awak cemburu ke, Jungkook ?" Soalku.Jungkook diam. Perlahan lahan tubuh badannya berpusing menghadap ke arahku. Badanku dipeluk erat erat. Sesak nafas dibuatnya, tapi aku suka sangat sangat.
"Mungkin." balasnya. Senyuman manis yang ditayang perlahan lahan pudar ketika melihat wajah polosku.
"Tu mana ada salahnya,kook. It's fair if you felt jealous. Because I'm your wife and I love you. We can love each other. We fix each other. We help each other. And we built a castle together with our child to be. Agree ?"
Jari kelinking aku tayangkan di wajah comel Jungkook. Perlahan lahan dia menghadiahkan sengihan manja sekali dengan kenyitan mata. Jari kami bersatu, tanda saling bersetuju.
"Pasal anak tu. Bila saya sedia untuk sentuh awak lebih dari sekarang ni ya,sayang ?" Hampir terpitam aku dibuatnya bila dia menujukan panggilan sayang kepada aku.Aku cuba tersenyum tenang, sedangkan jantung laju berdegup kencang.
🖤
"Masak apa tu,sayang ?" Suara Jungkook menyapa lembut ditelingaku. Susuk tubuhnya yang lengkap berpakaian balik dari pejabat kelihatan segak memandangku dengan mata redupnya.Aku tersengih.
"Adalah, jangan kacau ! Shuh-shuh." Dengan gaya penghalau, aku mengipas ngipas tanganku. Garam secubit dimasukkan ke dalam makanan kegemaran Jungkook.Ya, aku masak makanan kegemarannya.Macam mana aku tahu ? Biarlah rahsia.
Tangan Jungkook mulai menggatal merangkul pinggangku perlahan. Aku tergamam. Perbuatanku automatik terhenti. Macam mana dia boleh seberani ini ? Dagunya diletakkan di atas bahuku.
"J-Jungkook ...." namanya meniti dibibirku.
"Hm ? Tak suka ke ? Kalau tak suka saya—"
"Bukan ! Macam mana saya nak tolak kalau suami saya sendiri yang peluk ?" Aku pusingkan badanku menghadapnya. Wajah yang kacak dengan senyuman manis.
"Awak dah boleh peluk saya ?" Soalku. Jungkook ketawa kecil.
"Bolehlah sayang.Haritu first night, dalam pelukan saya jugak awak tidur kan ? Takkan tak ingat ? sweet moment tu sayang .." Jungkook mula mengusik nakal. Pipiku membahang panas yang amat. Aku menutup wajahku,malu.
"Eh ? malu pulak ? Alololo comellah dia ni.Main malu malu pulak."Jungkook cuba alihkan tangan dari wajahku.Aku tetap keraskan tanganku. Hah, malu ni malu. Janganlah usik !
"Sayang, pandang saya. Ini arahan suami kepada awak yang sah" Jungkook menggunakan kuasa vetonya. Aku memandang wajahnya.Dia tersengih comel. Aku mencebik.
"EEE, BERTUAHNYA JEON JUNGKOOK DAPAT ISTERI MACAM NI !" Tubuhku di peluk erat erat secara tiba tiba. Sesuatu bau menusuk ke hidungku. Mataku membulat. Tubuh badan Jungkook ditolak kuat sehingga pelukan terlepas.
"Makanan hangus !" Hampir menangis aku dibuatnya apabila makanan yang dimasak sudah bertukar menjadi hitam.Jungkook meluru ke arahku.
"Maaf, sayang. Salah saya"
"Bukan salah awak.Salah saya sebab tak cekap."
"Hm. Jangan sedih dah. Kita makan kat luar. Lagi romantik."
"Masak sendiri kat rumah lagi romantik."
"Mana ada."
"Adalah. Bila kita dapat makan bersama berdua kat rumah. Romantik lah tu."
"Tak la sayang !"
"Suka hati awaklah. Saya taknak kawan dengan awak. Dah pergi jauh. Pergilah keluar makan romantik dengan perempuan simpanan awak" Tercengang Jungkook dibuatnya pabila mendengar kata kata lancang dariku.
mampus dia lah weh.
Secara tiba tiba tubuh badanku dipeluk erat sekali lagi. Aku menggulingkan biji mata menyampah yang amat.
"Sayang, saya belum habis cakap tau. Lagi romantik kalau kita masak sama sama. Saya tolong awak,okeyh ?" bisikan Jungkook menyapa di telingaku. Aku tersenyum. Lengan Jungkook aku cubit manja.
"Tak cakap awal awal. Awaklah ni !"
"EHH kita pulak !"
🖤
Cupp !
"Awak cium saya,sayang ?" Soal Jungkook. Aku mengganguk sambil tersengih. Dia menggelengkan kepala. Matanya masih lagi tertumpu kepada komputer riba, menghadap kerja pejabat.
Aku mengeluh berat. Susah benar nak tarik perhatian dia malam malam macam ni. Hah, perkenalkan madu aku, komputer riba jenama Apple~ Selalunya malam malam dia buat anak dengan Apple ni lah. Jelas kan tuan puan ? Sebab tu saya tak mengandung sampai sekarang !
"Jungkoookkk~~ bagilah perhatian sikit. sikit jeee " pintaku manja. Jungkook buat tak endah. Aku mencebik. Aku penat tahu tak penat ! Bila dia nak sembuh kalau takde usaha langsung. Bodo Jungkook ni sebenarnya.
Hah, berdosa aku mengata suami sendiri. Tabah jelah weh.
"Awak ni kan, takde kemajuan langsung ! Macam mana awak sembuh dari fobia kalau awak langsung tak usaha ? apa nak jadi Jeon Jungkook ? Kalau nak berjaya, kenalah usaha. Ayuh bangkit dari zon selesa. AYUH KITA BANGKIT , JAUHI PE—"
"Diam. Esok kita balik rumah Mama saya."
"APA NI KOOK TAK HABIS CA—"
"Diam, tidur"
"Tapi wak—"
"Isteri Jeon Jungkook, sila dengar arahan suami anda"
Bangang anda Jungkook !
BERSAMBUNG
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top