BAB 3
Mira melihat sekitar ruang tamu penthouse dan kali ini bukan nota kecil yang menarik perhatian Mira,tetapi perhiasan yang susun rapi di dalamnya.Mira membuka pintu kabinet yang bertombolkan emas itu tanpa menghiraukan nota kecil yang ditampal di atasnya serta-merta lampu berwarna kuning terpancar dari bahagian atas almari itu.Tingkat pertama menempatkan koleksi dengan barang-barang kristal yang berkilauan.Barangan kristal yang terdiri daripada pelbagai berbentuk dan berwarna-warni.Dapat dilihat ditingkat kedua memuatkan koleksi kereta mewah dan modern yang terdiri dari pelbagai berbentuk size dan warna.
" Hmmm..Ini baru rumah yang aku kena kemas,rumah lelaki banyak juga barang Mr.Cerewat ini." Mira berbicara sorang dirinya.
Tingkat terakhir pula berisi cawan dari pelbagai negara.Nampaknya Mr.Cerewat yang berlagak dan sombong ini telah melancong banyak ke negara sehinggakan ada nama yang Mira pernah dengar dan tidak pernah dengar tertulis di atas cawan.
Pintu almari Mira ditutup semula dan ternampak nota kecil ditampal dan Mira menarik nota yang menunggu
untuk membacanya.
Jangan buka almari ini.Tidak perlu dibersihkan.
Alamak!!
Dengan tidak sengaja telah membuka almari tersebut tadi.Tidak mengapa kerana tidak sengaja membuka tanpa minta kebenaran bukan ada emas pun di dalamnya.Aku nak kerja bukan pencuri pun aku nak cari rezeki halal.
Di dalam dua bilik di ruangan bawah penthouse,Mira buka pintu bilik langkah masuk ke bilik tidak tahu mengapa Mira tertarik dengan bilik ini.Katil diletakkan rapat ke dinding berkaca yang kelihatan gelap dari luar.Mira naik ke atas katil dan melihat ke luar penthouse.
Pemandangan kolam renang dibahagikan dua jenis kolam renang satu untuk kanak-kanak dan dewasa dan taman yang sangat mempesonakan terpegun melihat ruang dibawah.
" Penatnya..buat kerja hari ini.Kan seronok dapat berehat atas tilam besar yang empuk macam ini kalah tilam aku dekat bilik." Bercakap sorang lagi.Hanya telinganya yang mendengar apa yang Mira membebelkan itu saja.Kemudian tidak dengar apa-apa pun.
Mata buka perlahan-lahan tertidur rupa-rupanya keadaan sekeliling Mira perhatikan.
" Ya Allah! Dah pukul berapa sekarang?" Bergema suara Mira dalam bilik yang berwarna Cream.Mira melihat telefon bimbitnya sudah pukul lima petang Mira terus bangun dari tilam.Mira langkah masuk ke bilik air untuk membersihkan muka dan mengambil wuduk.Setelah selesai menunaikan solat asar dan zohor sekali.Mira turun ke bawah untuk memasak mujur Mira sudah keluar bahan mentah awal-awal lagi dan tak lupa pencuci mulut sudah biasa bila Mira memasak setiap kali memasak mesti ada pencuci mulut.
Nasib baik ada bahan aku nak masak dia nak ke kalau aku masak takapa lagi pun dia suruh gunakan.
Mira dapat idea memasak ikan bakar dengan puding kastard.Mira terus bersihkan ikan dan sediakan bahan selesai menyediakan bahan.Mira tidak rasa kekok bila didapur bagi Mira senang memasak tidak kisah menggunakan dapur gas atau dapur elektrik Mira sudah biasa dirumah Aqilla menggunakan dapur elektrik lagi mudah kata Aqilla.Mira berdiri depan dapur elektrik dan letak bahan disebelah terdapat berapa butang yang Mira kenal.
" Nasib baik guna dapur elektrik kalau guna dapur kayu mestinya nak cari kayu lagi nak hidupkan api." Mira tergelak sorang diri.Takkan nak guna dapur kayu dekat penthouse mahu kena marah dengan jiran-jiran diluar.
Mira tekan 'start' sampai bunyi Mira letak Frying Pan berapa minit baru letak ikan yang sudah diperap dengan bahan.Selesai memasak ikan bakar Mira buat bahan pencuci Mira ambil periuk yang agak kecil Mira masukkan semua bahan dalam periuk dan kacau dengan perlahan dengan suhu paling rendah.
Selesai semuanya memasak Mira mengeluarkan salad dan tomato dari peti sejuk.Mira pernah nampak kalau orang kaya memang suka makan salad,Mira terus menghiris salad dan tomato dan letakkan atas piring.Harap-harapnya Mr.Cerewat suka dengan masakkan Mira hari pertama kerja.
Nota-nota yang berkumpul tadi Mira masukkan di dalam beg.Nak tengok juga sepanjang Mira bekerja di sini berapa keping nota yang boleh berkumpul pelik juga orang lain hobinya mengumpul setem,kasut mahal-mahal ke sebagai koleksi yang tidak boleh lupakan.Sebelum balik Mira menampal satu nota di atas periuk nasi.
Panaskan sebelum makan, puding kastard ada dalam peti sejuk.
Itu sahaja yang Mira tulis tepat pukul enam petang Mira beredar di situ.Berakhirlah hari pertama bekerja di penthouse Mr.Cerewat dengan berjaya sebagai pembantu rumah.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top