BAB 1

Hari ini merupakan hari sangat malang bagi Mira mana tidaknya sudah sepuluh kali pergi  temu duga yang dihadiri tetapi semuanya gagal hendak dikatakan kelulusan tidak terlalu bagus memang bagus pun hendak dikatakan meletakkan gaji lebih tinggi tidak juga Mira tidak memilih pekerjaan apa yang ada terus mohon lagilah tak logik kebanyakkan temu duga yang dihadiri hanyalah untuk jawatan pelayan lelaki sahaja yang dimahukan direstoran makanan segera.Tetapi masih tidak faham kenapa dan mengapa tidak berjaya mungkin takada rezeki lagi nak mengeluh tak boleh nanti tak masuk rezeki pulak biarkan saja mana tahu esok,lusa ada rezeki.

Sabar Mira jangan mengalah esok lusa boleh cuba lagi sabarlah!!

" Mira!!!" Sergah Aqilla.

Mira pusing ke arah Aqilla yang tersenggih berdiri depan biliknya.

Nasib baik aku takada penyakit jantung kalau ada aku dah lama go.

" Asal kau sergah aku macam itu tak reti nak bagi salam main-main sergah pulak kerja kau,nasib baik aku takada penyakit apa-apa."

" Aku dah bagi salam kau tak dengar sakit tekak aku bagi salam asal duduk dalam bilik ini tak patutlah tak dengar." Aqilla balas dengan tak puas hati sedap cakap tak bagi salam.

" Tak dengar pun."

" Tak dengar kau cakap aku punya lah bagi salam dari bawah sampai ke atas still lagi kau tak dengar biar betul kau ini." Aqilla duduk atas kerusi mengambil majalah kecantikkan sambil menyelak setiap helaian yang baru beli. Aqilla seorang perekaan pakaian terkenal tidak pernah sombong dengan Mira selalu membantu rakannya dalam kesusahan.

" Awal kau balik selalu tengah malam baru kau balik." Mira bangun mendekati Aqilla yang menyelak majalah.Mira bertanya pada Aqilla Mira melihat jam diatas meja baru pukul lapan malam awal betul dia balik.

" Saja aku balik awal so,macam mana interview kau? Ok tak." Dengan selambanya Aqilla bertanya.

" Tak!! aku pun tak tahu nak buat apa sekarang dengan keadaan ekonomi aku makin merosot.Duit sewa rumah bulan ini pun nampaknya kena pinjam duit dari kau."

Terasa malu pada dirinya dengan satu -satu masalah datang terpaksa minta bantuan dari Aqilla.

" Pasal duit sewa aku tolong cover untuk kau takada hal punyalah lagipun aku ada duit simpanan lebih bulan ini kau jangan risau aku nak ajak kau kerja sekali tempat aku tapi aku.."

Rasa lega mendengar jawapan dari Aqilla sekurang-kurangnya ada tempat berlindung untuk bulan depan.

" Aku takada kemahiran perekaan macam kau Qilla,susah betul cari nak kerja sekarang ini.Susah-susah aku minta kerja jadi pembantu rumah lah kan."

Tak tahu dari mana datangnya idea untuk menjadi pembantu rumah.Ya Allah kenapa lah kau tak fikirkan semua ini kau ambil jurusan masakkan sudah tentu kau pandai masak kau ambil peluang yang kau ada sekarang.

" Pembantu rumah!!" Aqilla tutup majalah pandang ke Mira yang duduk atas katil.

" Ya lah habis itu yang aku fikirkan."

" But why pembantu rumah."

" Kenapa tak boleh ke kau ada pendapat lain."

" Pada kau kerja luar sebagai pembantu rumah benda yang sama kau buat juga kat rumah ini."

" Takapa lah aku nak cari pengalaman  baru aku malu kat kau dahlah kau cover duit sewa rumah untuk aku."

" Kan aku dah cakap takada hal kau jangan risau kau."

" Mana tak risaunya kau dah cover aku dan kau bayar duit rumah duit bil air lagi kereta kat luar itu kau kena bayar biarlah aku tolong kau sekurangnya ringan beban kau." Panjang lebar Mira bercerita pada Aqilla.

" Ok lah kau cakap macam itu aku boleh tolong kau cari agensi pekerjaan untuk kau sebagai pembantu rumah." Aqilla sedia membantu Mira.

" Betul ini."

" Ya esok aku cuti bolehlah aku temankan kau pergi ke agensi pekerjaan dipejabat."

" Terima kasih Aqilla kau banyak tolong aku,aku tak tahu nak balas macam mana." Mira terus bangun dan peluk Aqilla.

" Aku ikhlas tolong kau lagi pun kau itu housemate aku tak salahnya aku tolong,kau masak apa hari ini."

" Aku masak simple saja ayam masak kicap."

" Seriuslah!!! tak lama aku tak makan favourite aku itu laparnya." Terliur dengar Mira masak favourite Aqilla memang dia suka.

" Ya aku tahu sebab itu aku masak favourite kau jom makan." Mira mengajak Aqilla makan malam.Balik dari temu duga tidak tahu nak masak akhirnya masak ayam kicap yang paling ringkas.

Aqilla dan Mira menurun tangga bersama-sama menuju ke ruang meja makan Mira mengambil pingan dan cawan dia dapur letak atas meja makan sebelum makan Aqilla dan Mira membaca doa dan jamu selera  menikmati makan malam.

Selesai makan Aqilla membantu Mira mengemas didapur dan dibersihkan maklumlah dua orang saja duduk dalam rumah ini selesai semua Aqilla dan Mira masuk bilik masing-masing sebelum tidur Mira cuci muka dahulu dan keringkan kemudian spray pelembab diwajah muka dan biarkan menyerap dikulit muka berapa minit kemudian baru tidur.

Hari ini Mira bangun lebih awal  menyediakan serapan pagi sebelum pergi agensi pekerjaan itu selesai sediakan Mira panggil Aqilla yang berada dibilik.

" Ya!! aku turun ini." Aqilla menyiapkan diri sudah dengar Mira panggil namanya Aqilla terus ke bawah melihat makanan sudah disediakan.

" Sedapnya bau tak sabar nak makan." Aqilla terus duduk menjamu selera.

" Sedap tak." Mira bertanya pada Aqilla.

" Memang sedap pun kau yang masak kan." Penuh makanan dalam Aqilla sambil bercakap.

" Tak senonoh kau ini habiskan makanan itu dalam mulut kau itu baru nak cakap." Mira menegur dan menghulur minuman pada Aqilla.

" Sorry!! aku tak sengaja ok aku makan elok-elok." Aqilla makan dengan berhati-hati takut nanti tercekik.

Jam tangan sudah menunjuk sembilan pagi selesai mengemas dan terus keluar dengan Aqilla yang sudah berjanji pergi satu tempat tak sempat tanya pada Aqilla perkerjaan apa yang dimahukan.Mira bawa fail yang penting untuk temu duga pagi ini Mira ditemani oleh Aqilla mungkin pagi ada rezeki mana tahu kita bercuba.

Aqilla memandu dengan berhati-hati Mira hanya mendiamkan diri saja tidak tahu bagaimana perasaan sekarang ini rasa berlainan.Dalam perjalanan Mira memilih mendiamkan diri sambil pandang diluar tanpa sedar sudah sampai tempat ke destinasi.

Mira merenung papan tanda yang terdapat dipintu pejabat yang bercermin kaca bersama fail ditangan.Entah mengapa perasaan ini rasa berdebar-debar belum langkah masuk ke pejabat lagi sudah ada perasaan berdebar-debar lain macam pun ada.

" Apa yang kau berdiri dipintu pejabat ini? inilah pejabat yang aku cakapkan semalam mesti kau dapat kerja.Dah..dah jom masuk." Aqilla memaksa Mira masuk ke dalam pejabat agensi pekerjaan.

kedatangan kami disambut oleh seorang wanita yang berusia di dalam lingkungan empat puluhan sambil mengucap selamat datang dan membawa kami ke kaunter.

" Cik Aqilla" Ada seorang wanita menegur Aqilla berdiri depan kaunter.

" Ya sa..ya.. Puan Miya Andara." Aqilla balas senyum pada seorang wanita.

" Cik Aqilla,apa yang saya boleh bantu." Seorang wanita bertanya pada Aqilla.

" Ini kawan saya ingin dapatkan bantuan syarikat puan untuk carikannya pekerjaan." Aqilla jelaskan pada wanita yang sedang mengeluarkan sekeping borang serta pen.

" Baiklah isi borang ini dulu.Sementara itu boleh saya tengok sijil-sijil cik?" Wanita tersebut bertanya pada Mira yang pegang fail itu.

" Ya boleh.." Mira mengangguk dan memberikan fail kepadanya.

Satu per satu sijil yang berada dalam fail dikeluarkan dan tengok lebih jelas.Kemudian wanita itu pandang ke arah Mira sambil mengerut dahi seperti tidak percaya.

Mira mengisi kesemuanya detailnya dalam borang tersebut tidak ada satu pun yang tinggal dalam borang satu per satu Mira baca yang teliti.Selesai mengisi borang tersebut Mira berikannya borang yang dah siap pada wanita itu dihadapannya.

" Maaf kalau saya bertanya pada cik kenapa mohon pembantu rumah ya, saya tengok sijil-sijil awak bukan biasa-biasa sangat bagus." Wanita bertanya ini bernama Miya Andara.Terkejut dengan sijil Mira tidak sangka ada orang muda mahu menjadi pembantu rumah.

" Takapa puan,saya sudah pergi temu duga tetap sama tak dapat ada yang temu duga nak perlukan jawatan lelaki saja."

" Kalau macam itu ada jawatan tersebut,bila cik boleh mula berkerja." Puan Miya Andara bertanya lagi.

" Sekarang boleh!" Mira menjawab sambil bersenyum.

Aqilla hanya mendengar perbualan antara Mira dan Puan Miya Andara sambil bermain telefon bimbitnya.

" Maaf cik,jawatan pembantu rumah memang tidak banyak.Tambahan pula kebanyakkannya telah diisi oleh pembantu rumah dari luar jadi,kebanyakkan orang akan terus pergi ke agensi." Puan Miya Andara menyemak fail ditangannya.

Dah agak dah!! mesti gagal lagi kat mana lagi aku nak kerja ini!!

" Tolong puan saya betul-betul memerlukan kerja saya tidak kisah kerja apa-apa pun asalkan kerja puan tolonglah saya puan saya tak tahu nak cari kerja kat ma.." Tak sempat nak habiskan ayat Puan Miya Andara sudah potong.

" Sebentar cik biar saya check dulu dalam sistem kami." Puan Miya Andara check dikomputernya mana tahu ada.

" Ada satu jawatan pembantu rumah di Penthouse Golden.Tetapi tempat tinggal dan kenderaan tidak disediakan yang beruntungnya gaji yang ditawarkan agak tinggi berbandingkan pembantu rumah yang lain,RM 1,800.00 sebulan cik berminat."

" Berminat!!" Tidak kisah dengan jumlah bayaran asalkan dapat kerja.

"Saya ada kenderaan dan kediaman sendiri.Lagipun rumah saya tak jauh dengan tempat itu.Dalam tiga puluh minit saja dah sampai takada masalah." Mira jelaskan pada Puan Miya Andara mudah difahamkan.

" Ini rasa saya bakal majikan cik ini seseorang yang sangat cerewat.Saya rasa elok saya terangkan kepada cik dahulu segala-galanya untuk mengelakkan masalah dikemudian hari." Giliran Puan Miya Andara menjelaskan pada Mira dari wajah muka Puan Miya Andara sangat ikhlas membantu Mira.

Cerewat? Serius lah cerewat macam mana.Alamak..alamak masalah ini kalau aku buat silap mesti aku kena buang terus.

Mira terus memberi tumpuan pada Puan Miya Andara apa yang disampaikan semua maklumat pekerjaan serta majikan Puan Miya Andara terangkan.

" Bakal majikan cik adalah seorang lelaki bujang berumur dua puluh sembilan tahun dan seorang business man dan majikan cik letak syarat."

" Syarat...syarat apa puan." Terlelan liur dengar syarat Puan Miya Andara sebentar lagi.

" Syaratnya adalah dia mahukan seseorang pembantu rumah yang cekap dan pantas membuat kerja dan tidak malas dan majikan cik ini juga tak suka bersepah atau kotor memang dia pantang sangat.Di sini dia ada menyatakan yang dia tidak suka pembantu rumahnya bercakap dengannya melainkan hal-hal penting saja.Selain itu cik juga tidak boleh datang lambat ke penthouse walaupun sesasat cik kena punctual.

Ya Allah berlagak pun ada dia ini macam mana aku nak berjumpa dengan dia.Mendengar tentang dia membuatkan aku rasa geram pun ada bagaimana aku nak jumpa dia berdepan-depan.Kali pertama aku dengar syarat-syarat macam ini aku kena lebih berhati-hati mesti orangnya bengis atau pun garang macam singa kan.

" Cik faham setakat yang saya terangkan ini." Puan Miya Andara bertanya pada Mira yang senyap saja.

" Faham puan." Mira mengangguk kepala sambil memandang ke Puan Miya Andara.

" Tentang jadual kerja pula cik perlukan berada di hadapan pintu penthouse dan tetap jam pukul lapan pagi cik harus bekerja sehingga pukul lima petang.Cik mungkin akan jarang berjumpa tetapi sekiranya dia tahu cik lambat ke rumahnya,cik akan dipecat tanpa banyak soal.Hari sabtu dan Ahad adalah hari cuti cik." Puan Miya Andara menjelaskan peraturan dan jadual apa Mira.

" Faham puan." Mira terus mengangguk tanpa soal apa-apa.

Takada cara lain inilah peluang aku takkan aku nak menolak pula dah ada rezeki.

" Ok selain itu,kerja-kerja yang harus cik lakukan adalah sama seperti pembantu rumah yang lain dan cik tidak perlu memasak untuk makan tengah hari untuk majikan cik cuma cik boleh memasak untuk diri sendiri.Tetapi sebelum cik balik cik perlu memasak makan malam untuk majikan cik jelas cik."

" Ya jelas puan." Menjawab dengan perlahan-lahan sambil mengangguk kepala apabila Puan Miya Andara menghabiskan ayat.

" Jangan risau cik saya akan print kesemuanya detail dan bagi kepada cik." Puan Miya Andara sudah dapat membaca air muka Mira mesti dia sangat takut.

" Terima kasih puan..bila saya boleh mulakan kerja." Tidak sabar untuk bekerja.

" Esok baru mula cik." Puan Miya Andara sambil memberikan kepada Mira semua butiran yang harus perlu tahu.

Esok? aku nak masak apa untuk majikan aku apa yang selalu dia makan terima ke masakkan aku ini mana tahu tak kena citarasa dia habislah aku!!

Sebelum balik Puan Miya Andara minta Mira cop jari dan  menandatangani kontrak perjanjian,
dengan status sudah bertukar dari
kini tidak penganggur lagi sangat gembira.

Mira dan Aqilla minta diri dahulu pada Puan Miya Andara bersyukur akhirnya sudah dapat kerja.Mira pandang ke arah Aqilla yang bersenyum gembira selagi ini berusaha dapatkan kerja akhirnya dapat.Aqilla menghidupkan enjin sementara menunggu panas dengan rasa bersyukur sangat-sangat Mira pandang ke Aqilla.

" Aqilla terima kasih kau temankan aku temu duga hari ini." Mira mengucap terima kasih pada Aqilla sambil senyum.

" Takada hal itu rezeki kau lah jom kau ada apa-apa nak beli tak." Aqilla menjawab sambil pakai seatbelt dengan elok dan selesa.

" Hurmm..entahlah kau nak makan apa hari ini biar aku masak." Mira buntu tak tahu nak masak apa maklumlah esok sudah digelarkan pembantu rumah lagi sakit kepala apa yang majikannya suka.

" Memang selalu kau masak pun aku nak makan siakap tiga rasa dan tomyam campur boleh Chef." Aqilla berfikir dan bagi idea pada Mira.

" Boleh..tapi kena pergi beli barang aku rasa tak cukup bahan yang kau nak itu." Ok juga idea Aqilla itu sekurang-kurangnya dapat selesaikan masalah.

" Boleh." Aqilla terus bergerak setelah enjin kereta sudah panas.Aqilla bergerak dari kawasan agensi pekerjaan dan mencari bahan yang perlu masak Aqilla pandang ke arah Mira yang sangat gembira siapa tak gembira dapat kerja kan mestilah happy. 

Thank you by cover book

chocokies-

memang cantik dan sangat memuaskan hati

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top