9-New life.

Perlahan kereta yang kunaiki memasuki perkarangan UITM dengkil. Kereta ahli keluarga pelajar lain dilihat sudah mula membanjiri petak parkir. Ada juga yang masih sempat berswafoto bersama ahli keluarga yang tersayang. 'Aku? Tercegat tepi kereta.' Pandang kiri 5 saat, pandang kanan 7 saat, lepastu pandang kiri balik. Tak tahu nak pergi mana, kalau ikut orang lain takut tersilap jalan pulak.

Aku terpacak je dekat situ sambil cuba menghayati pemandangan dekat alam baru.' Totally different than what I thought before. Arghh... I'm sooo... Nervous. Somebody please help me...'

Dekat 10 minit jugaklah aku berdiri dekat situ, sampai parents aku dah pergi duduk tunggu dalam kereta sebab matahari dah duduk tegak atas kepala. Orang lain aku tengok macam tak berapa nak kesah or runsing macam aku. Mungkin diorang dah pernah berpisah dengan parents sebab dulu sekolah asrama penuh.

Kebetulan pulak ada sekumpulan akak-akak dan abang-abang senior lalu depan aku. Tanpa membuang masa terus aku menuju kearah kumpulan tersebut.

"Assalamualaikum, akak tahu tak tempat pendaftaran budak baru dekat mana?" tanpa rasa segan aku pergi mintak tolong.

"Waalaikumussalam, tahu... kebetulan pulak laluan kita sehala, marilah saya tunjukkan jalan." Orang lain yang ditanya, orang lain yang menjawab, tak apalah nasib baik mereka sudi untuk menjadi pemandu arah tak berbayar aku.

"Awak ni ambil asasi apa?." tanya Asyraf yang sempat juga kami berkenalan sebentar tadi, dia tegur sebab muka aku familiar sangat katanya. Aku memang dah kenal dia dari jauh, tapi saja buat-buat tak kenal. Yelah, sekolah menengah sekali dengan aku tapi beza setahun je umur kami, senior masa high school.

"Hurm.. Law." balasku pendek. Langkah diatur mengikut arah yang ditunjuk.

"Owh...Ok then... Good luck to you.., now we're here.... My tips for you, pilih meja belajar paling hujung yang dekat dengan beranda tu, baru best nak belajar. Bye-bye junior.. Ada jodoh kita jumpa lagi ye." Aku hanya memerhatikan mereka yang semakin menjauh.

'Bye-bye to you too.. My ex-crush.' bisik hati kecilku.

******

"Oh mak kau jatuh.... " tersentak aku apabila bahuku ditepuk dari arah belakang, terkeluar terus ayat trademark aku bila rasa terkejut.

"Oops... Hahahahaha... Tak sangka aku ayat melatah kau still sama, tak berubah langsung."

"Khai!! Kau ni kan... Suka sangat tau usik aku. Nasib baik aku punya jantung berfungsi elok lagi, kalau tak dah lama aku masuk enam kaki kebawah." kiri kanan kupandang bagi memastikan tiada siapa yang melihat perlakuan tidak sopan ku tadi. Kalau ada mahu aku sorokkan muka balik badan Khai, finally adalah jugak kebaikan perbezaan ketinggian kitorang.

"Hehehe.. Tite gulau-gulau cikit jer... Tak mo majuk-majuk nanti tite nak tawan dengan shape kalau awak tanak tawan denan tite....?" tangan kanannya sudah naik menggosok kepalaku kejap, sebagai tanda maafnya. Mukanya pula diubah 360 darjah menjadi muka comel, dengan matanya yang sengaja dibulatkan lagi.. haish, menguji kesabaran betul mamat ni.

"Haip! Tak mo pegang-pegang. Ni apahal kau cakap macamtu, nak aku sekolahkan kau balik ke apa? Cakap elok-elok, bukannya berubah comel pun muka kau kalau buat macamtu, lagi buruk adalah.. Kau buat apa dekat sini?" tubuh dialihkan kekanan sedikit bagi memberi laluan kepada penuntut yang lain.

"Owh... Surprise!!.. Aku pun dapat asasi law dekat sini... Yeayyy!!.. Happy tak? Mesti happy kan.." Muka kanak-kanak ribena sengaja dipertontonkan kepadaku. Tahu-tahu je aku tengah bengang dengan dia.

"What the... Sanggup kau kan... Kata Brozsis, tang mana Brozsisnya kalau tak bagitahu kitorang benda penting macam ni." mata meliar mencari kelibat mama dan abah, takut juga aku jikalau mereka sedang mencariku.

"Actually, kau sorang je yang tak tahu lagi pasal benda ni, yang lain aku dah bagitau lama dah.. Eh! Dahlah, baik kau pergi daftar cepat, aku pun nak kena cari dekat mana kolej Tualang 1 ni. Bye.. Nanti lunch sama-sama eh...." laju sahaja dia berlari meninggalkanku. Takpa kau.. lunch ni aku sembur kaw-kaw punya bagi kau insaf.

******

Aku dapat kolej dahlia 1. Kolej Dahlia... yang bestnya kolej ni sangatlah dekat dengan entrance.. nak keluar senang, tak macam lelaki, kena jalan jauh sikit, aku bila dengar si Khai datang mengadu cakap kolej Tualang jauh cuma boleh cakap "Tabahlah Khai." kata-kata semangat yang tak berapa memberi semangat sebenarnya.

Semuanya sebab Kolej Dahlia ni dekat dengan kemudahan, kalau lelaki jauh sikit.. macam Pusat Islam a.k.a Surau, Pusat Kesihatan, Anjung atau masa sekolah dulu kita panggil Kantin , Entrance dan Bangunan Pentadbiran dekat sangat. Kalau lelaki macam Khai kena jalan jauh sikitlah, tak adalah jauh sangat. Aku rasa sebab itulah ada peraturan mengatakan pelajar tak dibenarkan bawa kereta dalam kawasan universiti, kalau langgar peraturan kena denda.

Parents aku pula lepas tolong aku angkat barang terus kena balik rumah. Sedih jugaklah time berpisah.. Boleh pula time tu Khai pergi buat lawak yang tak seberapa... Bengang otak aku kena layan perangai budak-budak dia ni, fikir kawan je tadi, kalau tak.. apalah nasib budak tu.

"Wey.. dah-dah lah tu tenung jalan tu.. Bukannya parents kau pergi jauh.. balik rumah je. Aku ni kau tak kesian ke, sorang-sorang je dekat sini... parents aku awal-awal lagi dah kena balik rumah. Sedih tau aku.. " Dalam memujuk boleh lagi dia masukkan ayat minta simpati tu.. memang sah dah terkena virus mat tahir ni.

"Woi.. dah jom pergi makan, jangan nak buat ayat simpati kau tu depan aku lagi." Malas nak layan perangai manja dia ni, kalau melayan entah apa pulak yang jadi dekat aku, mahunya dia mintak aku belanja aiskrim magnum, melayang 5 ringgit aku.

"Yelah.. yelah., aku nak test je kau sayang aku ke tak.. nampak macam tak sayang je.. " kakinya terus diorak ke arah anjung, merajuk lah tu.. , mengada betul, tapi kalau dia merajuk payah pulak aku.. kena pujuklah ni.

"Alololo.. baby besar ni.. siapa kata aku tak sayang, aku sayang kau lah.. " pujukku dengan nada yang sengaja dikecilkan. Tangan kananku menggapai belakang bahunya supaya dia berhenti berjalan, tak larat aku nak kejar langkah besar dia ni.

"Betul eh..? " matanya dikecilkan bagi meminta kepastian dariku. Langkahnya turut diperlahankan bagi menyamakan rentak kaki kami.

"Yup.. but love as my best friend of course.. no hard feelings involve ok." Senyum dipamer bagi menunjukkan keikhlasan ayatku.

Tapi dapat kulihat senyumannya yang sebentar tadi lebar menghiasi wajahnya kian mengendur.

'Terasakah dia? Kalau betul... kenapa pulak?' Benak hatiku mula memutarkan segala kemungkinan yang ada.

******

A/n : Hope u guys enjoy, thanks to everyone who's voting this story.. any feedback u can just comment it. Much love from me.,😘😘😘😘

*
*
*
love_nnf

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top