7-Reunion.
Sedar tak sedar tempoh masa untuk aku daftar masuk universiti tinggal sehari lagi. Dan kebetulan pula kelas 5M buat reunion harini. Memang kitorang senang nak contact and discuss about this reunion because satu kelas dah janji tak akan left group 5M forever. Satu kelas cadangkan buat reunion dekat Times Square je. Tak nak jauh-jauh sebab tak ramai yang pandai bawak kereta and kalau pandai pon kereta tu parents punya.
Aku mula-mula terfikir juga nak melaram dengan baju bling-bling, heels 5 inch. Tapi at last aku just pakai jeans, t-shirt and kasut converst. Aku ubah fikiran pon sebab aku duk terbayang masa tengah syok main roller coaster tu tiba-tiba heels tercabut then zap⚡ tertanam dalam kepala orang yang kebetulan lalu dekat bawah. Lagipun nak melaram buat apa, just be yourself.
Pukul 9.30 lagi aku dah siap, kalau tak sebelum ni aku janji pukul 10 sampai, sejam lepastu baru aku siap, diulang sekali lagi yerr baru SIAP, bertolak pon belum. Kali ni tak berani nak buat perangai macamtu sebab reunion ni bukannya selalu. Lagipun harini ada orang yang jemput aku. Mau kena bebel dengan orang tu.
"Assalamualaikum... Naz oh Naz." terdengar laungan suara dari luar rumah serentak dengan bunyi ketukan bertalu-talu di pintu.
"Waalaikummussalam.. Kejap-kejap." dengan tergesa-gesa aku berlari keluar dari dapur untuk membuka pintu sebelum pintu tu roboh, jenuh nanti nak beli pintu baru.
Buka je pintu terpampang muka Khai yang dah garu-garu kepala sambil tayang muka serba salah bila tengok aku tengah jeling dia. Mungkin dia faham yang aku marah sebab dia ketuk pintu macam kena kejar anjing je.
"Hihihi... Mianhae. Nak tumpang tandas boleh? Perut aku tiba-tiba meragam. Semalam makan sambal banyak sangat... Boleh eh?.."
Belum sempat aku membalas, laju sahaja tubuh itu berlari melepasiku menuju ketandas. Mak ayah aku pun pandang pelik je dekat Khai.
'Dasar muka tebal. Mentang-mentang dah biasa datang rumah aku, sesedap perencah cukup rasa je dia nak redah tandas rumah orang ye.. Nasib baik kawan.' omelku perlahan. Kalau dengar dek mak aku... Mau kena cubitan ketam berapi dia tu tambah dengan bebelan dia yang confirm dapat mencairkan taik telinga berharga aku. Dahlah Si Khai tu dia anggap macam anak dia.
Aku terus tunggu dia dekat ruang tamu, malas nak kedapur semula, nanti confirm mak keluarkan ayat ni. "Kak cik, tanyalah Khai tu dia nak minum air apa, lepastu kakcik buatkanlah untuk dia. Kesian dia penat-penat jadi driver tak bertauliah kakcik."
Aku dengar bunyi tandas di flush serentak dengan pintu bilik air dibuka. Terus aku melangkah kedapur. Mak aku memang terus serang dia dekat muka pintu tu.
"Khai, terima kasihlah sebab dah jemput anak makcik. Kalau Khai tak jemput, tak tahulah makcik apa jadi dekat anak makcik ni. Khai nak minum air apa? Nanti makcik suruh Naz buatkan."
Tengoklah tu, nama aku juga yang dipetiknya. Haih, nasib badanlah.
"Awak ni pun, macamlah anak awak tu nak keluar negara yang sampai nak risau melebih tu, bagilah dia duduk dulu. Itu air atas meja ada lagi yang nak disuruh buat yang lain tu dah kenapa? Minum yang dah ada sudahlah, saya bukannya kedekut tapi nanti bukannya luak pun air tu. Sinki juga yang minum."
"Hihihi... Takpelah makcik, saya minum air atas meja tu je. Tak payah susah-susah. Lagipun dah lewat dah ni. Saya takut jalan jammed, jalan dekat KL ni bukan kita boleh jangka."
"Yelah Khai... Nah ni airnya" lantas dihulur secawan teh kepada Khai. Habis je secawan air tu terus aku bersuara.
"Mama, Abah, kakcik pergi dulu eh.." Malas dah nak dengar suara mak melayan Khai. Tangan mak dan ayah kukucup sebelum dijeling Khai supaya mengikutku segera.
Terkedek-kedek Khai mengejar langkahku sambil mengucapkan selamat tinggal kepada orang tuaku.
******
"Wah... Sweet couple ni, tak habis-habis lagi ke drama korang. Jealous kitorang yang single mingle ni. " Aida yang pertama menegur kami sebaik sahaja kami sampai.
"Apa yang sweetnya, mana adalah..." Tapi dilihat aku sahaja yang berusaha menafikan hal tersebut. Khai cuma diam disisiku.
"Eleh... Nak nafikan pulak, ni dah datang sekali ni. Nasib baik baju korang tak sedondon. Apa cer datang sekali?"
"Ini kebetulan je Khai jemput aku. Kau pun tahukan kitorang memang kawan rapat. Dia pon dah kenal parents aku."
"Itulah yang bagusnya Khai, senang nanti kau nak pinang Naz ni kalau parents dia pon kau dah rapat. Bak kata orang dulu-dulu, nak goda anak kena tawan hati mak bapak dia dulu. Baru boleh petik bunga tu."
"AIDAAA!!!. Kau jaga kau.. Aku kenenkan jugak kau dengan bangla jual karpet tu. "
"Lek-lek. Semua orang dah berkumpul kan? Ke ada yang tak sampai lagi? "Liyana selaku mantan penolong ketua kelas kami cuba mencelah bagi meredakan sutuasi tegang yang melanda diantara kami.
"Takde dah kut. Tapi aku kira tadi tak cukup sorang. " Alis menjawab dengan ragu-ragu persoalan Liyana.
"Farhan mana? Dia join reunion ni kan?." aku menanyakan perihal Farhan kepada Liyana.
'Tak silap aku, dia nak join. Rindulah aku nanti kalau dia takda. Tapi kalau dia ada mesti dia suruh langsaikan hutang yang tak pernah wujud tu.' Tapi suara ni hanya terluah di dalam hatiku sahaja. Orang lain dengar lain pulak jadinya karang.
"Ha'a lah.. Farhan sorang lagi. Ingat eh kau dengan pembuli
No.1 kau. Kenapa? Rindu dekat Farhan ke.. Kantoilah rindu. Kesian kau Khai, gadis idaman dirampas orang." Suara Tahir pula yang cuba memprovokasikan perasaanku.
"Enough is enough OK. Aku cakap je kan. Engkau kalau aku kenenkan dengan Ain kau marah." dah keluar dah Hulk aku. Lama dah ni hulk aku tidur.
"Dah-dah, dia gurau je tu babe. Janganlah serious sangat. Nanti aku belanja kau chocolate. '🎤Bawa bertenang sayang, jangan marah. 🎼🎵🎶' " Khai cuba meleraikan pergaduhan yang semakin dirasai.
"Hahaha... Aku tahulah.. Saja je nak usik korang. Lawaklah korang, masing-masing tayang muka tertelan kapur dah kenapa? Aku dah insaflah, tak pukul dah orang, sepak je." Terlepas juga tawa yang cuba kutahan dari awal lakonan ku, lagi-lagi bila dengar suara sumbang Khai tu.
"Ehem-ehem. Happy nampak. Tak rindu aku ke ni?" Suara garau yang paling dinanti-nantikan muncul jua. Tepat bersebelahan dengan telinga kananku. Nasib baik ayat itu hanya dituturkan untuk pendengaranku sahaja, kalau tak...
Serentak dengan itu, terasa ruang kosong disebelah kananku terisi dengan jasad seseorang.Terus mati ketawa riangku berganti dengan riak wajah terkejut kerana ditegur sedemikian rupa.
******
A/n : Hello guys... Thank you soooo much for voting and supporting my story. Much love from me. 😘😘😘😘😘
*
*
*
love_nnf
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top