6-Sunway Pyramid.
Seawal jam 10.00 pagi lagi kakiku sudah terpacak di hadapan Sunway Pyramid. Langkah disusun ke arah kedai buku Popular. Lagi satu minggu sebelum aku nak kena daftar masuk universiti, so memang nak kena borong barang banyak-banyak lah.
Ikutkan hati murni aku, pukul 2.00 petang baru aku nak pergi kedai, tapi ofcourse my mom membebel. Oleh sebab telinga aku masih lagi tak cukup immune untuk tahan those kind of speech meskipun dah 18 tahun aku jadi anak mak, aku gagahkan jugak kaki aku untuk datang kesini.
Memang sudah menjadi kebiasaanku untuk membeli alat tulis di kedai tersebut, mungkin kerana suasana di kedai itu yang membuatkan aku berasa agak selesa... I don't know.
Tengah elok aku berkhayal, tiba-tiba tubuhku dirempuh dengan agak kuat dari arah belakang.
'Aduh... Aku datang awal ingat takdelah haiwan jakun baru terlepas dari zoo lari sini sana, rupanya ada jugak. Haiwan spesies manalah ni..' gumamku dengan suara yang agak kuat. Tanganku pula masih setia menggosok bahuku yang masih berasa sengal itu.
Kuat jugak orang ni rempuh aku, macam nak terkehel dah bahu aku ni. Dahlah aku tersalah tidur malam semalam. Bertambahlah kesakitan di tubuh badanku..😭😭
"Sorry miss, sorry. Saya tersengaja langgar awak. Awak jalan lambat sangat. Kan dalam cerita Arnab dan kura-kura, arnab sengaja langgar kura-kura. So, saya pon sama lah.. By the way, saya haiwan spesies arnab.. Kalau awak tertanya-tanyalah haiwan mana yang baru terlepas dari zoo ni. I'm sorry again misz tortoise." sinis sekali nada suara yang digunakan tertuduh untuk meminta permohonan maaf dariku.
Usai sahaja dia berkata sebegitu, dia berlari meninggalkan diriku yang sedang diamuk perasaan marah, geram dan menyampah. Terpaksa lah aku memerhati sahaja jasadnya yang semakin lama semakin menjauh.
'OK. OK. Kau tunggu mamat rabbit baju biru. Ada kentang ada batas, kita tentang aku balas. Kau mesti terlupa yang at the end of the story, kura-kura menang. Nevermind, aku akan ingatkan kau bila kita jumpa nanti.' gigi diketap dengan perasaan marah yang membara.
Relax Naz, relax... Inhale, exhale, inhale, exhale. Selawat banyak-banyak. Hanya ini satu-satunya cara paling cepat untuk aku bertenang. Aku meneruskan perjalanan setelah berasa diriku sudah semakin tenang.
******
Stationary done. Note book je belum ambik lagi. Mana bahagian note book ni... Hah, jumpa pon. 'Fuhhh' Aku menghembuskan nafas kelegaan.
"Wah! Cantiknya buku tu.. Ayat pon gempak 'I never dreamed about success, I worked for it.' Nak yang itulah." tangan digapai kearah letaknya buku tersebut.
Dalam masa yang sama, tangan lain turut mencapai buku tersebut. Kesudahannya tangan kami bersentuhan buat seketika sebelum aku melarikan tanganku. 'Hurm, takpalah.. biar dia jelah yang ambik buku tu.'
Tangan dicapai pula pada buku yang bersebelahan dengan buku nota tadi. 'Yang ini pon cantik jugak'. Tapi tangan tadi lebih pantas merampas buku itu.
"Encik, beringatlah sikit dekat orang lain kut ya pon kebulur sangat nak buku nota, ambillah yang lain. Encik nak ambil buku nota yang saya nak dah kenapa? Dahlah buku macam tu tinggal sikit je."
Namun amaranku kedengaran sia-sia sahaja kerana dia tetap mengambil hampir kesemua jenis buku nota tersebut Dan hanya meninggalkan buku nota yang kurang menarik menjadi santapan mataku. Bengang sungguh aku ketika itu. Wajah kupalingkan lalu mata dijengilkan kearah pemuda tersebut sambil mulut sudah bersedia hendak menyemburnya dengan kata-kata yang lebih sinis.
Tetapi ianya hanya bertahan untuk seketika kerana dihalang oleh perasaan terkejut apabila melihatkan gerangan tersebut. Riak selamba pantas kupamerkan bagi menutup perasaan terkejut itu.
"Hello my lovely tortoise. I can't believe that we're meeting again here. Kuat betul jodoh kita ni ya." Jelas kedengaran ketawa yang dibuat-buat oleh si dia.
Satu perkara sahaja yang terlintas difikiranku ketika itu, 'LARI'. Baru sahaja badan kupalingkan, tubuh si dia sudah menghalang pandanganku.
"Not so fast honey. You still owe me one thing and you can't go until you give it to me."
"What's wrong with you Farhan?. I don't think we still have anything to talk about." nada suara kukawal sehabis baik bagi menutup debaran didada. Dahlah dia baru panggil aku honey. Wahai cik hati please behave.
"Owh.... Pardon me honey? But why did I think that you still doesn't give what's mine. Or should I remind you back?.. Maybe I should." Jarak yang tinggal sedepa semakin didekatkan sehingga terasa bahang tubuhnya.
Muka direndahkan sehingga separas dengan telingaku sehingga terasa nafas hangatnya menampar-nampar pipiku. Tiba-tiba telefon miliknya bebunyi nyaring, berhenti seketika namun kembali mengeluarkan bunyi. "Nevermind sweetheart, you're safe for now. Tapi ingat! Hutang tetap dikira sebagai hutang unless you pay it. Till we meet again honey."
Meskipun dia sudah lama berlalu.. Tapi aku masih terkaku disitu sambil cuba meneutralkan semula debaran didada. 'Nampaknya dalam cerita arnab dan kura-kura ni, arnab menang, dan mungkin akan sentiasa menang. Kalaulah orang tu tak call dia, mesti aku dah semput tadi, nasib baik dia dah blah. Baik aku cepat-cepat beli barang. Karang tak pasal-pasal kejadian seperti tadi berulang lagi.'
*******
Perutku sejak tadi lagi sudah setia mendendangkan irama lagu rancak. Kakiku juga sudah tidak dapat menampung beban yang dikenakan keatasnya. Pantas jam tanganku dikerling bagi mengenal pasti waktu ketika ini. 'Hurm patutlah dah buat konsert, rupanya dah pukul dua petang. Baik aku pergi makan dulu. Lepastu baru sambung beli mana-mana barang yang tak cukup lagi .'
Kaki dituju ke arah Tony Roma's, mengidam nak makan Kickin' Shrimp dengan Filet Medallions Combo. Lama tak makan dekat situ alang-alang dah keluar ni nak pergi makan benda alah tula.
Alamak. Meja kosong ada satu je lagi, baik aku cepat. Kaki disusun kearah meja yang agak tersorok dari pandangan mata pengunjung yang lalu lalang dihadapan restaurant ini.
Kerusi yang berhadapan dengan kerusiku ditarik serentak. Mata diliarkan kearah wajah itu.
"Hai babe. Tumpang makan semeja boleh? Tempat lain dah penuhlah, tapi kalau tempat lain kosong pon aku nak makan kat meja ni jugak. "
"Ish engkau rupanya Khai, aku ingatkan siapalah tadi selamba badak je panggil aku babe. Buat apa tanya aku boleh duduk ke tak, kalau aku tak izinkan pon kau duduk jugak. " tawaku tidak lagi dapat kubendung pabila melihat muka playboynya bertukar suram.
"Alahai abangku sayang... Kite gurau jelah.. "
"Then kau fikir aku ambik serious ke apa yang kau cakap? " balasnya sinis. Dia yang sejak dari tadi berdiri mula duduk.
"Manalah tau.. Kot-kot kau dah terkena virus sesat si Tahir tu. Kalau kau pon pembawa virus tu, aku nasihatkan kau makan dekat tempat lain. Dekat sini takda ubat tahan sakit untuk virus tu." ujarku sambil menunjuk ke arah pintu keluar dari restaurant terbabit.
"Haip!. Dengar dek Tahir mahunya merajuk sebulan. Kau tak ingat ke sebelum ni?. Minta diperjauhkanlah virus tu. Dah jom kita order makanan. Perut I dah lapar. " serentak dengan itu tanggannya diangkat bagi memanggil pelayan.
Lepas makan Khai ajak aku teman dia shopping and tengok wayang. Mula-mula aku menolak juga pelawaan Khai. Tapi akhirnya seharian jugaklah aku habiskan masa lepak dengan Khai. Semuanya sebab muka mixed Chinese dia tu dah berjaya goda nafsu berjalan aku. Lagipun aku pun terfikir jugak nak lepak sebelum bergelar mahasiswi nih.
Masuk waktu maghrib tepat-tepat aku jejak kaki dalam rumah. Sampai rumah, parents aku yang memang dah tahu siapa Khai ajak pulak Si Khai ni makan malam sekali. Khai pun wat lek wat peace je, setuju makan sama-sama meskipun sebelum balik tadi kami sudah balun sepinggan nasi. Sudahnya dekat tengah malam jugalah baru Si Khai sampai rumah dia, nasib baik dia lelaki, kalau perempuan...
*******
A/n : keep votes and comments.. Hope you guys love it.. A lot of love from me.. ❤️ ❤️ ❤️
*
*
*
love_nnf
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top