4-Result.
Loceng persekolahan telahpun berbunyi dan menandakan bahawa sesi persekolahan pada hari itu sudahpun tamat. Bunyi loceng itulah yang paling ditunggu-tunggu oleh semua pelajar termasuk aku. Loceng yang juga tanda kepada kebebasan mereka daripada kekejaman cikgu. 'Hahaha... teruk benar fikiran aku. But honestly, that's the truth.'
Aku terus menyimpan segala buku-buku yang kugunakan sebentar tadi. Tak terkecuali buku Farhan tu.. tadi dekat kelas semua cikgu mengajar, tak sempat nak buat dekat sekolah. Jadi terpaksa jugalah pinjam buku dia ni. Ikutkan hati aku baik aku pinjam buku kawan sebelah aku.. tapi dia tak datang pulak harini.
'Takpe Fiq.. esok pagi-pagi kau letak buku dia atas meja... so, tak perlu lah kau hadap muka poyo dia.' Yes! Finally berguna juga otak aku ni, oh otak, aku sayang kau. Ok stop... dah macam orang tak siuman je aku ni.. cakap dengan buku Farhan, siapa je yang tak kata otak aku biul.
Langkah dibawa menuju ke perhentian bas. Nampak gayanya baslah yang menjadi pengangkutanku selepas ini sejak dari minggu latihan kawad tu. Lagipun mak aku cakap baik aku biasakan diri naik bas. Kekok pon ade juga sebab aku tak pernah naik bas, tapi lama-lama nanti aku biasalah macam yang mak aku cakap alah bisa tegal biasa.
Lagipun aku akan ada peneman nanti, dia nak ke tak nak aku akan paksa. Dia pon mana pernah dia tolak permintaan aku. Tapi mana dia ni, tak nampak pun kat luar pagar ni. Bas pon bukan tunggu lama kat depan sekolah ni.
"Naz! Naz! Tunggulah aku."
Kaki berhenti melangkah dek suruhan suara garau itu. Panjang umur dia ni, aku baru cari dah muncul.
Aku dah dapat agak dah siapa pemilik suara itu, memang tak ramai lelaki sekelas yang panggil aku naz, so I know he is my only bestfriend since pre-school.
"Fuh... Penat tahu tak aku kejar kau. Kenapa berkejar sangat nak balik ni?" tanya Khai dengan penuh rasa ingin tahu. Aku lihat keningnya berkerut-kerut memikirkan segala kemungkinan jawapan yang akan diberikanku.Dirinya kulihat masih lagi termegah-megah.
"Kau ni kan, nak kata ada penyakit alzhaimer memang sah kau tak da. Kan aku dah bagitau kau semalam yang mulai dari hari ini aku akan naik bas, jadi kenalah berkejar.. nanti takde tempat duduk kosong. Ni mesti masa baby kau suka kutip makan semut." dengan nada menyampah aku mengulang kembali perkara yang sudah kuberitahu semalam.
"Ohh.. Ehh.. Ha, betullah tu. Aku yang tak ingat. Sorrylah babe. Takpe-takpe sebagai tanda maaf aku akan teman kau naik bas. Aku pun memang lama dah naik bas."
"Hahaha.. Lawaklah kau ni, mana ada aku marah kau. Cuma menyampah sikit je, tak banyak pon 1% jerr. Memang aku akan ajak kau pon, tak perlu offer diri kau. Setahu aku, kau jalan kaki je kalau nak balik rumah."
"Dahlah jom. Bas dah nak gerak dah ni."
Eh, eh, nak ubah topik pulak mamat ni. Lantak dialah.
Langkah diatur seiring dengan Khai. Dalam perjalanan singkat ni pun kami masih jadi tumpuan pelajar lain. Ramai pelajar yang salah anggap hubungan aku dengan dia ni. Meskipun dah banyak kali aku jelaskan, berita tentang 'hubungan istimewa' antara kami sering singgah di pendengaranku.
Lama kelamaan aku pun dah penat nak jelaskan, jadi baik aku biarkan mereka semua dengan tanggapan masing-masing. Khai pon buat benda yang sama macam aku, dia memang dari awal lagi suka berdiam diri. Dia kata lama-lama nanti diorang bosan lah.
Malangnya tak pernah reda pon gosip ni, hampir lima tahun aku sekolah dekat sini. Selama itu jugalah berita tidak sahih ini tersebar. Sekarang aku dah tak berapa nak kesah sangat sebab dah nak habis sekolah dah.
Di dalam bas aku duduk bersebelahan dengan Khai, tempat lain pon dah penuh. Pandangan serong pelajar lain aku endahkan sahaja. Mesti nak bergosip tu.
"Naz, lately ni kau selalu sibuk. Dah tak spend time dengan aku macam dulu-dulu. Kau buat apa ha?." Matanya yang sebelum ini memandang keluar tingkap ditalakan kearahku sejurus selepas dirinya bertanyakan soalan itu.
"Tak de ape pun, cuma kan pertandingan kawad kaki dah nak dekat, latihan pon makin kerap dia buat. Lagipun boleh aku kumpul sijil sebelum habis sekolah ni."
"Hurm.. But promise me yang lepas ni kita boleh lepak sama-sama satu geng 'brozsis' ."
"I promise" tanganku angkat seolah olah sedang melafazkan ikrar. Dia hanya tergelak sinis. Mungkin kurang percaya dengan janjiku.
******
Setahun kemudian...
Seawal jam 7 pagi lagi Dewan Munsyi telah dibanjiri ratusan calon SPM yang bakal menerima keputusan peperiksaan pada hari ini.
Muka setiap pelajar jangan cakaplah, ada yang gembira sebab dapat jumpa kawan lama, ada yang gementar, sedih, dan tentunya aku juga tak terkecuali.
Gementarnya tak payah cakaplah.. Rasa macam nak terkucil je dekat dewan tu. Tapi bila jumpa balik dengan geng brozsis, aku, Ain, Dhia, Tahir, Haikal dan Khai hilang terus gementar tu.
Macam-macam cerita yang kami bincangkan sepanjang guru besar berucap. Cikgu memang auta je lebih, selalu sangat kalau nak berucap 'sepatah dua kata'. Naik pentas... Hah dah boleh buat buku dah ucapan dia tu. Adalah dalam satu jam jugak dia membebel, sepatah haram pon tak lekat dalam otak aku.
Orang tepuk tangan, aku ikut tepuk, orang gelak, aku gelak. Lagipun bukannya Cikgu perasan. Dah lama tak jumpa, haruslah banyak cerita.
Tapi masa cikgu nak umum result terus senyap sunyi dewan, dengar bunyi kipas je. Tapi Alhamdulillah geng brozsis semua dapat result gempak.
Masa tu memang rasa tak percaya pon ade. Reaction Khai memang boekk gile masa tahu result dia. Macam takda perasaan langsung dia masa tu. Parents dia menangis pon dia tak kesah sebab dia kata lama-lama nanti ok lah tu.
"Fiq, tahniah eh. Dapat result gempak. Maafkan segala salah silap Han selama ni. Han admit yang Han suka kacau Fiq."
"Thanks. Han pon sama jugak. Congrats. It's ok , I already forget about it." Hati aku memang rasa macam nak terkeluar je.. Dia cakap tahniah dekat aku, arhh melting. Aku tak tahu sejak bila, tapi sedar-sedar je aku rasa macam aku suka dekat dia.
"Ehemm.. Congrats Farhan. Sorry, Fiq jom. Ambik gambar brozsis."
"Hah.., Ok. Han, Fiq pergi dulu tau. " tangan sengaja kulambaikan.
Segala jenis gaya kitorang cuba. Lokasi bergambar pon berubah-ubah. Sekejap dekat padang, lepastu dewan, then court futsal.
Gambar kenang-kenangan. Dengan cikgu-cikgu sekali kitorang angkut.
"Ok guys. Aku dah kena balik dah ni. Bye. Kita jumpa lain kali eh."
"Alaaa.. Sambung dalam group tau. Make sure malam ni semua online."
"Ok guys, I won't break my promise."
********
*to be continued*
A/n : keep votes and comments, hope u guys enjoy.😉
*
*
*
love_nnf
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top