2-Private Number.
Suasana itu berlarutan lebih kurang selama 2 minit. Ketika itu, aku merasakan bahawa masa berlalu dengan begitu perlahan. Terlalu perlahan sehinggakan setiap detik terasa sungguh menyiksakan. Aku menunduk memandang ke arah jam tanganku. ' Kenapalah dia duk tenung aku ni... tak kanlah pasal benda yang aku cakap tadi pon nak marah. Aku rasa ramai kot yang kutuk dia.. Tapi kenapa bila turn aku yang mengutuk mesti dia perasan.'
Satu helaan nafas berat dilepaskan. Agaknya Farhan baru tersedar dari tingkah lakunya lalu Farhan memulakan bicara.
" Kau nak tahu tak kenapa aku suruh kau tunggu sekejap?." soalnya sambil sebelah keningnya dinaikkan... perkara pertama yang terlintas di dalam fikiranku ketika ini ialah 'poyo'.
"Tak..tahulah.." tergagap sedikit aku membalas pertanyaan Farhan jawabku sambil memandang ke arah anak mata Farhan. Nada suara Farhan ketika itu kedengaran sungguh menggerunkan disertakan dengan panahan matanya yang entah bagaimana bisa mengusik tangkai hatiku. Padahal sebelum ini aku selalu berbalas pandangan dengannya.
"Sebenarnya.. aku sengaja je suruh kau stay, pasal apa yang kau cakap dekat court tadi aku tak ambil hati pon... aku tak puas nak tengok muka kau... comel sangat muka kau bila gelabah." terus kepalanya ditongkatkan diatas meja berlapikkan kedua belah tangannya, tajam matanya menenungku.
Aku menjadi tidak keruan... "Kalau macam tu baik aku balik je... buang masa je duduk dekat sini... takkan kau tak tahu tak baik kalau tenung bukan muhrim lama-lama nanti jadi zina mata." cantasku dengan nada mengherdik bagi menghilangkan perasaan pelik yang menghuni diriku.
"Hurm... Ok fine..." lantas dia mengeluarkan telefon pintarnya.
Aku kehairanan 'Apa dia nak buat dengan phone tu... isyh... kalau aku tahu macam ni baik aku tidur dekat rumah dengan muka garang aku memandang muka tanpa perasaan yang ditonjolkan oleh Farhan dengan perasaan sebal.
"Hoi... sesedap perencah nasi goreng je eh ko main phone... tadi nak sangat aku stay... kalau aku tahu baik aku balik rumah."
nada kesal terselit disitu. 'Ehhh... mamat ni aku duk membebel boleh lagi dia tengok phone lepastu sengih-sengih.
"Ok... Done... Comel je video ni... kau dok tenung aku dengan mata bulat kau tu... then kau membebel ... macam lagu je aku dengar bila kau membebel... so... sweet.. aku nak save lah video ni... boleh tengok hari-hari. Tadi kau kata zina mata kan tapi ini tak berapa sangat.. kan sayang?"soalnya dengan suara yang sengaja ditunakkan.
"What the fish! Kau record aku... baik kau delete video tu sekarang!" arahku sambil tanganku cuba menyambar telefon pintarnya.
"Ops... sorry ada password... Jom balik sayang, abang polis nak hantarkan." dia terus bangun dari tempat duduknya dan menghulurkan tangan kirinya.. seolah-olah mahu aku menyilangkan tanganku dengan tangan kekarnya.
"Bla...bla...bla" sejurus selepas itu.. aku terus berlalu dengan hati yang sebal tanpa menghiraukan huluran tangannya.
'Padan muka kau... ada hati nak aku pegang-pegang tangan kau... ehh.. for your information... aku tak batak pon dengan kau.' bisikku sambil berjalan menuju ke arah perhentian bas.
Nampaknya terpaksalah aku naik bas, semua ni sebab benda remeh ni je.. kalau aku tak ikut cakap dia mesti takdenya aku kena naik bas. Dahlah baru first time naik bas.
"Hai sayang... tunggu apa tu..."
Alamak... bala dah datang... macam mana ni... Tiba-tiba aku terfikirkan satu idea... "Tunggu boyfie I... tak sampai lagi... hisyhh... manalah bae I ni.."
"What? Boyfie... sejak bila kau couple... dengan sapa? ... tak pernah tahu pon... Sampai hati sayang..." terus Farhan duduk bertinggung dihadapanku. Riak mukanya ketika itu kelihatan sungguh lucu... hampir sahaja aku mentertawakan dirinya.
"Hello.. Mr. Farhan yang 'perahsantan'... engkau ni dah kenapa sekejap bahasakan diri aku kau, then sayang abang... siapa sayang tu... tolonglah..." ujarku dengan muka menyampah.
Selepas beberapa ketika, kelibat bas mula kelihatan..'bas mana ni aku kena naik... alah..
tawakal jelah..' aku terus menaiki bas tersebut dan Farhan masih setia mengekoriku.
"What's wrong with you? Please don't follow me.. " aku memandang Farhan dengan muka jengkel tapi boleh pula dia tersenyum kecil.
"Sebab Han , Fiq kena balik lambat... so.. I'll accompany you until you're arrive. Han terkejut tau tadi Fiq bagitau yang Fiq balik dengan boyfie... rupanya bas"
Dia tertipu jugak eh... and dia fikir aku nak tergoda lah kalau cakap macam tu.. please lah buaya darat oi.. I'm not that kind of bitches...
Hampir 15 minit perjalanan, bas yang kunaiki telah sampai ke destinasi yang kutuju. Aku melangkah menuruni tangga. Farhan yang berdiri disebelahku langsung tidak kuhiraukan.
"Bye.. take care.. jalan elok-elok. Esok jumpa lagi yee..." dari kejauhan terdengar suara itu menitipkan pesanan buat diriku.
~*****~
Sampai sahaja dirumah, aku terus mandi dan menunaikan kewajipanku...
Jarum jam menunjukkan pukul 8.30 malam apabila telefon pintarku berbunyi. Lagu kegemaranku, DNA iaitu dari group BTS berkumandang. Kalau korang nak tahu aku memang fanatic dengan BTS... Army lah katakan. Tapi nak dekat exam ni kena insaf sikit... actually tak insaf mana pon.
Aku cuba melihat nama pemanggil tetapi ianya private number.. ' orang Kaya manalah yang nak telefon aku malam-malam ni... nak angkat ke tak nak... kalau angkat karang apa yang jadi.. tapi kalau orang tu nak bagitau something important... heisyhh... orang ni pon satu yang nak sangat private number dah kenapa... menyusahkan orang je.
Selepas beberapa ketika... aku membuat keputusan untuk mengangkat panggilan tersebut.
"Hello...Assalamualaikum... Boleh saya tahu siapa yang call ni?" soalku dengan penuh tertib.... manalah tahu kalau cikgu yang telefon.
"Waalaikumussalam.. ni Han lah... ayunya suara Fiq... bergetar tulang rusuk I.. Actually, Han cuma nak tahu... Fiq selamat sampai ke rumah ke?.. Tak ada orang kacau Fiq kan.."
Aku berbelah bahagi sama ada mahu ber aku engkau atau Fiq ,Han... kalau aku engkau nanti nampak macam kurang ajar sangat... tapi aku dah terbiasa ber aku engkau... heisyh... macam mana ni...
"Hello... Fiq.. Fiq dengar tak Han tanya ni... Fiq tak apa-apa ke? Han minta maaflah kalau Han dah buat Fiq kecil hati tadi."
"Ye saya... dengar... hurm Sokay... I'm fine..hrmn.. Got to go ada homework tak siap lagi.. Bye." Terus aku memutuskan talian... mesti dia fikir aku kurang ajarkan... ahh... lantak dialah...
Semasa sedang menyiapkan kerja rumah... aku tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya kerana aku masih tertanya-tanya daripada siapa Farhan memperoleh nomborku.
Setahu aku... hanya segelintir pelajar sahaja yang mengetahui nombor telefonku... Tak kan lah dia ambik dari buku register... tapi tak mustahil sebab dia selalu uruskan buku tu...
Agaknya apa lagi yang dia dah tahu pasal aku eh... hurm... Mana boleh ambik nombor aku sesuka hati... ini dah macam menceroboh hak peribadi aku.
Aku kerling kearah jam dinding di dalam bilik tidurku.... 'Alamak! dah pukul 9 lebih ni, kerja sekolah belum siap lagi... haisyhh... aku ni pon satu... cerdik sangat duk fikir pasal dia dah kenapa...
Akhirnya jam 12 tengah malam baru aku dapat melelapkan mata. Belum sempat aku dibuai mimpi indah... Telefonku berbunyi menandakan ada message masuk.
"Good Night... Sweet dreams.. Mimpikan saya tau..^_^"
From: Private number.
Ini mesti Farhan ni... biarlah... aku mengantuk nak tidur, esok sekolah... Lagipun ni mesti salah satu dari taktik dia nak mengorat perempuan. Bukan boleh percaya sangat dekat dia ni... Selalu sangat tukar-tukar girl friend. Tapi tak pernah nak official kan hubungan tu. Terus lampu meja aku matikan. Tidur lagi penting!.
*to be continued*
A/n : sorry kalau lambat update cerita ni... I'm busy right now...love you guys ... I'm sorry.. Enjoy it.
*
*
*
love_nnf
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top