16 - Its hurt.
"Hah!! Ni apasal muka monyok ni.. Patutnya happy lah sebab harini kau dah jumpa pujaan hati kau tu." Sergah Haikal apabila terlihat wajah mendung rakan karibnya itu.
"Haih.. I dont know why.. Its hurt me a lot.. everyday, seeing her out with another guy..but not me.. seeing that just waking up something in me.. makin lama makin kerap diorang keluar sama-sama.. pffff.. lawak kan aku ni. Kenapa aku nak kena rasa semua ni.. biarlah dia nak keluar dengan sesiapa pun kan? Aku ni just bestfriend dia je.. tak perlu pun nak jealous bagai. Tapi kenapa hati aku ni sakit sangat-sangat .. selama ni apa-apa pun mesti aku yang dia tanya dulu.. but now. Nope. She has got someone better than me. Perhaps." Keluh Khai perlahan dengan suara pasrahnya itu.
"Hurm.. aku pun tak tahu nak cakap apa dah dekat kau ni.. dari dulu lagi aku nasihat dekat kau.. bagitau jelah dekat Naz yang kau suka dia.. ini cuba kau tengok sekarang. Engkau yang makan hati.. aku jugak yang kena dengar segala luahan perasaan kau tu.. mau orang tengok kita sekarang ni dah confirm orang ingat gay." ujar Haikal sambil cuba merungkaikan pelukan dari temannya itu.
"Amboi!! Kalau aku gay takkan lah aku nak sedih tengok Naz keluar dengan orang lain. Kau ni pun, aku jumpa kau sebab kau sorang je yang tahu pasal benda ni.. yang lain semua tak tahu.." rungut Khai perlahan.
"Hehehe.. aku gurau jer.. kalau kau gay, awal-awal lagi aku lari.. Macam nilah beb, Aku.. entahlah.. its complicated you know. Baru sekarang aku tahu kenapa orang suka cakap antara bestfriend lelaki and perempuan mesti ada salah sorang yang akan suka kawan dia lebih dari yang dia sepatutnya suka.. bahaya jugak kan?. Aku tak tahu dah nak cakap apa.. kalau sebelum ni aku bolehlah nak suruh kau confess.. tapi sekarang... to think again, now its only you who can find the solution." Ujar Haikal perlahan lantas menepuk bahu Khai tanda memberi sokongan.
"Okay beb. Thanks again for lending your ears.. Aku tak tahulah apa yang jadi dekat aku kalau kau takda."
"Sama-sama.. tapi kau janganlah duk fikir sangat pasal benda ni.. masa depan kau jauh lagi. Better kau tolak ketepi dulu pasal benda ni. Kalau dah jodoh kau dengan dia.. insyaallah kau dengan dia,kalau bukan sekarang pun nanti... kita tak tahu apa perancangan yang DIA dah buat untuk kita." Nasihat Haikal.
*****
"Hah Khai! Buat apa kat sini sorang-sorang?. Owh.. kau nak date eh..? Tak bagitau aku pun! Kata kawan..." usikku lantas punggung dilabuhkan di kerusi berhampiran dengan tempat Khai duduk.
"Ish! Kau ni.. aku bukan macam kau.. barang laku.. silap-silap nanti bila kau kahwin aku still sorang-sorang." Nafi Khai perlahan sambil matanya meliar memandang ke tempat lain.
"Heh! Cover nampak.. itu yang tak nak pandang aku tu.. tahulah muka aku ni tak berapa cantik kan.. sanggup kau kan!"
"Aik.. sejak bila kau tukar jadi cik sendu. Berita hangat ni! Selalunya kau yang kena pujuk orang.. ini kau terserempak dengan jembalang mana-mana ke sebelum datang sini?" Usik Khai.
"Ish kau ni! Mulut tu jaga sikit eh.. Ni memang sengaja nak ubah topik ke apa ni?" Tanyaku secara tiba-tiba.
"Hah..? Ubah topik apa? Tak faham lah.." kata Khai sengaja.
"Tak faham ke.. saja-saja buat tak faham? Sejak bila pandai simpan rahsia ni.. hurm?"
"Entahlah.. sejak bila eh? Kau tahu tak?" Tanya Khai dengan reaksi muka bingungnya.
"Eee!!!! Geramnyaaa!!!! Sejak bila kau suka loyar buruk ni? Haish. Tak nak bagitau cakap jelah tak nak." Badan lantas dialihkan ke sebelah kanan. Mata sengaja memilih untuk memandang kearah bawah.
"Best sangat ke pandang bawah tu? Ada apa kat situ? Nak tengok jugak!!." Ujar Khai dengan nada kanak-kanak yang sengaja dibuat-buat.
"Haish!!!" Badan sekali lagi ku alihkan ke arah kanan.
"Alolo.. majuk ke ni?? Nah!!! Untuk kau." Dihulurkan sekuntum bunga ros berwarna merah.
"Aik. Bila masa kau pegang bunga ni? Kau curi orang punya eh.." tanyaku hairan.
"Ini Khai lah! Tak kan lah Khai berani nak curi bunga orang.. tu hah aku terjumpa bangla jual bunga tepi jalan. Aku tengok murah.. itu yang aku beli tu. Saja je nak bagi kau bunga. Cantik kan?!!"
"Hurmmm... still tak percaya lah.. memang kau dah tahu ke yang harini aku nak merajuk?" soalku lagi memohon kepastian.
"Ish!! Banyak tanya betullah dia ni. Nak ke tak nak bunga ni? Kalau tak nak tu, tong sampah tu dah sedia dah kat tepi tu.. tunggu kau buang je."
"Eh..!! Nak lah! Gila apa nak buang bunga orang bagi. Bukan senang tau orang nak bagi bunga macam ni dekat aku. Terima kasihlah mamat bangla sebab jual bunga murah.. kalau tak memang kau tak kan belilah." Usikku. Sengaja mahu melihat reaksi mukanya.
"Naz!!!"
"Khai!!!"
Kami saling bebalas pandangan. Umpama bermain permainan berlawan mata. Hanya menunggu siapa yang akan menyerah kalah dahulu. 1 saat, 2 saat, 3 saat, 4 saat, 5 saat..
"Okay! Okay! Aku surrender. Kau menang." Kata Khai memecahkan kesunyian yang melanda. Terus ketawaku meledak melihat riaksi kecewanya.
"Yahooo!! Well.. thank you." Ujarku selepas ketawa kami reda.
"Hurm.. for what? The flower?" Tanya Khai keliru.
"Yup and also cause you're making me happy. My happy meal. Tak payah nak pergi Mcdonalds. Jumpa kau je dah cukup."
"Macam-macamlah kau ni.. bab mengarut memang kau nombor satu kan.."
"Well.. tengoklah cikgunya sapa.."
"Hurm.. siapa eh?? Nak belajar jugak dengan cikgu tu."
"Cikgu Khaiel Harvin." Jawabku serius.
"Owh.. kenapa macam kenal je nama tu??"
"Ini memang sengaja ke apa buat-buat blur ni?? Kaulah yang duk mengajar aku buat lawak mengarut macamtu."
"Aik! Aku ke?? Hurm.. tak boleh jadi ni.. malu aku kalau orang tahu aku yang ajar kau.. teruk gila. Cikgu rasa.. awak perlu mengulang semula kelas awak."
"Erghhh!!! Support lah member. Janganlah cakap macamtu..."
"Macamtulah cara aku support member.. tak kan aku nak bagitau benda auta.. nanti kau jugak yang tanggung malu bila kau buat lawak tu depan orang lain, tapi dorang gelak nak tak nak je.."
"Hurmmm.. Baik Cikgu!" Lantas diselangi dengan ketawa dari kami berdua. Haih.. kalau bercakap berdua memang tak pernah nal serius.. asyik loyar buruk jer.. Itulah yang aku paling suka dekat dia although kadang-kadang tu rasa annoying dia tu.. perghh..
*****
A/n : Macam yang sis janjikan.. So.. keep votes and comments.. Much love from me..
Btw.. which team you're in?? #naziel or #hannaz?? Comments down bellow ♡♡♡
*
*
*
love_nnf
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top