14-I'm yours.

Diriku masih lagi dibayangi ayat misteri yang dituturkan Khai sebentar tadi. Dalam masa yang sama aku turut terfikir tentang lamaran Farhan. Aku tahu aku suka Farhan, tapi kenapa bila aku buat istikharah semalam.. bukan dia sahaja yang muncul dalam mimpi aku.

Farhan muncul, tapi dalam masa yang sama, ada lelaki lain yang turut muncul dalam mimpi tu. Aku tak tahu siapa, tapi ciri-ciri lelaki tu sama dengan seseorang yang aku kenal. Aku pasti sebab sebelum Farhan muncul, aku tengah berbual-bual dengan lelaki tu, tak kekok, tapi mesra.. macam dah lama aku kenal dia.

Cuma sekejap sahaja aku dapat berbual dengan dia kerana sebaik sahaja namaku disebut oleh Farhan, bayang lelaki itu hilang ditelan cahaya. Apabipa aku ingin mengejar lelaki itu, Farhan akan menghalangku.

Aku tak tahu apa maksud mimpi itu. Kenapa lelaki itu muncul sekali dalam mimpi aku. Siapa dia?. Kenapa bayangan itu seperti menunjukkan sebelum aku berjumpa dengan Farhan, ada lelaki lain bersamaku. Dan kenapa bila Farhan datang, bayangan itu terus hilang tanpa dikesan. Apakah maksud sebenar mimpi itu?.

"Wei! Tak nak pergi class ke? Dah nak start dah ni. Kalau lambat memang kena halau keluar dengan prof tu. Kau bukannya tak tahu." sergah Alia secara tiba-tiba dari arah kanan.

"Ish! kau ni. Nasib baik aku tak kena heart attack. Kalau tak dah lama dah aku jalan. Lagi satu, lama lagilah class, kau tipu je nak start dah class. Aku duduk sini sekejap je tahu tak." tidak percaya aku dengan kenyataan Alia ni. Bukannya boleh percaya sangat apa yang dia cakap. Jam ditangan ku kerling sekilas. Tidak percaya dengan apa yang kulihat, sekali lagi aku melihat jam tanganku, tetapi kali ini lebih lama.

"Baru percaya cik kak. Ini dah kira bertuah aku nak panggilkan kau. Dahlah jom cepat, dari sini ke blok akedamik bukannya dekat. Kau pun nak menyorok cari tempat jauh, dah tahu pelupa tu duk dekat-dekat sudahlah. Jadi kerja aku pulak nak cari kau. Ini nasib baik aku cari, kalau orang lain dah lama dah tinggal kau macam tu........"

Dan bla-bla-bla sepanjang jalan aku terpaksa memekakkan telinga daripada mendengar bebelan makcik Alia ni. Terpaksa aku berjalan dengan laju bagi mengelakkan bebelannya bertambah panjang dari yang sedia ada panjangnya. Itulah perempuan, tak kena sikit terus nak membebel. Nasib baiklah telinga aku dah kebal dari segala bebelan mak nenek ni.

*****

"Woi!! Farhan! Farhan! Farhannnnn! Woi!!" lantas bantal peluk diambil dan terus dibaling tepat kearah kepala Farhan yang nampaknya masih khayal di dalam dunianya sendiri.

"Eiii!! Kau ni dah kenapa nak main baling-baling bantal pulak dah. Aku tak cari pasal dengan kau pun kan." balas Farhan geram. Sakit hatinya apabila lamunannya diganggu oleh teman serumahnya, Hakim. Tengah stress memang habis segala benda tak kena si Farhan ni.

"Memang.. Memang kau tak cari pasal. Tapi sengaja buat-buat tak dengar. Aku ni dah berbuih mulut terjerit-jerit panggil nama kau. Kau boleh buat bodoh je. Mananya aku tak sakit hati." kata Hakim.

"Mana ada kau panggil aku. Tipu je. Dah lah jangan kacau aku. Pergi jauh. Shuh! Shuh!
A'udhubilla.. himinashshayta.. nirrajimmm... Fuh! Fuh!. Aku berlindung kepada Allah dari syaithan yang terkutuk” balas Farhan lagi dengan niat ingin memerli.

"Amboi-amboi, setan kau panggil aku. Macamni eh kawan. Takdelah, aku cuma pelik je. Sebab pagi semalam bukan happy lagi kau. Siap nyanyi-nyanyi lagi, sampai petang.. Muka kau dah macam nak kena bunuh, pucat semacam. Pastu malam tu, balik je kau dari date tu. Terus muram, termenung. Cer citer.. Kenapa kau tiba-tiba boleh jadi murung ni. Aku bukannya apa, aku tak berapa berkenanlah kalau kawan aku ni tak senyum. Tak handsome jadinya." ujar Hakim. Nampak sangat gaya nak membodek dekat situ.

"Eh! Nampak sangat ke?." kata Farhan dengan reaksi muka terkedu.

"Kalau tak nampak tak adalah aku tanya kau. Kenapa? Ini ada kaitan ke dengan awek yang kau ajak date tu?. Ape jadi? Dia reject kau ke?." bertalu-talu Hakim bertanyakan soalan itu dengan perasaan ingin tahu yang mendalam.

"Eh! Mulut tu jaga sikit eh. Pandai-pandai je cakap aku kena reject dengan dia. Mana adalah. Ish! kau ni. Aku cili mulut tu baru tau." Geram sungguh Farhan dengan kawannya itu. Sesuka hati dia je nak cakap Farhan kena reject.

"Oh. Tak kena reject eh. Habistu kenapa muka tu monyok je. Orang lain biasanya kalau kena reject je monyok melebih. Kau ni, kata tak kena reject kenapa kau boleh monyok jugak?" Hairan sungguh Hakim dengan kelakuan Farhan ni.

"Takda papelah, dia tak ada cakap apa-apa pun semalam." 

"Sebab itu je kau jadi macam ni, sebab dia tak cakap apa-apa. Wuish! Parah betul penyakit kau ni. Kalau awek tu reject kau.. Entah-entah perangai pelik-pelik apa pulak yang kau tunjuk.. Nauzubillah. Kalau dah suka, baik kau ikat dia terus. Jumpa parents dia, lagi elok. Orang tua-tua selalu cakap yang kalau kita nak pikat hati anak dara tu, kita kena pikat hati parents dia dulu. Baru si dia tu terbuka hati nak terima kita."

"Ish! Tapi parents dia pun aku jarang-jarang jumpa. Jumpa pun sebab kebetulan je terjumpa. Lagipun mana pernah aku nak bertegur sapa dengan parents dia. Tegur sikit-sikit bolehlah. Kalau lebih-lebih tu takutlah."

"Tsk. Tsk. Tsk. Belum cuba belum tahu. Kata anak jantan, kenalah kental. Ini baru nak jumpa parents dia, belum lagi nak bimbing dia masuk syurga. Lagi besar tanggungjawab tu. Kalau depan parents dia kau tunjuk perangai macam ni, ish. Tak tahulah aku apa jadi nanti."

"Ei kau ni! Janganlah nak takut-takutkan aku. Saja je kan."

"Niat aku bukan sebab nak takutkan kau. Aku cuma nasihat, sebagai peringatan. Kau lambat nanti, melepas awek tu. Bukannya aku tak tahu kau ni jenis yang tak pandai nak mengorat. Orang yang kau suka, itulah orang yang kau paling banyak usik. Orang perempuan ni, dia tak suka sangat kalau lelaki tu suka usik-usik dia. Rimas nanti."

"Mana ada aku usik. Aku layan semua sama jelah. Auta lebih kau ni."

"Oohh! Tak usik.. Habistu dengan si Naz tu apa? Dah lah kau sorang je panggil dia Fiq. Orang lain elok je panggil dia Naz. Sampai dekat kau.. 360° kau tukar.. Pelik tahu tak. Lepastu kau selalu kacau dia. Ingat aku tak tahu. Entah-entah.. orang yang kau suka ni.. Naz. Wow bro. Wow!"

"Ish!" Farhan tidak tahu bagaimana mahu menafikan lagi perkara itu. Memang dah terang lagi bersuluh orang yang dia suka tu Fiq. Ish jelah yang dia boleh cakap.

"Haa... Kantoi sudah. Oohh.. Macam ni ye kawan, main rahsia-rahsia. Nasib baik aku ni jenis senang nak agak tau. Kalau tak.. sampai kesudah aku kena tipu dengan kau. Patutlah masa orang lain duk kenenkan Naz dengan Khai kau marah. Kau siap back up Naz lagi, rupanya.. ada 'buaya' disebalik batu." serentak dengan itu terlepas tawa Hakim. Mananya tak ketawa, muka Farhan tu dah macam kera terpijak belacan.

"Kring.. Kring.. Kring.." bunyi deringan telefon milik Farhan berjaya mematikan tawa Hakim yang kian rancak.

"Alamak! Orang yang disebut-sebut dah call. Baik kau tutup mulut kau tu. Jangan keluar bunyi." arah Farhan kepada Hakim.

Fiq a.k.a Naz : Assalamualaikum Han.

Farhan : Waalaikummussalam Fiq, kenapa call Han ni? Rindu eh..

Fiq a.k.a Naz : Ish! Bukak whatsapp cepat. Jangan tanya kenapa.

Lantas panggilan itu diputuskan. Langsung dia tidak cuba untuk menafikan dakwaan Farhan.

"Dia nak apa? Kenapa muka kau macamtu.. Dia reject kau ke? Bertabahlah bro." tanya Hakim tidak sabar.

"Ish! Jangan nak mengarut boleh tak. Takdalah, dia suruh aku bukak whatsapp. Tak tahu kenapa.. dia tak cakap." Jari laju menekan ikon whatsapp. Nombor Fiq segera ditekan.

"Dia tengah typing lah.. Eh! Dia hantar gambarlah.. Gambar apa ni? Kenapa nampak macam gambar tangan."

Terus didownload gambar tersebut. Jelas sahaja gambar itu dipemandangannya, dia terkedu. Mata masih cuba mentafsir imej tersebut.

" Woi! Kenapa tu? Dia hantar gambar appa.... Wow! Daebak! Wow! Congrats bro."
Tidak jadi Hakim ingin bertanyakan soalan sebaik sahaja gambar tersebut singgah di pemandangannya.

Gambar tangan bersarungkan cincin di jari manis. Cincin pemberian Farhan pada malam date mereka berdua. Beserta kad kecil bentuk hati yang tertulis 'I'm yours.' cukup simple. Tetapi cukup bermakna.

*****

A/n : Hello guys... Finally, update jugak story ni.. Sorry sebab lambat update.. Hope you guys enjoy.. Please vote and comment...

*
*
*
love_nnf

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top