13-I'll be there for you.
Sepuluh minit sudah berlalu tetapi aku masih pegun di tempat duduk ku, masih cuba menganalisis kejadian yang baru sahaja berlaku sebentar tadi. Tapi otak aku pun macam dah tak nak bekerjasama dengan aku sebab aku rasa otak aku dah tak boleh nak berfungsi dengan normal sekarang ni. Kotak cincin yang Farhan bagi tu, still ada dekat situ. Tak terusik, aku cuma tenung je kotak cincin yang terbukak tu, rasanya kalau mata aku ada laser dah lama kut meja ni berlubang sampai boleh tembus ke lantai.
'Apa aku nak buat sekarang ni.. ' keluhku sendirian. Aku tak tahu kenapa hati aku boleh berbolak-balik macam ni. Sepatutnya aku happy, kan aku memang dah lama suka dekat dia, tapi dengan situasi sekarang ni, otak aku jadi kosong, tak tahu nak buat apa. Dulu aku yang beria-ria berangan, konon nanti bila besar, aku nak orang yang aku suka lamar aku dulu, bagi cincin cantik, tapi bila aku dah ada dalam situasi sekarang ni, macam ada penghalang yang halang aku dari terima lamaran Farhan. Masalahnya, aku pun tak tahu apa dia penghalang tu.
Suasana yang semakin sunyi membuatkan aku tersedar. Kotak di tengah meja itu dicapai dan ku simpan di dalam beg sandangku. Balik rumah nanti baru aku fikir masak-masak, sebelum tu aku nak tanya pendapat Khaiel dulu, sebab cuma dia je yang faham isi hati aku yang sebenarnya lagi-lagi dalam keadaan genting macam ni.
'Eh kau ni! Genting ke? Bukan kau memang suka dia ke?' monolog ku sendirian. Alah, lantak lah yang penting Khaiel tahu pasal ni. Kalau aku tak bagitau mahu dia merajuk lagi dengan aku. Taknaklah aku, nanti aku jugalah yang kena pujuk dia. Baik aku bincang dulu dengan dia.
******
"Yow! What's up bro!" sergah Hasanal kepada Farhan yang kelihatan jauh termenung, tenggelam dalam dunia sendiri.
"Ishhh! Kau ni kan Sanal, kau nak apa?" Marah Farhan.
'Aku tengah stress sekarang ni dia boleh pulak nak main sergah-sergah. Aku tembak satgi baru tau.' Omel Farhan lagi.
"Alah mamat ni.. Chill lah sikit.. Orang bila dah balik daripada date patutnya muka tu happy-happ je, senyum pun memanjang, tapi engkau ni lain pulak eh, muka dah macam mak kucing yang hilang anak. Cer kau bagitau aku.. Manalah tahu aku boleh tolong kau."
"Haih.. Masalah aku complicated lah.. Kau pun tak kan faham punya. Takda sape yang akan faham..."
"Inilah manusia, ada masalah je.. Buat macam dia sorang je yang faham. Kenapa? Kau fikir orang lain pun takda masalah ke? Kadang-kadang orang macam kau ni, selalu pandang remeh dekat orang lain sampai kau terlupa yang orang lain pun ade masalah, cuma diorang tak tunjuk je. Cuba kau cerita dekat aku, manalah tau, aku mungkin boleh tolong kau. Paling kurang pun, kau takda lah rasa terbeban sangat."
"Yelah, okay-okay I'm sorry okay. Sebenarnya, haish.. Macam ni, aku ade cite dekat kau kan yang malam ni aku nak propose dia?"
"Yeah.. I remember that. So.. How's that planned going on? Its went well right?"
"Hurm.. Honestly bro, I don't know.. And I don't even want to know about that. Haih.."
"Aik? Pulak dah.. How about.. you tell me first. How's your date is going on."
"Hurm.. Actually, macam ni cerita dia......."
Tamat sahaja Farhan bercerita, Sanal terus menyampuk.
"Lah! Engkau ni pun Farhan.. Nak kata bengap, kau budak paling pandai dalam course. Aduhai, benda kecik tu pun kau nak riau, relax bro.. relax. Kau pun tak pasti lagi kan yang dia tolak ke tak. One more, kau yang lari dulu dari tempat tu, bukan dia.. So.. Yeah. Apa kata, kau tunggu je dulu, and kau tengok apa yang jadi lepasni."
"Yeah.. Perhaps.. Maybe I should. Thanks bro."
"Small matter. Now, sebagai.. Upah, hehe.. kau kena belanja aku makan. Aku nak lamb chop, dah lama bhai aku tak makan western."
Dengan gelak setannya dia pau aku makan. Kalau makanan kampung takpa jugak, ni western jugak yang dia mintak.
"The heck.. Taguna punya member. Sikit lagi aku nak carut. Huh, tolong ada makna rupanya."
"Hehe.. Peace.. Bolehlah.. Kita kan kawannn.." gelaknya sambil tunjuk muka tak bersalah.
******
"Hah! Apa jadi dekat date kau semalam? Mesti kau happy kan, sampai whatsapp aku pun kau tak reply." sergah Khaiel dengan nada tidak puas hati.
"Hehe.. Takdalah... Sebenarnya.. Hurm, semalam.. Farhanmintakakujadiawekdia." Dengan satu nafas aku menghabiskan ayat terakhir itu, tak da senggang, semua aku sambung.
"Hah! Apa kau cakap? Cuba cakap elok-elok sikit. Ini tak, cara kau cakap tu dah macam ade askar bintang tiga dekat depan tunggu masa je nak serang kita."
"Haih... Aku cakap, semalam.. Lepas je kitorang habis makan tu, Farhan.. Dia ada mintak aku jadi awek dia.. Faham..?" Sepatah-sepatah aku menuturkan ayat tersebut.
"Eh! Kau ni kan, faham ke tak sebenarnya?" sergahku lagi selepas Khaiel hanya mendiamkan diri dan tidak memberikan apa-apa reaksi kepada pernyataan ku tadi.
"Hah! Owh.. Ah.. Err.. Apa dia? Boleh tak kau ulang lagi sekali?.." balasnya tergagap-gagap selepas disergah sedemikian rupa.
"Aduhai... Malang betul nasib aku dapat kawan macam kau ni. For the last time, aku cakap.. Semalam, Farhan dia ada mintak aku jadi awek dia. Dia cakap, dia suka dekat aku and dari reaksi dia masa tu, aku rasa dia betul-betul maksudkan benda tu. Aku rasa aku nak terima. Patut ke?"
"Kau betul-betul bahagia ke dengan dia? Kau pasti dia boleh jadi lelaki yang kau impikan?" tanyanya serius, segarit senyuman pun bagai tidak pernah terukir dibibirnya.
"Yes.. and I'm sure about this relationship." balasku yakin.
"It seems like I would never had a chance to get to know you better..." keluh Khai perlahan.
Otakku cuba memproses apa maksud disebalik ayat tersebut. Tapi ternyata aku gagal.
"Apa yang Khai cuba sampaikan ni?" tanyaku bagi memohon kepastian darinya.
"1437." ujarnya senada.
"Pardon me..?"
'Apa pulak kaitan ayat dia tu dengan nombor-nombor tu, sakit ke apa kawan aku ni?.'
"Nothing... I wish you all the best. That's all. Aku tahu kau dah lama cintakan dia. Kalau kau nak mintak tolong or anything... Just tell me, and I'll be right there for you.. Just for you." matanya mencari mataku sebagai tanda meminta kepastian, dan apabila aku merenung matanya, terlampau banyak perasaan yang tersembunyi di dalam matanya sehinggakan aku tidak dapat mengagak, apakah maksud sebenar Khai.
******
A/n: Wow.. Finally.. I'm back guys.. So.. What do you think. #naziel or #hannaz
Please press the star.. It mean so much to me..
*
*
*
love_nnf
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top