10-Sulking.
"Khai, oh Khai. Khaiel!!! Alaaa bro... Janganlah merajuk, aku ni kalau bab memujuk orang ni dahlah kelaut. Kau pun tahu kan. Kau nak aku buat apa lagi?"
Sunyi, yang kedengaran hanyalah bunyi orang lalu lalang di anjung tersebut . Still no respond at all. Down terus mood memujuk aku. Terus timbul rasa nak hentak kepala dia kasi timbul benjol. Depan rezeki pon nak buat perangai tak semegah dia ni.
"Muhammad Khaiel Harvin bin Muhammad Khairul. Please BEHAVE!"
"Fine.. Nak merajuk sikit pon tak boleh... Garang sangat kau ni. Kalau macamnilah gaya kau... Alamatnya sampai bila-bila pon takda laki nak dekat dengan kau." bidasnya langsung meninggalkan kesan dihatiku.
"Ok. I'm sorry... Now please hurry up honey, i'm sure you also want to get along with your new roommates right? Lagipun pukul lima nanti kita dah start buat program Minggu Destini Siswa. Come! Let us eat this.. I'm just getting more hungry right now."
*****
Balik je dari Pusat Islam barulah kami boleh mulakan sesi suai kenal bersama teman sebilikku, aku terus meminta diri untuk tidur sejurus selepas semuanya tamat memperkenalkan diri. Lagipun, mata dah tak boleh nak celik. Mana taknya, dah pukul satu pagi pon still berborak rancak. Kalau aku tunggu lagi, sampai kesubuh pun tak akan habis sebab nampak gaya macam ada banyak lagi ceritanya.
'Nasib baik katil dekat sini jenis katil bujang, bukan yang bertingat-tingkat yang sampai boleh terhantuk kepala dekat siling. Kalau bertingkat pon takdenya aku nak duduk atas.' keluhku perlahan.
Masuk saja bilik terus badan aku cari katil. Baru nak masuk alam mimpi aku dah dikejutkan dengan nada dering dari telefon bimbitku sendiri. Kali pertama, kali kedua, kali ketiga, dan akhirnya aku membuat keputusan untuk menjawab panggilan tersebut, takut ada hal mustahak sampai dah pukul satu pagi pon telefon lagi.
"Hello babe. Are you okay.. Aku call banyak kali kenapa baru nak jawab? Roommates semua ok tak? Diorang ada buli kau ke? Macam mana first day kau dekat U? Memanglah kita sekampus, tapi lain orang lain pengalaman and kali ni aku tengah serius tanya kau. So please jawab dengan jujur." kedengaran suara penuh dengan nada kerisauan di sana.
"Waalaikumussalam. Aku dah lena dah tadi, cuma tak sempat nak bermimpi sebab kau kacau. My roomates semua okay jelah, they were awesome. Semuanya friendly, perangai gila-gila macam aku juga. So far... okey but after this who knows... It might be more challenging than the primary school i think. I really hope i can get through all of this in just a blink."
"Hehehe.. Sorry babe, Ala biasalah, makin kita meningkat dewasa makin banyak rintangan, but don't worry us Brozsis will always be by your side no matter what happened. Kalau ada problem, cerita je dekat aku, maybe aku boleh tolong.. Kalau tak pon sekurang-kurangnya kau tak rasa terbeban sangat."
Aku dekat sini dah tak dengar apa dah, duk fikir nak tidur je. Tak boleh jadi ni.
"Thanks bae.. Huarghh... Khai, aku dah mengantuk sangat-sangat dah ni, mata dah tak boleh nak bukak dah. Aku tidur dulu eh. Anything yang important kau bagitahu esok jelah ye. Good night, bad dream. Assalamualaikum." tanpa menunggu balasan Khai, aku terus memutuskan talian. Memang dah tak boleh nak tahan mata dari terus layan apa yang mamat tu nak cakap.
Phone silent, now i'm ready to sleep. Nobody is going to disturb me right now.
*****
Hari kedua Minggu Destini Siswa semua program buat dekat Dewan Kuliah, nak merayau pun tak boleh, takut termasuk dalam Wave yang lain. Hal ini disebabkan oleh jumlah kemasukan pelajar seramai 4000 pelajar dan disebabkan kapasiti kampus ni kecil je, so tak boleh nak buat pendaftaran serentak. Jadi pendaftaran akan dilakukan selama 4 hari. Setiap hari, akan ada 1000 pelajar baru yang mendaftar. So, kalau macam aku, aku daftar pada hari kedua. Maksudnya, aku wave 2 lah.
Selepas hampir 20 minit menunggu, akhirnya dapat juga aku masuk Dewan Kuliah. Dengan itu juga bermulalah taklimat akedamik, taklimat kesihatan, taklimat undang-undang dan perpustakaan, and the most important one is sesi check borang untuk pendaftaran esok. Masa tu dah malam and aku dari mengantuk terus jadi segar bugar, salah isi borang naya aku.
Dalam pukul 11 malam sesi tu pun dah tamat, aku pun tengah lapar jadi aku ajak roommates aku teman makan supper dekat anjung. Keluar je dari dewan kuliah aku dengar orang panggil nama aku.
"Naz. Oh Naz. Kau main letak jekan phone semalam sampai aku tak sempat nak jawab salam kau tu. Kot ye pon mengantuk tunggulah sampai aku habis jawab salam."
"Hah... Owh.. Okay-okay, i will remember that. Sekarang ni serius aku tengah lapar babe, aku chow dulu eh. Bye babe." Lantas aku menarik tangan Alia yang masih setia disampingku sedari tadi.
"Urmm, sapa tadi tu? Boyfriend hang ka? Segaknya.. Dahlah muka macam orang cina. Asai mana tu?" Alia memecahkan kesunyiaan yang melanda di antara kami. Alia ni orang Kedah, jadi memang kalau cakap pon terselit dialek Kedah dia tu.
"Eh kau ni, mana ada. Bestfriend aku je tu. Asal KL, muka macam orang cina sebab ayah dia orang cina. Perangai dia memang macamtu, kadang-kadang aku pon annoying jugak dengan dia. Kenapa tiba-tiba tanya? Minat eh... Kantoi lah, gatal jugak eh engkau ni." Ternyata telahanku benar kerana sejurus selepas itu Alia sudah tersipu-sipu malu.
"Eh... Mana ada! Jomlah kita pergi supper, kau cakap kau lapar kan tadi." Alia terus berlalu meninggalkan aku bersendirian di belakang.
'Aduhai budak ni, kalau suka pon cover lah sikit. Ini memang sah kau dah tangkap cintan dengan Khai aku.' desus hati kecilku.
"Woi tu jalan menonong tu nak pergi mana?
Nak pergi anjung belok kanan. Apalah kau ni Alia.." Tergelak kecil aku dekat situ. Kelibat Alia mula menghampiri diriku yang sedang tersenyum sumbing.
"Eiii!! Dahlah tu, manalah aku tahu.. Tak ingat. Jomlah cepat dah lewat dah ni, nanti anjung tutup siapa yang kebulur? Kau jugak kan." bidasnya lantas mematikan senyumanku.
Kami berdua berlari-lari anak menuju ke anjung. Nasib baiklah sempat lagi, pakcik dekat anjung tu baru nak tutup gerai dia. 'Thank you uncle anjung.. You're my saver.'
*****
*to be continued*
A/n : keep votes and comment. 143. ^_^
*
*
*
love_nnf
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top