1-Marching.
Suasana tenang pada petang yang cerah itu telah dicemari dengan suara sumbang 'squad command' yang menjerit memberi arahan mengalahkan 'squad command' yang lain. Boleh dikatakan hanya suara itu yang dapat didengari di dalam kawasan sekolah itu kerana hanya segelintir pelajar yang menyertai pertandingan kawad kaki berada di dalam kawasan sekolah ini.
Bersempena dengan minggu koko yang akan diadakan pada bulan hadapan, semua unit beruniform diarahkan untuk berlatih bagi pertandingan kawad kaki peringkat sekolah. Malang bagiku kerana aku yang sebelum ini tidak pernah menyertai aktiviti kokorikulum terpaksa menyertainya kerana unit kami kekurangan ahli.
Perkara yang paling malang sekali ialah Farhan yang sepatutnya menjadi 'squad command' polis tiba-tiba menjadi 'squad command' PBSM. Aku pon tak tahu macam mana dia boleh jadi 'squad command' untuk unit uniform PBSM. Padahal unit uniform dia Polis. Heish... cikgu ni pon satu hal, tahulah yang PBSM tak cukup ahli.. tapi perlu ke cikgu bagi green light je bila dia tiba-tiba offer nak jadi 'squad command' PBSM.
Dari cara aku cakap mesti korang dah dapat agak yang aku memang tak suka dia, agaknyalah. Semuanya sebab dia ni sombong sangat. Pernah aku tegur dia... tapi dia cuma pandang aku sekilas je dan terus pergi. Kalau orang lain tegur, boleh pulak dia senyum or say 'hi'. Tapi kalau sampai dekat aku semuanya sombong. Sepatutnya kalau orang dah berbudi kita berbahasa lah pulak, kalau dia memang mustahil kalau sampai dekat aku.
Aku pun tak tahu apa yang dia tak suka sangat dengan aku. Nak kata aku ni suka menggedik dengan dia, tak dak pon. Haish... itulah lumrah manusia. Orang tak ada salah pon dengan dia.. tapi dia still nak cari salah orang tu.
Kesimpulannya, sekarang aku terpaksa korbankan masa tidur aku yang berharga tu dan berkawad tengah panas. Kalau ikutkan hati aku memanglah tak nak datang tapi boleh pulak dia cakap dia akan cari kita sampai ke dalam lubang cacing. Means, kalau masa tu kau tengah main phone, dia akan simpankan phone kau sampai habis latihan kawad. Aku cakap macam ni sebab aku dah pernah kena sekali. Lepas tu aku dah serik sebab si Farhan tu boleh pulak geledah phone aku, semua chat aku dia baca.
Lepas tu masa dia pulangkan phone boleh pulak dia duk perli aku sebab aku suka korea. Dia cakap 'artis korea semua buat plastic surgery'. Baik kau minat dekat aku, aku dekat je dengan kau, tak perlu pergi jauh ke korea if kau rindu aku.' Aku bila teringat apa yang dia cakap masa itu rasa nak termuntah.
Kalau ada yang dia tak puas hati pasal kawad mesti kena pumping. Inilah contohnya, Hitler versi melayu. Kejamnya dia tu sampaikan orang nak pergi minum air pon tak boleh alasannya 'korang baru kawad sekejap macam ni dah letih... chill lah... enjoy this activities ... biar bakar semua lemak tepu korang.'Dia seolah-oleh ingin memerliku kerana semasa dia menuturkan kata-kata itu aku perasan dia sedang memandangku. Aku tahulah aku ni berisi sikit, sikit je eh... tak de lah nampak macam gajah.
Dalam hati aku dah sumpah seranah dia tu. Chill tengkorak kau... nak enjoy macam mana. Habis terbakar muka aku yang putih lagi suci ni. Aku pernah jugak pretend aku ni sakit kaki, tapi terkantoi akhirnya sebab aku terlepas cakap.
"Assalamualaikum, kau dah sampai dekat negeri mana dah tu?... ke dah pergi Korea jumpa kekasih bayangan kau?. Aku ni kira baik hati dah sebab bagi kau rehat 5 minit , tapi aku tak suruh pon kau termenung. Dah lah kawad macam robot ada hati nak rehat lama-lama. Kau dah 4 minit lewat tau tak." Terus ditepuknya meja itu dengan kuat sehingga kawasan kantin yang bising sebentar tadi menjadi sunyi, terlampau sunyi hinggakan bunyi kipas siling boleh kedengaran. Kalau ayat trending budak sekolah pula 'malaikat lalu'.
Aku tersentak apabila disergah sebegitu rupa. Riak muka terperanjat dan malu terpamir dimukaku. Nasib baik aku tak ada sakit jantung, kalau ada... aku saman dia ni. Dia seperti tahu saja aku sedang mengumpat tentang perilakunya yang tidak pernah kusenangi itu.
"Waalaikumussalam Mr. Farhan, kalau boleh.. mulut tu tolong jaga sikit eh... suka hati kau je eh nak comment cara kawad aku. Biasalah benda ni kalau baru belajar berkawad. Baby pon sebelum nak berjalan ada peringkat dia sendiri, tak de baby lahir terus berjalan. Sama jugaklah macam aku, lama-lama nanti pandailah." bidasku dengan perasaan marah. Mataku jegilkan kepadanya supaya timbul rasa takut dalam dirinya terhadapku.
"Bla... Bla... Bla... DO I CARE huh" Kedua-dua tapak tangannya dilekapkan di telinganya. Aku yang melihatnya pada ketika ini ingin sahaja menumbuknya. Orang bagi nasihat tak nak dengar, haish susah-susah kalau jadi laki orang nanti.
"Dahlah cepat sikit gerak, orang lain dah ada dekat court futsal dah. Engkau sorang je sesat dekat sini." Terus Farhan berlari ke arah court dan memulakan kiraan. Aku tergesa-gesa menuju ke sana kerana tidak mahu dikenakan denda.
But, yeah... as usual... I'm the one who must do bumping... alone.. 10 times. Sebabnya, lambat 3 saat... hahaha..lawak kan. "Kalau sengaja tu cakap jelah sengaja. Dahlah kejam... patutlah tak pernah ada girlfriend. Biarjelah muka kau yang hitam jangan hati kau pon bertukar hitam sekali. Habislah muka dengan tangan suci aku kena sunburn." tanpa kusedari kata-kata itu meluncur laju keluat dari mulutku. Ingin sahaja aku menghilangkan diriku pada ketika itu kerana Farhan seperti terdengar tentang apa yang aku cakapkan sebentar tadi.
"Apa kau cakap?. Kurang jelaslah... Nevermind. Balik ni kau jumpa aku dekat kantin. Cakap dekat parents kau, kau balik lambat sikit and tak payah jemput kau balik." sambil bercekak pinggang dia mengeluarkan arahannya kepadaku 'sahaja'.
Automatik tubuhku menjadi kejung mendengarkan arahan daripada Hitler itu. Di dalam kepalaku berlegar-legar perkara buruk yang aku fikirkan akan terjadi kepada diriku. Otakku cuba memproses idea untuk membatalkan arahan dari Farhan.
Tapi malangnya, dia seperti sudah dapat mengagak kerana dia berkata bahawa tiada alasan yang akan diterima melainkan ada . Sepanjang aktiviti kawad, aku sering melakukan kesalahan yang biasa kerana pada ketika itu aku berasa runsing kerana tidak tahu apakah yang akan menimpaku selepas ini.
Aku membayangkan beberapa perkara buruk termasuk aku disimbah dengan air sejuk, ataupun aku dipaksa menyiapkan kerja sekolahnya. Terlampau banyak sehinggakan peluh dingin merenik di dahiku. Di dalam hatiku aku berdoa supaya aku tidak diapa-apakan.
Akhirnya, masa yang paling aku takuti tiba jua. Semua pelajar dilepaskan pulang tetapi aku terpaksa menunggunya di kantin. Perasaan gemuruh yang tidak pernah kurasakan tiba-tiba muncul.
Aku fikir perkara pertama yang akan kulakukan ketika berhadapan dengan Farhan ialah aku memohon kemaafan darinya di atas keterlanjuran aku ketik berbicara tadi sehingga mengguris hati kecilnya.
Dalam pada aku termenung, aku tidak perasan bahawa Farhan pada ketika itu sudah duduk dihadapanku sambil merenungku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan. Aku yang baru terperasan dengan kehadirannya menjadi seram sejuk dan mataku tidak betah untuk berlawan pandangan mata dengannya kerana apabila aku memandangnya terasa satu perasaan aneh mula menjalar di setiap genap penjuru hatiku.
*to be continued*
A/n : This is my first try and I hope u guys enjoy this story. If there's any mistake u can lift a comment. Thanks for your kindness to read and vote my story.
*
*
*
love_nnf
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top