MRAS 10 - ETHAN'S ORDER
MRS. EMEER HAYYES
"You can hate me but you can't run from me, Sweetheart"
Thea melangkah keluar dari perut lif itu dengan langkah yang tergesa-gesa. Tanpa menghiraukan dia tidak punya banyak masa, kakinya terus melangkah ke arah tandas yang terdapat di situ.
Sebaik sahaja dia melangkah masuk, pintu segera di kunci. Tubuh yang tiba-tiba terasa seram sejuk itu terduduk di atas bangku yang di sediakan di dalam tandas itu. Tandas di hospital itu sangat cantik. Yang juga di hiasi dengan tumbuh-tumbuhan hijau.
Tangan memegang kuat pada bahagian bajunya di sebelah kiri, dimana jantungnya berada. Cuba merasai dengupan jantung yang laju berdetak seperti dia baru sahaja lepas berlari marathon.
"Astagfirullahalazim.. What's is wrong with you Thea? Calm.. Calm.. Calm.." Dia cuba melakukan teknik menarik nafas dan menghembuskannya beberapa kali. Masih cuba untuk tenangkan diri.
Dengan keadaannya sekarang ini, dia tidak rasa dia boleh berdepan dengan ketuanya nanti. Di perlu men'stabil'kan dirinya terlebih dahulu.
Teruk betul penangan yang diberikan oleh Emeer Hayyes.
"Dia betul-betul nak buat aku mati keras dekat situ agaknya. Ishh.. Parah. Parah." Kepalanya di ketuk beberapa kali. Tak pasal-pasal nanti dia yang perlukan bantuan oksigen.
Tidak sangka Emeer Hayyes akan seperti itu dengannya. Naik seram.
Pantulan wajahnya di cermin di lihat seketika sebelum dia menepuk pipinya beberapa kali. Cuba menghilangkan wajah yang kelihatan sedikit pucat itu.
Apabila nafas mula terasa stabil, dia melangkah keluar dari tandas tersebut. Sampai sahaja di pintu pejabat Doktor Danny, dia menarik nafasnya seketika lalu mengetuk pintu itu beberapa kali.
Lantas tombol pintu di buka sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada tuan empunya.
"Assalamualaikum.. Maaf doktor, saya lewat sikit." Sapa Thea lembut sambil mengukir senyum. Matanya memandang ke arah ketuanya itu yang sedang berada di kerusi empuknya.
"Its okay. Tetamu I pun belum sampai lagi. Have a seat, Thea."
Thea menarik kerusi yang berada di hadapan meja Doktor Danny lalu melabuhkan punggungnya di situ. Dia masih cuba untuk menenangkan dirinya saat itu walaupun dia sedikit tertanya-tanya dengan tujuan sebenar ketuanya itu memanggilnya.
Ditambah pula apabila dia menyebut perkataan tetamu.
"Maaf, ada apa ya Doktor nak jumpa saya?" Soalan yang dari tadi cuba di tahan, akhirnya keluar juga.
Doktor Danny tersenyum. Dia tahu doktor muda di hadapannya ini pasti tertanya-tanya. Tubuhnya di dekatkan ke meja.
"So, you ada kerja ke lepas ini? Maaf I terpaksa curi masa you sekejap. I want to give you something." Dia terus menyerahkan sampul surat kepada Thea.
Thea menyambutnya bersama kerutan seribu di dahinya. Tiba-tiba sahaja dia jadi cuak.
Aku kena buang kerja ke? Gumam Thea di hati.
"Apa ni doktor?"
"Open it and read."
Tangannya laju sahaja buat kerja. Matanya terus tertacap pada setiap tulisan yang tertera di atas sehelai kertas yang juga di sertai dengan logo rasmi hospital terus.
Pantas sahaja Thea memcari sepasang mata milik ketuanya itu. Cuba menghantar persoalan yang bermain di fikirannya.
"Apa maksud doktor? Saya tak faham. Sa--saya kena buang kerja ke?"
Doktor Danny ketawa sambil menggelengkan kepalanya. Terasa lucu pula bila melihat riak wajah Thea ketika itu.
"You ada nampak apa-apa perkataan pecat ke dekat surat itu? Tak ada kan?" Doktor Danny mula bernada sarkastik.
Laju sahaja Thea menggelengkan kepala sebagai jawapan pada soalan itu.
"So, that's mean you akan di tukarkan ke Hospital Specialist Centre di Kuala Lumpur. Hanya untuk pastikan monitor kesihatan Puan Khayla Imani. Your patient. That's all. And kalau your bernasib baik sekiranya lembaga pengarah puas hati dengan kerja you, you mungkin akan di serap terus di situ." Jelas Doktor Danny sambil matanya tidak lekang memandang ke arah Thea. Kalau dia ada anak lelaki, pasti Thea menjadi pilihannya untuk dijadikan menantu.
Kata-kata yang keluar dari bibir itu buat Thea sedikit tergaman.
"Seriously doctor? Tapi bukan ke mereka dah ada private doctor sendiri but why me?" Tawaran yang di berikan betul-betul buat dia teruja kerana dapat bekerja satu bumbung dengan papanya dan tidak berjauhan dengan keluarganya lagi. Tapi hanya itu satu perkara yang masih menjadi tanda tanya.
Doktor Danny mengeluh kecil.
"You memang tak puas hati lagi kan dengan jawapan I tadi. Ini bukan kehendak I sebenarnya. Lagipun I sayang nak lepaskan doktor yang berbakat macam you ni. But this is a board director's order. Mr. Ethan Hayyes. He want you."
Tiada apa yang perlu di rahsiakan. Lagipun itu memang kehendak kawan baiknya sendiri. Dan dia tahu niat sebenar Ethan mengarahkan semua itu.
Licik betul.
"Erk.. Ok--okay. If you say so. Tapi bila Puan Khayla akan di pindahkan?"
Sekali lagi bibir itu mengukir senyum yang hanya dia sahaja tahu maksud di sebalik senyumannya itu.
"Tomorrow morning." Jawab Doktor Danny.
Thea mengangguk.
"Oohh. Okay. Wait. WHAT?" Matanya membulat memandang ke arah ketuanya yang sedang tersenyum itu.
Kecil besar kecil besar je dia tengok orang tua ni.
Doktor Danny tergelak. Lucu dengan memek muka, Thea.
"How are you mummy?"
Emeer mendekati mummy nya dan Eshal yang sejak pagi lagi sudah berada di situ. Ciuman lembut terus di labuhkan di ubun-ubun Eshal sekilas kemudiannya beralih pula pada dahi mummy nya.
Dua-dua merupakan wanita kesayangannya.
"Alhamdulillah.. Much better. Dari mana ni?"
Terus saja dia melabuhkan punggungnya di birai katil sambil matanya menjeling ke arah Eshal yang sedang duduk di kerusi sebelah katil hanya merenung tajam ke arah abangnya.
Sakit hati bila Emeer datang melenggang saja. Sedangkan dia sudah berpesan belikan dia coffee di Starbuck kerana dia tahu abangnya datang dari situ.
"Along dari Startbuck di seberang jalan sana. Settle kerja sikit sebelum kita semua balik KL esok. Mummy dah makan?"
Khayla mengangguk. Tangan Khayla yang berada dalam genggaman tangannya itu di kucup lembut.
Eshal mula ketap rahang.
"Ish.. Geram la dengan Along ni. Kan Eshal kirim air Hazelnut tadi. Kenapa tak beli? Bencilah!" Eshal mula merengek geram sambil menampar bahu abangnya beberapa kali.
"Ouh.. sakitlah la Eshal. Nanti text Shawn, suruh dia beli. Dia masih ada dekat sana." Balas Emeer sambil mengosok bahunya.
Eshal mendengus.
Puan Khayla hanya menggelengkan kepalanya melihat teletah mereka berdua. Ada saja yang menjadi isu antara mereka. Tambahan pula Emeer suka sangat menyakat adik perempuannya itu.
"Dengan daddy ke tadi? Kenapa daddy tak sampai-sampai lagi?" Sudah seharian dia tidak melihat kelibat suaminya.
"Ha'ah.. Daddy ada kerja sikit. Kejap lagi daddy sampai." Emeer mengusap lembut kekura mummynya.
Eshal yang melihat perbuatan abangnya itu terus menjulingkan mata. Sengaja nak tunjuk sweet dia dengan orang lah itu.
Emeer yang melihat reaksi Eshal dari ekoran matanya terus mengukir menyuman sinis. Belum sempat dia membuka mulut, kedengaran bunyi pintu bilik di buka dari luar. Masing-masing tertumpu ke arah itu.
Ethan dan doktor Danny masuk ke dalam lalu mendekati mereka semua yang berada di katil.
"Hai sayang. Maaf biey lewat. Ada kerja sikit yang perlu di selesaikan. How do you feel, sayang?" Emeer segera berganjak ke tepi, memberi laluan kepada daddynya.
"Alhamdulillah.. Much better, biey. Can I go home now?" Soalan yang keluar dari bibir isterinya itu buat Ethan tergelak kecil. Segera tubuh itu dipelukkan kemas untuk beberapa saat. Tahu sangat dengan perangai isterinya yang satu itu.
"Do you want to answer for that question, Doctor Danny?" Ethan bertanya kepada sahabatnya itu sambil mengangkat sebelah keningnya.
Belum sempat Doktor Danny menjawab, sekali lagi pintu bilik di buka dari luar. Thea melangkah masuk dengan perasaan gugup apabila melihat bilik itu dipenuhi dengan tetamu. Tambahan pula dengan kehadiran sepasang mata helang yang mula memandang tajam kepadanya.
"Err.. Assalamualaikum. Maaf saya lambat." Thea mula mengorak langkah mendekati meja di hujung katil di mana letaknya fail pesakit.
Selepas berjumpa dengan doktor Danny di bilik, ketuanya itu mengajaknya sama-sama ke bilik Puan Khayla. Sememangnya waktu sekarang adalah masa untuk dia melawat Puan Khayla.
"Kak Thea! I miss you." Tubuh Thea terus dipeluknya erat.
"I miss you too, little girl." Balas Thea dengan nada berbisik.
Masing-masing menggelengkan kepala melihat keletah Eshal itu. Puan Khayla hanya tersenyum kecil. Dia sudah pun tahu yang doktor muda di depannya itu telah menyelamatkannya dan merupakan kenalan anak gadisnya itu.
"Behave, Luthfia Eshal." Tegur Ethan dengan nada tegas.
Eshal hanya tersengih sambil mengarukan kepalanya. Tanda peace di tunjukkan ke arah daddynya.
"Puan Khayla, I think your doctor should answer your question." Doktor Danny menjeling ke arah Thea.
"Anything that I have to know, Puan Khayla?"
"Hurm.. Nothing serious actually tapi boleh tak kalau Auntie balik hari ini? Tak perlu rasanya tunggu esok. I feel much better now."
Thea mengangguk. Matanya terus tertumpu pada fail laporan kesihatan pesakitnya untuk seketika.
"I think it's just okay if Puan nak keluar awal sehari. Sebab dari laporan kesihatan Puan pun makin baik. Tapi kalau bos saya kat depan ni benarkan, should be not a problem for me." Wajah Doktor Danny di pandangnya.
"So Danny, can I. Please. I dah boring sangat makan makan hospital you ni."
Doktor Danny ketawa kecil dengan kenyataan yang diberikan oleh isteri kawan baiknya itu.
"She's your doctor. I can't say no." Dia mengalah.
"Puas hati sayang?" Soal Ethan sambil mengangkat keningnya.
Khayla mengangguk sambil tersenyum lebar.
Dari muda sampai ke tua, hospital tempat paling isterinya tidak suka. Rela di rawat di rumah daripada berada di hospital.
"So, doktor Thea, saya tahu yang doktor Danny dah bagitahu awak tentang pertukaran sementara awak kan?" Kali ini Ethan mula beralih ke arah Thea.
"Ya Tuan."
"Memandangkan isteri saya dibenarkan pulang hari ini, jadi malam ni kita terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. Be prepared, my man will pick up you at your home."
Dahi Thea berkerut.
"Sorry but saya still lagi tak faham tentang ini. Saya kena bertolak sekali dengan Tuan ke?"
Dia ada kereta sendiri, dia boleh pandu sendiri. Bukan dia tak biasa drive seorang diri. Selama ini okay je. Tak ada pula Doktor Danny bagitahu dia pasal ini.
"You have too. You are my wife's doctor. So your safety is my priority, now. Get it?" Ujar Ethan dengan nada tegas.
Thea laju saja mengangguk.
Bibir bawahnya di gigit perlahan.
Bapak dengan anak, sama saja. Dua-dua menyeramkan.
Dia terus menjeling ke arah ketuanya di sebelah yang sedang sembunyi senyum itu. Ikutkan hati geram nak je dia telan doktor Danny di sebelahnya itu. Nasib baik sebaya papanya.
Emeer yang duduk bersandar di kerusi sofa bersama Eshal itu ketap rahangnya kuat apabila melihat kelakuan Thea.
Dan tanpa Emeer sedar, dua pasang mata memandang kelakuannya itu dengan senyuman terukir di bibir.
Un-edit
Done!
Agak2 dua psg mata sape tu yg tgk Emeer?🤭
Keep vote and comment.😉
Love ang hug😚☺
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top