Bab 8


KULIT kepala Ian berasa sejuk apabila hujung pistol sudah menekan permukaan tudung shawl hitamnya. Automatik, Ian mengangkat tangannya keatas serupa seorang pesalah. Cuba bernafas setenang mungkin biarpun debarannya hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Fieraz dan Raine pula telah ditarik rambut masing-masing. Tangan dikepakan kebelakang bagi mereka tunduk akan kesakitan yang meresapi tubuh. Jelas terpapar di mata Ian, belakang lutut mereka disepak kuat lalu jatuh kaki mencium lantai. Feiraz menyeringai menahan pedih manakala Raine menurut segala kata.

Ian menggigit hujung bibirnya sehingga terkoyak kecil. Sungguh perasaan amarah sedang mengapi-apikan hatinya. Biarpun masih baru didalam kota metropolitan ini, sudah cukup memberikan Ian masa untuk mengenali setiap wajah penjenayah yang sering diwartakan di setiap papan buletin di pelusuk bandar atas isu keselamatan bandar.

Malang sekali, wajah-wajah geng ini turut menghiasi paparan utama di balai polis atas penjenayah yang paling dikehendaki atas kesalahan merompak skala besar. Namun, sehingga saat ini, penjenayah berbaju putih serta bandana hitam menutup separa wajah sebagai tema geng mereka masih belum berjaya diberkas ekoran setiap kali ketuanya berjaya melarikan diri. Lalu menggumpulkan ahli geng yang baru untuk pelaksaan masalah baharu.

Dua bulan lepas, tepat jam dua petang, terdapat pihak tertentu mencuba mengkhianati si ketua dari belakang apabila mereka menyedari yang ketua sekadar menggunakan mereka untuk aktiviti rompakan semata-mata. Berbaloi dengan jaminan hukuman penjara dikurangkan setahun, Ian hampir berjaya membuat penangkapan di sebuah bangunan terpencil dalam kawasan hutan hampir beberapa batu dari bandar.

Terkejut juga si ketua atau nama mainannya, Grey, apabila terdengar bunyi siren serta pembesar suara sudah berada dimana-mana, meminta dia untuk serah diri. Pasukan khas lansung menempuh masuk tanpa mendengar balasan dari Grey. Setiap ahli yang cuba menunding pistol, kaki serta lutut mereka terus ditembak. Namun, nasib tidak juga menyebelahi mereka kerana Grey berjaya melarikan diri sekali lagi.

Operasi itu gagal.

“Aku rindu dengan kau, Cik Ian. Lama dah aku tunggu kau. Tapi kau tak muncul-muncul. Akhirnya, aku yang datang pada kau. HAHAHA.” Grey mengalihkan tubuh hingga dia berdiri tepat dihadapan inspektor wanita itu. Muncung pistol kini disasarkan pada batang tengkuk Ian.

Dasar psycopath! Hati Ian sudah meluap-luap dengan perasaan marah. Berani sungguh Grey mempermainkannya di hadapan kalayak ramai. Sungguh tika ini lelaki itulah yang berkuasa. Dia mampu membuat segalanya yang dimahukan.

Tanpa berniat mahu membalas, Ian memalingkan wajah menjauh daripada terus menjadi tatapan Grey. Lelaki itu harus diajar untuk menghormati seorang pegawai kerajaan. Bukannya selamba berbicara tanpa menggunakan akal fikiran.

“Wah jual mahal kau! Ke kau nak tengok setiap kepala budak-budak dalam ruangan ni bersepai depan mata mak bapak diorang?” Herdikan Grey mendapat respon luar biasa apabila rata-rata tahanan yang ramai itu tersentak kuat.

Mendengarkan perkataan bersepai, setiap ibu dan ayah pantas memaut anak masing-masing rapat kedalam dakapan. Nampak yang mereka takut akan perkara yang bakal terjadi pada anak-anak kelak.

Sebalik daripada melakukan sesuai herdikannya tadi, leher Ian dicekik kuat. Grey sepertinya menjatuhkan hukuman lansung keatas tindakan melulu gadis itu yang telah mencabar keegoannya. Tak cukup, muncung pistol ditekan kuat di kulit lembik bawah dagu gadis itu.

Houseing ditarik. Bunyi besi berlaga menandakan yang peluru sudah berada di tempat sepatutnya. Dengan muka berlagak minta ditampar, Grey tersenyum penuh sinis sebelum membuka lenggok tubuh untuk dipergayakan dalam pembunuhan anggota polis kesayangan negara iaitu Ian, musuh ketatnya. 

Sehembus nafas dilepaskan, Ian sudahpun menutup kedua belah mata. Air jernih membasahi tubir mata. Debaran di hati sudah di kemuncaknya. Peluh sejuk membasahi permukaan baju meyakinkan yang gadis itu pertama kalinya, takut akan kematian. Dengan tangan bergari, bibir mengungkap dua kalimah syahadah. Redha akan ajal dan mautnya.

“Bos, ada situasi di luar. Bangunan kita telah dikepong.” Alat tele-komunikasi berupa sebiji walkie-talkie yang tersisip elok di pingang Grey, tak semena-mena berbunyi nyaring. Gangguan statik menyebabkan suara pemanggil hampir tidak kedengaran. Tangan yang mengacu pistol jatuh kebawah semula.

Nafas Ian tertahan-tahan hinggalah Grey mulai melangkah kearah lain sambil memarahi pemanggil disebelah sana. Fieraz turut menarik nafas lega setelah melihat kazennya masih mampu bernafas, belum dimakan peluru hidup.

Lantas, Fieraz mengambil peluang ini untuk mengerling setiap jalan masuk atau keluar yang tiada penjaga namun hampa. Ahli geng berbaju putih itu berkawal dimana-mana. Senapang berat didalam tangan juga bererti mereka akan menembak sesiapa sahaja yang cuba melawan.

Apakah peluang mereka kali ini?

. . .

SUASANA menegang sekembalinya Grey, si ketua, berdiri ditengah-tengah ruangan yang dipenuhi tahanan pasaraya. Setiap tahanan yang tidak bersalah semakin menundukkan kepala. Bila-bila sahaja nyawa mereka bakal melayang ekoran bernanti-nanti tindakan Grey yang seterusnya.

Ian pula semakin meradang. Mukanya kian memerah geram melihat senyuman yang tersungil di bibir si ketua setelah menamatkan hubungan komunikasi bersama ahlinya yang berkawal di tangga eskalator. Merayakan kemenangan mereka dalam keberjayaan menundukkan kekuasaan pegawai polis negara Anggerik. Atau nyawa seramai lapan puluh dua orang tahanan akan berakhir di dalam genggaman mereka.

“Maaflah Ian. aku terpaksa serang kau secara mengejut dan rampas pistol kau tanpa kebenaran. Dah terlanjur aku ternampak kau bersama dua orang manusia di sebelah sana tu, sekaligus memberikan aku idea untuk menawan pasaraya ni termasuklah kau sekali, permaisuri.” Terang Grey lalu menundukkan separa tubuhnya di hadapan Ian lagak seorang hulubalang yang setia. Bandana yang menutup wajah ditarik kebawah sekaligus menampakkan wajah sebenar si ketua perompak.

“Aku tak kesah kau nak culik aku tapi lepaskan semua manusia yang tidak bersalah. Aku sanggup gadaikan nyawa aku demi diorang!” kata Ian dengan berani. Jeritan Fieraz yang memarahi kata-kata Ian lansung tak dihiraukan. Mata tetap memancung kearah Grey, cuba mencabar lelaki itu.

Sebaliknya, lelaki itu sekadar mengangguk kepala. Lansung terdiam sejenak. Agaknya memilih rencana jahat yang sudah terangka di dalam kepala. 

“Aku tak sebodoh itu. Kau akan melarikan diri jikalau aku melepaskan mereka semua. Dan polis akan kembali mengejar aku. Jadi, sekarang biar aku hapuskan kau dahulu. Seterusnya, diorang semua. Adilkan? Semua mampus.” Seusai bicara, bergelak ketawalah semua ahli geng perompak yang terkenal di daerah utara Anggerik itu akan kelicikkan mereka dalam jenayah membunuh.

Kerana dia, puluhan nyawa kanak-kanak serta remaja ditemui bergelimpangan sekitar kawasan-kawasan terpencil. Tidak sempurna anggota, juga ditinggalkan terlalu lama sehingga menyebarkan bau-bau tidak menyenangkan di kalangan penduduk setempat. Kata saksi, beberapa ahli aktif geng ini sanggup melakukan perkara terkutuk dengan membawa mangsa ke tempat-tempat sunyi lalu bertindak membunuh sehingga mati.

Sejak itulah Ian menyimpan dendam dengan geng ini. Dia sendiri sudah bertekad untuk menumpaskan keseluruhan kumpulan ini daripada terus menerus bertindak keji sesama manusia. Biar mereka selamanya memeriahkan Lokap Utama Anggerik.

“Bermula dengan kau.” Pistol diangkat separas bahu lalu jari menekan picu. Kesemua mereka akan menyaksikan kematian pertama anggota polis wanita didepan mata.

‘Tidak, aku tidak benarkan.’

Tak semena-mena, keadaan bertukar menjadi sangat perlahan. Impak peluru yang halus terbang keluar dari muncung pistol bersama percikan debu serta kesan kelipan api seiring bunyi bingit yang dasyat. Tapi, tidak untuk Raine.

Gari halus serupa gelang yang dihadiahkan Ian pantas direntap lalu patah menjadi dua. Wanita itu kembali bebas. Jikalau tadi Fieraz mempersetujui cadangannya untuk menyelematakan Ian lebih awal, tidaklah keadaan menjadi luar kawalan seperti ini.

Nyawa Ian terlalu bernilai. Malah amat mahal untuk dibandingkan dengan seribu spesisnya. Gadis itu juga merupakan salah satu kunci bernyawa yang bakal menamatkan malapetaka dunia kelak. Ada perkara besar yang akan berlaku, memerlukan Ian serta Feiraz untuk berganding bahu bagi menumpaskan keseluruhan medan kejahatan yang semakin berleluasa. Atas amanah Monark, gadis itu mestilah sentiasa dipelihara atas kelansungan umat manusia.

Raine sudah tidak betah hendak mendengar nasihat Fieraz yang menyuruhnya sabar. Galaunya jiwanya setiap kali Ian diancam dengan kehadiran pistol serta ungkapan kata sinis daripada lelaki bernama Grey itu.

Kepantasan yang dimilik lima kali ganda kelajuan asli seekor kuda mampu menyelesaikan masalah ini dengan mudah. Lima ahli geng bersenjata yang berkawal disamping ketuanya itu pastas Raine membaling mereka kebelakang dengan sekali hayunan manja. Berlari kearah Fieraz lalu kuku runcingnya pantas memotong tali yang menyekat pergerakan.

Berlari melawan arus, segala yang dilihat hanyalah kelembapan manusia dalam melakukan pergerakan. Hendak mengepal penumpuk juga memakan masa dua saat berbanding wantu normal. Bosan menunggu, tangan Raine sudah menembusi empat leher ahli baju putih tanpa belas kasihan.

Kekecohan yang ditimbulkan Raine menyebabkan berlakunya tembak-menembak rambang kesemua arah, ekoran arahan daripada ketua mereka. Grey juga terkaget apabila pandangan matanya tidak dapat menangkap kelibat yang sedang berlari mengelilingi mereka. Kerlipan lampu juga penyumbang utama kepada ketakutan yang meratah jiwa. Bunyi jeritan orang ramai serta percikan darah melatari suasana kini. Dalam kiraan satu saat, setiap anggotanya juga semakin berkurangan.

Malah tanpa berkelip, wanita itu pantas berlari ke arah pintu masuk lalu menyerang tiga lagi lelaki bersenjata dengan mencekak leher mereka hingga tertutup salur pernafasan. Masa bertukar normal semula seraya Raine melepaskan tubuh yang terakhir perlahan-lahan jatuh dari pegangan lalu terbengkalai di atas lantai.

Kulitnya menjadi semakin memucat. Urat-urat berceracak mulai menimbulkan corak baharu. Terpejam-pejam mata menikmati sesuatu yang baru mengalir ke dalam saluran tekak. Bibir berdarah itu menyimpulkan senyuman sinis yang amat menakutkan, tepat kearah Grey yang terduduk menunggu kejutan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top