Bab 7

BERTAUT kening ditengah dahi Ian apabila mendengar bicara mengarut dari makhluk abadi penghisap darah itu.

“Kau dan aku lahir daripada spesis yang berbeza. Pertempuran kita sebelum ini juga masih belum selesai. Kau cuba memperlekehkan kebolehan aku?” soal Ian, berhati-hati.

Pantas, sebilah pisau warrior yang tersisip dipergelangan kaki ditarik keluar lalu dipegangan erat. Lebih mudah menghayunkan benda kecil itu berbanding menggunakan pistol yang lambat reload dan ia lansung tidak berguna untuk melawan raksasa dihadapannya ini.
 
“Kau simpan pisau dan kita bincang.” Kata Raine dengan berani. Kening menjongket nakal. Sesuai dengan perwatakkannya yang chuncky dan pixie.
Selangkah lagi diambil mendekati Ian sambil tersenyum kecil. Sejak kecil lagi, dia gemar melihat wajah Ian yang gemar bermain dengan reaksi. Berdiri dicelahan pohon sambil menyaksikan Ian melakukan aktiviti seharian sudah cukup membuatkan harinya terasa sempurna.

“Aku tak percaya kau sebanyak itu, Raine.” Nama Raine sengaja ditekan dalam. Namun, terselit juga rasa gusar melihat perempuan itu mampir dengan riak wajah yang sukar dimengertikan. Ian pantas mengambil langkah mengundur kebelakang hinggalah tubuhnya melekat di dinding jubin putih.

“Kalau ia berkaitan dengan Monark, apakah itu boleh menukar kepercayaan kau dengan maklumat daripada aku?” soal Raine lagi. Dia berhenti daripada terus maju apabila hujung pisau Ian hampir mengenai batang hidungnya. Lalu berpeluk tubuh seraya menanti Ian menukar fikiran.

“Hati-hati bila menyebut nama atuk aku. Atau lidah kau aku cantas.” Habis kata, Ian pantas menghayunkan muncung mata pisaunya kekiri dan kekanan dalam gerakan sekelip mata. Aura yang terpantul melalui anak mata Ian jelas menyatakan yang gadis dua puluhan itu tidak suka akan nama sebenar atuk disebut-sebut.

Keabadian seekor makhluk keturunan penghisap darah, Raine tetap berjaya mengelak serangan tiba-tiba Ian yang lansung tidak dijangka sebenarnya. Dua lompatan kebelakang sudah cukup menjarakkan dia dengan gadis bahaya itu. Rambut yang tidak terurus dek gerakan kasarnya segera dilarikan kebelakang semula. Sebelum terperasankan yang pisau Ian berjaya membunuh dua helai rambutnya. Cih!

“Macam mana kau kenal atuk aku? Jarang sekali ada makhluk lain mengenali nama itu kerana di dunia dia menggunakan nama lain tuk dijadikan penyamaran. Atau kau juga pernah bertindak hendak membunuh atuk aku?” jerkah Ian tiba-tiba. Entah kenapa dia panasaran dengan Ranie. Hanya segelintir manusia yang dipercayai atuk sahaja yang akan mengenali nama keramat itu.

“Ian. Rasa marah tidak akan membawa kau kemana-mana. Berdiri aku disini atas amanah atuk kau juga iaitu budak yang pernah dulu aku jaga.” Gadis polis itu terus tersentak. Terasa mengarut pun ada.

“Kau pernah jaga atuk aku? Budak? Berapa umur kau sekarang?” Ian bagai disumpit rasa terkejut dan teruja dalam masa yang sama. Tanpa disedari pertahanan diri semakin diabaikan.

“Aku terjumpa atuk kau sewaktu usiaku baru menganjak enam ratus tahun. Monark sedang menangis sambil berdiri dihujung jalan kerana tersesat. Sambil memujuknya, kami berpimpin tangan sambil berjalan riang hingga ke terjumpa seorang wanita muda yang terkejut melihat Monark. Berpisah disitu, Monark terus mendapatkan penjaganya lalu meninggalkan aku.
Yang anehnya, Monark tetap melambai dan tersenyum manis meskipun dia sudah tahu siapa diriku yang sebenarnya. Sejak saat itu, aku sering mengikut kemana dia pergi walaupun dia pernah hampir membunuhku.” Ranie tersenyum lagi sesudah menghabiskan penceritaan ringkas antara dirinya dengan atuk Ian.

“Atuk tak takut lansung bila kau bagitahu dia siapa diri kau yang sebenar?” Dalam hati Ian memuji-muji keberanian atuknya meskipun keadaannya masih kecil pada masa itu.

“Bukan aku beritahu. Tapi kulit tapak tangan aku melecur dan hampir terbakar akan kehangatan darah Monark yang bertindak balas dengan diriku.” Kata Ranie dalam loghatnya yang sama. Mungkin kerana umurnya yang terlalu lanjut hingga tidak berkembang mengikut peredaran dunia sekarang.

Ian menganggukkan kepala setelah mengerti keseluruhan kisah yang berlaku. Sejak kecil lagi atuk memiliki kuasa terpendam. Juga mampu menyakiti makhluk durjana hanya dengan menggunakan tangannya sahaja.

Dalam Ian termenung mengagumi kehebatan atuk kesayangan, Ranie mengambil peluang dengan melompat ke udara lalu menghempap tubuh Ian yang sudah tertiarap diatas lantai. Lansung kedua belah pehanya memijak kaki serta tangan gadis itu untuk membiarkan pembunuhnya tidak memberontak.

“Tak guna! Kau mainkan aku! Aku tak percaya kau!” jerkah Ian dengan kuat. Rasa perit mengalir diseluruh badan apabila Ranie tidak benarkan anggota tubuhnya bergerak. Pisau juga telah terjatuh sewaktu Ranie tiba-tiba berada dihadapan Ian menggunaakan kepantasan luar biasanya.

“Aku lansung tak tipu kau. Semuanya cerita benar. Tengok kesan kat tangan aku ni. Kau pernah nampak yang sama pada sesiapa?” Rania bagai tidak terusik dengan jeritan Ian. Malah meneruskan perbualan tanpa membimbangkan kehadiran pengguna tandas yang terumpan dengan kebisingan Ian. Dibelakang tapak tangan Ranie terdapat satu ukiran yang membentuk huruf tunggal.

“Huruf ni, V. Juga huruf yang sama di belakang tangan atuk aku. Tapi bila ditanya, dia menjawab yang itu adalah parut lama.” Kata Ian dengan laju. Jelas wajahnya terkejut sekali lagi akan persamaan yang tak terjangka itu. Tapi, atuk tidak pernah pula menjelaskan makna disebalik ukiran aneh itu.

“Weyh Ian, asal kau menjerit? Argh! Korang buat apa ni?!”

Kedua gadis itu terkaku seraya mata menyorot kearah Fieraz yang tiba-tiba mengintai dicelahan pintu. Kelewatan Ian selama setengah jam kian memudarkan kesabarannya. Setelah memikirkan kesan yang bakal diterima akibat memecah masuk tandas wanita, hati bertekad yang dilakukan ini semua untuk Ian. Sebelum terkejut setelah membuka pintu. Hati dibaham rasa cemas melihat Ian dihempap oleh seseorang hingga tidak dapat bergerak.

“Berani kau masuk atau aku gigit.” Bidak Raine mengejut. Kepala melangut kedepan seraya mendesah garang, menampakkan gigi taringnya kearah Fieraz.

. . .

SEBATANG kayu besbol yang dibeli dari rak barangan lelongan dari sebuah kedai mainan ternyata bernilai apabila digunakan untuk mengetuk kepala Raine. Spontan wanita tua dalam kulit muda itu bangun lalu mengusap kepalanya perlahan. Muncung memanjang kedepan apabila gurauannya tidak menjadi.

“Lambatnya kau. Dari tadi aku terjerit-jerit baru ni kau datang?” soal Ian termegah-megah. Semput menahan nafas dek keberatan tubuh si Raine menyekat sistem peredaran nafasnya.

“Sebab aku memikirkan kesannya sebelum masuk ke sini. Sudahnya seekor dracula serta kau terbaring atas lantai yang aku dapat.” Bebel Fieraz. Wanita yang cuba menakutkan dia menggunakan senjata terkuat makhluk abadi itu dikerling tajam.
“Dan kita kena keluar dari sini sekarang.”

“Kenapa pula? Kau kan nak soal siasat perempuan tu.” kata Ian lalu segera mendapatkan kazennya sebelum dihempap lagi.

“Memang nak tapi bukan sekarang. Kat sini tak selamat.” Jari Fieraz meramas rambut berkali-kali. Kepalanya berserabut akan perjumpaan dengan spesis yang berkemampuan mengancam populasi manusia ini. Ketangkasan serta kepantasan yang dimilik Ranie tidak syak lagi boleh membunuh dia dan Ian dalam sekelip mata. Jika kepercayaan yang dimahukan, dia harus bekerjasama.

“Bawa aku bersama dan aku boleh ceritakan segalanya tentang atuk kau.” kata Ranie perlahan. Tangan diturunkan seraya kepalanya sudah tidak berasa sakit lagi.

Feiraz dan Ian saling bertukar pandangan. Berkomunikasi dalam cara mereka serupa telepati dan akhirnya mengangguk serentak. Gari diseluk keluar lalu berjalan merapati Ranie.

“Kau nak kami percayakan kau, kau percayakan kami dahulu. Keluarkan tangan.”

Ranie terpinga-pinga. Dia bukannya seorang penjenayah hingga perlukan gari untuk menjamin keselamatan mereka. Ranie Eloise, seorang pembunuh bersiri yang kejam dan sudah melakukan hampir beribu pembunuhan dalam sejarah vampire. Mereka yakin dengan benda kecil ini mampu membendungnya daripada melakukan kejahatan?

“Kau tahu aku mampu beraikan gari halus ni dengan sekali tarik kan?” soal Ranie, agak tidak percaya Ian sekadar menggarinya dengan jaminan yang dia tidak akan lakukan apa-apa.

“Aku tahu dan aku tak minta kau duduk diam pun. Cuma aku nak lihat seberapa lama kau boleh bersabar dengan tangan terikat begini. Sehingga aku dapat memperoleh sedikit kepercayaan, barulah aku lepaskan kau.” Ian tersenyum kecil.

Gari yang diklasifikasikan sebagai senjata pertahanan utama anggota polis dalam operasi membanteras jenayah dan memenuhi lokap-lokap kosong di penjara. Juga menjadi titik permulaan untuk mengenali perangai Raine yang sebenarnya.
“Dengan senang hati, my lady.” Raine tersenyum sinis.

Raut menyampah Ian semakin menjadi-jadi. Gari segera diletakkan pada tempatnya seusai wanita berusia beratus tahun itu menghulurkan kedua belah tangan kedepan. Ian memusingkan gari hingga berbunyi ketip kemudian barulah dilepaskan. Raine sudah tidak boleh menggerak sesuka hati tanpa kebenaran mutlak.

Can we go now both of you?” soal Fieraz, laju.
Dia masih berkawal di pintu utama tandas kerana bimbangkan pengguna tandas yang lain ketakutan melihat seekor puntianak dengan tangan bergari. Atau melabelkan diri Fieraz sebagai lelaki kekeliruan jantina.

“Mari gerak sekarang.” Arah Ian dengan tegas. Jaketnya dibuka lalu menutup tangan Raine yang bergari daripada menjadi tatapan masyarakat. Setelah itu, tangan kanannya memegang lengan Raine bagi membantunya bergerak. Raine pula lansung tidak menolak. Malah terasa seronok apabila dirinya diapit dua orang pengawal yang segak dan kuat.

Tanpa menonjolkan seberapa banyak gerak-geri yang mencurigakan, mereka bertiga pantas berjalan keluar dari laluan tandas dan lansung bertembung dengan ramai masyarakat yang lalu lalang hampir di setiap lorong. Maklumlah sekarang sudah mencecah dua belas tengah hari, waktu genting dengan bilangan orang yang paling maksimum. 

Mereka menjadi terlalu tergesa-gesa apabila menyedari setiap pasang mata tiba-tiba sedang melihat ke satu arah. Beberapa pasang tangan memunjang kedepan bersama riak wajah terkejut dan takut. Mata Ian terkebil-kebil tidak tahu perkara yang sudah berlaku. Untuk kesekian kali juga berkongsi pandangan bersama Raine. Bimbang wanita itu sengaja mendedahkan bentuk sebenarnya.

Nampaknya tidak kerana baru sahaja Ian mahu membuka mulut, hendak menenangkan suasana pasaraya yang haru-biru, dia perasankan satu pergerakan pantas mengelilingi pingangnya. Tak sempat hendak berbuat apa-apa, hujung pistol milik Ian bertindak mengkhianati tuannya.

“Tak sangka kita berjumpa di sini ya, Cik Ian?”

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top