Bab 5

CAHAYA matahari waktu pagi asyik memanggang wajah kedua orang manusia yang masih tidak sedarkan diri daripada lena. Dari malam dibawa hingga ke pagi, tempat tidur tidak beralih. Malah, tubuh Ian sudah mendapat tempat diatas karpet gebu sambil berselimutkan jaketnya. Seraut mulus, mata terpejam, menyiratkan sejuta kesakitan zaman silam.

Bintang paling terang di angkasa raya itu menyuluh tepat kearah Fieraz apabila pemuda itu mencuba membuka kedua belah mata setelah terjaga sebentar tadi. Dia berasa lalok kerana tidur lebih lama daripada keperluan. Kebiasannya alarm yang telah disetkan melalui telefon pintar pada setiap pukul lima setengah setiap pagi yang akan mengejutkan Fieraz. Namun, isyarat ‘suprised’ daripada benak yang menggesanya untuk tersedar dalam keadaan terkejut dan menyebabkan dia menderita sakit kepala secara tiba-tiba.

“Mana – ? Ouh damnn. Lupa pula bercas kat dapur.” Semerta tapak tangan menepuk dahi perlahan. Baru teringat yang dia meletakkan telefon di plug pengecas ketika menjamu kedua orang abang makan malam bersama semalam.

Lengan diangkat bagi melindungi wajahnya daripada terus menjadi mangsa pancaran cuaca panas sekaligus cuba menonggak kepala ke atas. Leher dan bahu terasa bebanan ekoran tertidur di sofa yang keras. Perlahan-lahan, Fieraz bangun bagi melembutkan urat sendi lalu duduk berlunjur kaki. Peritnya terasa menusuk sampai ke tulang belikat.

“Dah lah terlepas subuh. Apa kena dengan aku semalam?” soalnya kepada diri sendiri. Benaknya yang mamai dan tintong masih tidak dapat berfungsi dengan baik. Fikirannya menerawang memainkan sedutan yang terakhir dilakukan ketika dia sedang membuka salah sebuah kotak lama lalu terpegangkan .. 

“Rantai atuk.”

Ya, saat itu dia sekadar mahu membawa kotak-kotak itu naik ke tingkat atas sebelum kakinya terpasung tiba-tiba. Tangan melekap disisi tubuh, lansung tidak dapat bergerak. Sayup-sayup kedengaran semacam desahan manja memancing deria. Perlahan dan cukup gemersik hingga meridingkan seluruh roma.

Dalam pada itu, minda bukan lagi percaturan Fieraz malah zahir serta batinnya sudah tersungkur dalam kawalan makhluk perasuk. Di kala tangan miliknya memegang seutas rantai besi bersalut perak sebentuk cincin dengan tidak bertahtakan sebarang permata sebagai ibunya, berdesup-desup angin kencang berwarna kelam entah dari mana datangnya melanggar tubuh Fieraz dari segenap arah. Hembusan demi hembusan meranap setiap inci permukaan kulit Fieraz hinggalah pandangannya berbalam hitam dan bergantian pula dengan cebisan mimpi perihal masa kecilnya.

“Tak guna! Makhluk apa yang mainkan aku semalam?! Tunggu aku pagarkan keseluruhan kawasan rumah daripada menjadi tempat singgahan korang!” Penggepal menumbuk permukaan sofa dengan perasaan amarah yang meluap-luap. Binggung anak muda itu memikirkan gangguan demi gangguan yang bakal menyita seluruh hidupnya.

“Ahh! Malaslah aku nak fikir. Dah pindah ke tempat baru pun ada yang mengganggu. Elok aku mandi bersiap. Kejap lagi nak keluar dengan Ian beli barang dapur.” Kata Fieraz lalu segera berdiri. Jam di dinding sudah menunjukkan pukul tujuh empat puluh lima pagi. Kesal juga terlepas subuh pagi ini. Elok dia qada’kan solat yang terlepas. 

Perkara yang menimpanya semalam sedikit sebanyak memberi kesan seluruh badan seumpamanya Fieraz memang benar pulang ke masa silamnya. Hendak berdiri sendiri pun tidak mampu kerana balikan lampau daripada pusaka rantai dan cincin itu telah menghabiskan segala tenaga yang bersisa dalam tubuh Fieraz. Serupa seperti yang dikatakan atuk beberapa tahun lalu. Cumanya diri sendiri masih belum pernah mengalami masalah seperti ini.

‘Kalaulah atuk ada, boleh tolong aku selesaikan benda ni.’

Hampir sepuluh saat Fieraz mengerdipkan kelopak membetulkan semula penglihatannya, ekoran mata menangkap bayangan sesusuk tubuh terlentang diatas karpet. Sebelum dia tersentak dan hampir terduduk semula. Ianya kazennya, Ian. Gadis itu tak pulang ke rumah semalam?

“Minah, minah .. oitt bangun Ian! Kenapa kau tidur kat bawah?” soal Fieraz sambil tangannya mencuit pinggang Ian beberapa kali. Tak cukup dengan itu, cuping telinga Ian ditpulas-pulas lembut. Terbit pula niat nakal hendak mengusik gadis itu.

“Halah, takyahlah kacau akak, Raa. Hari ni akak cutilah.” Bebel Ian pula dengan mata yang masih terpejam. Mata ditenyeh kerana terasa silauan matahari kemudian menarik kembali jaketnya menutup wajah. Mahu terlena semula.

“Ewah minah ni. Mengigau pula dia. Bangunlah!” Fieraz berteriak lalu mengangkat jaket kulit milik Ian. Manakala lengan gadis itu segera ditarik memaksanya duduk bersila. 

“HAH?! Kau buat apa kat bilik aku ni?” jerit Ian sesudah menyedari kehadiran Fieraz di sisinya. Tangan meraba tudung dan baju kerja yang masih melekap pada tubuh sebelum tersedar yang dirinya berada di ruang tamu rumah Fieraz.

Mulut sedikit ternganga. Jari telunjuk menunding diri sendiri seraya berkalih semula kearah Fieraz yang sudah memaparkan wajah bengangnya.
“Aku yang tidur kat rumah kau?”

. . .

MATA Ian terkebil-kecil merenung secawan air kopi hangat berkat air tangan Fieraz. Meski masih disogok rasa kantuk, dia sudah tidak betah hendak tidur semula. Lebih baik duduk disitu dan memerhati kazennya menari-nari sambil memasak sarapan daripada melangut dihadapan televisyen. Lagipun dia sudah malas hendak pulang ke rumah. Sekejap lagi sudah mahu keluar membeli barang. Setelah itu nanti baru dia balik.

“Ian. Kau tak cerita kat aku lagi pasal semalam.” Fieraz berpusing mengadap gadis itu, membiarkan telur hancur di dalam kuali untuk beberapa minit lagi.

“Aku dah cerita sampai habislah. Aku jumpa kau berdiri dekat dengan pintu gelangsar. Aku sentuh bahu kau perlahan-lahan tepat sebelum kau pengsan. Itu je. Anything weird?”

Ian merapatkan bibir lalu mengangkat kedua belah bahunya. Anak mata dijatuhkan kebawah. Kembali menggodeh air menggunakan sudu. Tindak tanduk dinginnya menampakkan yang Ian tidak selesa mahu mengulas semula kejadian malam tadi.

“Aku ta – tak tahu siapa yang .. .Aku mimpi pasal atuk.” Fieraz bergumam perlahan.

“Pasal atuk? Atuk jumpa kau or what?”
Melihat reaksi bersinar teruja itu membuatkan Fieraz mengeluh. Wajahnya pula yang terperosok layu. Sungguh memori malam itu bukan lagi satu rahsia diantara ahli keluarga tetapi sudah tersebar meluah hingga ke seluruh dunia.

Fieraz ingat lagi waktu itu, insan yang paling kuat menidakkan kabar itu ialah Ian. Tika itu yang baru berusia tujuh tahun, atuk telah meninggalkan dunia serta segala misi-misi armada yang masih belum sempat dilaksanakan. Selama lapan bulan berturut-turut Ian mengalami kemurungan dan tidak betah ibu bapanya menghantar ke sekolah dalam keadaan meraung dan menangis sambil memanggil atuk.

Seperti kazennya juga, Fieraz juga mengakui yang hatinya juga memendam rasa rindu hendak meluangkan masa bersama atuk. Setiap petang, mereka berdua akan membonceng basikal, atuk membawa Fieraz bersiar-siar kampung.

Pak long iaitu abang kepada ayah Fieraz pula mengekor dari belakang bersama Ian sambil membonceng motosikal. Bergelak ketawa mengejar daripada belakang. Angin menderu menolak tubuh melawan sang bayu tetapi sayang sekali, hanya tinggal kenangan. 

Tawakal.

Sudip diletakkan dalam kuali. Sepinggan kaca berisi telur hancur mengharumi ruangan dapur. Hidangan kegemaran mereka setiap kali pulang ke kampung menjenguk atuk.

Setelah duduk tertib, Ian tidak lagi menyentuh pinggan atau kepingan roti gardenia berhampiran sebelah kiri sikunya. Malah memilih untuk merenung wajah Fieraz, menunggu pemuda itu menceritakan tentang mimpinya. Sudah lama benar dia tidak menyebut panggilan itu. Ian memilih untuk berhenti berharap pada yang sudah tiada lalu tidak lagi pulang ke kampung. Memberi perhatian kepada pembelajaran pula semata mahu melupakan insan kesayangannya. Hinggalah Fieraz menyebut nama itu.

Remember our last game before?”
Your board game?” Papan permainan Fieraz.
“Bukan. Hide and seek with ‘im’”

Terbundar sejenak kedua mata Ian. Jelas ketara pergerakkan matanya yang menatap wajah Fieraz sedikit terketar, tersentap dengan kejadian terakhir yang memuncakan segalanya. Permainan yang telah dianggap keramat itu telah membangkitkan semangat hitam sewaktu bulan mengambang menyinari malam.

“Ke – kenapa?” Suara Ian hampir tidak terkeluar, semacam berbisik. Tak semena benaknya terasa hendak meletup. Emosi yang hampir lenyap bersama kesakitan lama kembali menyunting hati.

“Aku tak ingat keseluruhan saat itu. Aku ternampak seorang budak serupa waktu aku kecil, membuat simpulan janji kelinking, sama seperti yang sering kita lakukan dahulu. Dan mulut ini menyebut nama aku sendiri. Tangan melambai manakala sebelah lagi memegang tali yang bersimpang di bahu, selaras senapang patah. Tak lama, tubuh yang sedang aku bawa itu bercakap sendirian, olahannya seperti dia kesal akan sesuatu. Sesuatu menyekat haluan dimana sebentuk bebayang kelam roh serakah berdiri dihadapannya. Jiwa aku masa itu, berasa takut seolah segalanya sudah terlambat. Dan ia tamat disitu.

“Andai kata benar, mungkin aku termasuk dalam badan atuk dan mengimbas semula ingatannya waktu itu.” Ulas Fieraz. Selesai bercerita, jari mencubit sedikit roti dan telur hancur lalu menyuap kedalam mulut. Entah mengapa jantungnya berdetak lebih kuat daripada biasa. Adakah dia sedang cuba menjaga katanya dengan Ian kerana bimbang gadis itu terluka semula?

“Tapi takda babak yang menampakkan kemana atuk menghilang?” soal Ian, masih menahan perut yang berkeroncong lapar. Dia semacam rasa tidak puas akan penjelasan daripada Fieraz. Ian mahukan suatu jawapan yang serupa dengan bisikan hati. Dan menolak segala andaian yang dulu meracuni fikirannya. 

Nope. Ia terputus kat situ.” 

Ian sedikit hampa. Punah harapannya yang menyinari tadi. Namun, keinginan hendak dan akan sentiasa menunggu kepulangan atuk tetap utuh. Khabar angin berupaya berevolusi. Pengebumian dua belas tahun dahulu hanyalah sekadar satu kaedah untuk mengaburi mata-mata dunia akan jejak langkah atuk yang mulai mencari arah tujuannya.

Bebayang yang tidak berjasad, hidup sebagai parasit dalam bayangan manusia. Dan ia mengikat takdir dengan Fieraz atas sebuah perjanjian berdarah. Perjanjian membangkitkan seseorang yang mati. Itulah kali terakhir atuk berada di sisi, sebelum membawa diri.

“Baru aku teringat. Rantai siapa yang kau pegang semalam?” soal si gadis setelah mengunyah beberapa cubitan kecil roti di dalam mulut.

“Rantai atuk. Ada bisikan menghasut aku untuk memegangnya sebelum .. – sebelum aku tidak sedarkan diri semalam! Dan rasanya, sebab ia jugalah aku mimpi tentang atuk!”

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top