Bab 11
AWAN kelam sedang berarak megah di dada langit, menyembunyikan permata hati mereka yang bakal bersinar cantik. Atuk sedang membetulkan kanta teleskopnya apabila terlihat kedua cucu kesayangan sedang bermain permainan kegemaran mereka iaitu sorok-sorok.
“Seronok betul cucu aku.” Katanya sendiri. Kemudian bibir mengengih apabila ternampak Fieraz dihempap kerana kakinya sempat ditangkap oleh Ian. Bergumpallah mereka berdua disitu, masing-masing saling menepuk dalam berusaha melarikan diri.
‘Nampak sangat diorang taknak mengalah. Susah sangat ke mengira belakang tiang tu?’ bisik atuk di dalam hati.
Apabila Ian berjaya menepuk kaki Fieraz, anak lelaki itu pula semakin mengetatkan pegangannya pada lengan Ian. Kedua mereka tak mahu beralah, agknya malas mahu mengambil giliran untuk mengira manakala seorang lagi akan bersembunyi. Dalam beberapa kali pusingan, keputusannya tetap sama.
“Heh, jangan paksa aku guna kuasa aku, Fier.” Ugut Ian sambil berganti menghela nafas berat. Penat juga bermain benda ini. Meskipun sebenarnya mereka sudah lari dari objektif dan peraturan permainan asal.
“Aku tak takutlah!” teriak Fieraz lalu pantas bertindak apabila Ian terleka. Dia terus menindih kedua belah kaki Ian menggunakan berat badannya. Rambut panjang Ian pula sengaja diserabutkan hingga mengganggu penglihatan mata. Berjaya mengaburi Ian, dia terus melompat lalu menepuk pula kaki kazennya. Ian pula yang akan mengira. Yeay!
“Kau pulak jadi!” Ian yang sudah kematian langkah, melepaskan keluhan kasar mendengar jeritan dari Fieraz. Anak itu mula berlari-lari anak sementelaah lehernya terjenguk-jenguk mencari tempat sembunyi yang baru.
Laman rumah atuk yang serba meluas dihiasi dengan tanaman pokok-pokok berbatang keras dan boleh bertahan hidup hingga beratus tahun lamanya. Atuk seorang penggemar tumbuhan liar, selain daripada tugas melindungi setiap penghuni rumahnya.
Kata atuk, dia pasti akan membawa pulang satu atau dua anak pokok agar kesemua tumbuhan itu dapat menyorokkan rumahnya daripada serangan musuh. Entah pasti atau tidak, semua tumbuhan itu benar melindungi seluruh rumah atuk, lelangit daun-daun hijau menutup pemandangan dari arah atas hinggalah mengekarkan akar sekeliling laman ini.
“Fier.”
“Apa dia?” soal Fieraz yang masih sibuk menjengah.
“Fieraz!” jerit Ian dengan kuat.
Fieraz berpaling dengan wajah tak puas hati kearah Ian yang sudah berdiri tegak. Mungkin anak perempuan itu mahu mengejar si kazen semula. Tapi sebaliknya, Ian mengangkat permukaan tapak tangannya menghala kearah Fieraz lalu mengatakan satu perkataan tanpa mengeluarkan sebarang bunyi. Anak itu bagaikan terpukau.
‘Penyeruan tanpa suara?!’ desah atuk di dalam hati. Riak wajahnya berkedut dimamah usia yang hampir lima puluh tahun, terpempan melihat suatu cahaya putih tiba-tiba bersinar silau dari tapak tangan kecil Ian. Setiap mereka pantas menuntup mata dek tidak dapat menahan keterangan cahaya itu.
Atuk mula berlari mendapatkan Ian lalu terus memeluk cucu perempuannya. Termengah-mengah, tapak tangan Ian disembunyikan dengan tubuh. Lalu mereka berdua jatuh terlentang dengan belakang atuk menghempap tanah terlebih dahulu. Keadaan terang serupa waktu siang sudah bertukar malap.
Keadaan menjadi hening daripada huru-hara yang tercetus. Atuk dengan kesukaran bernafas segera memalingkan kepalanya memandang kearah Fieraz. Cucu yang seorang itu sudah terduduk dengan posisi kedua belah kaki dikepakkan dalam arah yang bertentangan. Dadanya berombak kasar.
Si atuk bangunkan tubuh perlahan-lahan lalu mendudukkan Ian di atas tanah. Kedua bahu anak itu dipegang erat dengan jari telunjuk di bibir tanda mengarahkannya jangan bersuara. Luluh hati tuanya terlihat air jernih bertakung dalam matanya. Sikit sahaja lagi pasti tertumpah. Monark tahu dia mesti memperjuangkan kedua cucunya yang terpilih ini. Takdir sedang menanti mereka dengan tanggungjawab yang besar.
Tersenyum, atuk mengalukan jari lalu mengesat air mata yang mengalir di pipi. Bibir mengucup dahi Ian dengan penuh kasih sayang sebagai tanda memujuk. Dia tahu anak itu sebenarnya tidak sengaja. Ikutkan hati, kanak-kanak itu masih lagi seorang budak kecil yang hanya tahu bermain dan bergembira. Dan dia takkan pernah mengekang perkara itu. Kedua anak berjiwa besar itu juga mahukan sebuah kehidupan yang normal.
“Fieraz ada luka kat mana-mana?” soal atuk seusai mendapatkan cucu lelakinya pula. Tangan menarik tubuh comel itu dalam dakapan. Dengan mata yang terpejam, kedua belah tangan melingkar memeluk leher si atuk. Esakkan mula kedengaran.
Mendengar Fieraz menangis sambil menyembabkan wajah di bahu atuk, Ian turut bergelumang dengan perasan bersalah. Air jerinh yang sudah kering kini berair kembali. Bahu terhenjut menahan sendu. Tak lama, tangisan Ian pula menjadi halwa telinga. Atuk menangkat Ian lalu didukung dalam sebelah lagi rangkulan tangan sebelah kiri.
Belakang mereka diusap-usap lembut.
Monark melepaskan nafas perlahan. Tak pernah tak terhibur dengan keletah cucu-cucunya ini.
. . .
FIERAZ terjaga dengan kepala dan leher yang lencun dengan air peluh. Riak wajah lansung tidak senang. Sekali lagi mendapat mimpi daripada atuknya yang sudah tidak pulang. Jantung mengepam darah dengan laju, seiring kitaran nafas yang kemuncak.
Segera, dia menyelak selimut yang menyarung tubuh lalu menjatuhkan kaki biar berjuntai kebawah. Rambut yang basah diraup perlahan. Mahu mententeramkan jiwa yang tiba-tiba tersentak dek mimpi yang tidak menyenangkan.
Kali terakhir dia teringatkan atuk waktu dirinya dihasut sesuatu yang tidak ternampak dek zahir mahupun batin. Dengan tangan yang diluar kawalannya, dia membuka kotak lalu mencapai seutas rantai dan sebentuk cincin yang dicatukan bersama. Pabila diingatkan kembali, malam itu memang aneh.
Rantai itu milik atuk. Malah, atuk tidak pernah menanggalkannya sesaat pun. Alasannya, semangat musuh sedang ketar menanti kuasa sakti dari rantai yang ada padanya itu. Namun, yang anehnya, atuk tidak pernah pula memakai sebarang cincin serupa setianya dia pada rantai kesayangannya itu.
Persoalan itu mencetuskan keanehan yang baru dalam benak Fieraz. Mata memandang sekilas pada jam di dinding. Jarum menunjukkan angka dua pagi. Rasa mengantuk sudah melayang entah kemana. Fieraz terus berdiri lalu berjalan ke satu arah.
Jiwanya sedang berkecamuk. Seribu satu perasaan berantakkan dari arah dalam, melemahkan semangat Fieraz yang semakin jauh daripada si atuk. Sunguh anak muda itu mahu berjumpa semula dengan lelaki berusia itu. Dia akan sembah sujud di kaki yang selalu menjaga dia sejak lahir kedunia, melebihi kasih sayang mama dan ayah Fieraz sendiri. Dan memohon ampun atas keterlanjuran kata dalam tak sengaja.
Pili paip dipusingkan, mencurahkan air dingin membasahi pergelangan seluar tidurnya. Dengan rasa merendah diri, bibir menuturkan beberapa ayat dalam kemengertiannya sendiri lalu membasahkan wajah sebagai langkah pertama.
Atuk tak pernah menyakitkan dia mahupun Ian. Cucu berdua ini selalu mengganggu atuk sewaktu insan itu sedang membidik burung-burung di hutan. Bermain kejar-kejar sambil ketawa riang dibalik batang-batang pokok tanpa sebarang gentar. Terlanggar pepohon bergegar hingga ke hujung daun, telah menakutkan sekalian haiwan yang berada di kawasan itu.
Air dialukan membasahi lengan bagi menghilangkan segala lekit-lekit peluh sejak terjaga tadi. Bertemankan kedinginan angin bayu di suasana pagi memberikan rasa yang berbeza pada Fieraz. Getaran baru menekan jiwanya yang kian galau.
Ya, dia masih teringat lagi waktu itu. Tangannya tertepuk permukaan batang pohon agak kuat hingga berterbangan kesemua binatang yang menjadikan pokok itu sebagai habitat mereka. Atuk sedang meneropong dua ekor burung comel di ranting pokok sebelum terkaget penglihatannya menjadi kosong kerana semuanya sudah cabut, terbang pergi ke tempat lain. Dengan mata terjegil, pipi kedua anak nakal jadi mangsa cubitan.
Diseratakan air membasahi ubun kepala seraya bibir mengukir senyuman kecil. Terbayangkan kenangan itu pasti menyentuh hingga ke sudut jiwanya yang paling dalam. Air jernih yang mengalir di pipi turut dibiarkan sendiri, meluahkan sebanyak-banyak rasa terpendam yang lama terbelai di dalam hati. Racun.
Dalam keadaan ini, membesar tanpa atuk telah menampakkan perbezaan yang ketara. Hanya atuk yang tahu kelemahan dan keistimewaan cucunya. Atuklah segala-galanya buat mereka di dunia sementara ini. Menjujung kasih hingga ke syurga. Dimana pun dia, mereka akan mencari sampai ketemu.
Paip sudah berhenti menumpahkan cairan jernih seusai kepala pili dipusing ketat. Kedua belah kaki Fieraz juga tampak basah. Sejuk menahan langkah ke bilik semula.
Solat sunat diharuskan, maka tidak dilakukan pun tidaklah jatuh berdosa. Tahajjud, panggilan sayup di waktu malam. Amalan yang tidak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah dan para sahabat sepanjang hidup mereka. Tidak terkecuali Fieraz, dia juga sering menunaikan solat dua rakaat ini sewaktu bergelar pelajar.
Selain membantu dari sudut pembelajaran, ini juga adalah salah satu cara kita tunduk bersyukur kerana ALLAH hanya mengejutkan insan-insan istimewa untuk mengerjakan solat meskipun di malam hari. Kerana semua penghuni sedang tidur dibawah lindungan Maha Esa. Separuh dunia menjadi senyap dan malap dek putaran bumi, peraturan alam semesta.
Fieraz juga tersedar dirinya acapkali terleka dan asyik benar dengan kerajaan di dunia. kadangkala meninggalkan perkara-perkara wajib sewenang-wenangnya tanpa memikirkan kemurkaan ALLAH. Kali ini, dia menyerah diri.
Berdiri dihujung bentangan sejadah, lantang suaranya mengangkat takbiratul ikram bagi menyempurnakan syarat sah solatnya. Mata terpejam rapat, melenyapkan segala benda yang terdapat disekelilingnya.
Khusyuk anak muda itu membasahkan bibir dengan setiap kalimah-kalimah suci ALLAH, meletakkan serendah-rentah martabat ketika bersama dengan sang pencipta. Inilah masa dia mengembalikan semuanya dengan mengabdikan diri pada Tuhan yang SATU. Allahuakbar.
. . .
SAAT itu, langsir yang tampak nipis dan jernih meliuk-liuk keras. Membayangi tubuh Fieraz yang sedang bersolat dengan pergerakkan anehnya. Anak itu lansung tidak terkesan dek perasaan takut mahupun berasa pelik dengan suasana itu. Hanya mendapat lirikan darinya sebelum memejamkan mata, tidak mahu melayan.
Serasa suhu diseluruh bilik itu jatuh menghampiri takat beku. Bayunya mendingin. Menyentuh kulit Fieraz, semata meriding liang roma di lengannya. Suaranya menjadi lebih kuat demi bacaan hafalan yang berkemampuan menakutkan makhluk-makhluk pengganggu. Tak semena, pemuda itu tersentak kecil apabila merasakan kehadiran sesuatu dari arah belakang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top