Bab 10

RAINE yang tiba-tiba mencelah kini berubah menjadi seorang wanita yang berbeza. Rambutnya sudah bertukar mengikut potongan mengikut gaya lebih kasar dan pendek. Pangkal leher kelihatan mulus dengan pemakaian baju sarung berwarna hitam dikenenkan bersama t-shirt putih di dalam. Serta sebentuk ukiran bintang berwarna hitam di leher bahagian kiri. Membuatkan dia ternampak sangat ranggi dan feminin.

Do you like me that much?” soal Raine sambil tersengih comel. Ian yang tadinya tersenyum, mulai mengendur seiring riaknya perlahan menjadi terkejut. Tak peliklah kerana rupanya benar bertukar seratus peratus.

You looked sweet.” Kata Feiraz, menggantikan Ian yang masih terkaku. Kedua belah mata gadis itu memerhati Raine daripada atas hingga hujung kaki bawah meja. Lalu kembali menatap wajah Raine sebelum mengerdip matanya lalu berdeham.

“Nak muncul semula dalam komuniti, aku mesti bertukar. Kalau tidak orang tahu aku ni.” Jari Raine menekan jari telunjuknya pada paparan akbar. Berharap identitinya tetap akan kekal misteri.

Ian dan Fieraz mengganggukkan kepala, mempersetujui kata-kata Raine. Lagipun perubahan itu benar-benar sesuai dengan wanita tua itu. Kulitnya yang sepucat mayat boleh mengenakan pelbagai gaya, trend mengikut zaman kini.

“Dan aku masih benci kau. Kemana kau menghilang?” celah Ian secara perlahan, setelah mendiamkan diri seketika. Dia kembali menatap surat khabar, berpura-pura menggerakkan bebola mata mengikut setiap barisan ayat tentang sebuah kes baru berkenaan penyeludupan wang palsu di pinggir bandar. 

Ian sebenarnya tidak mahu menampakkan dirinya terlalu taksub akan makhluk separuh manusia itu. Sebelum bergelar anak murid kepada atuk sendiri seawal usia enam tahun dulu, dirinya telah didedahkan dengan pelbagai jenis musuh serta armada yang menguasai dimensi-dimensi yang lain.

Dan dipercayai, sebuah permortal atau pintu gerbang adalah merupakan salah satu jalan masuk ke alam lain. Serta membolehkan kita menjalinkan hubungan dengan mereka yang berbeza rupa parasnya.

Dan antara satu-satunya, keturunan yang paling digemari Ian adalah makhluk abadi yang berkemampuan untuk memanjangkan nyawa sehingga melangkau seribu tahun. Tetapi, yang terakhir telah berhasil dibunuh oleh Monark sebelum lelaki itu, dipanggil Drakula selaku ketua bagi sekalian keturunanya, melakukan rancangan hendak menakluk separuh wilayah Anggerik. Sanggup memutuskan persahabatan, Monark terpaksa membenamkan pasak kayu tepat kearah jantung Drakula sehingga mati. Dan sejak itu, benteng permusuhan dinaikkan.

Malangnya, pertempuran yang lalu antara Ian berumur tujuh tahun yang sudah mempunyai kemahiran dalam seni mempertahankan diri kuno dan musushnya Raine yang sering menyamar menjadi guru tadika, telah diberhentikan oleh Monark secara tiba-tiba. Atuk yang mengamuk, melepaskan tembakan ke udara. Ian lansung dibawah pulang manakala Raine menghilang.

Ian tahu, jauh di sudut hatinya bercambah murni mahu bersahabat baik. Atuk mengheret Ian secara paksa. Anak kecil itu sempat berpaling kebelakang sebelum termenung. Dia ternampak air jernih mengalir keluar dari pelupuk mata Raine. Wanita itu kelihatan sangat-sangat kecewa.

Saat genting itu tidak dapat dilupakan oleh Ian. Keinginan hati bercanggah dengan peraturan keturunannya. Dia akan membesar dibawah pengawasan atuk. Bermakna Ian perlu memegang segala kebenaran berkenaan rahsia dunia. jika dia melanggar pantang larang itu, diibaratkan dia sudah melupuskan semua dendam tanpa keperluan ‘berdendam’ dan sekaligus mendedahkan kaum manusia di dalam bahaya.

Tapi sekarang, atuk sudah tiada. Bermaksud belenggu antara semua musuh akan terlerai sekiranya Ian dapat bekerjasama dengan semua sekutu untuk dunia yang lebih aman?

“Ian?”

Setelah hampir lima minit berlalu, Ian mula menyedari namanya dipanggil oleh Fieraz. Tubuh kecilnya juga acap kali bergegar dek digoncangkan oleh Raine. Kelihatan seperti mereka gusar melihat Ian termenung seusai gadis itu hanya diam ketika mereka bertanya tentang kes itu hari.

“Maaf. Aku teringatkan atuk.” jawab Ian lembut. Cawan plastik berisi air kopi suam dicapai lalu disisip perlahan. Mahu mengurangkan gundah gulana di dalam hati.

“Ouh, cakap pasal Monark, aku kena perhatikan kau orang berdua. Setiap hari. Setiap jam. Setiap minit. Setiap saat.” Kata Raine dengan selamba. Jari bermain dengan longgokan rambut yang sengaja dibiarkan berjuntai menutupi dahi. Sekilas pandang sudah serupa gadis pengkid atau versi lainnya, tomboi.

“Ada sebab tertentu?”

“Untuk melihat kemampuan masing-masing dalam tubuh manusia. Monark percaya, kuasa mistik pasti akan terkena antara kau berdua. Samaada sudah bersama Ian atau Fieraz. Tak kurang juga, aku kena sediakan you two sebelum masanya tiba.” Penerangan Raine terlalu umum. Ian mahupuan Fieraz tidak dapat meneka maksud sebenar dari kata-kata Raine.

“Maksudnya, aku mesti siapkan kau berdua.”

. . .

SEHABIS sahaja menghabiskan sarapan pagi di cafe, Ian berasakan lebih selamat jika mereka berbincang di dalam kereta. bimbang pula terdapat mata-mata yang menyamar dari dimensi lain turut mahu memburu Monark atas kemahuan sendiri.

Sebahagian populasi kecil keturunan srikandi ini sudahpun menerima banyak sergahan daripada musuh-musuh ketat meskipun baru mencelik mata di hari pertama kelahiran.

Contoh terdekat pastinya atuk. Moyang Ian telah tewas dalam satu perperangan antara puak srikandi serta sekumpulan bomoh yang beriek mahu membangunkan ketua kejahatan berdasarkan fahaman yang kurafat. Meskipun ditentang, nek moyang serta tok moyang akhirnya pasrah dijemput Malaikat Maut namun sempat melahirkan atuk dalam keadaan yang nazak. Orang kampung terjumpa mayat perwira mereka beserta seorang bayi yang masih memerah. Sejak hari itu, atuk telah diletakkan bawah jagaan kenalan rapat orang tuanya.

“Cara kau memberi arahan tadi seolah kau selalu berhubungan dengan atuk. Kau tahu kat mana dia sekarang?” soal Ian, yang tiba-tiba berubah dingin. Kupasan semula kenangan bersama cerita-cerita atuk membuatkan hatinya meradang. Kerana makhluk serakah yang pernah membunuh moyangnya pasti seangkatan dengan keturunan Raine.

‘Kenapa dirinya sendiri hendak bersahabat baik padahal Raine itu merupakan musuhnya azalinya?’ Ian semakin keliru dengan perasaannya.

“Aku sahabat seperjuangan Monark. Kami sering melakukan segala misi bersama-sama dari dimensi ke dimensi. Dari alam manusia hingga ke alam kematian. Apabila berlaku suatu pertempuran yang sengit dan bakal menamatkan banyak nyawa, Monark pasti akan ingatkan aku pasal amanahnya.” Cerita Raine. Kepala bersandar di kerusi manakala kedua belah kakinya dibiarkan dalam posisi bersila. Pandangan terus dilemparkan menerusi tingkap seraya memerhati gumpalan awam di angkasa.

“Kau rapat dengan atuk kami? Misi yang macam mana? Amanah apa?” Bertimpa-timpa soalan yang keluar daripada bibir Fieraz. Pemuda itu menjengahkan kepala diantara kerusi bahagian hadapan kenderaan. Ian turut berselisih ganti memandang Raine sambil mengekalkan gaya pemanduannya.

Nampaknya kedua keturunan muda dalam generasi terakhir Monark itu benar tertarik apabila Raine menyentuh tentang atuk mereka. Namun setiap kali itulah hati Raine tidak semena-mena diserang perasaan tidak enak. Bimbang akan keselamatan kedua anak itu. Sekali mereka mengetahui perihal Monark, sekaligus diri mereka sekali akan terdorong kepada mara bahaya.

“Misi yang sangat penting iaitu melindungi orang-orang terpilih. Kau orang berdualah amanah kami.”

Raine perlu menolak ketepi ketakutannya. Yang penting, dia mesti sadarkan Ian dan Fieraz akan kekuatan masing-masing sebelum puak musuh menyedari penglibatan mereka. Macam-macam perkara boleh berlaku. Sebelum terjadi apa-apa, dia harus mendedahkan semua rahsia. Dia kena kuat!

“Aku fahamlah sebab kami cucu kepada atuk. Tapi apa perkaitan kau dalam benda ni?” Fieraz mengorek semakin dalam.

“Kau ingat ukiran ini yang pernah kau tanyakan tempoh hari?” Jari menekan permukaan belakang tapak tangan, satu huruf V terukir disitu. Ian menganggukkan kepala meskipun dia lansung tidak menoleh. Jalan semakin sesak dihadapan.

“Benda ini sudah menghantuiku sejak dari awal kelahiran. Tanda ini adalah tanda kesetiaanku sebagai pelindung kepada orang terpilih iaitu Ian.” Keadaan terus bertukar hening. Fieraz yang terkejut lansung terkebil-kebil. Manakala Ian pula kian menebalkan rasa benci akan Raine. Wanita abadi itu mungkin tidak akan terasa hati sebaliknya Ian menyakiti dirinya sendiri.

“Tapi aku tak perlukan perlindungan dari sesiapa. Malulah jika orang nampak aku berjalan dengan kau padahal aku seorang anggota polis. Aku mampu lindungi diri sendiri.” bidak Ian dengan suara yang tinggi. Dari awal lagi dia tidak setuju dengan fakta itu sejak bertemu dengan Raine. Dia rimas dengan ayat yang sama!

“Aku mesti juga lindungi kau. Daripada bahaya yang kau tak nampak. Kalau takda kau, Fieraz takkan mampu hidup di dunia ini seorang diri. Dia akan diburu sekalian musuh-musuh dimensi yang membenci atuk kau.” Raine terdiam sekejap.

“Kau keturunan puak srikandi, bangsa kuno yang melindungi si raja beratus ribu tahun dahulu sebelum wujudkan pentadbiran dan perpaduan antara manusia. Puak srikandi  yang aku maksudkan ialah sama seperti tanggungjawab yang digalas oleh atuk kau, Monark, srikandi alpha kepada semua dimensi yang pernah ada di dunia. Kerana itulah kau mewarisi segala ilmu dan cara mempertahankan diri. Kau mengikuti jejak langkah atuk kau.” kata Raine, memberitahu segala yang dia pernah pelajari daripada Monark sendiri. Identiti Ian sudah berjaya diluahkan tanpa perasaan takut. Kerana dialah pelindung kepada gadis manusia itu.

“Kau sangat-sangat merepek. Entah kenapa aku terasa macam sedang mendengar cerita fantasi pula. Tapi aku teringatkan sesuatu. Kau memilik ukiran yang sama seperti atuk. Dan kau kata kau pelindung aku. Jadi atuk pelindung siapa?” Ian menyoal lagi. Tangan melepaskan stereng sekejap apabila semua kenderaan berhenti, menghormati lampu isyarat merah.

“Satu hari ni kau tetap akan bertemu dengannya.”  Kali ini Raine tersenyum. Hatinya sudah menjadi sangat lapang.

“Banyak lagi aku tak faham ni. Bermakna Ian akan menghadang semua serangan musuh? Siapa musuh kita sebenarnya?” Fieraz menggaruk kepala. Wajah segak itu berkerut menahan setiap persoalan yang sesak menghimpit benaknya.

“Kau pun tak tahu peranan kau yang sebenar, Fieraz. Jaga diri sekarang. Pasti musuh telah mengetahui kehadiran aku daripada kes pembunuhan besar-besaran tempoh hari. Masing-masing perlu kekal sedia dan sentiasa peka. Buat sementara waktu, kita kena berpecah dan jangan tonjolkan diri.” Sehabis bicara, Raine melompat dari kereta sesudah lampu bertukar hijau.





Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top