6

Chanyeol tergesa-gesa keluar dari bilik Heejoo dek kerana rasa malu yang meluap-luap di dalam dirinya. Sebaik sahaja bertembung dengan Sehun di tengah jalan, dia terus berlari ke adiknya seperti orang gila. "Pergi hantar ubat kat bilik Heejoo."

"Kenapa aku pula?" Tanya Sehun sambil menggaru hidungnya. Chanyeol memusingkan matanya. "Sebab kau yang buat dia demam. Shut the hell up and just do it."

Sehun terpaksa akur. Dia membebel sepanjang perjalanannya ke dapur. Baru sahaja ingin 'berseronok' dengan telefon Heejoo tetapi Chanyeol telah merosakkan segalanya. Sehun membuka peti dan melihat ubat yang ada."Ubat untuk demam.. hmm.. tak tahu." Dia mengambil salah satu daripada ubat yang ada. "Yang ni kut."

*****

KREKKK.. Sehun masuk ke bilik Heejoo tanpa meminta izin. Kenapa? Kerana dia adalah Sehun. Dan Sehun sememangnya tidak berguna sejak dia lahir lagi.

Heejoo agak terkejut dengan kehadiran Sehun. Dia memeluk tubuhnya. "Kenapa tak ketuk pintu dulu?"

"Why must I? Ingat ni rumah kau? Fyi, dulu, bilik ni bilik aku."

"Tak dapat bezakan dulu dan sekarang? Sekarang ni bilik saya." Heejoo menjelingnya. Sehun mengetap gigi. Geram. Nasib baik perempuan ni demam. Kalau tak dah lama aku sagat kat jalan tar.

Sehun menghempaskan dulang atas meja di sisi katil. Heejoo terperanjat. "Apa tu?"

"Kau buta ke demam? Ubatlah, perempuan." Heejoo melihat ubat yang ada di atas dulang itu dengan pelik. Ada sesuatu.. yang tak kena. "Err ni ubat demam ke? Macam pelik je.."

"Yalah. Ikut suka hati kau nak makan ke tak. Kalau kau mampus lagi bagus."

"Kalau macam tu saya makan. Btw, saya nak telefon saya balik."

"Tak boleh. Untuk apa? Nak mesej ex kau?" Tanya Sehun sambil tersengih mengejek. Heejoo mencuka. "Kenapa awak nak ambik telefon saya hah? Murah je pun. Banyak lagi telefon mahal awak boleh ambik."

"Let me put this way, kau duduk kat rumah ni, bukan free tau. Jadi aku anggap telefon tu sebagai bayaran. Arrasseo?"

"Saya akan gantikan telefon tu dengan benda lain, saya janji. Tapi tolong bagi balik telefon saya." Heejoo mendekati Sehun. Keningnya sedikit berkerut.

"Gantikan? Dengan apa? Aku takkan kaya pun kalau dapat duit kau tulah. Kalau nak juga, gantikan dengan maruah kau."

Mata Heejoo terbuntang. "Sehun awak-"

"Apa? Byuntae? Aku Cuma nak bagi kau jadi sama taraf macam omma kau, perempuan murahan. Kenapa? Takut? Haritu kata berani sangat." Sehun dengan selambanya berjalan keluar dari bilik itu tanpa rasa bersalah.

"Kenapa tak jemput saya semalam?" Nada suara Heejoo menurun. Sejujurnya dia agak terkilan kerana Sehun tidak menjemputnya semalam tetapi dia hanya mendiamkan diri sepanjang hari. "Awak benci saya sangat ke?" Sehun terdiam seketika. Otaknya ligat memikirkan sesuatu.

"Ya, dan aku harap kau boleh keluar dari rumah ni secepat mungkin." Sehun memusingkan badannya, memandang tajam mata Heejoo.

"Kenapa benci saya? Apa salah saya? Kenapa tak boleh terima saya langsung? Saya tak kesah kalau awak tak terima saya sebagai adik tiri awak tapi anggaplah saya sebagai kawan awak."

Sehun ketawa mengejek. "Tengoklah diri kau. Dengan baju murahnya, tak pandai berfesyen, tak beretika, kau tak rasa malu ke? Orang macam kau ni aku nak terima? Seriously. Buat malu keluarga ini je. kau tak layak ada dalam keluarga ni, perempuan, so stop dreaming. Jangan ingat aku cakap dengan kau harini bermaksud yang aku dah terima kau. Takkan Heejoo, never. Aku takkan terima anak perempuan simpanan miskin mata duitan yang dah hancurkan keluarga aku. That is you."

"Okay. Understood." Heejoo menarik nafas dalam. Hidungnya terasa pedih - terasa dengan kata-kata pedas Sehun. "Kalau macam tu, mulai harini, jangan dekati saya. Jangan cakap dengan saya dan pun takkan cakap dengan awak for sure. Anggap saya tak wujud kat rumah ni dan saya akan buat benda yang sama. Hal saya, jangan pernah menyibuk. Jangan ingat awak kaya, awak je yang betul. Kalau awak nak tahu, keluarga saya pun hancur, tuan muda Sehun." Mata Heejoo berkaca.

"Okay, deal." Balas sehun selamba.

*****

"Macam mana boleh jadi macam ni??" Puan Sora bertanya separuh menjerit kepada anak-anaknya. Dia risau melihatkan keadaan Heejoo yang tenat. Chanyeol menenangkan ibunya. "Yang penting kita bawa dia pergi hospital dulu, okey?" Puan Sora akur, dia terpaksa bersetuju.

Chanyeol mendukung Heejoo ke dalam kereta untuk dibawa ke hospital. Badan gadis itu panas sekali. Sehun tidak mengikuti mereka ke hospital. Dia sudah terikat dengan perjanjian Heejoo. Tetapi dalam masa yang sama, dia agak terkejut dengan perubahan mendadak keadaan Heejoo.

*****

"Suhu badan dia sangat tinggi. Saya rasa, dia tersalah makan ubat, jadi keadaan dia semakin teruk. Kalau boleh.." Doktor itu menerangkan keadaan Heejoo dengan jelas. Puan Sora hanya mendengar sambil Chanyeol memegang tangannya erat, menenangkan ibunya.

"Jadi dia overdosed?" Tanya Chanyeol lalu doktor itu mengangguk.

"Kamu yang bagi ubat semalam?" Puan Sora memandang Chanyeol. Chanyeol menggeleng laju. "Tak, saya suruh Sehun. Takkanlah.."

*****

SEHUN cuba untuk fokus pada penerangan yang diberikan oleh salah seorang kliennya tetapi gagal. Dia langsung tidak dapat menumpukan fikirannya di bilik mesyuarat itu. Dadanya terasa seperti ditumbuk bertubi-tubi.

"Apa pendapat Encik Sehun?" Suara klien itu menghentikan lamunan Sehun. Sehun membasahkan tekaknya. Sejujurnya dia langsung tidak dengar akan penerangan klien itu tadi. "Owh.. err.. saya rasa.. saya.. erm.."

"Kwaenchana teruskan." Klien itu tersenyum kepadanya dan memberikan masa kepada Sehun untuk berfikir. Sehun memandang semua orang yang berada di pejabat itu dengan resah. "Boleh kita tangguhkan dulu perbincangan ni?"

Semua staf terkejut dengan jawapan yang diberikan oleh Sehun. Sehun berdiri lalu menunduk hormat kepada klien tadi dan meminta izin darinya untuk keluar.

Telefon Sehun berdering. Ada panggilan yang masuk. Nama Chanyeol terpapar di skrin telefon. "Yeoboeseyo hyung?"

"Kau kat mana sekrang?"

"Office."

"Berhenti jadi hipokrit dan datang ke hospital sekarang." Chanyeol menamatkan panggilan. Sehun bingung, mula berasa tidak sedap hati tentang perkara ini.

*****

"Kau bagi ubat apa semalam kat dia!?" Chanyeol bersuara lantang. Sehun baru sahaja sampai di hospital tetapi sudah dimarahinya.

"Ubat demamlah."

"Habis ni apa? Hah?! Ni apa?!" Chanyeol membaling bekas ubat itu kepada Sehun dengan kasar. "Ni ubat sakit jantung appa, bukan ubat demam, bodoh!"

"Sakit jantung? Ehh hyung rasanya kau sa-"

"Sehun please, aku tahu kau tak suka dia tapi takkan sampai macam ni kau nak kenakan dia? Ubat ni dos tinggi kut, kenapa kejam sangat?!"

"Dengarlah apa aku nak cakap! Aku tak sengaja, faham tak aku tak sengaja!"

Chanyeol menarik kolar baju Sehun dan menarik Sehun rapat dengannya. Matanya bergetaran menahan marah. "Aku tak nak dengar apa-apa dah. Sama ada kau sengaja, atau tak, tu tak penting. Yang aku tahu, kau dah racun dia." Suaranya perlahan tetapi nadanya tegas. Sehun memandang Chanyeol dengan tidak puas hati. "Yang kau nak kesah sangat pasal dia ni kenapa?"

"Sebab.. dia adik aku." Anak mata Sehun dipusingkan. "Dia anak kepada perampas, hyung. Dia tak layak ada dalam keluarga ni."

Chanyeol mencengkam kolar baju Sehun dengan lebih kuat. "Oh ya? Jadi kau ingat kau layak ada dalam keluarga ni? Kau tak layak Sehun, langsung tak layak. And guess what? Perempuan yang kau kata anak kepada perampas tu, lagi layak daripada kau." Chanyeol melepaskan tangannya lalu mengatur langkah meninggalkan sehun.

*****

Sehun melihat Chanyeol dan Puan Sora dari cermin bilik pesakit. Mereka sedang melihatkan keadaan Heejoo. Sehun ingin masuk ke dalam tetapi dia sudah berjanji dengan Heejoo untuk tidak berjumpanya.

"Mulai harini, jangan dekati saya. jangan cakap dengan saya dan pun takkan cakap dengan awak for sure. Anggap saya tak wujud kat rumah ni dan saya akan buat benda yang sama. Hal saya, jangan pernah menyibuk! Jangan ingat awak kaya, awak je yang betul. Kalau awak nak tahu, keluarga saya pun hancur, tuan muda Sehun."

Sehun menunduk resah. Kata-kata Chanyeol tadi membuatkannya bingung.

"Perempuan yang kau kata anak kepada perampas tu, lagi layak daripada kau."

Aku tak layak.. apa maksud hyung? Aku tak faham.

Hyeji berada di sebelahnya, sedang memeluk erat kotak besi yang digalinya hari itu. Sehun menggosok kepalanya dengan lembut. "Tak nak masuk?" Hyeji menggeleng. "Oppa?"


"Oppa tak boleh."

"Sehun, tak masuk?" tanya Puan Sora sebaik sahaja keluar dari bilik itu. Matanya masih berkaca. Dia terus duduk di sebelah Sehun sementara Sehun memandangnya dengan pelik. "Kenapa menangis? Omma berlakon ke apa? Mengaku jelah yang-"

"Omma tak nak kehilangan dia, Sehun. Dia buat omma teringatkan mendiang appa. Omma tak sanggup lagi nak kehilangan orang lain."

Sehun diam memandang ibunya dengan satu riak yang tidak dapat ditafsir buat seketika. Puan Sora menunduk. Dia tahu apa yang difikirkan Sehun. Pernafasan Sehun tidak stabil. Dia sedang menahan marah. "That's your fault."

" I know."

"You should regretting that for his sake. For your entire life." Puan Sora menghela nafas. Dia tahu apa yang difikirkan Sehun sekarang. "I am now. So please, do meet her." Tangan Sehun digenggam lembut. "Jangan menyesal nanti."

"Why must I? She's no one-"

"And who do you think you are? Kamu tak kenal dia lagi, and you don't even know who you truly are."

Sehun sekali lagi terdiam. Dia tahu, pasti ada sesuatu yang disorokkan oleh keluarga ini. Sehun mengetap bibir. "Fine then."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top