5

Sehun membaca semua mesej Heejoo dan Baekhyun menggunakan telefon Heejoo selepas membersihkan dirinya. Daripada pemerhatiannya sebagai seorang lelaki yang tak guna lagi tidak beradab, dia mendapati bahawa Heejoo dan Baekhyun telah putus disebabkan oleh Heejoo yang menolak permintaan Baekhyun. Hmm..

Permintaan? Permintaan apa? Baju? Kasut? Bubble tea? Bazooka? Entahlah. Selaku seorang asshole bertaraf antarabangsa, dia tidak tahu.

Seterusnya dia membuka gallery dan melihat gambar Heejoo. Banyak gambar gadis itu. Hmm ni mesti guna filter ni. Tiba-tiba satu mesej masuk. Nama Baekhyun tertera di skrin telefon itu.

'Heejoo-ah, jjal jinae?'

Woah! Dia mesej! DIA MESEJ!!!

Wait Sehun.. Apa kena dengan aku ni?

Telefon itu dibaling ke tepinya lalu terjatuh di atas katil. Mujur tidak jatuh ke lantai. Dia memegang rambutnya lalu dikusutkannya. "Kau ni kenapa Sehun?? Mana-boleh-kesah-pasal-perempuan-tu!"

Dia mengambil bantal lalu kepalanya mendarat di situ. Matanya dipejam rapat. Tiba-tiba Sehun teringat akan kejadian petang tadi, dimana dia dan Heejoo kelihatan seperti agak rapat. Matanya terbuka luas, "ANDWAEEEE!!!"

*****

Heejoo berligar-ligar di bilik dengan risau. Telefonnya telah dirampas oleh seorang lelaki bodoh sombong yang terlalu takutkan kuman dan itu merupakan masalah yang paling besar pernah dialaminya. Tidak mustahil lelaki itu akan membuka semua maklumat yang ada di telefonnya dan mengganggu privacy nya.. (ya, memang tepat sekali.)

"Heejoo-ahh!" Suara Chanyeol yang garau bercampur teruja mengejutkan Heejoo. Badannya terlompat sedikit. Chanyeol tersengih mempamerkan barisan giginya yang penuh, putih dan menyilaukan mata. "Awak macam mana? Okey?"

"Awak kejutkan saya."

"Memang tu niat saya. Kenapa awak pusing kat situ? Kan awak demam."

"Err takdelah. Saya exercise sikit tadi. " Dia mendaratkan punggungnya di atas katil. Chanyeol mendekatinya lalu menunduk melihat Heejoo di katil sambil tersengih. Heejoo pelik dengan tindakannya. "Kenapa? Ada jerawat baru tumbuh ke?"

"Taklah. Sebab awak comel. Tak sangka dapat adik yang secomel awak."

Heejoo mengerutkan keningnya. "Walaupun pujian itu agak pelik tapi terima kasih."

"Pening lagi tak?"

"Dah kurang sikit."

"Can I?" Chanyeol menaikkan tangannya untuk memegang dahi Heejoo. Dia kelihatan teragak-agak. Heejoo mengangguk lalu Chanyeol memegang dahi Heejoo."Baguslah, panas pun dah kurang." Kemudian tangannya dialihkan pula ke pipi Heejoo. Tangannya yang lembut memegang pipi Heejoo lembut. Chanyeol tersenyum melihat Heejoo.

Tiba-tiba mereka diam. Saling memandang antara satu sama lain. Chanyeol mengusap pipi Heejoo tanpa dia sedar. Dia dapat merasakan pipi Heejoo hangat semula. Dia pun terus melepaskan tangannya lalu berdehem. "Ehem.. ehem.. err awak.. makanlah ubat." Dia tidak memandang Heejoo – malu dengan tindakannya tadi. "Nanti saya suruh Sehun bawa." Heejoo mengangguk perlahan, kekok.

Chanyeol beredar dari bilik itu. Heejoo menghela nafas lalu memandang ke cermin. Ohh sekarang dia faham dengan maksud 'tak sangka dapat adik tiri yang secomel awak'. Rambutnya masih belum disikat dan jika dibandingkan dengan hantu kak Limah, pasti hantu kak Limah lebih menawan.

Tak guna.



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top