26
Sehun membaca kertas laporan di tangannya berulang kali. Sejujurnya dia tidak dapat fokus di pejabatnya itu. Tambah-tambah lagi dengan semua hal yang baru sahaja berlaku. Teringat pula akan perbualan dengan ommanya tadi.
"KAMU SUKA HEEJOO?" Sehun seakan-akan membeku. Entah apa yang patut dijawabnya, sejujurnya dia juga tidak tahu akan perasaannya sendiri. Kasihan atau cinta? Selesa atau suka? Benci atau sayang? Entahlah..
"Apa omma cakap ni.. Heejoo tu adik tiri sayalah." Sehun mencapai tualanya. Mengelak perbualan ini daripada berterusan. "Saya nak mandi ni."
"Kalau dua-dua ego sampai bila pun akan jadi macam ni." Sehun memekakkan telinganya sambil membuka bajunya. Ya, dia memang ego. Ya, dia memang tak pandai menjaga hati perempuan. So what?
"Sehun," Puan Sora bersuara lagi. Kali ni lebih mendalam bunyinya. Sehun mencampakkan bajunya di atas katil. "Hmm."
"Kalau semua ni jadi sebab omma, omma minta maaf."
Sehun memusingkan badannya menghadap Puan Sora. Dia tidak bersuara sebaliknya memandang ommanya dengan tajam seketika. "Saya nak mandi." Katanya lalu masuk ke dalam bilik air.
"TUAN MUDA," Sehun tersedar daripada lamunannnya. Dia memandang bekas pembantu peribadi appanya dulu yang bekerja dengannya sekarang. "Ya, Yonjae?"
"Tuan muda tahu kan, yang kita ada taja seorang artis lelaki sebulan yang lepas untuk fashion show?"
"Hmm ya."
"Sebenarnya kita akan buat jelajah dengan dia, dekat Paris. So kena hantar salah seorang daripada staf kita untuk ke sana. Tuan muda ada fikirkan sesiapa?"
Sehun berfikir seketika. Paris? Heejoo ada kat sana, kan? jadi kemungkinan besar dia akan berjumpa dengan Heejoo, tambah-tambah lagi Heejoo mengambil kemahiran teknikal dalam bidang fesyen. "Bila nak pergi?"
"Lusa."
"Ouh. Tiket dah book?"
"Ya. Jadi tuan muda pilih siapa?"
"Saya akan pergi."
*****
Sehun melihat jam di tangannya. Sudah sampai waktu untuk dia bergerak. Dia mengangkat begnya yang memuatkan beberapa barang keperluannya lalu berjalan ke arah salah seorang pramugari dan memintanya untuk menyimpan beg itu. Selepas selesai, Sehun mengambil tempat duduknya di dalam pesawat.
Dia menutup matanya - cuba untuk melelapkan diri walaupun dia tidaklah begitu mengantuk. Dalam lebih kurang 15 minit, Sehun mula mengantuk, hampir terlena tapi terjaga disebabkan seseorang yang sedang menyanyi di belakang seat nya. Sehun mempedulikan pada mulanya tetapi suara itu makin kuat, serta menambahkan rasa meluatnya kepada pemilik suara itu. "Ehem.. Ehem.."
Suara itu masih kedengaran. Sedang menyanyikan lagu yang dia tidak ketahui lagu apa. Sehun berpusing ke belakang. "Excuse me tolong-" mulutnya tertutup semula apabila melihat wajah pemilik suara itu tadi yang sangat dikenalinya. Apakah semua ini? Dejavu?
"Eh kau-"
*****
"Erm, you."
"Ya?" Heejoo tidak menoleh ke arah Boyoung di sebelahnya. Tangannya masih sibuk mencantumkan keratan-keratan kain Leather dan Suede untuk dijadikan sepasang kasut Vintage. Boyoung melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Heejoo. "Boleh tak I nak bagi sorang familiy member I tumpang kat sini? Sekejap je."
"Siapa? Mama unnie?"
"Tak, adik I."
"Hmm okay."
"Okay je? You tak kesah?"
"Nak kesah buat apa? Rumah ni kita kongsi kan. Ikut suka hati unnie lah nak bawa siapa. Erm bila dia nak sampai?"
"Malam ni, I guess. You tidur lambat kan harini, tolong bagitahu I kalau dia dah sampai, okey?"
"Okey."
*****
BUNYI LOCENG YANG DITEKAN mengejutkan Heejoo. Heejoo mengerling jam di dinding. Sudah larut malam. Pasti itu adalah adik kepada Boyoung. Heejoo membuka pintu rumah, dan ternampak susuk badan seorang lelaki dari pandangan belakang. Ouh, lelaki rupanya. "Annyeonghaseyo?"
Mata Heejoo terbuntang apabila ternampak muka lelaki itu secara tidak sengaja. Dia segera menyorokkan mukanya, lalu menjerit memanggil nama Boyoung. "Unnie! Boyoung unnie!"
"Dah sampai?" Boyoung segera turun tangga dan mendekati pintu. Sebaik sahaja melihat adiknya itu, dia terus tersenyum kegembiraan.
"Baekhyunnie~!!!" Boyoung memeluk adiknya a.k.a. Baekhyun a.k.a. bekas teman lelaki Heejoo. Heejoo masih menyorokkan mukanya. Baru sahaja dia mahu melangkah pergi, Boyoung menarik tangannya. "Dah berkenalan dengan adik I?"
Heejoo menggeleng. "Saya nak sediakan snek dulu." katanya dengan badannya tidak menghadap mereka.
"No need to. Lagipun dah malam. You dah kenyang, kan Baek?"
"Yea." Baekhyun mengangguk. Dia mencuba untuk melihat muka Heejoo tetapi tidak dapat. "Kenapa dengan kawan noona?" kata Baekhyun separuh berbisik kepada Boyoung. Boyoung mengangkat bahu lalu mendekati Heejoo. "Kenapa dengan you? Let me guess, you kenal kan adik I, sebab tu you malu?" Heejoo agak terkejut. "Macam mana unnie tahu?"
"Mestilah I tahu. Baekhyun kan artis terkenal kat Korea? Takkan you tak kenal pulak kan?"
"Haa? Artis?"
"Wait Heejoo, so you tak kenal?"
"Heejoo? Nama awak Heejoo?" tanya Baekhyun. Heejoo menelan liur sementara Boyoung mengangguk. "Ya, Kang Heejoo."
Mata Heejoo terpejam rapat. Oh tidak..
Baekhyun menghampiri Heejoo dan melihat mukanya. Kemudian dia tersenyum penuh makna sambil menghulurkan tangannya. "Hi, Heejoo. Atau boleh saya panggil, Eejoo-i?"
Urghh..
*****
"So artis yang kita taja tu Byun Baekhyun?? Batalkan kontrak!" Sehun memusingkan anak matanya. Yonjae di hujung talian mengeluh. "Tak boleh, tuan muda. Kan tuan muda dah sain kontrak tu? Mana boleh cancel.."
"Kenapa tak bagitahu yang dia tu Byun Baekhyun??" Sehun mengerutkan dahinya. Telefon itu digenggamnya kuat.
"Tuan muda tak tanya.. dah tulis kat kontrak tu. Tak baca ke?" Sehun mengurut dahinya. "Yalah yalah bye!" dia menamatkan panggilan dengan geram. Dalam banyak-banyak artis, kenapa mesti Baekhyun?? Dahlah pendek!
Sehun menaip satu mesej lalu dihantar kepada Baekhyun. Dia perlu berjumpa dengan Baekhyun sekarang. tidak sampai beberapa minit, Baekhyun membalas mesejnya.
'Kalau nak jumpa aku datanglah. Kenapa pulak aku yang kena cari kau.'
Haishhh!
*****
Baekhyun turun ke ruang tamu lalu duduk di sofa bersebelahan dengan Heejoo. "Annyeong, Eejoo-i!"
Heejoo menjelingnya. "Apa awak nak dan stop panggil saya macam tu."
"Macam ni ke awak layan tetamu?"
"Kalau awak bukan adik Boyoung, dah lama saya halau awak dari sini."
"Tak sangka awak ni kawan noona. Kecil betul dunia."
Heejoo tidak membalas. Matanya tertumpu pada rancangan di TV. Baekhyun berdehem, inginkan perhatian Heejoo. "Awak marah saya lagi ke? Boleh tak awak lupakan hal yang lepas? Saya minta maaf dan saya harap hal ni selesai. Let's start from the bottom again."
"Baekhyun saya-" kata-kata Heejoo terhenti apabila seseorang menjerit nama Baekhyun dari luar rumah. Baekhyun mengeluh lalu bangun membuka pintu. "Tak payahlah menjerit."
Heejoo bangun dan menghampiri Baekhyun. "Kan saya dah kata jangan ajak orang lain datang rumah!"
"Perempuan?" Heejoo menoleh ke arah suara itu lalu matanya terbuka luas. Dia tidak pernah menyangka akan bertemu dengan Sehun dalam waktu begini. Sehun menjungkit sebelah keningnya kepada Baekhyun. "Kau tinggal serumah dengan Heejoo?"
Baekhyun mengangguk lalu Heejoo mengerutkan kening kepadanya. "Hey awak-"
"Jadi semua tu lakonan? Aku sentuh kau sikit sibuk nak menangis berlagak innocent padahal boleh pulak kau tinggal serumah dengan dia ni, huh? Just wow, Heejoo. Wow." Sehun memandang Heejoo tajam. Hidung Heejoo terasa pedih kerana dituduh melulu oleh Sehun.
"Awak tahu apa masalah awak? Awak suka sakitkan hati orang dengan tuduhan bodoh awak tanpa soal selidik dulu. Sebab apa? Sebab awak ego! Pentingkan diri sendiri sampai perasaan orang lain awak tak jaga!" Heejoo meninggalkan mereka lalu terus naik tangga menuju ke biliknya dengan marah. Baekhyun tersengih mengejek.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top