21

Peguam kepada mendiang appa sedang berbincang dengan keluarga Kang. Dia menunjukkan beberapa helai dokumen kepada mereka. Sehun, Puan Sora, dan Heejoo mendengar dengan tekun sementara Chanyeol sibuk bermain dengan Hyeji walaupun hakikatnya Hyeji langsung tidak melayannya.

"Ni borang A. Borang ni kena buat salinannya dalam lebih kurang 5 salinan sebab bilangan ahli keluarga ni yang tinggal hanya 5." Peguam itu menunjukkan helaian tersebut kepada mereka.

"Boleh guna mesin cetak?" Tanya Heejoo. Sehun terus mengerlingnya.

"Ya sudah tentu. Kalau ada boleh cetak borang A ni."

"Kalau macam tu saya buat sekarang."

Heejoo mengambil borang A itu lalu terus pergi ke bilik bacaan yang menempatkan sebuah mesin cetak yang canggih dan besar disitu. Sehun yang melihat Heejoo terus bertanya kepada peguam itu. “Ada apa-apa lagi yang perlu dicetak?”

“Erm borang ni—“

Sehun terus merampas borang itu dari tangan peguam itu tanpa menunggunya menghabiskan kata-katanya. Selepas itu dia menuju ke tempat yang sama seperti Heejoo. Peguam itu memandang Chanyeol yang sedang berbaring di atas sofa sambil membuka stokingnya apabila Sehun telah beredar.

“Tuan muda Chanyeol, tolong fokus.”

*****

HEEJOO sedang mencuba-cuba untuk menghidupkan mesin pencetak itu tetapi gagal. Dia langsung tidak tahu cara menggunakannya.

“Perlukan bantuan?” Pertanyaan Sehun itu langsung tidak dilayan Heejoo. Dia cuba bersikap tenang dan terus menekan apa saja suis di mesin itu. Sehun mengeluh. “Mesin tu rosak kau bayar.”

Heejoo menjelingnya. “Saya boleh buat.” Dia meneruskan kerja merosakkan mesin cetaknya itu. Sehun malas mahu menunggu. “Tepi. Jangan buang masa aku.”

Heejoo menapak ke tepi, membiarkan Sehun membuka mesin itu. Dalam masa beberapa minit sahaja, mesin itu dapat dibuka. Heejoo menolak Sehun. “Saya buat dulu.”

"Kenapa? Aku yang buka."

"Saya sampai dulu."

Sehun terpaksa mengalah. Sombong betul perempuan ni. Tak apalah, Inilah peluangnya untuk melihat Heejoo dengan lebih dekat. Dari apa yang Chanyeol katakan, Heejoo betul-betul sudah berubah. Cara percakapannya, gayanya, dan pemakaiannya juga telah berubah. Cepat betul dia berubah. Heejoo yang sering dipanggil perempuan itu telah berubah menjadi seorang wanita yang cantik. Tapi, adakah dia masih menyimpan perasaan pada Sehun?

Heejoo mencetak borang itu dengan tekun, mempedulikan Sehun yang sedang mengkaji dirinya. Dia dapat merasa dirinya diperhati. Biarlah, asalkan kerjanya siap. Sehun mencari topik untuk dibualkan. Keadaan senyap betul-betul membuatkannya tidak selesa.

“Beria nya kau nak dapat harta.”

Dalam banyak-banyak kata ucapan, kata untuk menegur, kata yang baik, itu juga yang dicakapkannya. Seperti yang dijangka, Heejoo langsung tidak membalasnya. Dia tidak akan membuang masanya untuk melayan Sehun. Sehun masih tidak berputus asa. Fikir Sehun, fikir!

“Kau buat plastic surgery ke?”

Oh tidak Sehun kau memang bodoh. Sekali lagi kata-kata yang dungu dikeluarkan. Heejoo seperti biasa, malas nak layan. Selepas siap mencetak kesemua salinan, Heejoo mula menapak untuk keluar. Sehun mendengus kasar. Tidak suka apabila tidak dirinya dilayan.

“Kang Heejoo.”

Langkah Heejoo terhenti.

“Kenapa pergi Paris tak bagitahu aku?” Sehun menoleh ke arah Heejoo. Heejoo hanya kaku. Tak lama kemudian dia terus keluar, tanpa menjawab soalan Sehun.

*****

Hyeji mencari kotak besinya di sekeliling rumah. Dari tadi lagi dia mencari namun masih tidak ditemuinya. Sehinggalah dia ke halaman rumah lalu melihat kotak besi itu di tangan Heejoo. Hyeji agak marah, dia menyangka Heejoo mencuri kotak besi itu darinya. Dia terus mendekati Heejoo yang sedang duduk di atas kerusi kayu lalu merampas kotak besi itu dengan kasar.

Heejoo agak keliru. Bukannya dia berniat untuk mengambil kotak besi itu tetapi kerana kotak besi itu ada di sebelahnya. Dia sudah berniat untuk memberikan kotak besi itu kepada Hyeji tetapi Hyeji sudah mengambilnya terlebih dahulu.

Heejoo mengejar Hyeji yang berlalu sehinggalah mereka sampai di kolam renang, Heejoo menarik tangannya. “Unnie tak buka pun kotak besi tu.”

Hyeji memandang heejoo dengan tajam, dia menggigit bawah bibirnya. Heejoo mengeluh, dia memegang kedua bahu Hyeji lalu menggosoknya lembut. “Hyeji janganlah marah. Unnie nak pulangkan dah tadi tapi Hyeji ambil dulu.”

Seseorang memerhatikan mereka dari dalam rumah. Siapa lagi kalau bukan Sehun? Sehun ketawa apabila Heejoo mula melutut tetapi Heejoo menyedarinya. Dia menjeling Sehun seketika lalu melihat Hyeji semula. “Hyeji unnie—“

Belum sempat Heejoo menghabiskan kata-katanya, Hyeji terus menolak Heejoo ke dalam kolam renang dengan geram. Heejoo terjatuh ke dalam air. Dia mencuba untuk naik semula tetapi kolam itu terlalu dalam dan semestinya dia tidak pandai berenang. Dia tidak tahu untuk berbuat apa selain daripada menahan nafasnya. Apa yang dilihatnya biru, dan apa yang didengarinya gelombang bunyi air. Tangannya digerakkan tanpa henti tetapi dia makin ke dalam.

Sehun pada mulanya hanya memandang dengan terkejut. Sangkanya, Heejoo pandai berenang. Tetapi lama kemudian, dia sedar yang Heejoo masih tidak dapat naik. Tangannya menggeletar. Cemas menyelubunginya. Hyeji hanya mendiamkan diri. Dia memandang Sehun dengan takut lalu sehun membalasnya pandangannya dengan jelingan maut.

Tanpa menunggu, Sehun terus membuka kasutnya lalu terjun ke dalam kolam renang mendapatkan Heejoo. Heejoo sudah tidak bergerak ketika itu. Sehun menarik badan Heejoo lalu berenang semula ke permukaan dan menempatkan Heejoo di lantai. Dia agak cemas kerana Heejoo sudah tidak menyedarkan diri. Sehun melakukan pemeriksaan nadi. Kemudian dia serba salah. Dia menutup hidung Heejoo lalu jarinya mengangkat dagu Heejoo. Mungkin dia.. patut buat.. kali ni..

Seseorang menolak badan Sehun. “Biar aku buat.” Sehun membiarkan Chanyeol mengendalikan Heejoo. Mungkin dia terlalu cemas. Dia dapat melihat raut Chanyeol yang agak marah dengannya tetapi ditahan. Hyeji di sebelahnya dijeling lagi. Ini semua salah Hyeji, fikirnya.

Chanyeol meletakkan tangannya di tengah dada Heejoo sambil menekan dengan posisi tangan lurus. Dia memberikan tekanan berulang kali sebanyak 30 kali lalu memberi nafas buatan kepada Heejoo. Sehun menutup matanya lalu menoleh ke arah lain. Sedikit sebanyak dia berasa bersalah.

Setelah melakukannya berulang kali, Heejoo memuntahkan air yang memasuki badannya. Chanyeol menggosok belakang badan Heejoo. Sehun turut serta tetapi Heejoo menolak badannya dengan matanya yang kemerahan. “Jangan sentuh saya!”

Sehun tergamam. Heejoo menahan tangisnya sambil matanya tajam memandang Sehun. “Seronok gelakkan saya?”

Sehun serba salah. Heejoo bangun lalu menapak meninggalkan Sehun dengan marah. Chanyeol mengikutinya sambil menyarungkan tuala  di badannya. Heejoo sempat memandang Hyeji tanpa perasaan apabila melintasinya.

*****

KWAENCHANA?”

Heejoo mengangguk. Chanyeol kelihatan amat risau sejak tadi. “Kalau awak rasa lain macam kita boleh pergi hospital.”

"Tak perlu. Saya okey."

"Saya minta maaf untuk tadi."

"Untuk apa?"

"Saya.. yelah, CPR awak tadi.. Erm Heejoo saya betul-betul tak berniat benda lain tadi. Saya—"

"Saya tak kesah pun. Gomawo Chanyeol-sshi."

"Sebenarnya tadi Sehun yang sepatutnya buat tapi saya halang. Sebab saya nampak dia gelakkan awak tadi. Saya perhati dari atas. Erm awak tak kesah kan?"

Heejoo menggeleng. "Thanks again, Chanyeol-sshi."

"Boleh tak awak panggil saya macam dulu? Saya tak selesa awak formal sangat."

"Saya.. panggil awak apa dulu?"

"Chan."

"Oh mian, err Chan." Heejoo tersenyum kekok.

“Eyy heejoo dah berubah! Ni yang rasa nak kusutkan rambut perang dia nih!” Chanyeol mengelap rambut Heejoo dengan kuat. Sengaja mengusutkan rambut Heejoo. Heejoo tersengih sambil memukul tangan Chanyeol. “Janganlah.”

"Tak suka?"

"Tak." Heejoo mencuba untuk menjadi serius tetapi dia gagal. "Pfft.."

Chanyeol mencubit hidung sambil tawanya pecah. "Formal lagi dengan saya siap!"

*****

SEHUN termenung di katilnya. Dingin. Sekali lagi dia dituding jari. Seseorang mengetuk pintunya. Sehun mempedulikannya. Tak lama kemudian Hyeji masuk lalu mendekati abangnya. “Oppa..”

Sehun tidak membalas. Malas dia mahu berbicara sekarang. Hyeji memegang tangan abangnya. “Oppa..” Sehun menarik tangannya. Dia langsung tidak memandang Hyeji.

Air mata memenuhi kelopak mata Hyeji. Dia menggoncangkan badan Sehun yang kaku. “Oppa~!” Hyeji mula menangis. “Oppa!!”

“DIAMM!!” Sehun menengkingnya. Hyeji terperanjat. Serta merta tangisannya ditahan. Sehun memandang Hyeji tajam. “Pernah ke oppa ajar Hyeji buat macam tu? PERNAH KE?!!”

"Oppa.." Hyeji menahan tangisnya. Mata Sehun kemerahan.

"Kenapa kurang ajar sangat nih?? Tak reti nak hormat orang dewasa ke?? Hah?!!"

"Ahniyo.."

"Kalau perempuan tu mati kau nak buat apa?!! Kau nak tanam dia?!!"

"Mianhae.."

"Kau tahu tak, semua benda nampak macam salah aku!!! Semua aku kena tanggung!!! Kalau ada apa-apa bagitahulah aku! Jangan buat kerja bodoh!! Dah 10 tahun pun tak matang!! Bila kau nak matang hah?!?!"

Hyeji meraung. Menangis tanpa henti sehinggalah Puan Sora dan Chanyeol datang ke bilik itu.

“Kenapa ni Sehun??” Tanya Puan Sora lalu memeluk Hyeji. Sehun meraup wajahnya. Dia terus keluar dari bilik itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top