19

Heejoo membuka matanya. Seperti yang dijangka, dia berada di biliknya, di atas katil dengan kepalanya yang masih lagi pening. Serta merta fikirannya memaparkan ingatannya di hari semalam.

Heejoo kau bodoh. Bodoh. Siapa suruh confess kat asshole tu?

Heejoo menghela nafasnya. Telefon di sebelahnya dicapai lalu dibuka. Ada mesej. Selepas membaca mesej itu, dia mengambil tuala lalu mandi dan menyiapkan dirinya.

*****

HEEJOO makan dengan tidak berselera. Sejujurnya dia tiada mood. Mujur Sehun tidak berada di meja makan itu sekarang. Chanyeol memerhatikannya dalam diam. Dia nampak apa yang telah berlaku semalam. Agak terkejut tapi dia sudah agak perkara itu akan berlaku.

"Erm Heejoo tolong panggil Sehun turun makan?" Tanya Puan Sora. Terasa seperti batu besar menimpa Heejoo. Serba salah rasanya untuk menolak permintaan Puan Sora. "Ommuni saya-"

"Biar saya panggil." Chanyeol berdiri lalu terus naik ke tingkat atas. Heejoo menunduk malu. Pasti Chanyeol tahu akan hal Sehun dan dirinya. Sangat memalukan.

Tak lama kemudian Sehun turun. Heejoo segera menghabiskan makanannya. "Saya pergi dulu." Berada di rumah ini bersama Sehun hanya membuatkannya tidak selesa. Puan Sora mengangguk walaupun dia agak aneh dengan sikap gadis itu.

"Saya ikut dia." Chanyeol pula yang mengikuti langkah Heejoo dari belakang. Sehun hanya mendiamkan diri. Dia tak patut kesahkan semua itu. Biarlah keadaan menjadi sebegini. Biarlah.

*****

Sehun tidak tahu kenapa dengan dirinya. Gila atau hilang akal. Ataupun kedua-duanya. Kenapa dia rasa bersalah terhadap Heejoo? Bukankah sepatutnya dia tidak merasakan apa-tentang tentang pengakuan itu? Dia lelaki jadi sepatutnya dia dapat melakukan apa sahaja, rasa apa sahaja, dan pilih sesiapa sahaja untuk dirinya tetapi sekarang tidak.

Aku suka Heejoo ke? Itu yang bermain difikirannya. Ataupun mungkin sebenarnya dia telah tahu jawapannya tetapi terpaksa menidakkannya. Kenapa? Kerana mereka takkan bersama. Heejoo tidak mungkin akan menerimanya jika dia mengetahui rahsianya.

Siapa Sehun? Sehun mangsa. Jahat sangatkah dia? Salahkah dia? Entahlah. Dia tidak faham dengan dirinya sendiri. Kenapa semua perkara seperti menudingkan kesalahan ke arahnya? Dan kenapa dia berada sini, di taman, tak jauh dari tempat Heejoo yang sedang menangis di sisi Chanyeol tanpa tujuan. Kenapa dia masih memerhati dan memikirkan gadis ini setiap waktu?

Sudah senja. Baguslah Heejoo tidak menyedari kehadirannya. Dia juga tidak mahu berhadapan dengan Heejoo. Itu hanya akan menyeksa perasaannya. Melihat Heejoo yang menangis di hadapannya betul-betul membuatkan dirinya lemah. Dia juga tidak sangka akan jatuh cinta dengan gadis itu kerana memang terang lagi Heejoo bukanlah apa yang dicarinya. Sebenarnya dia tidak mengharapkan kehadiran mana-mana perempuan untuknya. Cukuplah dia berseorangan seperti dulu.

Beberapa kali dia merasakan sesuatu dengan Heejoo. Banyak kali juga. Semasa Heejoo memeluknya, semasa Heejoo memanggil namanya, semasa mereka bersama. walaupun kekok, itu membuatkannya gembira walaupun dia tidak menunjukkan apa-apa reaksi. Dia akui, memang dia telah mencium banyak perempuan. Itupun kerana dia merasa bosan dan ingin memainkan hati seseorang yang ingin mengikis hartanya. Tetapi Heejoo.. Dia tidak pernah mencium perempuan lain sebagaimana dia mencium Heejoo di kolam renang hari itu. Dia betul-betul inginkan gadia itu ketika itu jadi mungkin sebab itu dia agak hilang kawalan. Mujur Heejoo menghalangnya. Heejoo baru sahaja berumur 19 tahun, masih lagi seorang gadis, dan tidak layak dipanggil sebagai perempuan sebagaimana dia selalu membahaskan Heejoo.

Heejoo, mianhae.

*****

Sehun membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumah dengan tidak bersemangat. Hari yang merunsingkan. Bagaimanalah dia ingin meneruskannya selepas ini?

Sehun naik ke tingkat atas, lalu matanya terhenti pada Puan Sora yang sedang berada di bilik Heejoo. Bukankah Heejoo masih belum pulang? Dia mendekati Puan Sora.

"Omma buat apa?" Puan sora menoleh ke arah Dehun. "Tak, ni, ada surat untuk Heejoo."

"Surat apa?"

"Tak tahu." Surat itu diletakkan dia atas meja. "Nanti Heejoo tengoklah."

Puan sora keluar dari bilik itu selepas memberikan senyuman tuanya kepada Sehun. Sehun mengerutkan dahinya. Sampul surat itu diperhatinya semula. Surat dari balai polis Daeju? Dia rasa berdebar seketika apabila dapat mengagak isi surat itu.

Sampul itu dikoyaknya lalu gambar daripada sampul surat itu ditenung lama. Sehun semakin resah. Heejoo tidak boleh mengetahui perkara ini. Dia mengoyakkan gambar itu sehingga menjadi cebisan-cebisan kecil.

"Buat apa?" Sehun terperanjat apabila mendengar suara Heejoo. Dia menggenggam cebisan itu di tangannya. Heejoo ternampak sampul surat yang setengah terkoyak di katilnya. "Balai polis Daeju?" Heejoo memandang tajam Sehun. "Sehun, tu gambar-"

"B-bukan."

"Bagi saya, Sehun."

"Tak boleh."

"BAGI SAYA!" Heejoo menarik tangan Sehun tetapi Sehun terus berlari ke tingkap lalu membuang cebisan itu ke luar. Heejoo tergamam. Nafasnya naik turun. Matanya merah dan hidungnya terasa pedih.

"Apa.. awak nak?" Heejoo menahan geramnya. Tapak tangannya digenggam kemas. "APA AWAK NAK SEBENARNYA!!!" Air matanya jatuh setitis. Dia mengelapnya lalu terus memandang Sehun dengan marah.

"Tak penting. Jangan buat masa kau buat semua ni lagi." Sehun membalas tenungannya. "Takde siapa akan hargai kau. Kau ingat mak kau akan hidup balik dan berterima kasih kat kau? Tak. kau buang masa untuk perempuan murahan perampas tu."

"BERHENTI KUTUK OMMA SAYA!!!" Heejoo betul-betul marah ketika itu. Dia mendekati Sehun lalu menumbuk-numbuk dadanya sambil matanya mengalirkan air mata. "Kenapa awak kejam sangat!! Kenapa awak langsung tak berhati perut!! Kenapa awak macam ni!!!" Sehun menolak tangan Heejoo. "Sakitlah perempuan!"

"Sakit? Awak tahu berapa kali saya sakit sebab awak!? Awak tahu apa?! Yang awak tahu nak hancurkan hidup orang, permainkan orang lain, sakitkan hati orang yang sayang awak! Awak selfish Sehun, awak selfish! Awak nak orang jaga perasaan awak bila awak terus-terusan sakitkan hati orang lain! Pernah tak awak fikir perasaan orang? yang awak tahu hanya awak, awak seorang Sehun, sebab tu awak keseorangan!"

"Dah, puas hati kau?"

Sehun menyusun langkah untuk keluar. Dia malas untuk bertekak dengan Heejoo. Heejoo masih lagi tidak berpuas hati. "SEHUN!" langkah Sehun terhenti.

"Jelaskan kat saya kenapa awak buat semua ni! Kenapa koyak gambar pembunuh tu!" Sehun menghela nafas. "Bukan urusan kau."

"Oh, okey. Sekarang saya tahu. wahh tak sangkanya saya."

"Apa yang kau tahu?"

"Biar saya teka. Awak, pembunuh tu kan? Jadi sebab tu awak halang saya teruskan siasatan dan koyak gambar pembunuh tu bila awak tahu yang terpapar kat gambar tu adalah awak, kan?"

Sehun menggenggam penumbuk. Nafasnya tidak stabil. Dia mendekati Heejoo semula. "Salah."

Heejoo mengangkat sebelah keningnya kepada Sehun. "Jadi kenapa awak buat semua ni! Kenapa tuan muda Sehun!? takut identiti awak sebagai pembunuh terbongkar?!"

"Yah perempuan," Sehun mencengkam kolar baju Heejoo. "Sekasar mana pun aku, seteruk mana pun aku, tapi aku takkan sejahat tu untuk bunuh orang! Jangan nilai aku dari apa yang aku buat! Kau tak tahu apa-apa perempuan! KAU LANGSUNG TAK TAHU!!!"

"Jadi bagitahu saya apa yang saya tak tahu! awak tahu sangat kan?!!

"Takkan. Ni hal aku! Biar aku selesaikan sorang-sorang!"

"Kalau awak tetap dengan sikap awak macam ni, sampai bila-bila orang tak nak dekati awaklah! Sampai bila awak nak pertahankan ego awak?! Awak ego Sehun, awak ego! "

"Diamlah perempuan!"

"Ego! Tak fikir perasaan orang! Tak berhati perut! Selfish! Sombong! Asshole! Tak-"

"AKU KATA DIAM!!!"

Mata Heejoo berkaca semula. Tergamam. Seseorang membuka pintu bilik itu. Sehun memandang chanyeol yang sedang memandang mereka dengan terkejut di pintu lalu memandang Heejoo semula. "Aku tak nak tengok muka kau dah selepas ni. Aku paling benci tengok muka anak perempuan murahan." Dia melepaskan cengkamannya lalu keluar dari bilik itu. Chanyeol terus berlari ke Heejoo yang masih lagi kaku dengan cemas. "Heejoo awak tak apa-"

"Chan."

"Ya?"

"Tolong tempah tiket flight. Saya terima tawaran tu."

"Heejoo awak pasti? Macam mana dengan-"

"Tak saya takkan menyesal dengan keputusan saya. Saya betul-betul kena pergi."

"Okaylah kalau macam tu." Chanyeol hanya mampu bersetuju. "Jaga diri, Heejoo." Chanyeol terus memeluk Heejoo apabila Heejoo mula mengalirkan air mata. Bagus juga kalau dia menjauhkan jarak antara Sehun dan Heejoo. Tidaklah mereka akan terluka lagi.

*****

Sehun membuka matanya. Sudah jam 2 petang tetapi dia baru sahaja tersedar dari lena. Penat sangat agaknya. Dia keluar dari biliknya dan terlalu di bilik Heejoo. Ada sesuatu yang tidak kena. Sehun terus masuk ke dalam bilik Heejoo. Tersusun kemas seperti tiada siapa pernah duduk disitu. Dia juga menyemak almari Heejoo. Kosong. Tiada pakaian. Meja di bilik itu juga berhabuk seperti sudah lama tidak digunakan. Sehun memegang rambutnya yang kusut. Heejoo kau kat mana?!!

"Oppa.." Sehun menoleh ke arah Hyeji. Adiknya itu kelihatan risau. "Kenapa oppa masih lagi macam ni.."

Sehun memegang bahu Hyeji lalu adiknya itu dipandang dengan lemah. "Hyeji perempuan tu-"

"Dia 2 tahun dah pergi oppa. Kenapa oppa masih macam ni.." Hyeji menggigit bibirnya. Sedih dengan sikap abangnya yang seperti sudah gila.

"D-dua tahun.." Sehun tiba-tiba teringat semula akan peristiwa 2 tahun yang lepas. "O-oh mian. Oppa lupa."

Hyeji menangis. Dia risaukan abangnya. Sudah 2 tahun Sehun berperangai seperti itu selepas Heejoo meninggalkan mereka. Setiap malam dia akan mimpikan Heejoo dan paginya esok dia akan mencari Heejoo di biliknya. Dia bukannya gila tetapi cuma tidak percaya akan apa yang telah terjadi. Dia terkilan.

Heejoo, mianhae.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top