14

Heejoo termenung seorang diri di dewan sambil mulutnya mengunyah sandwich yang telah dibekalkan oleh Puan Sora pagi tadi. Joy tidak hadir ke universiti jadi dia berseorangan hari ini. Heejoo berhenti mengunyah lalu menyimpan semula sandwich ke dalam bekal. Dia tiada selera.

"Kenapa tak habiskan? Kalau tak nak saya makan." Heejoo memandang ke tuan punya suara yanng menyedarkannya dari lamunan lalu tersenyum tawar. "Saya tak ada seleralah, prof. Chan."

"Kenapa tak ada selera?" Bekal itu diambil dari tangan Heejoo. Dia memang gilakan makanan. "Saya makan ya?"

"Makanlah."

"Apa yang ganggu fikiran awak sampai awak tolak sandwich omma yang paling sedap kat universe nih?" Tanya Chanyeol sambil mulutnya mengunyah sandwich tadi. Heejoo menunduk. "Tak ada apa-apa lah"

"Sehun? "

Heejoo sedikit terkejut apabila nama itu disebut. "H-hmm?"

"Jadi betullah?"

"Hmm ya."

"Saya harap.. awak tak salah faham dengan Sehun. Dia memang macam tu." Chanyeol menelan semua sandwich yang ada di mulutnya sambil menutup bekas bekal. "Dari kecil lagi dia takde kawan. Awak tahu, dia tak pernah pergi sekolah seumur hidup dia. Dari kecil lagi dia tak boleh nak bergaul dengan orang lain jadi sebab tu dia belajar kat rumah, dengan cikgu peribadi. Jadi tak hairanlah kalau dia tak reti nak berkawan. Sehun keseorangan, tak ada siapa yang sudi berkawan dengan dia sebab sikapnya yang kasar kadang-kadang. Awak tahu sikapnya macam mana kan?"

Heejoo mengangguk lemah. Perasaan bersalah menyelubunginya. Sepatutnya aku faham dia dari awal lagi, fikirnya.

"Jadi sampai besar dia jadi macam tu. Minum tak habis-habis sebab nak cuba bergaul dengan orang. Ramai perempuan cuba dekati dia tapi semuanya lari sebab tak tahan dengan sikap dia." Chanyeol tersengih tiba-tiba."But he's a good kisser. Awak patut try, Hahaha."

Nafas Heejoo menjadi tidak stabil apabila Chanyeol menyebut tentang hal itu. Segan pula. Dia akui kata-kata Chanyeol. Bukannya dia tak pernah bercium dengan Sehun. First kiss pulak tu. Hanya Chanyeol yang tidak tahu tentang perkara itu.

"Baguslah sekarang dia nampak macam sukakan seseorang. Tak sangka betul." Sambung Chanyeol. Heejoo mengerutkan keningnya. "Siapa?" nadanya berbaur cemburu.

"Kang Heejoo." Chanyeol memandang Heejoo lembut. "Tolong ubah dia, Heejoo-ah."

*****

HEEJOO menunggu Sehun di perhentian bas. Memang sekarang dia harus pulang dengan Sehun atas arahan Puan Sora setiap hari. Beberapa minit kemudian, kereta swift Sehun berhenti dihadapannya. Jantung Heejoo mulai berdegup. Dia membasahkan tekaknya sebentar, lalu masuk ke dalam kereta Sehun dengan senyap.

Suasana di dalam kereta itu senyap seperti tiada sesiapa. Kedua-duanya serba salah untuk memulakan bicara. Sesekali Heejoo mengerling Sehun, sesekali Sehun mengerling Heejoo, dan sesekali juga mereka saling mengerling pada masa yang sama lalu terus mengalihkan anak mata.

Heejoo ditimpa kebosanan yang melampau. Dia membuka radio lalu memasangnya dalam volume yang kuat.

Ouh! Lagu EXO!!!

"JUST LOVE ME RIGHT!!! AHAAAA!!!" Heejoo menjerit sekuat hati. Sebenarnya dia ingin menghilangkan rasa kekoknya. Sehun terkejut dengan perubahan mood Heejoo yang mendadak.

"BABYYY LOVE ME RIGHT!!! AHAAAA!!!" kali ini dia menjerit di telinga Sehun. Sehun terus menutup radio. Makin gila perempuan di sebelahnya. "Kau kenapa?!"

"Saya nak awak bercakap."

Berkerut kening Sehun. Heejoo mengeluh. "Cakaplah!"

"Err.. err.. Dora."

Heejoo tersengih. "Tuan muda Sehun boleh cakap rupanya."

"Perempuan, semalam aku-"

"Berhenti kat sini sekejap, Sehun." Arah Heejoo sambil memandang di luar tingkap.

Sehun terpaksa memberhentikan keretanya secara tiba-tiba. "Kenapa?" Sehun melihat bangunan di sebelahnya. Balai polis.

"Boleh awak.. tunggu saya sekejap? Saya ada hal."

"Hal apa?"

"Tunggu. Sekejap je." Heejoo membuka pintu kereta tetapi tangannya ditarik Sehun. Segera dia memandang lelaki itu yang menundukkan kepalanya. "Tunggu."

"Kenapa awak?"

"Perempuan aku.. aku minta maaf. Mi-mianhae."
Heejoo tersenyum lembut. Sehun mengangkat kepalanya lalu melihat gadis itu. "Kau dengar tak?"

" Awak, saya tak marah awak. Apa awak cakap tu memang betul pun."

"Tapi-"

"Saya pergi dulu. Awak jangan tinggal saya pulak." Heejoo tersengih lalu keluar dari kereta. Sehun menjenguk Heejoo yang memasuki balai polis itu dari cermin tingkap kereta. Ingin sahaja dia mengikuti Heejoo tapi risau jika dituduh penyibuk pula.

Dia tak marah ke pasal semalam? Kenapa tiba-tiba baik dengan aku nih? Entah-entah report pasal aku kat polis.

Beberapa minit kemudian, Heejoo kembali ke kereta. Di tangannya terdapat beberepa sampul yang tidak diketahui isinya. Heejoo mengerutkan kening apabila menyedari pandangan Sehun terhadapnya. "Jalanlah?"

*****

HEEJOO membelek-belek semua gambar di tangannya. Perasaaan sebak datang tiba-tiba. Telefonnya dicapai lalu dia mendail nombor seseorang.

"Yeoboeseyo, unnie." Air matanya mengalir perlahan.


HEEJOO berjalan-jalan di sekitar kolam renang lalu mengambil tempat di salah satu kerusi rehat yang ada di situ. Berada di sini membuatnya lebih tenang walaupun sudah lewat malam. Kenangannya bersama orang tuanya diimbas semula. Kadangkala air matanya jatuh tanpa dia sedar.

"Woi." Heejoo tersentak. Dia hampir menjerit apabila Sehun menegurnya. Heejoo menyedari sesuatu sebaik sahaja dia menoleh ke arah Sehun - Sehun tidak memakai baju dan hanya memakai seluar renang. Dia menahan rasa segan dan malu yang menyelubunginya ketika itu. Tidak dinafikan, Sehun kelihatan amat menggoda dengan rambutnya yang basah, bahunya yang tegap, kulitnya yang putih dan badannya yang berotot walaupun badannya tidaklah sebidang mana. Sesiapa sahaja mungkin akan jatuh hati padanya pada keadaan begitu. "S-Sehun."

"Kau buat apa malam-malam kat sini?" Sehun mengibas rambutnya yang basah - mengeluarkan air yang masih bersisa di kepalanya. Heejoo pula terpegun di situ. Kenapa Sehun nampak menawan sangat malam ni?

"Aku tanya ni."

"H-hmm?"

"Kau dah kenapa dari tadi aku tanya diam je. Selalunya banyak cakap."

"T-tak ada apa-apa." Heejoo menunduk. Janganlah pipi dia merah. Malu nanti.

Sehun tersengih apabila dia tersedar sesuatu. Dia mendekati Heejoo. "Malu dengan aku?" Heejoo mengangguk lalu terus menggeleng. Kolot betul. Sehun menunduk memandangnya yang sedang duduk di kerusi rehat. Sengaja dia mendekatkan dirinya dengan Heejoo. "Kenapa? Aku seksi, kan?"

"Sehun j-jangan apa-apakan saya." Heejoo semakin cemas. Dia menutup matanya. Sehun hanya tergelak kecil melihatkan wajah Heejoo. Dia mengambil tuala yang berada di belakang Heejoo lalu kembali berdiri tegak mengelap badannya yang basah. "Tak ada masa aku nak apa-apakan kau. Perasan." Heejoo membuka matanya. Ahhh malunya! Padan muka Heejoo! Padan!

"Hampa?" Sengaja Sehun mengusik Heejoo. Heejoo menggeleng laju. "Mana ada! Yang awak tu, buat apa kat sini?"

"Berenanglah apa lagi. Pernah nampak orang pergi swimming pool basuh baju?"

"Malam-malam pun nak berenang. Pelik betul."

"Yelah kalau aku berenang petang-petang kau intai aku. Almaklumlah crystal clear. Lagilah terperinci kau kaji badan aku kan?"

Terbeliak mata Heejoo. Tuduhan yang melulu! Ini bukan kali pertama dia melihat Sehun begini, pernah sekali semasa pertama kali dia menjejakkan dirinya ke rumah itu, Sehun tidur di biliknya dan dia tidak memakai baju cuma ketika itu perasaan cemas lebih dirasainya berbanding malu.

Sehun mengkaji Heejoo dari bawah. Diam je perempuan ni. "Ada masalah apa? Menangis bagai."

"Mana ada saya menangis."

"Tak menangis lah sangat. Dari tadi kau menangis sorang-sorang sampai aku berenang pun kau tak perasan. Pasal apa? Baekhyun? Chanyeol hyung?"

"Tak lah mana ada. Cuma haritu.. saya dapat call dari sepupu saya."

Sehun duduk bersebelahan dengan Heejoo. "Kenapa dia call?"

Walaupun heejoo tidak selesa dengan keadaan Sehun disebelahnya, dia tetap mengawal perasaannya. "Awak tahu.. omma saya dan appa kita.. meninggal bukan sebab accident? Polis dapati yang.. kemalangan tu dirancang."

Sehun terkejut dengan jawapan yang diutarakan Heejoo. Bukan kerana dia sedih, tetapi kerana dia tahu hari ini akan tiba - dimana Heejoo mengetahui segalanya, termasuk rahsia yang disimpannya selama ini. "Kau sure?" Heejoo mengangguk. "Tapi saya tak tahu siapa orangnya. Saya dapat gambar tapi tak jelas. Sebab tu saya minta siasatan diter-"

"Jangan. tak perlu."

"Kenapa? Awak tak nak ke tahu siapa yang bunuh appa? Dia appa awak jugak kan?"

"B-bukan, Cuma erm.. perkara tu.. dah lepas. Kau.. lupakan jelah."

"Saya takkan." Heejoo menekan suaranya. Matanya berkaca. Pernafasannya tidak stabil disebabkan cuaca yang agak sejuk di luar. Sehun menarik tuala di lehernya dan menarik Heejoo dekat lalu membaluti Heejoo dengan tuala itu.

"Dahlah tak payahlah menangis. Memburukkan muka kau yang sedia buruk adalah."

Heejoo tidak dapat mendengar dengan jelas. Jarak mukanya dengan Sehun rapat ketika itu. Bibirnya diketap. Sesuatu sedang bermain di mindanya ketika itu.

'But he's a good kisser. Awak patut try, Hahaha.'

Tanpa teragak-agak, Heejoo mencium pantas bibir Sehun. Sehun terkejut dengan tindakannya. "Woi kau.."

Heejoo menoleh ke tepi. Malu untuk memandang Sehun. Tulah kan dah kena! Sedap-sedap je cium dia!

"Perempuan." Sehun memanggil Heejoo. Heejoo menunduk lalu mukanya ditutupi dengan rambutnya yang panjang.

"Yahh perempuan," Sehun memanggilnya lagi. Heejoo masih tidak membalas. Menyesal dengan tindakannya tadi. Kan Sehun dah marah? Sehun tetap memanggilnya sehinggalah dia menarik kolar baju Heejoo seperti biasa dia selalu lakukan kepada Heejoo. Heejoo terpaksa memandang Sehun dengan takut. Pasti Sehun akan memarahinya dengan teruk dan-

Tekaannya salah. Ternyata apa yang disangkanya langsung tidak sama dengan apa yang Sehun sedang lakukan sekarang. Sehun sedang mencium bibirnya sambil menariknya ke dalam dakapan. Heejoo menahan rasa malu yang amat. Dia hanya membiarkan Sehun melakukannya sambil dirinya mencuba untuk mengawal pernafasannya yang tidak stabil. Dia akui, Sehun memang pandai bercium berbanding dirinya yang langsung hanya mampu menjadi mangsa ciuman Sehun. Eh apa dia fikir ni.

Sehun berhenti seketika. Mengubah posisi kepalanya. Heejoo menyangka ciuman itu sudah berakhir tapi tidak. Sehun memegang rambut Heejoo yang panjang. Sehun betul-betul menciumnya kali ini. Dalam keadaan yang sedar, bukan mabuk.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top