1

"Masuklah." Jemput Puan Sora sambil membuka suis lampu bilik di rumahnya. Anak mata Heejoo meliar melihat keadaan sekeliling bilik itu - luas, berlatarkan corak abstrak, terdapat katil king yang besar, dan bilik air di hujung bilik. Ringkas, tetapi cantik.

"Ni bilik kamu. Mian kalau tak berapa cantik. Sebenarnya ni bilik anak ommuni yang kedua. Bilik tetamu tak kemas lagi, banyak barang. Maaf ya?" Dia menyambung lagi. Heejoo tersenyum kekok lalu mengangguk. "T-tak. Bilik ni okey. Lebih dari okey. Kamsahamnida."

"Omma barang nak bawa keluar ke?" Lelaki tadi memasuki bilik lalu mengejutkan Heejoo di hadapan pintu. Selepas menyedari kehadiran Heejoo, dia terus menunduk hormat dengan sopan.

"Erm Heejoo, ni anak ommuni yang pertama, Chanyeol. Kamu berkenalan dulu dengan dia ya? Ommuni ada kerja sikit." Puan Sora keluar dari bilik meninggalkan Heejoo dan Chanyeol berduaan. Dia sempat berbisik sesuatu kepada Chanyeol lalu anaknya itu mengangguk. Heejoo dan Chanyeol saling tersenyum dengan kekok.

"Ehem ehem.. saya Chanyeol, panggil saya Chan. Berapa umur awak?"

"Err Kang Heejoo. 19 tahun."

Chanyeol membawa Heejoo meronda kawasan rumah sambil mereka berdua berborak kecil. Dia agak peramah. 24 tahun, berperwatakan menarik, kacak juga, tetapi terlalu tinggi bagi Heejoo. Rumah agam itu juga sangat cantik. Rekaan dan hiasaannya menarik perhatian Heejoo yang sangat sukakan seni bina.

"Ni budak perempuan tadi kan?" Heejoo menuding jari kepada salah satu bingkai gambar yang tergantung di dinding. "Berapa umur dia?"

"Ah ya. Tu adik saya, Hyeji, 7 tahun. Dia paling bongsu, tapi macam pelik sikit."

"Pelik?"

"Entahlah macam.. hmm awak jumpalah dia nanti. Susah nak terangkan."

"Oh okey.."

Heejoo melihat bingkai lain pula yang tergantung di dinding ruang tamu. Semuanya tersusun dengan kemas. "Ni siapa? Saya tak nampak pun tadi."

"Err tu anak kedua, Sehun. 22 tahun. Tadi dia tak ada. Sebab tu awak tak nampak."

"Boleh saya tahu mana dia pergi?"

"Entahlah saya pun tak tahu. Biarlah dia tu. Malas saya nak layan. Sekarang pun saya tak tahu dia kat ma--"

Kata-katanya terhenti apabila menyedari gadis di sebelahnya sedang merenung bingkai gambar bapanya iaitu merupakan bapanya juga dengan mata yang berkaca. Sehelai tisu dari poketnya dikeluarkan lalu dia memberikannya kepada Heejoo.

Heejoo mencapai tisu itu dengan serba salah. Sedikit sebanyak di berasa malu kerana mengalirkan air matanya di hadapan lelaki yang baru dikenalinya hari ini. Entah mengapa dia masih tidak dapat menerima bahawa ibu bapanya telah pergi. "Mianhae."

"Kwaenchana, saya faham. Erm boleh saya tanya sesuatu?"

"Hmm?"

"Sejak bila omma awak kahwin dengan appa saya? Dan awak tahu yang appa saya dah ada isteri?"

"Saya tak tahu bila mereka kahwin tapi.. saya tahu dia ada isteri pertama." jawab Heejoo sambil menundukkan mukanya. Chanyeol serba salah. "Mianhae, soalan saya keterlaluan. Saya buat awak tak selesa ke?"

"Taklah, saya tak kesah pun."

*****

Selepas menghantar Heejoo ke bilik dan mengucapkan selamat malam, Chanyeol beredar masuk ke dalam biliknya. Heejoo cuba melelapkan dirinya di katil tetapi gagal. Dia masih lagi sedih atas pemergian bapa dan ibunya sehingga bayangan mereka tidak berhenti terlintas di fikirannya.

Selepas beberapa minit, Heejoo mula mengantuk. Dalam keadaan separa sedar, dia seperti terdengar bunyi pintu biliknya dibuka. Katilnya juga seperti bergerak. Dia mempedulikannya kerana terlalu mengantuk. Mimpi agaknya.

*****

[10.00 a.m.]

Heejoo menguap sebaik sahaja bangun dari tidurnya. Matanya digosok perlahan, pedih kerana telah menangis dengan begitu banyak semalam. Cahaya di tingkap pula terlalu cerah lalu menyebabkan dia susah untuk membuka mata. Perlahan-lahan kelopak matanya membuka tirai.

Tiba-tiba dia menyedari sesuatu yang aneh. Matanya terbeliak. Nafasnya tidak stabil. Hidungnya kembang. Jantungnya berhenti berdegup. Mukanya merah. Dan..

"AAHHHHHHHHHHHHHHHH!!!"

Heejoo menjerit sekuat hati apabila melihat seorang lelaki yang hanya memakai seluar berbaring di sebelahnya. Selimutnya ditarik menutupi badannya walaupun badannya masih lagi lengkap berbaju tidur.

Lelaki tadi tersedar daripada tidur apabila mendengar jeritan Heejoo. Apabila dia ternampak Heejoo, dia juga menjerit seperti gadis tersebut.

Tak, kali ni lebih kuat dan suaranya tersangatlah meluat untuk didengar.

"Kenapa ni??" Puan Sora terus meluru ke bilik itu apabila terdengar jeritan mereka berdua. Heejoo berlari ke arah Puan Sora sebaik sahaja Puan Sora sampai lalu memeluk lengan wanita itu. Tanpa disedari air matanya mengalir. Dia menunjuk ke arah lelaki di katilnya dengan takut.

Puan Sora mengerutkan dahinya lalu memandang lelaki itu dengan geram yang ditahan.

"SEHUN!!!"

*****

Heejoo cemas berada di luar bilik. Dia hanya dapat mendengar sedikit sahaja perbualan diantara lelaki yang bernama Sehun itu dan Puan Sora. sedikit sebanyak dia berasa bersalah kerana menyebabkan hal ini berlaku.

"Awak tak apa-apa?" Tanya Chanyeol yang baru sahaja datang ke arahnya. Heejoo mengangguk laju. "Saya okey."

"Sehun? Dia ada buat apa-apa kat awak?"

"T-tak. Saya buat kecoh pagi-pagi ni kan?"

"Kwaenchana. Lagipun ni salah Sehun. Siapa suruh dia tidur kat bilik awak."

"Kenapa dia tidur kat bilik ni?"

"Mungkin sebab ni dulu bilik ni bilik dia. Jadi dia dah terbiasa? I guess. Mianhae. Saya tak sangka pula dia--"

"Kwaenchana. Err.. Puan Sora marah dia ke?"

Chanyeol tidak menjawab. Dia melihat pintu bilik dengan tajam. "Awak tunggu kat luar, saya ada hal sekejap." Katanya lalu masuk ke dalam bilik. Heejoo mengeluh. Semua ini salahnya.

*****

Chanyeol dan Puan Sora menegur Sehun dengan serius sementara lelaki itu hanya memekakkan telinganya. Kepalanya masih lagi pening disebabkan kesan daripada arak yang diminumnya semalam.

"Pergi mana semalam??"

Diam.

"Hyung tanya ni, pergi mana semalam!"

"Pub."

"Appa meninggal pun sempat pergi pub?! Kau kenapa? Tak malu?!" Chanyeol menolak kepala Sehun dengan geram. Puan Sora menenangkan Chanyeol. Dia tahu Chanyeol marah kerana Sehun tidak menghadiri majlis pengebumian ayahnya semalam. Ikutkan hatinya, dia juga marah. Cuma amarahnya itu tidak dapat diluahkan secara lisan.

"Semalam semua orang tanya kamu kat mana. Susah omma nak jawab. Tolonglah Sehun, fikirkan keluarga ni dulu."

"Malas. Pergi ke tak pergi ke sama je. Orang tua tu takkan hidup balik."

Muka Chanyeol berkerut. Suaranya ditekankan tanda amaran. "Sehun."


Puan Sora juga agak terkejut. "Kamu cakap apa ni? Tak sayang appa ke?"

Sehun tersengih mengejek. "Sayang? Apa kata omma pergi kat kubur, tanya kat appa, dia sayang kita ke tak? Ataupun omma je yang bertepuk sebelah tangan?"

Tanpa teragak-agak, Puan Sora terus menampar muka Sehun. Kali ini kemarahannya dapat diluahkan. Chanyeol mendiamkan diri kerana terkejut. Mata Sehun kemerahan.

"Puas hati? Puas hati omma tampar saya?? Kenapa tak bunuh saya?? Biar saya dapat jumpa appa terus!"

"Sehun."

"Tak cukup ke appa yang benci saya?? Omma pun sama? Wow. Tak sangka omma macam ni." Sehun ketawa sinis.

Chanyeol yang memerhatikan mereka menggenggam penumbuk. "Jaga mulut, Sehun. Appa sayang kita."

"Kalau sayang kenapa dia kahwin lain tak bagitahu? Dia layan omma dan kita macam mana? Tak nampak?? Macam sampah!"

"DIAM!" Puan Sora hilang sabar. Dia terus keluar dari bilik itu lalu membuka pintu, menampakkan Heejoo yang sedang berdiri kaku. Heejoo terus mengejar Puan Sora yang sedang marah kerana berasa serba salah.

Chanyeol mengeluh. Dia mengalihkan semula pandangannya kepada Sehun. "Perangai tu jaga sikit. Hyung tahu kau sakit hati dengan appa tapi jangan libatkan omma."

Sehun memusingkan matanya lalu menukar topik. Malas mahu mendengar abangnya membebel. "Siapa perempuan tu? Dan kenapa dia tidur kat bilik aku semalam?"

"Kang Heejoo. Kau ada buat apa-apa kat dia?"

"Aku tidur je. Tak perasan dia ada. Siapa dia? Kawan hyung?"

Chanyeol menarik nafas dalam. "Dia anak isteri kedua appa."

Sehun terkejut. Matanya membulat. Dia terus berdiri lalu memandang Chanyeol tajam. "Macam mana dia boleh duduk kat sini? Ni bilik aku. Siapa benarkan dia tinggal kat sini? Halau dia, hyung. Halau." Suara Sehun ditekan. Chanyeol menahan bahu Sehun. Dia tidak mahu Sehun mengapa-apakan Heejoo.

Sehun menjelingnya. "Lepaskan."

"Boleh tapi bertenang. Rasional sikit. Dia perempuan."

"Okay." Tangan Chanyeol ditepis kasar. "Jadi jawab soalan aku."

"Okay first, omma ajak dia. Jadi dia officially tinggal kat sini, bilik ni--"

"Jadikenapa tak minta persetujuan aku? Kenapa ikut suka hati je bagi bilik ni kat dia?"

"Kenapa nak minta persetujuan kau? Hyung dah hantar mesej kat kau semalam, kau yang tak baca. Dahlah tak datang majlis pengebumian appa, pastu buat hal pagi ni. Tak malu ke?"

"Aku mabuk semalam. Manalah nak perasan ada orang lain dalam bilik ni."

"Habistu siapa suruh kau mabuk semalam? Nasib baik tak buat apa-apa kat dia. Sekali lagi kau buat hal, jangan harap hyung akan lepaskan kau."

-----------

sorry part ni suram . or hambar . or tak best . mengertilah bahawa tenuk pun rasa macam tu :")

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top