018 || First Step
“Aku tak sabar nak tengok kehancuran yang akan berlaku sebentar lagi.”
_____
BAM
Pintu yang dibuat dengan kaca tebal ditolak kuat oleh Archer. Dia melangkah masuk dengan wajah menegang tanpa perasaan, malah langsung tidak menjawab sapaan sopan dari rakan sekerjanya.
“Sediakan anak buah kita semua! Adakan mesyuarat mendadak sekarang!” lantang dan jelas suara Archer mengarah salah seorang asisten di tempat kerjanya.
Laju asisten wanita yang berpakaian uniform lengkap selayaknya seorang askar itu memberi pengumuman kepada rakan sekerja mereka yang lain. Meninggalkan Archer yang hanya termenung sendirian.
Archer mula melangkah pergi ke bilik mesyuarat yang sebenarnya. Lalu mendudukkan dirinya atas kerusi yang sudah tersedia elok di bilik luas itu. Dia menggeram marah dengan tangan terkepal erat.
Masih memikirkan hal semalam, yang membuat dia sedikit keliru dan bengang. Sebab itu dia ingin mengadakan perbincangan mendadak bersama ahli kerja yang lain.
Dia sudah tekad untuk menyerbu tempat yang saudaranya duduki. Tapi sebelum itu, haruslah dia membuat perancangan yang betul-betul sahih. Nyawa orang yang tidak bersalah lagi penting.
Katakanlah bahawa Archer sudah terbawa-bawa sifat Sebastian dalam tubuh badannya untuk saat ini. Selalunya jika dia ingin menyerang mahupun membuat aksi pada sesuatu hal, dia hanya perlu menyediakan senjata dan kumpulan untuk sedia.
Tapi kali ini, fikirannya jauh memikirkan banyak nyawa yang mungkin akan terancam. Kerana dia bukan ingin menyerang orang yang biasa saja, melainkan seorang lelaki yang merupakan ketua dari segala segi kejahatan.
Lamunannya terhenti bila bilik yang dia berada sekarang ini mula dipenuhi dengan rakan sekerjanya. Matanya terarah pada Michael yang sedap menatapnya dengan penuh tanya.
‘Nanti aku jelaskan.’ ujar Archer melalui telepati, memberi alasan supaya lelaki itu berhenti melakukan raut wajah yang sedikit jelek.
Michael mengangguk patuh. Dia kemudian memberi fokus penuh akan apa yang dikata saudaranya itu. Selaku orang kanan pada ketua jurusan mereka, dia perlu memahami setiap bait yang ketuanya cuba sampaikan.
“Selamat pagi dan maaf atas mesyuarat mendadak ini tapi ada hal penting yang harus kita semua selesaikan! Jadi hari ini aku sebagai ketua yang akan pimpin kau orang semua akan terangkan beberapa langkah.” terang Archer. Dia menghembus nafas kasar sebelum menyambung kata.
“Eva dan Tyler juga akan tolong aku untuk jelaskan beberapa hal dalam misi kali ini, peringatan untuk kita semua. Misi kali ini sedikit mencabar walhal ini melibatkan rakyat yang tinggal di negara kita.” tegas Archer.
Dia memberi kod supaya Tyler salah seorang yang dipercayainya untuk menunjukkan satu layar LCD yang mana melihatkan segala aktiviti-aktiviti penduduk. Kemudian asisten wanita yang diberi gelaran Eva itu menerangkan sedikit sebanyak tentang gambar tersebut.
Eva menerangkan tempat mana yang mereka perlu pantau. Sebanyak lima puluh tempat sudah dia tanda dengan warna merah bermakna tempat itu harus mereka kawal. Senarai nama dibaca, menetapkan setiap ahli yang harus berada di tempat tersebut.
Seramai 25 orang ahli akan berada di setiap tempat dan akan diberi pelengkapan secukupnya. Jika lupa, mereka tentera terhormat di negara Korea. Dan tidak lupa untuk dirinya memberi amaran tentang had yang harus mereka patuhi.
“Aku harap kau orang semua dengar dan ikut setiap arahan yang sudah Eva katakan. Seramai 1,250 ahli yang sudah Eva senaraikan akan pergi ke tempat masing-masing dan seramai 50 orang yang terpilih akan ikut aku ke tempat yang akan diserbu masuk.” tambah Archer selepas Eva menerangkan tugas mereka.
“Ouh ya, Eva dan Tyler akan jadi ketua untuk kau orang disini. Walaupun bukan aku yang mengetuai kau orang disini, jangan ingat aku tak boleh lihat apa yang kau orang lakukan! Aku taknak dengar aduan yang mengata salah seorang dari kau semua ni malas, curi tulang dan apa-apalah...” kata Archer lagi.
Dia bertegas kerana kerja mereka kali ini bukan benda yang harus dilihat sebelah mata. Sekali mereka terpesong, beribu nyawa akan melayang.
“Maaf tuan, boleh saya bertanya?” soal seorang pemuda yang berwajah tampan.
“Yes Darcy?”
“Maksud tuan, negara kita akan diserang oleh orang yang lebih kuat dari kita?” tanya lelaki bernama Darcy itu.
Archer menghela nafas kecil. Dia ingin menjelaskan secara terperinci fasal misi mereka, tapi itu akan mengeruhkan lagi keadaan. Memandangkan identitinya masih tiada siapa ketahui selain orang tertentu sahaja.
“Nanti kau akan tahu juga. Fokus pada arahan yang telah diberi.” putus Archer secara sepihak. Membuat Darcy dan yang lain hanya mengangguk patuh.
“Sebelum aku lupa, pada yang namanya tidak disebut Eva tadi, nanti jumpa aku di bilik atas.” ujar Archer lagi.
Mission
“Archer!”
Archer yang baru melangkah keluar dari bilik kerjanya berpusing ke belakang. Sebelah keningnya terangkat melihat adik tirinya yang seperti baru selesai marathon.
“Aik, cepatnya kau balik. Noah mana?” soal Archer keliru. Setahunya, budak itu sudah dia arah untuk duduk lama di satu kawasan.
“Noah... Kejap hyeong, aku semput.” kata Edric. Dia menarik dan menghembus nafas perlahan supaya pernafasannya kembali normal.
Archer hanya menjeling menyampah dengan alasan adiknya.
“Noah dia terluka sebab terkena serangan dari jantan durjana tu and now dia dan Michael sedang tunggu kau dekat bilik rawat untuk beberapa penjelasan.” terang Edric dengan laju. Jari telunjuk pendek miliknya menyentuh bahu Archer.
“Kita teleport je lah, aku penat nak naik tangga.”
“Lif?” soal Archer sepatah.
“Maaf, tapi kau bengap hyeong sebab pilih bilik yang jauh dari lif.” bidas Edric laju.
Dan sekelip mata mereka sudah berubah tempat. Mereka berdua berdiri tegak di hadapan dua lelaki yang tak kalah kacak dari mereka.
“Explain to me, now!!” bentak Noah.
Archer mengendahkan kata Noah. Baru saja sampai dah kena tengking-tengking. Matanya meneliti balutan besar yang mengelilingi bahagian dada Noah.
“Tch, memang bahagian dada tempat kegemaran dia eh?” sindir Archer dengan sinis. Dia menoleh pada Edric yang sudah terlentang di sofa.
“Jimin, hapuskan luka yang ada pada Noah.” arah Archer tegas.
“Edric hyeong Edric. Aku Edric bukan Jimin.” tekan Edric. Membalas ucapan abangnya itu.
“Tch, Jimin atau Edric orang yang sama. Lakukan apa yang aku suruh.” arah Archer lagi. Kali ni dengan aura gelap yang sudah mencekam suasana.
Edric mengeluh kasar akan fakta tidak betul yang diberitahu Archer. Dengan tidak ikhlasnya dia berjalan menghampiri Noah lalu balutan kain berwarna putih dia tanggalkan dari badan lelaki itu.
Kemudian telapak tangannya menekan pada garisan luka di dada Noah. Mulut membaca satu mantera asing. Selesai melafaz kalimat asing itu, satu cahaya terang mula keluar dari kawasan dada Noah.
Setelah itu, cahaya terang berwarna biru hilang bersamaan garisan luka pada dada saudaranya itu.
“Siapkan diri kau orang, dalam masa dua hari dari sekarang kita akan mulakan serangan.” celah Archer tiba-tiba.
Ucapannya itu berjaya memancing tiga manusia untuk melihatnya. Edric dengan wajah kelirunya, Noah yang masih biasakan diri dengan keadaan badannya dan Michael yang hanya diam tanpa reaksi.
“Maksud kau, kita semua akan hendap masuk kawasan dia?” soal Noah dengan wajah lugu.
“Nope! Semua plan sudah dibincangkan, ask Michael for more details. Aku terlalu rajin nak ulang balik.” balas Archer.
Dia memutuskan untuk pergi dari ruang itu. Tapi baru sahaja ingin memulas tombol pintu untuk keluar, kata-kata Edric membuat pergerakannya terhenti.
“Hyeong... Aku jumpa Hazel dan benda pertama dia tanya bila lihat aku adalah kau, hyeong... Dia kata dia tak kuat untuk hadap semua ni.”
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top