017 || Cruel

Aku silap sebab percayakan kau.
_____

Tap.

Tap.

Tap.

Bunyi tapak kasut yang dipakai Hazel bergema di seluruh lorong yang dilaluinya. Dia dengan tergesa-gesa berlari untuk menemui dua lelaki yang waktu itu sedang berada di bahagian bawah tanah.

Selepas mendengar sedikit penjelasan tentang dua anaknya dari Jake. Laju dia berlari keluar dari bilik itu dan menemui Joseph, orang kepercayaan Theodore. Menanyakan di manakah tuan mereka.

Selepas pemuda bernama Joseph memberitahu bahawa lelaki yang dicarinya berada di bawah, tanpa membazirkan banyak waktu dia kembali berlari sebelum ucapan Joseph yang membuatnya terpempan.

Hazel berhenti bergerak, dia kembali memusing tubuh ke belakang dengan raut wajah yang sukar difahami. Bibir mulutnya terketar-ketar ingin melontar soalan pada Joseph.

“Apa yang awak cuba beritahu saya, Joseph?” soal Hazel ragu.

“Betul apa yang saya telah kata, madam. Mr.Theo ingin kembali melakukan eksperimen terhadap Althan dan Elthan.” jujur Joseph. Kepalanya sedikit menunduk, adat mereka bila berdepan dengan puan atasan.

“Kenapa awak beritahu saya?” soal Hazel lagi. Bukan, dia bukan tidak mahu tahu perkembangan anaknya. Cuma identiti kembar yang merupakan anaknya itu tiada siapa tahu, kecuali mereka berempat.

“Maaf madam, jika saya lancar tapi itu tidak masalah untuk saya beritahu awak kalau mereka berdua pun darah daging saya!” suara Joseph naik seoktaf.

Hazel tercengang melihat pada Joseph yang berani meninggikan suara padanya. Lagi dia terkejut bila wajah Joseph orang bawahannya perlahan berubah rupa.

Edric...” sebak Hazel. Dia menekup mulutnya, badannya terundur ke belakang dan matanya terasa panas dek linangan air. Tidak percaya apa yang baru dia lihat dengan kedua matanya.

Yes noona, it's me.” jawab Edric perlahan. Kemudian matanya melilau ke segala arah. Memantau takut-takut ada orang yang melihat mereka berdua.

“Ma... macam mana?” tanya Hazel gagap dengan tangan menggigil. Dia ingin berlari memeluk adiknya seorang itu. Tapi isyarat tangan dari Edric yang mengarahnya supaya setia berdiri di tempat sama.

Noona... Please go, selamatkan twins dahulu.” tegas Edric. Dia juga merasa pilu melihat rapuhnya seorang kakak yang menyandang gelaran isteri pada abangnya.

Beberapa jam lepas dia mendapat arahan dari Archer supaya menemani Noah yang sedang membuat kerja gila seorang diri. Dia juga terkejut mengetahui bahawa Noah sudah berada di kawasan ini.

Sebelum dia sampai ke sini, sempat dia mengumpat Noah sehabis mungkin. Setelah kakinya menjejaki pintu utama kubu yang dia masuki, serta merta samaran dia bermula.

Ada rasa gentar dalam hati, memandangkan dia sudah lama tidak melakukan kerja begini. Tapi demi Noah yang suka berbuat benda di luar fikirannya, dia sanggup.

Dan langsung tidak dia sangka bahawa dia akan bertembung dengan wanita yang sudah lama mereka cari. Tipulah kalau dia tidak perasan bahagian perut kakak iparnya yang sudah membulat comel.

“Archer... Where is him?” bentak Hazel. Mengejutkan Edric dari lamunan panjangnya.

Noona, bukan sekarang untuk aku beritahu tentang dia. Tapi aku nak kau tunggu dan percaya, Archer dan anggota kami akan datang...”

“Sampai bila! Aku... aku tak kuat. Bahkan twins juga sudah tidak mengenali siapa aku.”

Baru saja Edric ingin mencelah tapi sayup-sayup suara yang berbual datang menghampiri. Dengan gerakan pantas dia kembali berubah pada wajah Joseph.

Madam, saya rasa belum terlambat untuk awak pergi menemui Mr.Theo.” ucap Edric bertopengkan Joseph dengan sopan. Kemudian dia berlalu pergi dari situ.

‘Sampai bila, aku kena tunggu?monolog Hazel sedih. Bunyi derapan langkah makin mendekatinya. Laju jari jemarinya naik menghapus jejak air mata yang jatuh di permukaan pipinya.

Hi madam, have a good day.” sapa seorang pelatih wanita bersama dua temannya. Mereka tersenyum manis pada Hazel.

Thanks and you too.” balas Hazel dengan senyum paksa. Selepas sosok pelatih itu hilang dari penglihatan, terus dia menuju ke ruang yang akan menemukan dia dengan Theodore.

Mission

Krek.

Pintu berwarna coklat hitam yang berdiri megah dan mewah itu ditolak perlahan. Kaki melangkah masuk dalam ruangan rumah agam yang mewah bak istana.

Bebola matanya melilau sekeliling mencari penghuni rumah besar ini. Dahi berkerut, mulut pula tidak lepas memanggil nama-nama yang menghuni rumah tersebut.

“Tak akan seorang pun tak ada dekat rumah ni?” soalnya sendirian. Jaket kulit hitam yang tersarung di badan, dia lepas lalu melempar pada sofa.

“Hyeong! Hyeong! Jimin dah balik! Kau orang dekat mana?” panggil Jimin lagi. Dia mendongak melihat tingkat atas yang malangnya tingkat itu juga sunyi tanpa yang lain.

Dia mengabaikan hal itu, perut yang sudah berkeroncong ingin diisi itu lebih penting. Laju dia mengorak langkah ke dapur, menyelongkar almari kecil dan peti ais yang mana tersimpan pelbagai makanan yang dapat membuat alas perut untuknya.

“Ahh lupa, Noah kata dia orang ada jemputan makan malam.” kata Jimin. Dia kembali ke ruang utama, makanan ringan dan air berkarbonat dia letak di meja berhadapan sofa yang dia duduki.

Hai Jimin Matthew kembaran iras Edric Matthew yang selalu dianiaya oleh Jimin Matthew.” tegur seseorang dari samping Jimin.

Jimin terkesima, suara halus tapi tegas yang amat dia kenali. Dengan pantas dia bangun berdiri dan menunduk hormat pada lelaki yang datang menyapanya tadi.

“Selamat malam, Theo hyeong.” sopan Jimin.

“Shhs kau tak layak panggil aku dengan gelaran tu! Aku jijik sebab kau langsung tiada hubungan antara keluarga ni!” herdik Theodore. Tatapan matanya tidak lepas pada sosok Jimin yang hanya menunduk takut.

“Maaf kalau aku lancar hyeong! Tapi kau kena ingat aku adik Sebastian! Pemimpin sebenar dunia kita!” balas Jimin. Dia yang menunduk tadi terus mengangkat wajahnya bila diherdik begitu. Matanya tak kalah tajam memandang Theodore.

“Tch, ahli yang lemah.” hina Theodore. Dia berjalan ke arah sofa single dan mendudukkan dirinya dengan kaki bersilang dan menatap angkuh pada Jimin.

“Kau lemah Jimin, arahan senang dari aku pun kau tak dapat nak selesaikan. Apatah lagi kalau kau mahu membantah aku!!” bentak Theodore dengan tegas. Tangannya terkepal erat, sudah bersedia ingin menyerang lelaki yang berdiri di depannya.

Aku bukan lemah... Lemah langsung tak tertulis dalam kamus hidup aku. Aku ingkar arahan kau sebab kau melampau, kau sendiri tahu apa hukuman yang akan diberi bila usik hak pemimpin! Lebih lagi dia bakal isteri Sebastian!

Theodore tertawa sinis. Kemudian wajahnya kembali datar dengan aura gelap sekelilingnya. Sedikit berasa marah dengan sikap Jimin yang berani menengkingnya.

Kau nak mati ke sial!” jerkah Theodore. Dia bangun menghampiri Jimin. Tangannya terangkat pada leher lelaki itu lalu dicekik kuat. Jimin meronta untuk dilepaskan.

Aku suruh kau buat benda tu... sebab perempuan tu milik aku!!” tambah Theodore lagi. Tubuh Jimin dibaling pada bingkai gambar besar yang tersangkut elok di dinding.

Ahk!” aduh Jimin. Dengan segala tenaga yang masih tersisa dia bangun berdiri. Jari telunjuknya terarah pada lelaki iblis itu. Mulut pula membaca satu mantera, kemudian cahaya hijau keluar dari jarinya dan meluncur pada Theodore.

Mereka saling berbalas serangan. Dalam pergaduhan itu Jimin lah yang terluka kuat, lain dengan Theodore yang langsung tidak terluka mahupun terkena serangan.

Kalau difikirkan, Theodore jarang menyerang sesiapa atas hal kecil. Dan dari awal dia datang kemari, memang niatnya untuk menghapus riwayat Jimin. Senyuman sinis terbit di wajah, melihat saudaranya yang sudah tidak bermaya untuk berlawan itu.

Aku malas nak bazirkan masa, malaikat maut pun dah tunggu kau. So good bye, little bro.” ejek Theodore.

Dari jauh,tiga jarinya terarah pada leher Jimin. Tiga gerakan yang dia buat secara cepat telah menumbangkan Jimin ke permukaan lantai dengan darah yang memercik ke pelbagai arah.

Dia mendekati tubuh Jimin yang sudah tidak sedarkan diri, dengan luka besar yang berbekas elok di bahagian dada dan lehernya. Ibu jarinya menekan tanda piramid berwarna hijau yang terdapat di lengan Jimin.

It's okay Jim, kuasa kau biar aku yang jaga.” usai dia berkata begitu, cahaya terang berwarna hijau diserap masuk melalui ibu jarinya. Setelah selesai, bayangannya hilang dari situ. Meninggalkan Jimin dengan darah dan keadaan rumah yang tunggang-langgang.

Jimin hyeong...” sayu suara Jake memanggil. Dia menyaksikan segala perlakuan kejam yang telah dibuat saudara sulungnya itu. Dia ingin menolong tapi dia tidak cukup kuat untuk melawan.

|¦ MISSION ¦|

-to be continue-

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top