015 || Start

Kau kena tahu, yang kau terlalu lemah untuk lalui semua ni.

_____

Aku tersenyum senget seorang diri. Terasa lawak pula mengetahui lelaki lemah itu sanggup meneroka kembali memori lama miliknya.

“Dasar lemah.” sindir aku. Mengingat riak wajah amarah dengan tangan terkepal erat di sisi pahanya kembali membuat aku ingin ketawa.

Aku menoleh ke belakang, memandang rupa katil yang kucar kacir dek ulah kami semalam. Senyum kemenangan kembali terukir di wajah.

Nice night!

Gelas panjang yang sudah terisi air kosong aku ambil dan meminumnya. Perhatian aku lurus ke depan, memerhati para pelatih muda yang kembali melakukan rutin harian mereka seperti biasa melalui kaca televisyen.

“Sebastian... kau sepatutnya tahu apa yang sedang isteri kau jalani buat masa kini dan kau perlu bersedia untuk pertempuran besar nanti.” tambah aku lagi.

Bunyi pintu dibuka, mengalihkan mata aku dari skrin itu pada seorang gadis cantik. Langsung senyum manis mengembang melihat dirinya.

“Theo... stop sentuh aku, atau kau yang akan kehilangan dia.” katanya kasar sambil tangannya menyentuh bahagian perut miliknya.

Satu hal yang aku tidak suka pada gadis di hadapan aku ini, cara percakapan dia yang kasar pada aku. Tindak balas dia pada sentuhan dan perbuatan lembut aku juga tidak seperti yang aku inginkan.

Morning dear.” sapa aku lembut. Mengorak langkah menghampirinya yang sudah lengkap berpakaian. Tidak seperti aku yang masih bertelanjang dada, hanya memakai seluar panjang sahaja.

Bahunya aku sentuh lembut. Kemudian kelopak matanya aku kucup sekilas. Tempat kegemaran aku. Dua ulas bibir merah miliknya aku sentuh sekejap.

“Kau lupa sayang, bulan ni kau jarang bersama aku.” lembut aku bicara padanya. Langsung tiada niat untuk meninggikan suara padanya.

“Tak kiralah semua tu, keselamatan bayi dalam perut perlu dipentingkan. Dia masih muda.” tutur Hazel prihatin.

Aku terkekeh kecil melihatnya risau sebegitu rupa pada bayi kami. Telapak tangan aku menyentuh kawasan perutnya yang sedikit membesar. Aku tersenyum padanya.

“Sayang juga kau pada janin ni.” sindir aku.

“Dia langsung tak bersalah, yang salah dekat sini kau dan aku. Lebih tepat lagi kau pesalahnya!” bidas Hazel. Matanya saling bertentangan dengan aku.

Kata-kata yang dia tutur tadi berjaya membuat aku berasa sedikit marah. Dapat aku rasa rahang aku bergerak-gerak menahan marah.

“Tch. Selama ini kenapa kau tak tolak segala perbuatan aku pada k...”

“Sebab aku takut kau bertindak sesuka hati dekat orang yang aku sayang! Kau pengecut Theo, pengecut!”

Usai dia menjerit begitu, laju kakinya melangkah pergi meninggalkan aku yang masih terkesima. Aku melihat sosok tubuhnya pergi sehingga hilang dari pandangan. Kemudian tawa mengejek lepas dari mulut aku.

“Eih susah juga nak jinakkan isteri kau, rupanya tiga tahun masih belum cukup untuk hapuskan fikirannya tentang kau, Sebastian.”

Aku menggeleng kepala. Sudah puas aku melayan wanita itu dengan lembut. Mungkin kali ini aku harus sedikit berkeras dalam menjinakkan dia.

Wait and see, Hazel Aurora.”

Mission

Selesai dengan sedikit perbincangan tentang kehilangan beberapa anggota pihak aku sebentar tadi. Aku terus mendapati Daniel yang sedang menunggu di bahagian bawah.

Kami ingin pergi ke bilik bawah tanah, ingin menjemput setan kecil yang sekarang ini sudah menjadi milik aku. Memikirkan hal itu membuat aku menarik senyum sinis.

“Theo!” panggilan dari Daniel sudah kedengaran dari jauh. Kuat betul suara lelaki tu.

“Boleh sabar tak?” kesal aku padanya. Kemudian aku mendekatinya dengan gerakan cepat. Tapi aku berhenti beberapa jarak darinya.

Aku mendengus tidak suka melihat Daniel yang suka menggoda para pelatih wanita. Satu hal yang aku paling benci dalam dirinya. Suka sangat bermain dengan perempuan.

Tanpa berfikir banyak, aku mencerlung tajam pada tiga pelatih wanita yang sedang bergelak tawa bersama Daniel. Bibir mulut aku bergumam satu ayat dalam bahasa asing.

Torturata lentamente, donne a buon mercato...

Selepas mengatakan ayat itu, aku meniup angin ke arah mereka bertiga. Tidak perlu menunggu lama, mereka terbatuk batuk mengeluarkan cecair merah pekat, dengan badan mulai jatuh terduduk akibat tidak tahan akan sakit itu.

Aku melihat ke arah Daniel yang hanya memandang kosong pada tiga pelatih wanita itu. Seketika mata kami bertembung antara satu sama lain. Tidak perlu mengarahnya supaya mendekat, kerana dia sudah datang mendekati aku.

“Dany, berhenti buat kerja bodoh. Fokus pada misi kita!” tegas aku padanya. Kali ini aku sudah tidak mahu melarangnya dengan lembut. Budak sepertinya perlu berkeras.

Dia terangguk-anggukkan kepala tanpa kata. Aku mengeluh geram dengannya.

“Mana Jake?” soal aku. Kami kemudian berjalan menghampiri satu alatan canggih yang akan membawa kami ke bahagian bawah tanah. Beberapa pengikut aku juga mengikuti dari belakang.

“Dia masih belum sedarkan diri.” jujur Daniel tanpa menatap aku.

“Dasar lemah, sama saja dengan saudaranya yang lain.” ejek aku dengan nada perlahan.

Sepanjang perjalanan, tiada siapa yang berani mengeluarkan suara. Aku hanya diam tanpa kata, memikirkan sesuatu yang telah berlaku beberapa hari lepas. Lama aku dalam fikiran sendiri sebelum memilih untuk memetik jari dan air berwarna ungu yang ditelan Daniel tempoh hari duduk elok di telapak tangan aku.

Di sekeliling botol kaca yang terisi air ungu itu mengeluarkan hawa panas. Aku tahu itu bukan perkara biasa.

Ting

Secara automatik pintu besi di hadapan aku terbuka. Menunjukkan satu lorong yang menuju satu bilik khas yang terdapat disini. Hanya satu saja bilik di bahagian bawah tanah ini.

“Aku tak mahu ke sana. Bawa mereka datang menghadap aku.” arah aku pada dua orang pengikut lelaki.

“Theo, kau yakin nak buat semua ni?” pertanyaan dari Daniel membuat aku mengerut kening tidak faham. Kenapa dengan dia?

“Kau kenapa? Takut?” soal aku kembali padanya. Ingin kata dirinya penakut, tidak juga. Daniel bukan seperti itu.

“Bukan itu maksud aku tapi kau tak rasa semua ni melebihi apa yang telah kita rancang sebelum ni?” jujur dia pada aku. Lihat dengan jelas bahawa dia perlukan penjelasan dari aku. Tapi sekarang ini bukan masa yang tepat untuk memberitahunya.

“Tapi Theo, kesan ubat yang kau buat itu melebihi dos mereka! Aku yang tersalah minum pun tidak tahan apatah lagi mereka, budak kecil.” bantah Daniel lagi. Kembali aku melihatnya dengan tatapan keliru.

Seriously, Daniel? Ada apa dengan kau?” soal aku lagi. Botol kaca tadi aku suruh salah seorang pengikut aku pegang. Dan aku mendekati Daniel yang bersandar santai di dinding kukuh bahagian ini. Dia meniup-niup kuku miliknya, langsung tidak memandang wajah aku.

“Theo... Theo!” jerit seseorang dari belakang. Aku menoleh dan mendapati diri Daniel yang berdiri dengan tangannya memegang botol kaca yang aku pegang sebentar tadi. Kemudian aku kembali melihat pada kawasan dinding dimana aku nampak Daniel bersandar tadi. Kosong.

‘Hai Theo, terkejut? Aku rasa dekat sini kau yang lemah!

Bisik seseorang tepat di samping telinga aku. Aku kenal suara ni, Noah. Ini suara Noah. Kelopak mata aku pejam sekejap untuk merasakan bayangan dia dimana. Kembali aku buka mata dan dapat aku lihat dengan jelas dirinya yang sedang melambai sambil tersenyum nakal pada aku.

Belum aku ingin membuat serangan. Bayangan lelaki itu hilang dalam sekelip mata. Aku tidak mengumpat mahupun apa, sebaliknya menyeru satu ayat asing.

Debole, sei debole...’

Aku tersenyum bangga. Melihat dengan jelas percikan darah pada dinding kelabu ini. Aku tahu dia sudah dapat ganjarannya. Dan aku melihat kembali pada Daniel dan pengikut aku yang lain, mereka seakan terkejut dengan apa yang baru dilihat.

Let's start our game.”

|| MISSION ||

-to be continue-

kalau ad pov macam 'aku', korang tengok ja pic dekat atas dan itu pov dia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top