014 || Old Memory
“Kalau kau berada ditempat aku, kau akan rasa betapa peritnya kisah hidup aku.”
_____
Nafas dihembus perlahan. Suasana malam yang sedikit menenangkan ini dapat mengeluarkan aku dari beban fikiran. Putung rokok yang sudah pendek dilempar masuk ke dalam satu bekas logam berdekatan.
Mataku tidak lepas memerhati bulan penuh yang berdiri megah di atas. Cantik warnanya. Aku cuba melepaskan segala yang aku rasai untuk waktu ini dengan cara merenung bulan.
“Aku... Apa yang aku perlu buat?”
Soalan bodoh yang lepas dari bila bibir aku. Seharusnya aku tidak bertanya begitu melainkan melancarkan serangan pada pihak yang menentang. Tapi aku bukanlah seperti dulu dan ini bukan tempat asal aku.
Sekarang aku sudah dikenal ramai di negara ini. Ramai nyawa yang perlu dilindungi. Mereka tidak bersalah untuk merasai benda seperti ini.
Secara mengejut tangan aku bertindak meremas kuat pagar besi yang menjadi penghadang balkoni bilik aku. Badan aku mengejang secara tiba-tiba dan muka aku terarah pada bulan penuh.
Selama proses kehidupan aku, setiap kali bulan penuh badan aku akan terasa seperti ada sesuatu yang masuk memenuhi ruang-ruang dalam badan. Aku tidak runsing akan hal itu kerana proses ini bukan benda buruk yang akan apa-apakan aku.
Melainkan sihir aku semakin ditingkatkan. Dan aku sudah terbiasa dengan hal begini. Yang perlu aku lakukan waktu ini hanya mengawalnya dengan baik. Jika tidak berbuat begitu, mungkin badan aku akan bertindak sesuka hati.
Diri aku tidak seperti saudaraku yang lain. Sihir mereka akan ditingkatkan pada masa tertentu atau secara tiba-tiba. Aku lain kerana aku salah seorang dari puak yang disanjung tinggi oleh mereka yang lain. Merah, itulah puak aku.
Tapi kini diburu ramai oleh ahli sihir yang lain. Merah adalah puak yang setaraf dengan puak hitam. Tapi merah sedikit lebih kuat dari hitam. Kebanyakan ahli sihir yang memburu kami adalah dari puak hitam.
Disebabkan kes pemburuan itu, ramai anggota puak merah pupus. Jika mereka berjaya mendapatkan ahli dari puak merah, segala sihir yang ada pada tubuh akan disedut keluar dan diberi pada orang yang tertentu.
Aku langsung tidak mendedahkan identiti sebenar aku. Hanya menyamar menjadi salah seorang dari puak putih. Aku perlukan sedikit masa untuk tonjolkan diri aku yang sebenar.
Tapi dengan desakan Michael dan Edric tadi membuat aku tertanya-tanya, adakah sekarang waktu yang tepat? Tapi bagaimana dengan mereka yang lain. Orang-orang tua mahupun anak-anak kecil yang belum tentu mengetahui hal ini.
Memikirkan semua ini boleh menambah beban di fikiran aku. Tubuh aku yang tadi mengejang sudah kembali seperti biasa. Tangan juga sudah lepas dari besi itu, terlihat objek logam itu sedikit remuk dek remasan kuat dari aku.
Keluhan berat aku lepaskan, mengingat pada apa yang sedang berlaku sekarang ini. Dengan keluarga, dunia sihir yang huru-hara dan keselamatan negara perlu dipentingkan.
Aku perlu hapuskan mereka?
“Bonda, ini ke keadaan rumit yang pernah kau beritahu kami dulu?” soal aku sendirian. Sosok mendiang ibuku yang sedang bercerita tentang rumitnya masalah pemerintahan kembali memutar di minda. Aku rindu akan wanita itu.
Kelopak mata aku pejam serapatnya. Seketika bibir mulutku terkumat-kamit membaca satu ayat yang belum tentu mereka yang lain tahu. Kemudian aku kembali membuka mata.
Senyum tipis mula merekah di wajah bila mengetahui aku bukan lagi berada di balkoni bilik, sebaliknya berada di tempat yang dulu dimana aku dan tujuh saudara aku yang lain membesar bersama, meraih kasih sayang seorang wanita cantik bak bidadari.
Aku masuk dalam minda aku sendiri. Lebih tepat lagi melawati memori lama aku. Aku perlu melihat kembali masa kecilku dengan yang lain. Aku yakin ada sesuatu yang aku telah aku lupakan.
Anak mata aku melihat orang yang lalu-lalang ke sana sini. Mereka semua berpakaian tradisional lama cantik, tidak seperti zaman sekarang yang mana semua orang mula mempunyai gaya yang berbeza-beza.
Tidak lupa pada setiap di belakang leher mereka terdapat satu corak cantik yang menandakan mereka dari puak merah, hitam, biru, putih mahupun hijau. Corak yang sempat aku kagumi ketika aku masih kecil, dan sekarang corak itu ibarat musuh ketat bagi aku.
Walaupun aku tercegat di tengah laluan orang lain, tapi aku tahu tiada siapa yang boleh lihat aku. Kerana ini hanya masa lalu aku. Secalit kenangan yang aku ingin lupakan, tidak kira pahit atau manis.
Jika hari itu datang, akan aku pastikan dunia hitam ini akan pupus di tangan aku.
Batin aku dalam hati. Kalau dulu aku amat menyukai benda ini tapi tidak dengan waktu kini. Disebabkan semua benda ni kehidupan aku hancur, keluarga dan darah daging aku jadi tawanan.
Tanpa membuang masa, kaki aku melangkah melepasi orang ramai. Menuju satu kediaman mewah dan elegan yang hanya khas untuk kerabat terhormat berlindung.
Tubuh aku menembusi pintu pagar yang ditutup rapat. Kaki aku berhenti melangkah tepat di hadapan binaan mewah ini. Rahang aku seketika mengeras dan aku dapat rasakan telapak tangan aku mula memanas.
Dulu kediaman ini adalah tempat idaman para pengikut bawahan. Disini juga tempat dimana aku mempelajari banyak hal tentang kemahiran aku. Tempat yang sungguh cantik dan menenangkan. Tidak hairanlah jika ibuku selalu memuji keindahan tempat ini.
Dulu tetaplah dulu, dengan sekelip mata semua yang dikata ibu berubah menjadi kenangan ngeri bagi kami semua. Tempat yang dulu cantik nan indah, sekarang sudah menjadi tempat terlarang untuk dimasuki.
“Semua benda yang terjadi, berpunca dari aku kan?” kepala menunduk, kesal akan kejadian lepas yang berpunca dari diri sendiri.
Mission
“Argh!” aku mendesah kesal. Melihat kembali keadaan ibu tercinta yang mati secara mengejut di hadapan aku dan tujuh yang lain. Ketika itu aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan melainkan memandang takut ke arah tubuh ibu yang sedang terseksa.
Aku memandang ke arah sosok aku dahulu yang masih kecil yang mana sedang merayu pada seorang lelaki dewasa, merayu supaya menolong ibuku yang sudah tenat melawan rasa sakit. Ketika itu hanya kami berlapan dan ibu sahaja berada di dalam pondok belajar.
Dan di antara kami semua, hanya seorang yang sudah dewasa. Umur aku ketika itu masih sepuluh tahun sebab itu aku buntu harus buat apa untuk menyelamatkan ibu tercinta. Sedangkan dia sudah dewasa, umur juga sudah berbelas tahu.
Dia, Theodore Mason. Lelaki yang hanya memandang kosong pada jasad ibuku yang sudah berhenti bernafas.
Mata aku bergerak melihat pada adik-adik aku yang lain yang mula mengelilingi tubuh ibu dengan tangisan pilu. Aku menatap sayu pada Jake yang masih kecil dan si kembar, Jimin dan Edric. Mereka perlukan ibu.
Mata aku terasa panas, bukan sedih tapi marah akan Theodore yang hanya berdiam diri di situ. Sedangkan sosok kecilku tidak berhenti menyuruhnya mengangkat ibuku pergi berjumpa tukang perawat.
Lagi aku marah bila dirinya bertindak mengambil tubuh Jake, Jimin dan Daniel yang masih tersedu-sedan menangis dan berlalu pergi dari situ. Sosok kecilku cuba menghalang dirinya pergi dari situ. Sehingga dia sanggup menolak aku dengan kuat membuat tubuh kecilku tersungkur pada lantai pondok.
Tangan aku terkepal kuat menahan marah melihat adegan itu kembali. Panas, aku dapat rasa telapak tangan aku sudah mengeluarkan cahaya merah yang mungkin memanaskan. Perasaan aku ketika ini bercampur baur. Dulu ketika aku kecil, aku tidak tahu apa yang sedang berlaku dan apa yang harus aku lakukan.
Mata aku terbuntang luas terkejut melihat tubuh Theodore yang menghampiri aku yang berdiri tidak jauh dari mereka. Tapi dengan cepat aku mengawal reaksi wajah aku.
“Kau tak sepatutnya melawati memori lama, Sebastian Min.” bisiknya dengan senyuman miring. Jari telunjuknya menusuk bahagian dada aku.
Kemudian dia dengan tiga adikku yang lain hilang dari pandangan. Aku tercengang dengan apa yang sedang terjadi sekarang ini.
“Macam mana, dia boleh lihat aku? Bukan itu hanya memori lama?” pelbagai soalan mula menerjah masuk dalam minda aku.
Aku terduduk melutut, mata pula terarah pada tiga sosok adik aku yang masih menangis. Si kecil Edric yang menolong tubuh kecil aku untuk bangun, manakala Michael dan Noah yang masih setia memanggil ibuku supaya bangun.
“Uhuk... uhuk.”
Aku terbatuk kuat dengan mata terpejam erat. Dada yang disentuh Theodore tadi terasa amat sakit. Aku menepuk sedikit kuat di bahagian itu.
“Uwek...”
Aku memuntahkan sesuatu, dapat aku rasa asin darah yang terlekat di bahagian dalam mulutku. Mata yang terpejam tadi kembali dibuka, dan baru aku sedar aku kembali berada di balkoni bilik dengan keadaan melutut.
Darah yang aku muntahkan tadi aku lihat. Kemudian cairan merah pekat itu bergerak membentuk dua patah perkataan yang membuat aku keliru.
“Miss... mission? S... start? Mission start?”
|| MISSION ||
-to be continue-
psst! boleh bayangkan tak? tengok gambar dekat atas tu yoongi as archer kan. jadi chap ni pov dia oke faham? hshs maaf kalau panjang dan mengelirukan.
merah - kebebasan, kehancuran
hitam - kejahatan, kehancuran
putih - keindahan, keadilan
biru - kepintaran, kehebatan
hijau - kehidupan, kekuatan
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top