013 || His Love
“Aku buat semua tu bukan sebab aku sayang tapi aku takut, takut kehilangan dia dan mereka.”
_____
“Theo, apakata kalau kita gunakan Hazel sebagai umpan.” kata Daniel selamba tanpa berfikir panjang. Dia mengerling Theodore dengan lirikan mata.
“Tch. Kau ingat Hazel bodoh, dia tersenarai dalam golongan ketiga tertinggi kalau kau lupa.” ejek Theodore. Bibirnya naik mengukir senyum sinis.
Sejak awal lagi dia sudah tahu semua ini bakal berlaku. Langsung tidak membuat dirinya gentar. Malah dia teruja untuk berdepan dengan seorang yang sudah lama dia tunggu untuk datang sebagai musuh.
“Theo kau pun lupa sesuatu, memang kau berhak atas semua makhluk dekat dunia ni tapi Archer terkecuali. Dia bukan saingan kau!” bidas Daniel. Kening dinaik turunkan sambil tersenyum nakal.
Theodore mengangkat bahu tidak kesah akan hal itu. Jiwanya sudah dikaburi dengan dendam yang sekian lama dia pendamkan. Walau bagaimana cara sekalipun dia harus mendapat keadilan untuk diri dia.
“Jadi apa rancangan kau?” soal Daniel. Malas mahu berbahas dengan Theodore. Dia tahu lelaki itu tidak akan pernah mengalah. Matanya pula setia memerhati Theodore yang berjalan ulang alik di depannya. Pening.
Lagi memeningkan bila soalannya tidak dijawab. Malah lelaki tampan di depannya hanya tersenyum penuh makna. Kepala menggeleng kecil tanda tidak faham akan saudaranya seorang itu.
Segelas cawan yang sudah diisi dengan air berwarna ungu pekat dicapainya. Meneguk sedikit rakus air tersebut. Kening mengernyit menahan rasa air yang diminum. Pahit dan manis.
“Sekarang masa yang tepat untuk kita gunakan budak kembar tu.” kata Theodore secara tiba-tiba. Memecah sunyi yang sempat berlama di antara mereka. Dia menoleh melihat ke arah Daniel yang seperti bersusah payah menelan air yang tidak biasa dia minum.
“Kenapa kau minum air tu?” tanya Theodore kesal. Dia melangkah menghampiri Daniel yang berada tidak jauh darinya. Laju tangannya merampas cawan yang setia Daniel pegang.
Air yang masih berbaki sedikit itu dia hidu. Serta merta riak wajahnya berubah tidak suka akan bau itu. Dia kembali memandang Daniel.
“Kau ambil dekat mana air ni?” Daniel menyoal ingin tahu. Rasa air itu lain dari yang lain. Dia berdehem sekejap bagi membiasakan kerongkong yang terasa seperti terbakar akibat kesan air berwarna ungu itu.
“Ni bukan air untuk kau minum, ini ubat. Ubat khas untuk Min Twin's.” jujur Theodore dengan suara meleret. Tidak sabar untuk melihat dua kembar itu meminum ubat buatan mereka.
Mengingatkan kesan yang akan berlaku pada kembar itu makin membuatkan dirinya teruja. Cawan tersebut kembali dia letak pada permukaan meja.
“Ouh ya, Jake pun perlu minum ubat ungu ni.” kata Theodore. Licik? Itu memang diri dia. Diri seorang Theodore Mason, yang mana seorang pemegang sihir yang sangat berkuasa.
Dilahirkan sebagai ahli puak hitam, yang mana puak mereka menjulang tinggi sifat pentingkan diri sendiri. Semua yang dia mahukan, akan dia lakukan supaya terjadi.
“Theo, kau lupa janji kau yang kau tak akan masukkan setitik pun benda luar dalam tubuh badan Jake!” bantah Daniel. Mendengar sahaja apa yang Theodore mahukan, buat dia tercengang seketika.
“Bukan ke janji boleh di mungkiri?” polos Theodore. Sebelum dia ketawa mengejek pada orang yang percaya akan janji.
“Theo, benda ni tak tersenarai langsung dalam rancangan kita!” jerkah Daniel. Dia bangun dari sofa mewah itu. Berdepan dengan lelaki yang mungkin sudah berubah seratus peratus.
“Yang kau nak pertahankan jantan tu kenapa? Kau lupa yang dia selalu ejek kau, lupa yang dia tak pernah hormat kau, lupa yang dia dan saudara kau yang lain hancurkan kehidupan kau!!” suara Theodore naik seoktaf.
Warna matanya berubah sempurna pada warna hitam yang berkilat bak api. Wajahnya pula tiada langsung senyuman seperti tadi. Memandang lekat pada Daniel yang sudah terkedu.
Badan Daniel terundur ke belakang. Dia jarang melihat Theodore yang seperti ini. Jika sudah begini, hanya seorang insan sahaja yang dapat menenangkan lelaki itu.
Kepalanya mendongak ke atas. Kelopak mata tertutup seketika. Menghiraukan Theodore yang makin menghampirinya.
‘Hazel! Come here now! Theo di luar kawalan.’
Seru Daniel melalui hati. Dia tahu hanya Hazel saja yang dapat mengembalikan diri Theodore yang asal. Kelopak mata yang ditutup sebentar tadi kembali dibuka dengan perlahan.
Matanya membulat sempurna melihat Theodore yang menggenggam erat sebilah pedang panjang. Lagi membuatnya takut bila muncung pedang tajam itu terarah tepat pada bahagian dadanya.
Mahu saja dia memberontak dan melawan lelaki itu. Tapi anggota badannya seakan dikawal oleh lelaki itu. Langsung tidak dapat bergerak walau sedikit.
“Theo, sedarlah! Aku... bukan tu maksud aku!” Daniel cuba memujuk. Kaki mahupun tangannya jika bergerak walaupun sedikit, pasti dia akan merasa sakit seperti terkena renjatan elektrik. Wajahnya berkerut menahan sakit yang menjalar ke setiap bahagian tubuhnya.
“Theo! Aku... akh!” aduh Daniel bila muncung tajam pedang antik milik Theodore mula menusuk secara perlahan ke dadanya.
“THEODORE MASON!!” jeritan kuat dari seorang wanita dari arah belakang mereka berdua. Tanpa banyak soal, kakinya laju mendekati Theodore. Belakang badan lelaki itu pula dipeluk erat.
Kemudian tangannya menjalar pada sebelah lengan Theodore yang sedang menusuk dada Daniel. Perlahan tapi pasti dia menarik lengan lelaki itu. Pelukannya makin mengerat pada tubuh tegap lelaki itu.
“Stop Theo... i'm here with you.” bisiknya perlahan.
Detik juga tidak terkira, hanya sekelip mata badannya sudah berhadapan dengan Theodore. Kaki sedikit menjinjit lalu bibir tebal lelaki itu dikucup lembut.
“Hazel...”
Mission
“Argh!” kesal Noah sendirian. Dari jauh dia memerhati setiap tindak tanduk penghuni kubu kebal nan besar itu. Dahan pokok besar menjadi tempat dia duduki pada malam itu.
Kedua belah kakinya bergerak-gerak. Pandangan matanya tidak lepas pada kawasan kubu itu. Ingin sahaja dia menyusup masuk dalam kawasan itu tapi apakan daya, misinya belum lagi bermula.
“Ah! Kalau ada Si Edric tu kan senang.” omel Noah sendirian. Matanya kembali meneroka setiap sudut kubu tersebut. Sedikit rumit untuk dia lihat secara jelas kerana sudah malam dan semak-samun yang menghalang.
“Kubu ni nampak saja lama, tapi dalam dia memang lawa!” pujinya lagi. Sedikit mengejek juga.
Lama dia melihat ke arah sana sebelum matanya menangkap satu sosok wanita yang berdiri elok di bahagian bumbung. Terbuntang biji matanya bila mengetahui gerangan wanita itu. Insan yang selama ini mereka cari.
“Hazel.”
Niatnya yang ingin turun dari dahan itu terbantut bila melihat seorang lelaki berbahu lebar dan berbadan tegap datang memeluk badan adiknya dari belakang. Tanpa apa-apa badannya terasa menggelegak panas melihat tayangan murah di depannya.
Lagi membuat dia panas bak api bila Hazel langsung tidak menolak pelukan itu. Tangan cantik miliknya terkepal dengan erat membuatkan urat-urat di tangannya menunjukkan diri.
“Aku memang dah agak benda ni akan berlaku.” geram Noah. Matanya tidak lepas memandang dua manusia yang sedang leka bermanisan di atas bumbung itu.
“Theo... yakin sangat diri kau akan menang?” sinis Noah lagi. Dia tersenyum licik. Kemudian badannya terus menghilang dari situ, meninggalkan keadaan malam yang kembali sunyi seperti malam sebelum ini.
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
psst! mengarut kan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top