011 || Blue Revenge
“Kau sebenarnya hebat tapi sayang kau terlalu tamak!”
_____
Elthan tercengang melihat dua orang lelaki yang sebelum ni dia gelar 'mangkuk ayun' berdiri angkuh di hadapannya. Mata cantiknya sempat mengerling Daniel yang melihat ke arah dia.
Badannya bergerak sedikit menjauh dari kakak kembarnya. Althan yang menunduk itu dia kerling dengan tatapan sayu. Dia langsung tidak berniat untuk tunduk pada mereka.
Mahu lari tapi apakan daya mereka hanya si kecil. Ditambah lagi dengan sekeliling mereka yang dikepung dengan pegawai-pegawai hebat. Keluhan risau lepas dari mulutnya.
“Siapa yang benarkan kau berdua masuk kawasan ni?” tanya Daniel geram. Mata helang miliknya memandang tajam pada dua sosok kecil di depannya.
Sunyi. Soalan dari Daniel dibawa pergi oleh angin.
Althan mahupun Elthan, tiada siapa yang berani buka mulut. Malah kedua bibir mereka dikatup rapat tidak mahu keluarkan sebarang suara.
Theodore memandang curiga pada mereka berdua. Lagi curiga apabila dia merasakan ada bau, bukan bau tapi aura lain di sekitar mereka. Laju kepalanya menoleh ke arah kiri bila aura itu datang dari arah sana.
“Kau kenapa Theo?” soal Daniel pelik dengan saudaranya itu. Dia mengerut dahi melihat mata Theodore memerhati tajam ke satu arah. Dia juga memilih untuk melihat ke arah itu. Serta merta wajah yang berkerut tadi berubah datar.
“Kau rasa apa yang aku rasa?”
Daniel menngangguk mengiakan. Dia beralih melihat dua orang manusia yang menyebabkan mereka mengesyaki sesuatu. Kakinya melangkah menghampiri dua sosok itu.
“Kau ada sorok apa-apa dari kami?” soal Daniel lagi. Makin berang dia bila soalannya langsung tidak dianggapi mereka.
“Joseph, geledah beg dia orang dan kau orang masuk dalam hutan ni tengok apa yang telah terjadi.” arah Daniel pada pengikut setianya dan beberapa orang bodyguard kepercayaan mereka.
“No! Maaf sir, kami.. aku yang salah!” jerit Althan kuat. Dia memandang ke arah para pegawai yang mula melangkah pergi. Kemudian kembali menatap wajah bengis Daniel di depannya. Air liur terasa perit mahu ditelan. Takut.
“Tch. Kau buat aku makin curiga.” kesal Daniel.
Barang-barang yang ada di dalam beg milik Althan dan Elthan dibuang. Beg yang sudah kosong tanpa isi dibaling sedikit jauh. Joseph duduk meneliti barang-barang yang sudah terdampar elok di permukaan tanah.
Jari panjang miliknya baru sahaja ingin mengambil sesuatu yang menarik di matanya. Tapi tangannya terasa panas dek terkena tembakan halimunan dari satu arah. Terkejut mereka yang berada di situ. Lebih lagi Althan dan Elthan yang memandang tidak percaya pada satu arah. Mereka nampak dia.
Semua mata kecuali si kembar mula meliar mencari arah pukulan itu datang. Joseph bangun dari posisinya, lalu menghadap pada dua si kecil yang beriak selamba. Dia merasa ada yang tidak kena dengan dua budak perempuan itu.
Penglihatannya pula jatuh pada dua sosok manusia yang sedang menatapnya. Tanpa banyak masa, dia melangkah menghampiri Theodore. Mulutnya terkumat-kamit berbisik sesuatu pada tuannya.
“Bawa dia orang masuk ke bilik bawah tanah sekarang!!” jerkah Theodore. Mukanya merah menahan marah.
“But Mr. Theo, they're not...”
“Tiada bantahan! Buat saja apa yang aku suruh!” tegas Theodore. Tidak suka akan sesiapa yang ingin membantah arahannya.
Joseph terangguk-angguk, laju dia menarik lengan Althan dan Elthan pergi dari situ. Tanpa mereka sedari, Elthan menoleh sekejap ke belakang. Tiga jarinya terarah pada sebuah benda yang berjaya menarik perhatiannya, mulutnya membaca satu jampi dan sekelip mata benda itu berada di telapak tangannya. Nice.
“Mr.Theo!!” jerit seorang lelaki yang berlari secara tergesa-gesa ke arah Theodore dan Daniel. Kelihatan bahagian bahunya seperti terluka kerana dia menekup bahagian itu dengan tangan dan terdapat kesan darah.
“Kau kenapa, Alex?” laju Daniel menyoal. Dia mengerling sekilas luka di bahu budak suruhan yang bernama Alex itu.
“Maaf, mereka yang lain terbunuh.” jujur Alex. Dia menunduk hormat kepada tuannya. Sesekali meringis sakit akibat luka dalam yang terjadi akibat sasaran cepat dari seseorang yang belum tentu dia kenal.
“Siapa yang berani kacau kawasan kita ni?” berang Daniel sendirian. Dalam hati sudah menyumpah seranah pada orang yang berani berbuat demikian. Lagi-lagi mendengar khabar yang budaknya berjaya ditumpaskan. Padahal mereka sudah diasah hebat menggunakan kebolehan sendiri.
Baru sahaja dia ingin menyoal lagi pada Alex. Tapi dia terkejut melihat tubuh lelaki itu mengejang dan jatuh mencium tanah dengan darah tersembur banyak keluar dari mulut. Menggelupur tidak sedarkan diri.
Terbuntang luas biji matanya bila luka di bahu Alex mengeluarkan satu cahaya terang berwarna biru. Laju dia menoleh melihat Theodore yang hanya diam tanpa kata.
“Sh*t, aku tahu siapa yang serang mereka.” putus Theodore dengan umpatan kasar. Tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Bebola matanya memandang lurus pada arah depannya. Sempat dia mengukir senyum tipis.
“Siapa?”
“Biru..siapa lagi kalau bukan keturunan Alexandro, pengikut setia Sebastian.”
Mission
“Love!” jerit Archer kuat. Dia melambai pada Hazel yang berada tidak jauh darinya. Mengarah wanita kesayangan datang mendekatinya.
“Dah lama tunggu?” soal Archer. Hazel pula hanya mengangguk kecil. Senyuman cantik dia pamerkan. Gembira dapat melihat wajah tampan suaminya itu.
Peluh yang terdapat di sekitar dahi Archer dilap dengan sapu tangan kecil miliknya. Suaminya baru saja selesai menjalani latihan petang. Archer pula hanya tersenyum kecil.
Kemudian bibir ranum Hazel dicium sekilas. Sempat jarinya mencuit dagu lembut isterinya itu. Telapak tangan besar miliknya turun ke arah perut Hazel yang membulat comel. Mengusap lembut di area itu.
“Ah tak sabar mahu jumpa twins!” teruja Archer dengan senyuman manis miliknya. Dia membawa Hazel ke pondok kecil berdekatan. Memandangkan Hazel sedang sarat mengandung, jadi tidak elok untuk wanita itu berdiri lama.
Mereka berdua berbual, bergelak tawa sambil memakan makanan yang sempat Hazel bekalkan. Ibarat waktu itu hanya untuk mereka saja. Ditemankan lagi dengan suasana petang yang cukup menambahkan lagi kemanisan di antara mereka.
Tanpa ada yang sedari, jauh dari tempat mereka duduki ada yang memerhati. Memandang dengan menyampah pada dua orang itu.
“Theo.” panggil seorang lelaki dengan suara parau.
Yang dipanggil hanya menggumam kecil. Mata helang miliknya masih fokus akan dua manusia itu. Kalau bukan disebabkan kaca yang menghalang sudah lama dia baling sesuatu ke arah mereka.
“Theo, berhentilah perhatikan mereka!”
“Kau nak apa Dany?” soal Theodore kesal. Tidak suka akan mana-mana orang yang mengganggu dirinya.
“Aku nak bagitahu yang aku dah jumpa cara untuk menumpaskan Sebastian.” terang Daniel. Dia juga menyampah dengan perangai Theodore yang hanya mementingkan diri sendiri.
“Kau baru tahu? Tch. Tak perlu kau kata pun aku dah tahu.” sinis Theodore. Dia berdecih kecil.
“Maksud kau?” soal Daniel keliru.
“Senang, gunakan anak dia yang bakal lahir. Hapuskan semua ahli keluarga dia dan semua yang ada pada dia akan jadi milik aku termasuk Hazel Aurora.” bisik Theodore tepat di bahagian telinga Daniel.
Lalu dia mengorak langkah meninggalkan Daniel yang tercengang tanpa kata bersama lorong koridor yang kian sunyi.
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top