008 || King?
"The saddest thing is when you love someone who has never been yours."
_____
"Archer..."
Telapak tangan lembut Hazel mengusap permukaan perut yang masih rata miliknya. Riak wajahnya berubah sendu. Rindu akan sosok suami. Sepasang mata cantik berwarna kuning miliknya memandang lurus ke depan.
Baju tipis berwarna merah jambu yang tersarung di badan sangat pas dengan kulit putihnya. Berdiri di balkoni bilik mewah. Membuatkan rambut panjang keperangan miliknya berterbangan dek terkena angin sepoi.
"Sayang." suara parau seorang lelaki memecah sunyi. Lengan kekar miliknya melilit posesif pinggang Hazel. Bibir tebal seksi memberi banyak kucupan di sekitar leher Hazel. Membaui wangi yang menguar dari leher jinjang wanita cantik dalam pelukannya.
"T... Theo." gagap Hazel. Dia masih tidak selesa akan perlakuan lelaki itu pada dirinya. Walau mereka sudah lama kenal. Tapi adegan itu tetaplah membuatnya tidak selesa. Dia bergerak-gerak dalam pelukan cuba menghindari kelakuan lelaki tampan di belakangnya.
"Shhsh... relax sayang." Theodore mengeratkan pelukannya. Menenggelamkan wajahnya di permukaan leher Hazel yang dihiasi banyak tompok-tompok ungu kemerahan.
Telapak tangan besarnya beralih ke perut rata yang diusap Hazel tadi. Senyuman sinis dia pamerkan. Dagunya direhatkan pula pada bahu putih mulus Hazel yang terdedah. Tangannya tidak berhenti mengusap sayang perut wanita dalam dakapannya.
"Our baby Hazel. I can't wait to see them."
Hazel menggigit bibir. Menahan tangis yang akan pecah. Memejam mata yang sudah berlinang air bagi mengelak daripada menangis di depan lelaki yang dia benci itu.
'Archer... mana awak?'
Dalam keadaan begitu dia masih mengingati suami tercinta. Sudah tidak tahan dengan semua yang berlaku atas dirinya. Benci akan diri sendiri. Dia merelakan tubuhnya disentuh oleh lelaki lain selain suaminya.
'Saya terpaksa. Demi anak kita, Archer.'
Monolog Hazel sedih. Hanya Archer yang dia fikirkan. Dia berbuat begitu demi anak tersayang. Jika dirinya menolak maka anak kembarnya akan dihukum jahat.
Theodore membalikkan tubuh Hazel menghadapnya. Masih memeluk erat pinggang ramping Hazel. Kelopak mata cantik Hazel yang terpejam dia kucup lama.
Bilik mewah bertemakan warna merah darah ikan itu sunyi tanpa bunyi. Pintu kaca yang dibuka lebar membawa angin sejuk waktu pagi masuk memenuhi ruang bilik . Langsir yang berkibar pelan menambahkan lagi suasana manis antara mereka.
Air mata yang Hazel cuba tahan akhirnya jatuh membasahi pipi mulusnya. Hangat dia rasa di kelopak mata bila dikucup lama begitu. Langsung tidak mahu bertentang mata dengan lelaki tampan di depannya.
"Kau milik aku. Hazel Aurora milik Theodore Mason." dalam suara Theodore berkata. Menegas bahawa Hazel adalah miliknya. Jari panjangnya menyeka air mata wanita dalam dakapannya.
Kemudian bibir tipis merah bak delima milik Hazel diraup lembut olehnya. Ciuman itu hanya dia yang mengetuai. Tanpa ada balasan dari Hazel.
'Archer maaf. Saya berdosa.'
Mission
"Noah, lihat mata aku." pinta Archer tegas.
Mereka berdua berada di satu tempat yang sudah lama mereka tinggal. Kawasan itu terlihat sangat usang dan menyeramkan. Kawasan yang dahulu kala membawa seribu satu kenangan.
Noah menoleh ke arah Archer. Keningnya bertaut pelik. Tidak pernah Archer menyuruhnya berbuat begitu. Tanpa protes dia lakukan. Memandang lekat mata kelam di depannya.
"Theo Dany, aku pergi..."
"Maaf noona aku terpaksa."
"Masih sakit?"
Laju Noah mengalihkan wajahnya ke arah lain. Tidak percaya akan apa yang dia baru lihat. Wajah tampan itu berkerut keliru meminta penjelasan dari Archer.
"Archer i... itu Jake?"
"Betul sangkaan kau tempoh hari. Jake memang tahu di mana dan keadaan Hazel. Semua tu sudah lama aku tahu tapi aku nak tengok sejauh mana dia nak sembunyikan dari kita." ujar Archer dengan senyuman sinis.
Badannya kembali menghadap ke depan. Matanya memandang datar bangunan usang di depan mereka berdua. Merasa bengang dengan seseorang yang berani mengkhianatinya.
Dia membenarkan Noah mengetahui hal itu. Tahu lelaki itu tidak akan membelot. Kerana jati diri Noah sudah berikrar akan menjadi pengikut setianya di masa lalu. Mengingati di mana hari mereka berlapan berikrar bersama, membesar bersama di tempat usang di hadapannya itu membuat hatinya menghangat.
Belum sempat bibirnya naik ingin mengukir senyum. Suara teriakan sakit anak dan isterinya memenuhi minda. Riak wajah tenang tadi berubah datar dengan aura gelap yang mengelilinginya.
"Kau tahu apa yang sedang berlaku kan? Aku dah tak tahan dengan pengkhianatan hamba pada tuannya. Kau pun tahu apa yang perlu dilakukan jika benda ni terjadi." kata Archer dengan geraman rendah.
Bahagian atas bangunan usang di depannya itu runtuh akibat bebola angin yang dia baling ke arah sana. Terkejut Noah melihat serangan teruk dari Archer.
"Tapi Archer..."
"Minta tolong dari Michael dengan Jimin sekali. Menyamar jadi salah seorang dari mereka dan masuk kawasan tu. Jangan risau aku dah asah kebolehan Jimin dalam bab macam ni."
Potong Archer laju. Semua perihal pengikut setianya dia tahu. Lebih lagi berkaitan dengan adik tirinya, Edric. Dialah yang mengajar Edric mengawal kebolehan hebat yang ada pada diri lelaki itu.
"Nanti aku hantar lokasi pada Michael. We have a new mission." selamba Archer memberitahu hal itu. Rasanya sudah cukup tiga tahun dia berbohong pada saudaranya yang lain. Selama itu hanya dia yang tahu segala benda yang terjadi pada keluarga kecilnya.
Disebabkan darahnya mengalir dalam tubuh badan mereka. Memudahkan dia untuk mengetahui keadaan mereka dari jauh. Tapi amat sulit untuk ketahui keadaan Hazel. Diri wanita itu ibarat ditutupi satu kuasa yang amat kuat.
"Archer, kenapa kau berani sembunyikan benda ni dari kami semua! Aku dan yang lain ada hak untuk tahu dan Hazel adik aku!"
Archer tertawa mengejek. Dia menoleh melihat Noah di sampingnya. Memandang remeh lelaki itu. Dia melangkah menghampiri Noah.
"Kau rasa diri kau dan yang lain sanggup tengok dia dilayan macam hamba, sanggup tengok kembar kecil kita kena ubah fizikal macam robot? Haa kau sanggup?"
Kelu lidah Noah. Tidak tahu ingin merespon apa. Terkejut dengan apa yang dikata Archer. Langsung dia tidak sangka akan hal sebegitu.
"Archer, kau..."
"Sudahlah Noah, aku hanya ingin ambil milik aku kembali. Aku tak sanggup lihat mereka dari jauh dan aku tahu bila kita bergabung kuasa kita akan makin kuat, itu boleh menumpaskan segala kejahatan di sana."
Kelopak mata Archer tertutup perlahan. Badannya naik ke atas. Kedua kaki yang tersarung kasut tidak lagi menyentuh bumi.
Noah juga berbuat demikian. Memejam mata lama dan naik sejajar dengan Archer. Tapi sedikit rendah dari Archer. Kepalanya menunduk hormat.
"Angkat kepala kau Noah, open your eyes and look what's going on to our dark world."
Noah menurut. Dia mengangkat wajahnya memandang lurus pada kawasan usang di depannya. Mata cantik berwarna perang itu berubah pada merah gelap.
"King?"
|¦ MISSION ¦|
-to be continue-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top